Bermulalah episod untuk hari ke tiga.. Hantar mak ke sekolah seawal 6.30 pagi, niat murni diteruskan demi sesuap rezeki.. Tapi apakan daya.. Gigi dan perut tidak mengizinkan aku untuk terus pergi.. Berhentikan kereta di tepi sebentar, sambil menahan sakit yang menggila.. Terima panggilan dari Incek K seawal 7.15 pagi, bertanyakan tentang persiapan dan kehadiran aku..
"You kat mana? Datang awal tau.. Nak kena prepare semua benda awal.." Memberi arahan dengan sekali nafas..
"Saya on the way.. Pukul 8 kan?"
"Eh, you ok ke? Kenapa suara you lain?" Dengan nada sedikit gelisah.. (atau hanya perasaan aku?) c(=
"Ok.. Tapi berhenti tepi dekat petrol pump.. Perut buat perangai la.." Tiada niat cuba meraih simpati.. Cuma tiada akal mahu mencipta helah, lalu mengambil keputusan untuk berterus terang..
"You betul ok ni? Gastrik ke apa? You larat tak? Kalau tak larat, I pergi dekat you.. You kat mana?"
"Eh, takpelah Encik K.. Saya ok.. Kejap lagi sampai la.."
"I hantar makanan dekat you ok? You kat mana? Karipap ok?"
"Eh, takpe takpe! Serious saya ok.."
"Kalau tak ok, you pergi la klinik.. Amek MC.."
"Em, nanti saya call balik boleh?"
"Ok, ok.. Apa-apa inform I ok? Senang nak cakap dengan Encik M.. Nanti bising pulak dia you tak datang.."
Aku anggukkan saja walaupun aku tau dia takkan nampak.. Tak larat nak cakap apa dah.. Aku teruskan perjalanan dengan perasaan yang tak dapat dikenal pasti.. Sedar-sedar dah sampai tol Sungai Besi..
"Hmmm.. Alang-alang, pergi klinik dekat rumah pun ok ni.." Monolog ku di dalam hati sambil tersenyum sumbing..
Nampak je signboard Putrajaya, ada BeBeM masuk.. Tapi belum sempat aku baca, sang penghantar message call..
"Weih, mana?" Soal Hantu Boncet a.k.a Shaiton Nir Rojim..
"Hahahahaha~ Kenapa?" Soal aku kembali..
"Cakap la kau kat mana ngek!" Agak kasar di situ..
"Apsal? Cakap la dulu kenapa?" Masih cuba memancing untuk ketahui niat sebenar beliau sambil diiringi gelak ketawa..
"Lepak jom! Aku dah lambat la nak masuk ofis ni.. Aku dari LCCT ni.. Kau kat Putrajaya ke?" Cubaan menghasut disuarakan..
"Hahahahaha~ Kau macam tau-tau je niat aku nak ponteng jugak.. Ha, datanglah!" Makin berderai tawaku..
Dipendekkan cerita, selepas aku bagi direction yang dia tak paham pastu last-last search kat GPS, kami lepak kat Oldtown White Coffee Cyberjaya.. Sebab tu je yang keluar kat GPS dia! (=_=!) Setelah menelan 2-3 bijik pain killer, kami bergelak ketawa bagai tiada duka.. Menonton wayang bagai tiada kerja.. Dan akhirnya sambung mengular bersama Sang Panamera serta Toyol Empat.. Mati aku kalau mereka-mereka tau kegiatan aku ni.. :S Takpelah.. Mujurlah sudah ku siapkan semuanya pada hari sebelumnya.. Senang la kerja Sang Zirafah mahu menggantikan tempatku kelak.. Dengki sangat kan orang keluar-keluar? Nah, aku bagi can! Tak hingin aku bermain mata dengan Si Tua Berjam Tangan Emas itu! Kau nak, hamekla.. Semoga tiada sengketa di antara kita, Sang Zirafah..
Sampai rumah, badan penat perut meragam, terus aku pecat apa yang patut dan sambar tuala selaju cahaya.. Bersiram serta buang apa yang patut di buang, lega dan segar sikit badan aku.. Telan lagi sebijik pain killer, pasang satu lagu dekat PC, switch off monitor, baring kat katil, terlelap.. Terasa aman sekejap dunia aku.. Sayup-sayup aku dengar handphone aku berbunyi tanda ada notification dari Facebook.. Aku persetankan sahaja..
Tiba-tiba YM aku pulak vibrate.. Terus aku terjaga! Fyi, selama ni aku terjaga bukan sebab bunyi alarm tapi sebab fon tu vibrate.. Heh! Aku tengok sekilas.. Eh, kat Facebook dia message, dekat YM pun dia message? Apa yang penting sangat ni? Aku turutkan sahaja kehendak dia.. Tapi apakan daya.. Luka lama berdarah semula.. Ya Allah, dugaan apakah lagi?
Aku dah tenang, dah tak kacau hidup kau, kau pun dah block aku, ni kenapa tiba-tiba ni? Aku tau kau takkan baca ini, malah takkan peduli.. Tapi aku nak pesan jugak.. Semoga ada yang tolong sampaikan kat korang.. Kalau kekasih hati kau sendiri dah tak percaya dekat kau, kau patut boleh pikir.. Curiga tu perlu.. Memang tak boleh percaya 100%.. Tapi boleh tak kalau jangan buat tindakan tak matang macam tu? Suruh aku approve untuk 10 minit? Apa tujuan kau buat macam ni? Kenapa perlu kacau jiwa aku kembali? Baru nak merasa tenang jiwa.. Hadoi.. (=_=) Tak perlu la bertekak kerana benda yang enteng.. Tak pernah wujud aku sebagai orang ketiga antara korang dan takkan pernah ada.. Kalau aku boleh percaya pada dia, takkan kau tak boleh? I'm the past, you are the present and will also be the future soon.. Jadi tak perlu la nak rasa tergugat sampai jadi terencat ok? Semoga berbahagia hendaknya..
Ok, sila tamatkan riwayat kesan degil dengan pantas! Daia, tolong saya!! 'Menanggalkan kesan kotoran tiga kali lebih pantas berbanding pencuci biasa. Lupakan yang lain..' Poofffff! Hilang dah.. Bhahaha~ Padan muka kau kotoran degil! Oh, Toyol Empat sudah semakin maju.. Advance dari kami semua!! Dia sudah pakai Bold 4!! Sesuailah dengan nama kau, wahai Si Toyol Empat! Empat dan kau memang sudah tidak boleh dipisahkan lagi.. Ibarat suwey dan diri kau.. c(= Kami semua sudah sepakat membawa berkat untuk mencuri Jam Tangan Likon Tissot kau.. Nanti boleh kami gadai dan beli handphone Vertu yang bertatah emas dan berlian itu.. Bhahahahaha~ Gelak Shaitonnirrojim sekali lagi.. :D
Ps: Maaf, otak aku gagal untuk pikir tajuk yang sesuai untuk entri kali ni.. Anggaplah ia sebahagian dari perasaan ku yang bercampur baur..
Pps: Walaupun aku tak punya apa-apa/siapa-siapa, aku takkan sesekali merampas kepunyaan orang lain. Harap maklum.
1 comment:
nak BBM..plsss
Post a Comment