Friday, July 26, 2013

Rayhan | Sa'ah

Sebelum aku beli wangi-wangian haritu, aku dah prepare macam-macam.. Tapi apakan daya.. Bila dah banyak sangat, terus jadi rambang hidung! Menyesal plak beli Britney Spears Fantasy Twist.. Terus aku bagi adik aku.. Sekarang ni macam teringin nak pakai Lady Million, Clinique Happy, D&G Light Blue dengan ada satu tu Dior.. Tapi tak ingat jenis yang mana.. Tapi aku suka jugak bau unisex yang macam CK Summer tu.. Boleh tak kalau nak beli roll on je semua tu.. Kenapa tak nak amek miniature? Sebab kes minyak wangi tumpah dalam beg tu la! Huh! *masih bengang* Buat masa ni aku tengah pakai 3 perfume..

1. DKNY Fresh Blossom
Yang ni hadiah hari lahir aku yang ke 25.. Sche yang bagi.. Bau dia memang sangat menyamankan, sesuai untuk semua majlis.. Sesuai dipakai untuk ke pejabat, majlis-majlis formal mahupun masa jenjalan cuci mata.. Senang cerita, boleh pakai hari-hari.. Kalau kau rasa kau memang busuk, sebelum mandi pun kau boleh sembur.. Aku tak suka sangat bau yang terlalu kuat dan pekat sampai menyesakkan hidung dan menusuk kepotak.. Sakit kepala woo.. Kalau agak-agak nak jenis yang macam tu, baik aku tenyeh minyak atar beli kat Masjid India je.. Murah pun murah.. Oleh kerana aku punya 50ml je, aku dah start kedekut nak pakai.. Sayang nak bagi habes.. Ada alasan aku nak beli perfume baru.. c(=



2. CK Sheer Beauty
Yang ni aku pakai miniature je.. Tapi bau dia serius best.. Dia ni la yang tumpah haritu.. Semak pulak aku.. Habes tag, cable, pendrive, gula-gula, duit syiling aku bau "cantekkk".. Ada jugak aku terpikir nak beli yang besar punya.. Tapi takut mengecewakan.. Sebab selalunya, miniature dengan yang normal size, bau dia ada lari sikit.. Mungkin sebab faktor ruang kot.. Yang ni pun sama.. Sesuai dipakai setiap hari, sesuai untuk semua majlis.. Tapi aku biasa pakai yang ni untuk pergi kerja atau majlis rasmi je.. Dia sesuai jugak untuk casual wear.. Tapi tau jela aku.. Mana selalu casual wear.. Selekeh wear ada la.. So, aku sembur je DKNY Be Delicious Fresh Blossom tu.. Setel! Tapi sebenarnya, jauh di sudut hati aku, aku sedar pemakaian yang sebegitu sangat sesuai dengan CK Summer.. Hahaha~



3. CK Euphoria
Yang ni pulak, aku beli masa sale hujung tahun lepas.. Aku belikan Sang AHM perfume untuk letak atas hantaran.. Dan dia pulak belanja aku yang ni sebab ada diskaun dan konon-konon jugak nak letak atas hantaran.. Sekali dia lupa.. *tahpape* Yang ni kadang-kadang aku suka, kadang-kadang aku kurang sikit.. *depends on my mood* Dia ni lebih kepada formal wear.. Selalu-selalu aku sembur masa nak pergi kerja atau kenduri kawen je pun.. Tapi bau dia memang sangat tahan lama.. Aku sembur untuk pergi kerja, kat 2 tempat nadi (pergelangan tangan dan leher), sembur kat baju barang sesembur dua, balik kerja, mandi, tidur.. Esok pagi bangun, ada lagi sisa-sisa bau dia.. Ok, la tu kan.. Kalau nak jimat, boleh la sembur 2 hari sekali je.. Hahahaha~ *tu bukan jimat tapi cheapskate!*


___________________




Aku dengan jam macam kerusi dengan punggung.. Saling melengkapi.. Sejak aku kenal dan tau fungsi jam, terus aku tak boleh nak berenggang dengan jam ni.. *sebenarnya lebih kepada terpengaruh cerita Power Rangers*

1. Casio Baby G Light Blue
Aku punya tali light blue, bukan putih..

First jam yang aku beli sendiri, jam Baby G Light Blue.. Aku beli ni masa sekolah rendah.. *kaya siot* Perghhh sekarang dah taraf vintage kot.. Dia ada 2 jenis: tali silicon/plastik dengan tali kain lilit-lilit beserta velcro.. Aku punya yang fully silicon , bila tekan lampu ada gambar dolphin kat belakang tu.. Masa tu memang paling top ah kategori jam digital.. Tapi, macam biasalah.. Budak-budak.. Jam tu tali dia pecah masa aku main hoki.. Gatal tak tanggal, kena libasan kayu hoki terbang.. Masa tu harga dia dalam RM150 tak silap aku.. 


2. Swatch Originals (tak ingat model)



Yang ni bapak aku belikan kat Mekah masa aku Form 1.. Kitorang 3 beradik dapat sorang satu.. Tapi selaku adik, aku dapat yang dorang tak nak.. Aku suka jam ni sebab belakang dia tu ada mirror effect.. Nombor dia separuh dekat cermin, separuh lagi dekat penutup muka jam tu..so, mirror effect tu buat nampak nombor dia jadi penuh.. Selalu jugak aku salah guna cermin tu, buat picit jerawat.. Masa muda remaja kan, hormon tengah tak stabil.. Berlambak jerawat naik.. Masak ranum! *haru* Bosan-bosan dalam kelas, aku bukak jam, stand kan dia tepi buku teks, pura-pura khusyuk tengok buku padahal tengah sebok anu jerawat.. Aku tak suka sangat tali dia, lepas tu aku tukar tali besi yang boleh main tarik-tarik je tu..Keburukan tali yang baru ni pulak, bila aku peluh je, dia sangkut-sangkut kat kulit.. Kadang tu sampai terkepit bulu roma.. Sakit wooo.. Lepas tu aku tambah guard sebab tak nak bagi calar.. Guard dia ni aku beli 2-3 keping gak.. Sebab warna warni kan.. Aku beli oren, ungu dengan putih clear.. Rajin gak main tukar-tukar.. *takde kerja* Dan rajin jugak dicilok oleh abang aku.. *demmm!* Jam ni berkhidmat untuk aku selama 5 tahun, sebab lepas tu mechanism dia rosak.. Tak berbaloi nak hantar kilang balik sebab warranty dah habes..


3. Swatch Snowpass: Scuba 200




Yang ni pulak aku beli sendiri guna duit elaun PLKN.. Harga dia RM220.. Aku suka sebab konsep dia macam stainless steel watch cuma material dia silicon.. Cantik pun cantik.. Tapi bila dah lama-lama pakai, putih dah start jadi kuning, tali pun mula reput dan pecah-pecah.. Aku ni pulak jenis pakai jam yang tak bukak-bukak.. Selalunya bukak untuk mandi, basuh kereta, berak, tapi lepas tu mesti aku pakai balik.. Tido pun aku pakai.. Makanya, aku membuat konklusi bahawa material sebegini rupa amat tidak sesuai untuk aku.. Sekian.


4. Elle

First jam yang memang khas untuk perempuan, baik dari segi bentuk mahupun saiz.. Aku beli Elle ni masa diploma.. Guna duit PTPTN, time sale.. Harga dia memang diskaun kaw-kaw.. RM99.. Aku  beli ni sekali dengan besfren aku, Sya.. Dia pun beli tapi bentuk lain.. Last time aku jumpa Sya awal tahun ni, Sya still lagi pakai jam dia tu.. So far, dia ni la yang paling lama bertakhta kat tangan aku, 6 tahun.. Aku stop pakai dia sebab skru dia dah start tercabut-tercabut.. Sebelum hilang, baik aku simpan leklok.. Seingat aku la, aku tak pernah tukar lagi bateri dia.. Tahan gila nak mampos kot.. *kagum*


5.  Jam takde jenama 

Cuba la baca kalau hebat..

  Nak tunjuk yang aku memang kelihatan macho dengan memakai jam ni..

Jam ni aku beli sebab interface dia sangat unik.. Ok, aku tipu. Aku beli tapi Anep yang bayarkan.. *thanks, man* Baru balik ofis, jenjalan kat Mines, masuk FOS, terserempak dengan jam unik, terus ngaruk mintak belikan.. Ya, memang aku buruk laku. Tapi harga dia tak mahal pun.. RM20.. Tak luak gaji pun kan.. Tapi aku pakai kejap je.. Seminggu dua je kot.. Sebab tali dia tercabut.. Mana taknya, bukan dia jahit pun tali tu.. Tepek pakai gam je.. Dalam seminggu dua yang dia berkhidmat untuk aku tu, beberapa kali jugakla kepotak aku pening-pening masa nak baca jam.. Tapi gigih jugak nak pakai! Kadang tu bila agak-agak putus asa, aku selamba slide henfon semata-mata nak tengok dah pukul berapa..


Short term target aku: Swatch Cotton Target dengan Swatch Metal Knit.. Tengah duk usya-usya je dari jauh.. Nak kata kumpul duit tu, takde la sangat.. Tapi lebih kepada tengah carik target nak ngepau.. Ngehngehngeh.. Ok, keji.


1. Swatch Metal Knit



Name: Metal Knit
Collection: Core Collection 2011 Spring Summer
Family: Skin
Strap material: Stainless Steel
Case material: Plastic
Function: Water resistance: 3 bar
Price: RM390


Siapa-siapa yang dah familiar sangat-sangat dengan Swatch ni mesti tau yang jenis-jenis jam dorang bergantung pada jenis Family jam tersebut.. Contohnya macam jam idaman aku ni, datang dari Skin's family.. Bermakna, dia ni jenis yang leper tu.. Kalau yang kat bawah ni, Irony, maknanya major parts/keseluruhan dia besi/stainless steel yang berat tu.. Serius, memang agak berat kalau nak dibandingkan dengan yang lain-lain.. Jam yang ni aku dah aim lama dah.. Sejak aku terpandang jam Dewi, terus jatuh chenta.. Dia punya CK, mahal sikit.. CK punya dengan muka jam tu sekali besi, compare dengan yang ni plastik.. Tapi takpelah.. Tak kaya, bajet pun takde.. Skin pun ok apa.. *sedapkan hati sendiri*



2. Swatch Cotton Target

Name: Cotton Target
Collection: Denim 2013 Spring Summer
Family: Irony
Strap material: Fabric/Leather
Case material: Stainless steel
Function: Day/Date, Water resistance: 3 bar
Price: Not sure


Yang ni pun aku nak gak.. Ok, memang aku tamak. Tapi takdela aku pakai setiap masa.. Sebab tali kain/kulit kan.. Senang berbau bila kena peluh/air.. Tapi memang santekkk! Ai loike~ Harga dia aku tak usya lagi.. Tapi Irony ni, RM500 tak lari.. Memang mahal sikit la..

Kenapa aku pilih Swatch dan bukan Fossil? Memang aku suka gila nak mampos Sang Fossil ni.. Baik jam dia, hinggalah ke passport holder-kecik-tapi-mahal-nak-mampos-sebab-genuine-leather dia tu.. Tapi apakan daya.. Harga dah sah-sah memang lagi mahal.. Dah tu tak pernahnya nak ada sale yang tahap clearance stok mahupun off season sale.. Takat RM20-30 je yang kurang, memang banyak ratus lagi la nak kena bayarnya.. Keduanya, design dia belum tentu ada yang betul-betul aku berkenan.. Warna dah ok, serabut sangat pulak design dia.. Design ok, warna ok, material dia shiny-shiny sangat la pulak.. Meghelip kata orang.. Uishhh.. Silau! Karang orang tertukar aku dengan M. Daud Kilau pulak karang.. So, skip! Nantilah mana tau ada rezeki orang nak belanja, bolehla aku pergi JPO pow beli apa patut..



Wednesday, July 10, 2013

Past.Present.Future.Impossible Tenses

Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat, bulat hati aku kerana tak bujur. Perghhhh.. Bukan senang nak buat keputusan yang melibatkan masa depan.. Terumbang ambing kejap.. Dan akhirnya aku beli jugak nombor pin BSN dan nekad nak sambung belajar.. Yang lain-lain, aku dah malas nak pikir.. Lantakkan semua benda! Lepas interview haritu, aku masih ternanti-nanti jawapan dari pihak universiti.. Tah pape tah.. Tak boleh ke bagi keputusan kurang dari seminggu? Macam la yang dorang nak buat keputusan tu antara hidup dengan mati.. Bukan nak kena tanda kertas ke, rujuk skema jawapan ke, paling tepat bukan result exam pun weihhhhh.. *tekanan* Karang orang dah plan cantik-cantik, dapat sambung pulak.. Bila takde plan, duduk melangut merenung jendela, permohonan diterima.. Echehh, ayat! Puii!


________________________



Manusia ni memang pelik-pelik.. Takut pada benda yang tak patut tak patut.. Terutamanya pada benda yang dia tak nampak, contohnya hantu.. Lepas tu pulak imaginasi hebat gila.. Macam-macam rupa hantu dia boleh bayangkan.. Kalau hantu je mesti rambut panjang, taring sampai ke lutut, mata merah.. Padahal, tengok pun tak pernah.. Tolak gigi taring panjang ke lutut, dah tu aku ni hantu la? Mata merah ngadap PC 24/7, rambut serabai.. *mungkin ada benarnya* =__="  Kadang-kadang aku terpikir jugak, hantu ni pun ada piawaian ISO jugak ke sebab kalau rupa dorang ni ada spesifikasi tertentu iaitu MENAKUTKAN..

Sama jugak dengan benda yang belum nampak, contohnya masa depan.. Tak sampai pun lagi, maka tak payah takut.. Yang pastinya, apa yang kita buat sekarang yang akan memberi kesan pada apa yang akan jadi kelak.. Tapi tu la.. Back up plan berlambak.. Dari A sampai Z, sampai habis abjad aku pakai untuk segala plan yang ada.. Tu belum kira plan A1, Z3 lagi.. Terasa putus asa bila tak kira kau buat macam mana pun, dah habis plan kau pakai, tapi outcome dia tetap sama.. *sigh* Memang kita merancang, tapi memang sesungguhnya Tuhan yang menentukan la jawabnya.. Sentiasalah berbaik sangka bahawa Tuhan ada perancangan yang lebih baik untuk kau.. *InsyaAllah*

_____________________


Harini hati ada sikit panas.. Balik dari badminton semalam, mandi, siap-siap barang apa semua, baru dapat tido.. Tu pun dalam pukul 2++.. Pukul 5 dah nak kena bangun sahur.. Masa terkejar-kejar prepare untuk meeting haritu, lutut aku dah buat pangai.. Rasa macam ketat sikit.. Semalam main badminton, langsung bengkak urat.. Pagi ni dengan tak cukup tido, kaki tencat, siap-siap pegi kerja.. On the way, singgah petrol pump isi minyak.. Masa nak tutup pintu kereta tu, tangan terkepit.. Bengkak serta merta.. Darah dah nak start mendidih dah.. Tahan lagi.. Sampai ofis baru ingat nak topup tido barang seminit dua (literally).. Sekali ada mulut-yang-memang-layak-kena-gelek-dengan-steamroll tegur, "Hey, Rayhanah..", dengan nada sinis.. Terus aku nak melenting.. "Diam ah kau.. Lantak ah.." Refleks. Aku tak pernah melawan kot selama ni.. Tapi pergi mampos.. Aku tak pernah bising bila hari-hari aku kena balik lambat setelkan kerja yang berlambak, tak claim OT, gaji ciput, kena jadi runner pergi sana sini, sedangkan korang lagi 5 minit nak sampai masa dah tercegat depan mesin punch card tu tunggu nak balik on time, so jangan bising bila aku tak cukup rehat/tido.. Selama ni korang buli dan tindas aku pun aku buat tak amek pusing je, jadi kali ni jangan nak carik pasal.. Bulan puasa ni memang kesabaran aku sangat nipis sebab takde shaiton-shaiton yang akan mengalihkan perhatian aku untuk berbuat dosa yang lebih besar.. 





 I got minion plushies!



Still waiting for my minion figurines to be delivered.. *gelojoh tak sabar*



Ps: I want these!!!! I want all.. Can I put it on my birthday wishlist?

Pps: No matter how tall your walls are, there's always someone who can break them down. *penat*

Wednesday, July 3, 2013

Esc

La Senza tengah sale.. Beli bra 3pcs dapat diskaun 50%.. Panties 8pcs RM119.. Campur 10% sebab ahli.. Tak ke murah nak mampos? Kena pulak bulan ni birthday aku.. Dia kasi up sikit jadi 50% + 20%.. Apa lagi.. Kasi borong ah itu kedai.. *rambang mata* Siap pilih-pilih nak kasi matching lagi.. Lepas ni memang kena tambah bra bag dengan bra laundry bag lah nampak gayanya.. Daiso je aci tak? =__="

 _____________________________


Setelah puas ditolak ke sana ke mari, dinoda dan diperkosa, akhirnya Sang Bayi telah sihat.. Sampai aku terpikir, nak kena hantar sejauh tu baru elok ke? Padahal kat sini, macam-macam tempat dah aku cuba.. Tapi semuanya menghampakan.. Diorang ingat kita ni beli barang pakai timbang kati bulu ke apa? Buat kerja tak ikhlas.. Tah tang mana yang dorang repair pun tak pasti, sebab lepas-lepas tu mesti masalah timbul balik.. Jenuh wooooo.. Sampai tahap dah tepon ejen nak tukar yang lain.. *geram* Orang lain pulak reti komplen je.. Tak pikir ke bebanan semua kat atas aku? Aku yang menanggung semua.. Memanglah time sakit demam tu ada jugak aku mengemis kat bapak aku untuk duit perubatan.. Tapi yang masa-masa lain, aku jugak yang kena bertanggungjawab ke atas segala benda.. Dah tu bagi orang pinjam, takde pulak nak jaga elok-elok.. Bila tengah marah, dah tak pikir dah harta benda aku.. Main hentam je sesuka hati.. Sumpah aku terasa macam dah malas nak bagi orang pinjam mahupun sentuh.. *sebal hati*

 _____________________________


Tired of the routines, with the same old thing.. Kepotak serabut gila, jiwa kacau bilau, akal tak berada di atas paksi.. Need to escape from all this.. Is it the time for Escapade 5.0 already? *sigh*  Aku memang cepat bosan dengan benda yang sama.. Jenis tak penyabar kot.. Atau tak tetap pendirian mungkin? Or am I trying to escape from the reality? Ok, tak payah pikir mendalam sangat. Nanti tah kemana-mana tah kepotak tu merewang.. Kali ni terasa macam nak pergi jauh sikit.. Tapi kalau tempat tak familiar susah sikit.. 'Cause I'm going solo, solo, solo.. (ikut nada Riding solo by Jason Derulo)

_____________________________


"Men are jerk"
Mel: When you keep telling this to people and to yourself, you will become one.. 'Cause deep down inside, I know you are not a jerk and definitely not heartless.




Ps: Idea belambak dalam kepotak cuma takde masa nak pokpekpokpek kat sini.. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kalau buat sang pembaca pening.. Malas nak censored-censored jugak.. Lantak korang nak pikir apa..