Saturday, December 22, 2012

FF

Sejuk gigil-gigil duduk dalam bilik ni.. Asek berulang tandas je dari tadi.. Cehhh.. Pura-pura tak biasa pulak.. Padahal bilik sendiri.. Bukan apa.. Lama sangat merempat kat rumah orang.. Mana ada aku on ekon walaupun dorang sememangnya kaya ada ekon satu bilik satu.. Dahla ada kipas, ada ekon lagi.. Kaya gila! Bukan macam aku... Bajet-bajet haptudet la ada ekon.. Sekali nak beli kipas, dah tak cukup duit.. +___+ Ok, aku bohong. Bab tak kaya tu betul la.. Sebab tu la bilik aku kecik sangat sampai tak muat kipas siling.. Kipas diri aku pernah beli.. Tapi oleh sebab aku dah patahkan kipas meja yang aku pinjam dari abang aku masa pindah duduk rumah sewa dulu, makanya aku terpaksalah cagarkan kipas surau diri aku tu.. 


Tengok baju atas katil yang melambak yang tak berlipat, macam semak pulak.. Terus aku tolak jatuh kat lantai.. Nasib aku dah kemas bilik sebelum pergi jadi bibik kat rumah kakak aku haritu.. Siap bukak kedai dobi lagi sebelum pergi.. Tu yang berlambak tu.. Almari pulak dah uzur.. Almari kain ada zip beli kat Econsave masa belajar kat Kedah dulu tu la yang aku pakai sampai sekarang.. Padanlah nak uzur pun.. Dah dekat 5 tahun kot aku pakai.. Aku tengok orang lain, pakai 5 bulan je gerenti dah syahid gugur ke bumi.. Bukan tahan pun almari jenis camtu.. Haritu adalah aku ngendeng-ngendeng bapak aku mintak belikan almari yang best-best kat Ikea.. Dia senyap je.. So, aku tak pasti la proposal aku diluluskan ke tak.. Tunggu je la nanti.. *wishing hard*



Lelong-lelong! Selai singgit..



Haritu aku balik rumah, tengok-tengok bapak aku dah belikan mak aku laptop baru.. Sebelum tu Sakinah yang dapat.. Kakak aku pulak baru beli Note II.. Masyarakat setempat makin menambah gadget masing-masing.. Bilalah nak sampai masa aku.. Dari iPod Nano, ke iPhone, beralih ke Note II, sekarang nak iPad Mini pulak.. Mana taknya.. Asek tukar-tukar je.. Sampai orang pun pening nak belikan aku mana satu.. Echewahhh~ *perasan*


Macam-macam benda aku ngaruk Sang AHM supaya belikan.. Sampai pening dia nak melayan aku.. Bukan apa.. Cuba nasib.. Kalau dapat, rezeki.. Kalau tak dapat, kurang-kurang aku mencuba.. Tapi last-last dia beli raket badminton harga RM600 untuk diri sendiri.. Luruh jiwa raga aku.. Melepas nak dapat iPod Nano.. *nganges* Bertambah la takde masa untuk berjimba nanti.. Mana taknya.. Asal malam je, pergi main badminton.. Melepas nak pergi makan sedap-sedap.. Ciss! Terasa menyesal kejap sebab aku izinkan dia beli.. *sigh*


__________________________



Semalam janji dengan Sang AHM nak pergi dating.. Bukan apa.. Dah lama sangat tak berjimba berdua.. Selalu-selalu keluar kalau tak pergi main badminton, mesti kitorang jalankan tanggungjawab sebagai anak-adik-kakak-supir-bibik.. So, kitorang pun dah set la nak pergi mana buat apa semua.. Oleh sebab Sang AHM terpaksa bekerja sebab ada event penting dan kebetulan pulak aku nak pergi Sunway untuk amek cek, kitorang pun set lah nak pergi Sunway Pyramid untuk tengok wayang dan beli belah apa yang patut.. Lepas Jumaat aku shoot Sunway pergi amek dia..

Lepas puas bertumbuk bercakaran, kitorang pun amek keputusan nak tengok cerita The Hobbit: An Unexpected Journey dekat IMAX.. Sambil tengah beratur menunggu giliran dengan hidung meleleh darah, sempat jugak aku mengomel-ngomel manja tanda protes.. Mana taknya.. Aku nak tengok cerita yang sama dekat BeaniePlex.. Dia pulak sibuk nak tengok 3D.. Dah la suruh aku belanja.. Hanjeng sangat tau.. Mana hilangnya hak pembeli? Yang menambahkan lagi kebengangan serta rajuk di hati, halfway cerita tu tayang dia boleh pulak bantai tidur.. Hoi, berapi hati akak ni dik oi.. Dia cakap apa lepas tu memang aku bolayan je la.. Kalau tau cenggini akhirannya, dah alang-alang awak tidur baik amek BeaniePlex je.. Nak tidur sepanjang cerita tayang pun takde hal..

Kenapa aku emosi sangat? Ni lah dia penangan badminton tiap-tiap malam.. Tu yang sampai restless memanjang tu.. Dahlah ni first time kitorang tengok wayang sama-sama.. Bazir je bayar RM30 untuk bagi orang tidur dan dapat pening! Bukan apa.. Aku memang tak berapa gemor 3D ni sebenarnya.. Aku tak tau la orang lain.. Tapi tiap kali lepas aku tengok wayang 3D je, mesti mata kepala aku pening-pening.. Tak kiralah berapa harga tiket yang aku bayar.. Efek dia tetap sama..

Tapi rajuk aku tak panjang.. Dia pujuk aku sikit-sikit, aku dah start sejuk dah.. Cuma saja muncung lama-lama sikit.. Untung-untung boleh buat sidai kain balik nanti.. Sang AHM pun boleh tahan jugak perangai dia.. Ada ke dia rasuah aku dengan goodies Famous Amos? Tak patut betul.. Dia tak tau ke rasuah tu perbuatan durjana? Tapi aku terima jugak dengan beg plastik yang terbuka.. 



Famous Amos mini hamper.. I got two! =D





Thanks baby for the shopping treatment.. *biu*


Ps: Keganasan yang digembar gemburkan tak pernah berlaku. Say no to violence.



_____________________________




Perkataan yang menjadi trend mulut aku sekarang ini adalah OKENG.. Semua benda aku nak sebut okeng.. Sampai Amna pun aku panggil okeng.. Tapi yang herannya, menyahut pulak budak tu.. Kakak aku tanya..

"Okeng tu apa?"

"Cuba teka.."

"Entah.."

"Orang Terengganu sebut 'okay'.."


Haritu aku balas-balas Whatsapp dengan Sang AHM.. Tiba-tiba semua perkataan dia tambah G kat belakang.. Bila aku tanya, "Cakap Terengganu kan tambah G je semua kat belakang.." Kepotak dia! Tapi aku layankan je lawak bodoh dia tu.. Last-last dengan aku-aku sekali terpengaruh.. Tapi bila aku bagi dia teka teki okeng tu apa, first guess dia "Oren?".. Hahahaha~ Hebat jugak aku ni.. Boleh ah main teka-teki dengan Gollum lepas ni.. 



Ps: Even though you are such a nuisance, my love for you keeps growing everyday. *biu*





Tak bayar PTPTipu pun boleh pergi Mesir, okeng?




*entry title: 'FF' stands for 'Full-of-shit Friday'.

babysit the baby for my sister

Dah seminggu aku merempat kat rumah kakak aku yang jauhnya sekangkang itik serati arwah nenek aku je dari rumah mak bapak aku.. Amna kena demam campak, kena kuarantin dua minggu.. Mak aku pulak asek nak pergi sekolah time cuti-cuti ni.. Aku pun tak paham kenapa.. Tadika je pun.. Takyah beriya sangat.. Macamlah kalau awak tu tak pergi sekolah sehari, murid-murid semua besar nanti tak dapat pekerjaan idaman.. Terpaksalah aku selaku mak cik dia yang penyayang dan boleh diharap penganggur terhormat ni yang jaga.. 

Pengalaman jaga budak yang menyusu badan ni memang susah.. Kena pulak dia memang tau aku ni mak cik dia.. Dah tu pulak dah set otak tu kata, "Kalau pompuan ni ada, takyah la aku minum susu dalam botol.. Boleh dapat yang segar dari badan.." Nampak muka aku je, seboleh-boleh nak ngamuk raung kuat-kuat tanda protes masa aku suap susu botol.. Karang aku hulur aku punya kang, makin kuat raungannya.. Silap-silap haribulan kena gigit sebagai balasan.. Mana taknya, sedut-sedut tak keluar susu.. 

Mula-mula nak mandikan tu, terencat la jugak.. Nasib Sang AHM cuti.. Bolehlah aku buli mintak tolong apa patut.. Ada sekali tu, aku tengah tidur.. Baik punya.. Dia main-main kat kaki aku.. Hidung aku ni adalah terbau busuk.. Aku ingatkan bau mulut aku sebab belum gosok gigi.. Tapi lama-lama aku makin tak puas hati.. Sebab bau dia makin menyengat.. Terlintas jugak dalam kepotak aku, takkan la busuk sangat mulut aku sampai bau macam taik.. Aku cek seluar Amna, ada basah-basah.. Terus aku selak.. Gila kau! Selambak taik dia do.. Siap bocor-bocor kat tepi lagi.. Kakak aku kata penangan makan antibiotik.. Tak kesahla apa punca berak banyak.. Yang menjadi permasalahannya, yang kena ceboknya, aku.. Terjerit-jerit jugaklah aku jam tu..  Nasib ada Sang AHM.. Sementara aku nak cebok montot budak tu, adalah orang yang tolong pegangkan.. Siap tolong buangkan sampah taik tu lagi.. Tengs, Abang! Lebiu more ah cenggini.. 

Hish, hilang selera jugaklah aku.. Kakak aku boleh terkekek-kekek gelakkan aku masa aku call dia petang tu.. Fobia siot.. Lagi satu yang jadi payahnya anak buah aku ni, dikala umur dia nak masuk 11 bulan ni, dia mengalami satu sindrom yang dinamakan 'Separation Anxiety'.. Sampai nak tidur pun, tak nak tidur atas tilam.. Nak jugak kita dukung sampai dia lelap.. Dah tu kalau lelap boleh terus letak atas tilam aku boleh terima la lagi.. Ni tidak.. Letak je atas tilam, terus terjaga pastu sambung ngaruk-ngaruk.. Tekanan woo.. Last-last, aku dukung dia, dia dah lelap, dengan aku-aku sekali kena baring.. Kalau ringan takpe, ni 10kg.. Dah macam eksesais angkat guni beras hari-hari.. Takyah susah-susah aku nak gi gym angkat dumbbell dah pasni..  



Cengginilah gaya aku tidurkan dia hari-hari.. Gaya jela.. Rupa jauh sekali.. *penyek* =___="


Ps: Lepas ni sila panggil aku kakak katang.

Monday, December 3, 2012

tengok cerita perut penuh kenyang ketawa

Bila dah takde kerja, dah takde menda yang kau nak fokus lebih, mulalah otak merewang-rewang melelong tah ke mana-mana.. Kendian, mulalah pikir yang bukan-bukan dan tak patut-patut.. Pastu mulalah carik gadoh dengan masyarakat setempat.. Akhirnya, memberontak tak tentu pasal.. Kalau Malaysia ni takde undang-undang, lama dah habes dibakar dipecah semua benda/orang gamaknya.. Tah hape-hape.. Macam manusia tak bertamadun lagaknya.. Menyusahkan orang-orang tersayang!


Apa yang aku buat untuk mengisi waktu senggang? Buli Incek AHM suruh donlod cerita banyak-banyak kat ofis, pastu bawak balik rumah, tengok kat TV HD 32".. Orang tengok wayang kat panggung boleh makan snacks je.. Kitorang lagi canggih.. Makan nasik putih lauk pauk, neskepe o, kopok ikan.. Bukan tu je.. Siap bantai durian lagi sambil tengok cerita.. Boleh pulak main pause-pause untuk toilet break kan.. Haaaa.. Memang heaven! Kena pulak skarang ni musim tengkujuh.. Tak payah susah-susah nak bazir duit bayar bil api lebih semata-mata sebab ekon.. Lagipun nak ke mana je hujan-hujan ni? Kekadang nak gi main bebinten pun tak lalu, walaupun bebinten main kat indoor court.. 

Bila dah start duduk je depan TV tengok cerita-cerita yang didonlod, mulalah kemaruk nak kudap-kudap yang merepek-repek.. Macam-macam dalam food-craving-wishlist.. Lepas tu pura-pura pelik kenapa pipi dah macam **kopau.. Nasib belum pergi fitting baju hantar tukang jahit lagi.. Kalau dah hantar, naya.. Nanti mulalah butang tertuing-tuing.. Oh, tidak!

Macam-macam aku mengidam.. Haritu ketam, semalam meatball, pastu pavlova pulak.. Mengandungkah aku? Hah, iya! Bunting gajah.. Bertahun-tahun dah.. Tak kecut-kecut pun boyot di perut.. *keciwa* Diharuknya Sang AHM untuk tunaikan nafsu saka makan aku yang semakin membuas dan mengganas ni.. Tapi apakan daya.. Sabtu Ahad pun dia kena pergi kerja.. Kalah warga Nepal dan Bangla.. *bertambah keciwa* Karang merajuk bawak diri pergi Batu Belah baru tau.. Menduda awal awak nanti.. Kadang-kadang boleh tahan sakit hati jugak dengan dia ni.. Diiya-iyakan tapi lepas tu haprak.. Setakat nak amek hati aku lettew.. Harapan palsu! Benci tau..


**kopau = kuih pau

Tuesday, November 20, 2012

Sembilan Belas Januari Dua Ribu Tiga Belas

Puas di Google carik design yang cantik-cantik tapi simple untuk bulan Januari nanti.. Tapi tula dia bila dah banyak sangat buat survey.. Hasilnya? Rambang mata dan pening kepala! *sigh* Tapi aku pelik jugak taste-taste manusia sejagat ni.. Mungkin dorang tak paham apa maksud simple kot.. Tak caya cuba korang Google benda-benda ni dan tambah perkataan simple kat belakang.. Tengokla apa yang keluar.. Aku dengan Kak Ariza siap tekekek-kekek gelak kat kaunter bila tengok orang-orang bajet hiasan/gubahan dorang adalah simple.. Ok, cukup mengutuk.


Warna tema yang aku dan Sang AHM dah pilih untuk Januari adalah turquoise.. Aku pulak gatal-gatal pergi carik hijau turquoise.. Terus berpinar mata tengok warna kat gedung kain.. Menyesal mak.. Nak carik jenis kain satu hal.. Nak carik jenis kain yang ada warna tema hal yang kedua.. Sumpah pening gila.. Sampai aku ingat nak beli je mana-mana baju siap pastu sarung je..  Untuk tunang ni aku ingat nak buat baju kurung moden je.. Senang.. Boleh recycle untuk raya pulak nanti.. Takdela istilah pakai sekali seumur hidup je..

Bila Along Nihayah tanya nak design cenggane, aku kata la nak macam Scha Alyahya.. Terus kena bantai kutuk, "Jangan nak ngikut retis sangat la.. Dorang tu mampu.." Kepotak dia! Belum tengok lagi, dah memandai nak ngutuk orang.. Cepuk kepala satgi.. Bagi gegar sikit otak tu, biar pecah ais yang bekukan otak tu..



Design cani la.. Simple sebab ada sulam tampal kat lengan je..


Sejak dua menjak jadi suri rumah sepenuh masa ni, otak aku maken sembap dan lembab untuk berpikir.. Makanya, aku listkan jela hasil perancangan dan percaturan yang aku dah pikirkan menggunakan sisa-sisa sel otak yang tinggal..


Hantaran

Pempuan -> Laki
1. Pulut kuning + kari ayam
2. Bunga rampai
3. Coklat
4. Buah-buahan
5. Kek (choc moist)
6. Tartlets (fruits + custard / cheese) or Triffle
7. Cupcakes (red velvet)

Laki -> Pempuan
1. Cincin
2. Tepak sireh
3. Buah-buahan
4. Kek
5. Coklat


Warna tema

1. Pelamin:  Off white / light cream + light peach/lilac
2. Hantaran: Putih+Merah
3. Baju: Green turquoise


Ps: Penat, pening, kalut, kusut.. *perasaan berkecamuk* *super sigh* *nganges*

Monday, November 5, 2012

Hadiah Hari Raya - bahagian 2

Kalau ingatan korang masih kuat dan sel-sel serta neuron otak korang belum banyak yang mati, mesti korang ingat lagi intipati entri hadiah hari raya aku.. Tapi kalau korang ni termasuk dalam golongan nyanyuk dan cepat lupa daratan serta hilang pedoman, silalah klik link entri tu hokeh?

Apa yang aku dapat untuk raya tahun ni? Oh, sebelum tu.. Kali ni aku dapat hadiah untuk Aidiladha.. Tapi tak bermakna aku dapat daging ok? Ceritanya bermula dengan Mama (mak AHM) kirim beli Sunquick masa malam raya haritu.. Tapi sebab kitorang dah on the way balik rumah dan ditambah dengan hujan lebatnya, kitorang tak jadi nak singgah mana-mana kedai.. Terpaksalah bangun pagi keesokan harinya untuk beli barang-barang apa yang patut.. Pagi pun tak pagi mana la.. Dekat pukul 9 gak la baru gerak pelan-pelan turun katil tu pun sebab Mama dah bising-bising..

Bersiap ala kadar, isi perut dengan apa yang patut dulu, gerak keluar rumah carik barang yang Mama pesan..


"Sayang, nak pergi mana?"

"Mana-mana la.. Econsave pun boleh.."

"Nak pergi The Store tak?"

"Boleh je.. Ikut abang la.."


Dan kitorang pun menuju ke arah The Store Sungai Buloh yang ibarat hidup segan mati tak mau tu.. Niat asal nak beli Sunquick dengan cili merah hidup je.. Tapi rupa-rupanya Sang AHM dah pasang niat lain siap-siap sebelum keluar rumah.. Nak beli skrin protector dan jugak casing untuk Ipong dia.. Aku nampak je Watson dari luar, dah start listkan dalam kepotak barang-barang yang aku nak beli kat Watson tu nanti..

Tapi macam biasalah.. Lain yang dirancang, lain yang dibeli.. Semua gara-gara dihasut shaitonnirrojim yang sorang ni lah.. Nyampah I! Kononnya masuk kedai sukan nak tengok raket..


"Awak tak nak Asics Gel Rocket ni?"

"Kelabu purple? Tak nak ah.. Hodoh.."

"Laaa.. Try la dulu.. Ni ada satu lagi warna ni.."

"Tak nak ah.. Kalau abang belanja takpe la jugak.."

"Yela, saya nak bayarkan la ni.. Kalau tak, takde saya tanya.."


Lepas main sorong papan tarik papan, akhirnya aku beli la jugak sepasang.. Tapi akibatnya, barang-barang yang aku dah senaraikan dalam kepotak untuk dibeli kat Watson tadi, terus melayang hilang.. Akhirnya keluar Watson dengan seketul pewangi udara Ambi Pur.. Hampeh!



Ada potensi nak jadi model kaki tak? Tapi lutut ke bawah jela..


Ps: Mungkin sekali sekala aku patut derhaka. 

Friday, October 19, 2012

kalut kalut yang jalan lebihnya mulut

Tak ku pandai berkata-kata apatah lagi bermadah pujangga. Tah hape hape! Baiklah, dalam episod kali ni aku nak cerita serba sikit pasal perancangan-perancangan yang aku dah buat setakat harini.. Sebelum apa-apa, aku nak ingatkan kat sini, memang aku tak reti nak taip comel-comel, teruja-teruja macam pompuan lain.. Cara aku menyusun ayat mungkin nampak agak tak berperasaan dan mendatar.. Makanya, gunakanlah kreativiti masing-masing untuk menggayakan dan melenggokkan intonasi serta cara pembacaan agar jadi lebih menarik.. Sekian.


15/11/2012

Malam ku suram, siang ku kelam
Ku kegelisahan, 
Mencari-cari ke mana pergi harga diri ini,
Bertanyakan berita, merisik khabar.. 



Oi, dah dah! Takyah nak berangan bajet suara sedap nak nyanyi panjang-panjang.. Suara sumbang kalah harimau kumbang.. Apa kaitan lagu Sudirman tu dengan aku? Eh, tak tak.. Bukan aku kena tinggal ke apa.. Cuma aku nak kaitkan dengan ayat last tu je.. Pada tarikh seperti yang tertera di atas, rombongan meminang akan datang merisik.. Risik siapa? Haruslah bukan Najmuddin atau Taqiyyuddin.. Paling-paling koman pun Sakinah.. Ye dak?


Tapi kalau merisik Sakinah, takdenya aku nak beriya buang masa mencarut mengarut dalam ni panjang lebar.. Hape gelak-gelak? Ingat aku ni tak laku ke? Kwaja sangat tanggapan korang dekat aku kan? Biadap tau.. *sentap*

Gaji bulan ni harus dibelanjakan untuk bayar duit kereta, servis kereta, polish kereta, bayar saman kereta, beli kain, tempah baju.. Ok, duit gaji memang takkan cukup.. Tapi takpe.. Apa guna mak bapak serta adik badik kan? Hehehe.. c(=



20/01/2013

The proposed date for our engagement ceremony.. Mungkin akan dipinda atau mungkin tidak.. Semoga segalanya berjalan dengan sempurna tanpa cacat cela.. Tapi masalahnya, warna tema pun aku tak terpikir lagi.. Sang AHM mungkinlah boleh masuk dengan semua warna.. Bagi aku yang tak berapa nak cerah ni, karang tak memasal tenggelam di sebalik kaler yang ada.. Susah-susah sangat aku pilih kaler pelangi jugak karang.. Pastu jangan tanya kenapa majlis aku takde lagu orang kawen mahupun paluan kompang.. Sebab digantikan dengan lagu aiskrim Paddlepop..

Hantaran pun nak kena pikir nak letak apa atas pahar tu.. Susah-susah sangat aku beli je Ferrero Roche banyak-banyak pastu letak satu dulang seketul.. Takpun beli je jelly bean sepaket besar, tabur je atas semua dulang yang ada.. Setel! Kalaulah semuanya semudah tu.. *sigh* 


_________________


Nak mengeluh lagi boleh tak? Bukan apa.. Banyak sangat benda dalam kepotak sampai dah tak dapat nak bezakan mana satu yang harus jadi keutamaan.. Semua benda pun penting, semua benda pun nak kena setel dalam masa terdekat.. Time and money constraint should be the main problem, I suppose.. 

Tarikh-tarikh penting dah semakin menghampiri.. Time aku nak buat proposal, orang lain pikir pasal benda lain.. Apa salahnya kalau plan sekali je semua.. Apa-apa perubahan lepas ni, senang.. Kurang-kurang dah ada guideline.. Ini tidak.. Nak setel satu dulu, baru nak rancang yang kemudian.. Payah! Jangan nanti dah sampai tak boleh nak dibawak berbincang, aku bawak bertendang.. Enough said.



Ps: Maybe I shouldn't be this nervous, freaked out and excited at the same time? Maybe I just shouldn't think about it tooooo much? Everything is so stressful! Good stress? I guess not.



Thursday, October 4, 2012

persis orang gila lagaknya

Hari pertama
Tak sempat nak buat apa.. Aku tengok kau, kau tengok aku.. Hampir tak pasti apa yang dirasa.. Masa berlalu tak terasa..


Hari kedua
Berbual mesra.. Berkongsi pengalaman dan cerita.. Berpura-pura seolah-olah tiada apa yang melanda.. Ditahan disimpan kejap walau jiwa meronta tiap kali bertentang mata..


Hari ketiga
Berbual mesra.. Tidak mampu menahan gelora jiwa, mengaku akhirnya.. Hilang segala kata-kata, kelu lidah tak berbahasa.. Hanya perlakuan dapat menggambarkan segalanya..


Semalam
Meskipun hati masih berbelah bahagi, aku cuba memberi peluang pada hati sambil berharap kejadian yang sama tidak akan berulang lagi.. Tidak ku harapkan simpati dan janji.. Cuma secebis kasih sayang dan kesetiaan hinggalah ke syurga nanti.. 


Harini
Menyulam kasih membuai rasa.. Perasaan tak lagi dapat digambar dengan perbuatan dan kata-kata.. Bahagia hanya kita yang rasa.. Kisah yang lalu, kita lepaskan begitu saja.. Tak perlu kenang segala duka dan lara.. Malah, semuanya menjadi pengajaran serta bahan tawa.. Tatkala diri mula lalai dan alpa.. 


Esok
Adakah mungkin ada esok untuk kita? Tidak pernah diuji diduga.. Segalanya nampak elok belaka.. Adakah semua ini akan kekal hingga ke akhirnya? Tidak kau punya jawapan? Ku juga sama.. Sentiasa doakan yang terbaik untuk kita sekeluarga.. 



AHM

Saturday, September 22, 2012

bercinta dengan unta

Soal hati memang tak mungkin dimengerti.. Malah juga sering tidak dipeduli? Kenapa jadi begini? Tiada jawapan yang dapat aku bagi.. Berdoa semoga dapat temui cinta sejati.


1. Satu
Manusia dan sifat tamak memang tak dapat dipisahkan.. Sifat tamak ni subjektif sebenarnya.. Terpulang pada korang nak tafsirkan macam mana.. Kalau negatif yang kau pikir, negatiflah ia.. Dan begitulah sebaliknya.. 

Tamak ni negatif bila, kau tamak haloba.. Tak pernah rasa cukup dengan apa yang ada..Semua benda nak dikautnya.. Apalah yang dikejar sangat harta dunia? 

Tamak positif pabila kau menjadi tamak untuk melakukan sesuatu kebaikan.. Tak paham? Takpe.. Biar aku terangkan.. Kau selalu terasa kebaikan yang kau buat kat dunia ni tak pernah cukup.. Kau rasa kau belum cukup balas jasa mak bapak kau.. Makanya, kau terlalu tamak untuk berbuat bakti pada mereka sampaikan takde peluang untuk orang lain untuk buat dah..

Tapi apa yang aku tak paham adalah bila manusia dah diberi pilihan dan dia telah memilih.. Tapi dia tetap seolah-olah nak semua.. Bapak kau bagi kau pilih antara Bentley atau Beemer.. Kau pilih Bentley.. Tapi dalam masa yang sama, kau still curik-curik guna Beemer dia yang mana kalau dia dapat tau memang dia ngamok ah.. Nak merasa, katanya.. Dengan alasan, itu ada kat Beemer, ini takde kat Bentley.. *susah nak imagine* Bapak kau belanja makan aiskrim.. Ada satu vanila dan satu lagi coklat.. Kau kena pilih salah satu  sebab satu kau punya, satu lagi kau kena bagi adik kau.. Dua-dua kau suka tapi kau lagi prefer coklat.. Kau amek perisa coklat tu, tapi sambil-sambil tu kau curik-curik jilat dua tiga kali aiskrim vanila adik kau tu tanpa pengetahuan dia.. Cara kau tu boleh diibaratkan macam masa sekolah dulu, Cikgu bagi pilihan jawapan:

Binatang apa berkaki dua?
A. Itik
B. Kambing
C. Lembu
D. Kerbau

Kau tambah sendiri kat bawah tu, E. Semua di atas.. Dengan alasan, binatang lain tu kena dera pastu cacat.. 


Ps: Time mati karang, kau ada dua pilihan je, bhai.. Syurga atau neraka.. Still nak pilih dua-dua? *smirk*




2. Dua
Memang susah nak terima kenyataan bila orang yang kita puja-puja, yang kita sayang, yang kita cinta dah tak nak dan tak perlukan kita.. Atas alasan apa, setiap individu akan bagi alasan yang berbeza.. Terpulang pada situasi dan keadaannya.. 

Tapi apa yang aku tak paham, kononnya nak setel cara baiklah.. Nak bawak berbincang, brain storming bagai.. Tapi end up, nak ngamok-ngamok, ugut-ugut.. Pergghhhh wa cakap lu.. Mana kematangan yang digembar gemburkan? Mana pergi kewarasan fikiran? Tipu siot.. Karang tinggal camtu je, tau pun nak sedih-sedih nak kecewa hati lara.. Bila bawak bincang, dibawaknya bertendang.. Tak paham, sumpah aku tak paham..


Ps: Orang macam ni elok ditanam hidup-hidup. Menyusahkan hidup orang lain.



3. Tiga
Aku dah cukup perfect, orang lain yang selalu buat silap.. Dalam bercinta tak pernahlah dia buat silap.. Apa-apa yang jadi, mesti salah pihak satu lagi.. Bila orang bentangkan silap dia satu per satu, tak boleh terima hakikat..

Dalam tempoh bercinta, harapkan orang buat semuanya untuk dia sebab dia rasa dia dah buat yang terbaik.. Takde usaha untuk berbuat apa-apa.. Yelah, Ms/Mr Perfect lah katakan.. Budi dan jasa sekecik kuman, diungkitnya berdekad-dekad lamanya.. Tapi bila orang berbudi dengan dia, takde pulak dia nak berkira dan mengira.. Ayat stendet, "Biasalah.. Dah sayang.. Semua orang akan buat macam tu untuk orang yang dia sayang.." Eh, yang kau ungkit tadi tu apa? Hahahahaha~ Ooooppss.. Sorry, tergelak pulak.

Hoi, bukan ke asas dalam hubungan kena ada give and take dan balance..Takyah cakap pasal hubungan la.. Dalam mana-mana komitmen la.. Komitmen kerja pun macam tu.. Kau dah buat habis baik, dah macam kuli pencacai bos tapi time appraisal bukan main rendah markah kau.. Lepas tu hujung tahun bonus tarak.. Kau bengang tak? Haruslah kan? Sama jugak.. Kau buat taik dengan majikan, kau tak setel kerja on time, asek buat masalah lepas tu kau nak harapkan bonus hujung tahun? Harapaaaannn..


Ps: Nobody's perfect, bro. Sila berpijak di bumi yang nyata.




Note: This post is according to my point of view. Tak setuju? Ruang komen ada kat bawah tu. Saya terima komen dan pendapat yang membina dengan hati yang terbuka serta jari jemari yang pantas membidas serta membalas

Monday, August 27, 2012

kenapa?

People come and go in my life.. Do I mind? Do I care? What kind of stupid question is that? I did almost everything that I am capable of.. Tried everything at my level best.. But still, there are always reasons to leave me.. Ada je salah silap.. Takpelah.. Bukan cara aku nak paksa-paksa orang untuk stay dengan aku.. Yang aku paling tak pahamnya, dorang tak pernah sanggup nak lepaskan ex dorang, tak sampai hati nak sakitkan hati ex dorang, tak pernah terpikir nak berkasar dengan perempuan.. Tapi dengan aku sanggup je dorang buat? Apa beza aku dengan perempuan-perempuan lain? Teruk sangat ke aku ni sampai layak terima semua tu? Because I'm 70-30 is it? Ada siapa-siapa boleh tolong jawabkan tak? Thanks! Aku teringin sangat nak tanya ex(s) aku kenapa.. Tapi apakan daya, setakat ni tak pernah lagila ada ex aku yang nak berkawan dengan aku.. Eh, tipu. Ada sorang.. Thanks, awak.. =) 


The best part is, lepas je putus dengan aku, terus dorang jumpa jodoh.. Tinggal aku sorang-sorang terkontang kanting.. *forever alone* Ok, sila amek nombor kepada siapa-siapa yang perlukan khidmat aku untuk dapatkan jodoh dengan pantas. Tak mahal pun aku caj.. 









Ps: Selamat pengantin baru, Incek Epal..



Friday, August 24, 2012

surat elektronik

Bukak email, cek mana yang patut dibuang dan patut disimpan.. Baca balik email lama-lama.. *lap-lap hingus* Came across several motivational emails sent by that particular someone.. Bulan-bulan terakhir kita memang penuh dengan muhasabah dan motivasi diri kan? *baru perasan dan sedar*



"There comes to a point in your life when you realize:

To get something you never had, you have to do something you never did. When God takes something from your grasp, He's not punishing you, but merely opening your hands to receive something better. The will of Allah SWT will never take you where the Grace of Allah SWT will not protect you. Something good will happen to you, something that you have been waiting to hear.

Who matter,
Who never did,
Who won't any more,
And who always will.

So don't worry about people from your past,
There's a reason why they didn't make it to your future."




And also thanks for the "How to avoid illness" email.. How thoughtful of you~~ I keep on playing it over and over again just to make myself familiar with all the words so that I will bare them in mind.. And Incek Epal, fyi, I'm doing good.. That is the purpose of you stalking me right? Ke orang je yang perasan? Bila dah sah jadi hak milik orang nanti, sila kongsi rahsia kejayaan untuk move on, ok? Thanks..











Wednesday, August 22, 2012

put my hands up

I give up. Tak boleh nak tolerate lagi dah.. Sangat penat.. Akal fikiran dan hati telah diuji berkali-kali.. Cukup. Penat, lelah. Sudah. Aku mengalah.. Aku tau dan paham yang tiada siapa suka akan orang yang berputus asa.. Malah, Tuhan juga murka.. Tapi apakan daya, azab tak tertanggung lagi.. Jemu, jelik dan tak perlu merasa pelik..


"When people hurt you over and over, think of them as sandpaper. They scratch and hurt you, but in the end you are polished. And they are all used up."


I know, I know.. Tapi masalahnya, benda ni tak boleh diaplikasikan untuk aku atas faktor individu yang berbeza.. Dorang nak "all used up" cenggane? Cuba kabo kat aku.. Tapi yang bab digilap tu memang betul.. Tu aku tak nafikan la.. Entah la.. *sigh*



Ps: Sumpah aku tak paham kau.. Tolong jangan bagi harapan palsu, aku tak perlukan itu.


mari cerita raya


Apa cerita raya? Jangan ditanya.. Berat hati nak bercerita.. Hari-hari terakhir puasa dah ulang alik hospital.. Orang lain sedap melantak lemang rendang ketupat kuah kacang nasik impit, aku telan ubat berkampit-kampit.. Tak memasal kena pantang macam-macam.. Raya pertama, dah kena tinggal sorang-sorang kat rumah.. Dorang semua sebok beraya, mana nak ingat aku.. *touching kejap* Nasib baiklah Tuhan masih sayangkan aku.. Aku gagahkan jugak diri untuk drive dengan niat nak tolong bapak aku.. Alhamdulillah, semua selamat dan aku pun dah semakin gagah perkasa bak Badang dan raksasa.. 




Ps: Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. *ketakstabilan hormon*

Pps: Teringin nasik impit kuah kacang.. Ada siapa-siapa nak derma? Thanks..





________________________






Pertama kali bawak kekasih hati balik kampung.. Perggghhhh.. Penat! Tapi sangat sedih sebab kena tinggal dia kat sana.. Kenapa? Bapak aku sewa van bawak orang pergi pulau.. Kendian van tu rosak kat temerloh.. Dorang dah sewa van lain, tapi kecik sikit.. Makanya, tercicirlah barang seorang dua kat situ.. Terpaksa aku menjemput dan menghantar mereka pulang ke kampung.. Aku dah la tak mintak cuti.. Nasib baik ayah belanja tiket katebang.. Kalau tak, memang aku mengamuk je la.. Penat tau tak? Sampai rumah, basuh baju, kemas bilik, gosok baju kerja.. Aku cek minyak hitam kancil, kering kontang. Aku boleh tarik nafas lagi.. Aku carik kunci Corolla, takde.. Tepon tanya, kata rupanya dua-dua kunci ada dengan dorang.. INGATKAN tinggal kat rumah.. Ok, itu jam memang aku mengamuk.. Nak aku bawak Pajero pergi kerja ke apa? Memangla pakai diesel.. Tapi kedarah minyak gak menatang tu.. Sumpah aku bengang.. 


Nasib baiklah masih ramai yang bercuti.. Makanya, tak perlulah aku bersesak di sepanjang perjalanan, beratur panjang bayar tol dan juga berebut parking.. Heaven~~ Orang-tu-terlupa-ingat-aku-masuk-kerja-kul-8 kejut bangun awal tapi pukul 8 aku baru bangkit pun takde masalah.. Sampai ofis awal siap..  *yawn* Memangla terasa gagah dan cool bila bawak Pajero.. Tapi aku tak suka enjin diesel.. Bingit! 




Ps: Lainkali tak nak balik kampung dah boleh? Tak suka nak menyelusuri kembali jalan-jalan kenangan.. Kau sentiasa ada di mana-mana.  *jiwa kacau*


Wednesday, August 1, 2012

25 and counting


Twenty-five years I'm alive here still

Trying to get up that great big hill of hope

For a destination



What's Up by 4 Non Blondes



That is definitely going to be the theme song for today, and also for this whole year.. Trying hard to get a better life.. Penat memang penat.. Tapi aku ni sangat mudah tersasar dan terpesong.. Tak lama pun bertakhta kat landasan yang sama.. Cepat bosan, cepat putus asa, tak boleh terima cabaran.. Aku pun dah makin tak pasti apa aku nak dalam hidup aku.. =____="


Dia: Awak wish apa untuk birthday awak kali ni?

Aku: Adalah.. Mana boleh bagitau..

Dia: Cakap la.. Apa dia?

Aku: Saya harap saya dapat ikut jadual yang saya dah buat tanpa gagal.



Haaaaa.. Aku dah buat jadual khas untuk rutin harian aku.. Biasalah.. Nak bagi hidup kurang kucar kacir.. Tapi so far, macam banyak yang terpesong jauh je.. Tidur patut pukul 10 kalau weekdays.. Tapi apa yang jadi? Pukul 10 baru tekedek-kedek nak balik kerja.. Memanglah apa pun tak sempat.. Makanya, aku terpaksa slot in mana-mana benda yang aku patut buat tapi tak sempat tu dekat mana-mana masa lapang yang ada a.k.a terpaksa kurangkan masa tidur.. Tu yang sampai 2-3 hari tak tidur langsung tu.. *mata panda*




Thanks for the cake, bro..



Ps: Thanks for all the wishes and thoughts, peeps.. Really appreciate it.. Instead of wishing myself a wish, I would like to wish you guys all the happiness in the world.. May Allah bless us all.. =)




___________________________________________________





Awak, former colleague awak masuk kerja kat sini.. Kenapa la dunia ni kecik sangat.. Dengar cerita, awak nak kawen lepas raya.. Selamat lah ye.. Saya tak rasa saya dah cukup kuat untuk lepaskan semua.. Tapi, cukuplah sekadar saya sedar yang awak bukan milik saya.. Untuk terima hakikat, saya bukan manusia sempurna..










Ps: Mencintai tak seharusnya memiliki..


Thursday, July 26, 2012

minggu pertama puasa

Dah masuk hari ke enam puasa.. Tapi Incek Bulan tak nak balik ke tempat asal lagi.. Banyak hari la kena ganti nampaknya.. Adoi.. =____=” Cerita pasal minggu pertama.. Ahad lepas kena hantar adik-adik balik Melaka.. Sebelum tu dipaksa berbuka puasa ramai-ramai kat Sunway Putra Hotel.. Iftar Japanese Style.. Masing-masing bawak pasangan, aku sorang yang terkontang-kanting.. Alah bisa tegal biasa.. Kalau dah namanya buffet, macam biasa la.. Ada pulak partner in crime.. Makin cargas! Aku amek ketam banyak-banyak.. Pastu tengah kusyuk makan, tercakar panjang jari telunjuk aku.. Terus cacat takleh menulis.. Lepas 3 hari baru darah kering.. Pening kejap.. Ingatkan orang makan kambing je pening, makan ketam pun boleh pening? Jangan ditanya.. Aku memang pelik dari orang..


Wani: Yela, biasanya ada orang tolong kopek, hang makan isi ja.. Ni kena kopek sniri.. Tu yang sampai luka jari tu..

Aku: Dejei.. *speechless*



Selasa lepas aku MC sebab migrain.. Terlalu banyak cahaya yang melalui kornea.. Ditambah dengan flu yang hebat.. Memang terbaikkk.. Bangun tidur, sentap tuala kat jemuran, turun tangga nak pergi mandi, jatuh tergolek tak sedar diri.. Hahahahahaha adeh! Sakit wooo.. Tapi memang bantai gelak dulu la lepas bangun dari pitam tu.. Dengan takde orangnya kat rumah.. Bangkit, menapak balik naik atas, capai handfon, message bos, bongkar beg carik ubat, telan, tarik selimut, tidur tebongkang tak sedar diri sampai senja.. Bangun dengan  hati kecewa hampa sebab dorang masih belum pulang.. Tercengang sebentar tengok not RM50 atas almari.. Lepas tu baru teringat yang ayah ada tepon tengahari tu tanya aku pergi kerja ke tak sebab nampak kereta aku kat luar.. Dia tinggalkan RM50 tu untuk aku pergi klinik.. Last-last aku melantak makan megi je sebab tak larat nak pergi mana-mana.. Bergelap gelita seharian sebab tak boleh tengok cahaya..


Yang nak jadi lagi terharu, aku bangun pagi semalam nak sahur kononnya.. Malas punya pasal, gosok baju je.. *Sekarang perut dah mula mainkan lagu gonjeng-gonjeng* Tengah aku mandi, bapak aku panggil..


Bapak: Awak nak isi minyak tak?

Aku: Nak la..

Bapak: Ayah tinggal kredit kad la.. Awak isi full tank..

Aku: Eh, takpela.. Ada duit lagi..

Bapak: Duit atas almari ni duit apa?

Aku: Duit gi klinik semalam.. Saya guna duit tu jela..




Perancangan untuk masa depan yang lebih cerah adalah beli spek baru dalam masa yang terdekat ni.. Tak tahan silau! Semoga Tuhan makbulkan permintaan aku.. Tapi sebelum tu, aku perlu buat kad atm aku yang hilang haritu dulu.. Kang esok dah gaji, haru.. Duit berkoyan-koyan, nak bayar itu ini kad takde tak boleh nak cucuk.. Tapi elok jugak.. Lambat sikit duit habes..




Antara makanan yang aku teringin time bulan puasa ni:

1. Pulut mangga Sukhumvit
2. Banana Royale Baskin Robbins 
3. Dim sum PNB Darby Park
4. Ketam goreng cili Mak Cik Rohimah
5. Lasagne Along Nihayah
6. Carbonara William's
7. Sate Segamat
8. Cheese cake Sunway Putra Hotel (got it for my birthday)  =)
9. Calamari fritters Dome
10. Honeycomb Goldrush Dome
11. Mi udang Kuala Sepetang
12. Chocolate Moist Cake Along Nihayah
13. Ayam percik Fizwani
14. Telur sambal Hafidz
15. Char Kuey Teow Baim
16. Steamboat Johnny's
17. Seafood Serkam

Jangan harap list tu hanya berhenti setakat ini.. Panjang lagi sebenarnya.. Cuma air liur dah menjejeh-jejeh dah memikirkan segala makan yang enak-enak ni.. Adoiii.. Perut dah start bunyi-bunyi dah time ni.. Tolong saya tapau boleh? Tihihihi.. *segan*




Ps: Thanks awak tolong hantar dan jemput saya balik kerja.. Jaga baby saya elok-elok ok?  Kalau rajen, tolong mandikan sekali.. Lama dah berdaki tu.. =)

Monday, July 23, 2012

Jolly July

Hola, July! I guess it's not too late to say hello to "July".. I'm wishing for great and awesome things to happen in this month.. If it's not, just swipe back your hair, chin up and smile.. Seriously, that is the best medicine. Ever. 


Oleh kerana terlalu sibuk dengan kerja, aku sampai terlupa masa.. Bahkan hujung minggu aku berlalu begitu sahaja demi menyiapkan kerja.. Sedih ok? Sobb sobbbss.. T___T Sampai nak prepare wishlist pun tak terdaya.. Ok, ada sikit unsur penipuan kat situ. 


Aku rasa aku dah jatuh cinta.. Untuk kali ke berapa? Jangan ditanya. Tapi kali ni bukan dengan manusia.. Mungkin sebab kecewa dengan sikap manusia suka ambil mudah serta sambil lewa setiap benda.. Makanya, aku seolah-olah dah putus asa.. Jiwa kacau sangat ayat kau ni.. Hempuk kepala baru tau..

Ada siapa-siapa yang baik hati nak belikan aku ni?



Nampak tak cubaan aku untuk jadi pustakawan yang sangat berdedikasi? Aku jumpa buku ni masa aku tengah hantar kereta pergi servis.. Tengah aku bosan-bosan dekat waiting lounge dorang tu, aku ternampak rak buku yang penuh dengan buku pelik-pelik.. Terus aku sambar.. Tapi tak lama.. 7-8 minit kemudian, dorang dah panggil kata kereta dah siap.. *keciwa* T___T Dengan tergopoh-gapah dan dengan pantas aku aplikasikan skil seorang pustakawan yang berjaya, terus aku snap ISBN dia.. Bhahahaha~ Korang akan terpikir macam aku tak kalau tengah kalut-kalut macam tu? Takde kan? Haaaaaaaaa.. *riak*



Memang ramai yang cakap aku pelik sebab mintak benda mengarut.. Tapi kalau dah ilmu yang boleh buat aku jadi lebih baik, apa salahnya.. Eleh, korang tu komen je lebih.. Hadiah aku yang korang asek postpone tu, ada korang bagi? Peyyggidahhh! *majok*





Ps: Sorry, awak.. I already have plans for myself.. Next time, maybe?


Friday, July 13, 2012

13/07/2007



Genap 5 tahun.. Repeat "July, Friday the 13th" kat sana jom! Eh, lupa pulak.. Kau bukan milikku lagi.. Echeeewaaaahhh.. Ayat bajet nak feeling-feeling romantik la tu? Takde maknanya..



Kelu lidah tak berbahasa.. Terlalu fokus pada kerja, kononnya.. Tak, aku serius. Terlalu abdikan diri pada kerja sampai takde masa nak merasa bahagia di dunia.. Mungkin aku ditakdirkan untuk bujang sampai ke tua? Yelah, mana taknya.. Keluar gelap balik pun gelap, demi menyudahkan kerja.. Tak sesuai untuk orang yang sudah/bakal berumahtangga.. Boleh bercerai laki bini nanti sebab tak sempat nak uruskan rumah dan tangga..



Esok, 14/7/2012, abang aku bakal tambat leher ikat tali pertunangan.. Cenggane dia ikat, camane rupa tali, tu jangan tanya aku.. Memang aku tak tau.. Takde pengalaman.. 







Thursday, June 28, 2012

manusia memang pelik.

Tidak pandai ku bermadah pujangga, tidak juga ku pandai menasihati.
Apatah lagi yang berunsur agama, kerna aku masih lagi sedar diri.


Aku takkan paham kenapa orang yang aku tau cerita selok belok kehidupannya, luar dalam isi kulitnya, mampu untuk nasihat orang macam-macam.. Memang elok kalau kau selalu ingatkan masyarakat setempat supaya dekatkan diri dengan Tuhan.. Tapi mana letaknya harga diri dan air muka kau bila kepala bertutup tapi zina tetap on? Mungkin tak semua orang tau cerita, dan tak perlu juga buka pekung di dada.. Tapi cukuplah sekadar kau reti segan dengan Tuhan yang mencipta.. Tak terasa sangat menipu ke? Mungkin kau boleh tipu orang, tapi sampai bila nak tipu diri sendiri? Adakah amalan kau diterima bila kau melilit litup tapi kau menayangkan segalanya dengan lelaki yang belum sah jadi muhrim? Aku tak kata aku lebih baik, tapi aku merasa jelik. Tolong berhenti berpura-pura menjadi bidadari syurga, kerana sekilas ikan di air sudah ku tau jantan betinanya. 


Ps: Belum cukup berani nak berpura-pura bidadari. Kena sambar petir nanti!

Pps: Jangan tanya orang kenapa aniaya kita, tapi tanya diri apa kita dah lakukan di masa lampau sehingga terima karma demikian rupa. 


Sunday, June 17, 2012

Rupa menawan tak menjanjikan kebahagiaan.

Orang kata, aku tak padan dengan dia.
Sebab rupa dia tak berapa elok dipandangan mata.

Orang kata, aku cantik.
Boleh dapat yang lebih baik.

Orang kata, aku boleh dapat lagi kacak.
Lagi lebih serba-serbi sampai perempuan lain tak mampu nak tolak.

Orang kata, aku kena ubat guna-guna.
Mungkin juga, aku telah digula-gulakan oleh dia.


Peduli apa aku kata orang.

Tuhan tak bagi apa yang kau nak, tapi Tuhan akan bagi kau apa yang kau perlu.


Aku pernah dapat lelaki kacak,
Memang perempuan lain takkan tolak,
Kacak je tak guna,
Kalau hati selalu meronta dan merana.

Aku pernah dapat yang lebih baik,
Nasihat aku bukan main,
Tapi perkara asas dalam agama pun tunggang terbalik,
Macam mana nak jadi contoh pada yang lain?



Dia selalu nasihat aku ajak berubah bersama,
Selalu bincang pasal kekeluargaan,
Kalau aku dah digula-gula,
Dia takkan bawak jumpa kaum keluarga rakan dan taulan.

Masa bercinta semuanya indah,
Realiti perkahwinan bukanlah mudah,
Tanpa kepercayaan semua goyah,
Jangan dah jatuh baru nak ngadah.

Mungkin dia tak kacak,
Padanlah dengan aku yang biasa-biasa saja,
Tapi hati dia baik,
Selalu mengambil peduli apa yang aku rasa.

Tiada siapa yang sempurna,
Begitu juga aku dan dia,
Cukup sekadar saling melengkapi,
Serta paham dan kenal isi hati.






Dia: Saya perasan awak sayang sangat dekat Anep.. Misal kata suatu hari nanti, dia merayu-rayu nak balik kat awak, awak tinggalkan saya untuk dia tak?

Aku: Tak. 

Dia: Jujur dengan saya, awak..

Aku: Jujur saya kata, saya takkan tinggal awak untuk dia. Saya tak nak buat benda bodoh yang sama banyak-banyak kali.. Saya takkan let go orang yang saya sayang dan cinta untuk orang yang saya suka lagi dah.. Cukup la sekali.. Kalau sebelum saya ada awak, mungkin saya akan balik dengan dia. Tapi sekarang, tak kot.. 



Ps: Tapi kalau itulah ketentuan dan suratan, siapalah aku untuk melawan Tuhan?


Monday, May 28, 2012

mournful monday

*Cough cough* Urgghhhh.. Pagi-pagi Isnin dah bikin panas.. Lemas saya.. =___=! Tak, tak.. Bukan saya panas nak mengamuk ke apa.. Tapi saya panas sebab ada gangguan bekalan elektrik kat Bandar Sunway.. Generator hanya mampu menyalakan lampu supaya hidup kami tidak dibelenggu kegelapan.. Makanya, terpaksalah kami berpanas, berpeluh dan berlemasan dalam perpustakaan yang serba canggih ini.. Sumpah suffocate gila! *Tolong! Tolong! Saya pingsan!!* 


Tengah dalam keadaan macam ni, teringat cerita Angels & Demons lakonan Tom Hanks.. Ada satu scene, dorang tutup-tutup letrik sebab nak pastikan kat mana sebenarnya lokasi bom tu.. Kebetulan masa tu Robert Langdon kat dalam National Archive.. Bilik tu dia hanya mengandungi kandungan oksigen sekadar mencukupi untuk masa yang diberikan.. Sekali blackout.. Dahla oksigen dah nak habes.. Lepas tu bilik tu fully automatic pulak tu.. Tak memasal terkunci kat dalam bilik tu dan hampir mati lemas.. Terus dia berusaha pecahkan dinding kaca tu guna rak buku.. Hamek kau!

Kalau ikutkan hati aku, nak je aku buat macam tu.. Tapi nanti tak memasal kena saman dan buang kerja.. Kena buang kerja takpe lagi.. Kalau kena saman, mana kawan nak korek duit nak bayar? Timbang kati bulu? Kalau laku..




______________________________________





Rasa sangat disayangi bila masyarakat sekeliling memberi aku segala kebahagiaan.. Nak makan ketam, ada orang yang tolong masakkan, nak berjalan kat pasar karat ada yang tolong kejutkan, nak pergi servis kereta ada yang tolong temankan.. Dan bermacam-macam lagilah.. *bahagia~~~~~*

Oh, ada berita baik yang nak aku sampaikan sebelum terlupa.. Oleh kerana Sony dan Ericsson dah nak bercerai, makanya segala handphone yang mempunyai logo dan jenama Sony Ericsson dijual pada harga murah.. Nak buat stock clearance katanya.. Sebagai seorang kakak yang baik hati berpekerti mulia malah cantik juga, aku belikanlah Sakinah handphone baru.. Yelah, dia dah nak duduk jauh dari family.. Tepon yang ada pun macam tak berapa nak semenggah sangat je..  Tapi aku belikan yang biasa-biasa punya jelah.. Takde la nak bagi Android bagai.. Aku pun tak pakai Android.. Txt Pro.. Oklah.. Touchscreen + qwerty keyboard.. Senyum sampai punggung dia semalam.. Tapi masalahnya, lepas-lepas tu semua orang nak mengaku aku kakak dia.. =____=! Maaf, masyarakat setempat. Saya hanya ada dua orang adik.. Diulang, hanya dua orang. Sekian, terima kasih.




Die, sakitlah.. Serius sakit. TT____TT




Maaf, awak. Saya bahagia begini.

Tuesday, May 22, 2012

my baby | me



*teruja*




Ps: I'm really glad you came into my life. Thanks for making me the happiest person on earth! Lebiu baby~ 

bzzztt bzzzzzttt *busy*

Hatchoooo! Alhamdulillah.. *lap-lap hingus* Penuh habuk blog ni.. Biasalah.. Orang penting dekat ofis la katakan.. Hahahahaha~ Bajet! Setakat ni, pekerjaan semua ok.. Memang agak sibuk, tapi aku suka.. Masa lapang aku terluang dengan adanya laptop company serta kerja-kerja yang di bawa pulang.. *Ini penyataan jujur dan ikhlas, tiada unsur perlian. Sekian*

Tapi tu la.. Aku ada masalah komunikasi antara "pelanggan" dan jugak teman sekerja.. Cakap omputeh berabuk tu~~ =___=! Adeh! Reti pulak aku.. Pastu kena attend meeting dan menjawab segala soalan yang ditujukan.. Perghhhh wa cakap lu.. Boleh pengsan! *Tolong! Tolong! Saya pengsan!* Dan fyi, harini aku ada meeting dengan program yang aku pegang, School of Hospitality, Tourism and Culinary Arts.. Kebanyakan lecturer dorang adalah orang import.. Masing-masing dengan dialek masing-masing.. Aku dengan Manglish aku nye.. Adehhh.. *kakot* 


Ps: Wish me all the luck in the world, hokeh? Tengs!




____________________________







Saya tak menyesal kenal awak tapi saya menyesal kita ended up macam ni.. Kalau setel cara elok kan senang.. Dan saya doakan semoga awak dan dia bahagia.. Kemsalam mak awak ok? Jaga diri elok-elok gak.. Jangan lupa makan.. Awak tu senang dapat sakit.. Saya tak pernah berniat untuk jadi beban awak.. I've warned you earlier.. Tapi awak degil.. Awak nak jugak.. Sekarang bila dah rasa terbeban, mulalah cerita sini sana.. Tak baik tau.. Thanks for the memories.. Now, I really need to stick to my earlier decision.. Hati, tolong jangan pergi lagi ok? Don't go astray.. Focus, focus! Single is simple.. We sway the simple way~~  =)


Die, kenapa semua orang nak cerita pasal die kat orang ek? Padahal orang banyak meluah kat blog je.. Takde pun cerita kat masyarakat setempat.. Haritu pun mak cakap pasal die.. Pastu orang cakapla, die dah nak kawen.. Pastu mak diam tak komen apa-apa.. Tapi dorang kata, die dah gemok dan dah tak hensem! Hahahahahaha~ Bahagia lettew.. But you know that you'll always be my baby-mucuk-yang-demok aite? All the best in your life. 


Kekasih hati saya sangat chomel!! Lebiu, baby! Tapi baru seminggu, dah start merajuk..Nanti saya bawak awak pergi check up ok? Dan saya janji takkan cursing depan awak lagi.. Awak namaw majok ok? *hugs and kisses*


Ps: A relationship requires a lot of work, effort and commitment. Lots lots of 'em.

Friday, May 4, 2012

new job | new life

Syukur tu boleh dipanjat tak? Aku pelik dengan ayat, "Saya panjatkan kesyukuran.....".. Mungkin sebab Bahasa Melayu aku agak tak menepati piawaian DBP pun.. Sebab tu aku rasa pelik je.. Tapi tak kesah la korang nak panjat ke, nak naik lif ke, yang penting aku sangat terharu dan berterima kasih di atas pemberian Tuhan dan sokongan masyarakat setempat.. Sumpah demi Allah aku sayang korang sangat sangat sangat sangat sangat.. Bagi mereka-mereka yang cuma tau nak komen, nak komplen, nak menyusahkan, menjatuhkan dan jugak cubaan melunturkan semangat aku, sila berambus. Maaf, tapi aku tak perlukan korang dan pls get your own life. Jangan nak menyemak dalam hidup aku.

Ps: Taking things for granted is your nature, my bitch. Goodbye forever.




First day at my new office was a sleepy day.. Mengantuk yang amat tak boleh blah! Nasib baik bos takde.. Makanya, aku berjalan merata, perhatikan cara mereka melaksanakan tugas dan kerja.. Second day was a very cold morning.. Pakai baju kurung kain sutera cina bukanlah satu idea yang bagus.. Tapi nak buat macam mana.. Seluar belum potong kaki.. Belum cukup makan benda manis, katanya.. Sebab tu la belum layak dipotong.. Karang kalau aku pakai jugak, dipadankan dengan wedges aku, haru.. Terus, "Daddy, daddy cool~~" karang.. =___=!

Environment dia sangat superb! I wish I could bare with all the challenges, at any circumstances and stay here forever.. So far, they are sporting, supportive and we had fun.. Buddy aku, Steph the squirrel, sangat comel.. Dia ingat tugas dia sebagai buddy hanyalah bawak aku pergi makan tempat yang sedap-sedap, tunjuk port-port yang seronok untuk dilepak, bawak aku pergi setel hal parking dan tunjuk tempat-tempat yang penting macam surau, tandas, etc. Ok Steph, kau sangat lurus. Takpelah.. As long as we had fun doing our job.. 

Ps: Driving a stick to my workplace wasn't a good idea. Tercabut kepala lutut! TT____TT



Harini Sakinah pergi PLKN.. Kesian je dia tepon rumah nangis-nangis.. Biasalah.. Baru first day.. Mana ada kawan apa semua lagi.. Belum boleh biasakan diri dengan tempat baru.. Selama ni pun tak pernah berenggang dengan rumah.. Homesick lettew.. Takpe, nanti weekends, aku pergi kat kau k? Bawak kau makanan sedap-sedap.. Bukan jauh pun.. Mantin je.. 




I don't know why, but every time you left me alone on my own, I'll receive super good news. Every single time. Mungkin Tuhan cuba bukak mata aku dan nak tunjuk yang kita memang tak ditakdirkan untuk bersama.

Sunday, April 29, 2012

me | haters



*zero sifar rei naid*




Ps: What doesn't kill you makes you stronger.


Thursday, April 26, 2012

amoknyet


04/02/2012 - 3.8 kg





Budak mulut tiga segi a.k.a Lukling




Amukan Sang Amoknyet




Bertukar! 
Ececeyyy~ Amoknyet dah jadi beruang kutub.. Nak menyamar lettew~~



Rasa macam kejap je masa berlalu.. Nanti kang sedar-sedar, dah pergi sekolah pun budak ni.. Dahlah demok, mengada-ngada! Asek nak orang dukung je.. Kalau ringan takpe.. Sesungguhnya, aku akui yang susu ibu sendiri memang banyak khasiat dari susu ibu lembu.. Cepat je budak Amna ni naik berkilo-kilo.. Baru nak masuk 3 bulan, dah macam budak 6 bulan.. Beli baju yang untuk new born bajet nak feeling-feeling boleh pakai sebulan dua la.. Jangan harap! Baru dua kali pakai, dah tak muat.. Terus kena beli yang untuk 6 bulan ke atas.. Boleh pakai lama sikit.. Untuk skirt, dress, takpela jugak.. Kalau besar dan labuh, tak yah pakai seluar.. Nanti bila dah senteng sikit, boleh pakai dengan seluar.. Ni kalau beli set baju dengan seluar, memang haru..

"Amna pakai celana.." 


Dia ni manja sangat.. Cucu sulung dalam keluarga aku la katakan.. Barang semua nak mahal-mahal.. Tak main la mainan beli kat Mydin.. Kurang-kurang Lamaze yang import dari UK.. Stroller pulak dah la pakai Quinny, yang 2 in 1 sekali dengan car seat pulak tu.. Tu belum masuk bab botol susu, baju, barang mandi apa semua lagi.. Haishhh.. Manjakanla sangat.. Nanti mua!

Tapi masalahnya, aku pun melayan kepotak kakak aku jugak.. Dapat je gaji, sikit-sikit beli untuk Amna.. Apa kakak aku nak untuk Amna, semua aku belikan selagi mampu.. Early investment, kononnya.. Nanti besar sikit, boleh buli.. Hehehe~ Ok, niat keji.

Wednesday, April 25, 2012

aku benci kau.




Isn't she super gorgeous? Ooooohhh.. *teruja*


"Won't tell anybody how you turn my world around
I won't tell anyone how your voice is my favourite sound.."
*promise* *fingers crossed* c(=






Sesi melamar
(Tanjat tau.. Keji!)




Penghibur tatkala sunyi duka rindu 
(Sebab annoyed dengan pangai aku yang suka tukar-tukar lagu masa dalam kereta) 




Ubat ketika sakit..
(Saje nak bagi aku gemok lettew~) =___=!




*speechless* (^____^)



Aku benci kau sebab selalu carik pasal dengan aku.. Aku benci kau sebab degil keras kepala.. Aku benci kau sebab kau ego.. Aku benci kau sebab kau panas baran.. Aku benci kau sebab suka putar belit ayat untuk nampak benda tu salah aku.. Aku benci kau sebab kau suka nak selesaikan masalah untuk aku.. Aku benci kau sebab kau suka nak jadi penceramah bebas.. Aku benci kau sebab kau selalu bagi aku surprises.. Aku benci kau sebab suka nak manjakan aku dengan benda-benda yang aku suka.. Aku benci kau sebab suka teman aku pergi main kat arcade.. Aku benci kau sebab suka makan apa yang aku suka makan.. Aku benci kau sebab kau sayang aku.. Aku benci kau!




Ps: Tak nak cerita banyak-banyak pasal kau, Incek P.. Belum masanya.. Biar draft tu kepam masam buat pekasam.. Tiba masa, aku publish ok? By the way, thanks for all the sacrifices, the money and time spent. Okay, dah cakap banyak kali tapi masih nak ulang ayat yang sama banyak-banyak kali.. Buat orang menyampah je..