Tuesday, December 17, 2013

Kisah seram | Bebulu tegak Ep. 2

Yeayyyy! Internet dah kembali pulih.. Kena hack, bai.. Dekat Senawang pulak tu.. Entah siapa-siapa tah yang memandai curik.. Kalau dah tak mampu tu, buatla cara tak mampu.. Dah la yang bayar bil tu bapak aku.. Kalau kau pun hasil dari bapak aku takpelah jugak.. *pissed off* 

Aku: Abangah, dah setel. Akaun kena hack dengan orang kat Senawang.
Abangah: Kau mintak la alamat.
Aku: Kau nak buat apa?
Abangah: Saje je. Nanti boleh singgah-singgah tanya, "Pakai internet siapa tu?"


__________________



Pernah tak kau terlalu sama dengan orang sampai kau naik seram? Aku pernah.. Serius, seram. Tak tipu. Kalau setakat sama zodiak, perangai sama, benda tu biasa.. Terlalu biasa.. 

1. Kejadian pertama:

Tengah aku syok-syok layan lagu on shuffle dekat PC sambil main Mahjong kat bilik abang aku, lepak tepi tingkap layan angin malam yang sepoi-sepoi bahasa.. Masuk Whatsapp dari kawan aku.. Aku pun layan jela sebab dia tengah kusut kan.. Kebetulan lagu Lenka - The show tengah berkumandang..

Kawan: Life is simple.. Untuk orang bujang.. Just enjoy the show..
Aku : B*** la.. Tiba-tiba aku seram..
Kawan: Asal?
Aku: Aku tengah dengar lagu Lenka kot.. The show.. Tiba-tiba kau sebut, "Just enjoy the show" *aku rakam pastu hantar kat dia* Seram la sial..
Kawan: Tetiba aku teringat.. Serammmmm

Pelik gila sebab lagu tu lagu lama dan kitorang tak pernah dengar sekali atau sebut pasal lagu tu pun.. Langsung tak pernah. Sumpah tak pernah.


2. Kejadian kedua:

Tengah aku syok-syok main game kat Minion sambil dengar lagu macam biasa, aku dah bosan tak tau nak merepek apa dengan kawan aku tu kat Whatsapp..

Aku: Cuba teka aku tengah dengar lagu apa? Hahahahaha~
Kawan: Hahahaha.. Kau nak aku teka ke? Kau tak takut ke.. Lagu Let Her Go..
Aku: B***iiii!!!! Ok, takut sial! *aku rakam dan hantar lagi*
Kawan: Hahahaha.. Sekarang kau tau.. Aku bukan setakat boleh baca orang.. Aku memang ada power..


Kali ni aku dah tak boleh nak terima kenyataan.. Aku pun mula la buat spekulasi merepek-merepek dalam kepotak.. Mungkin kami ni kembar yang terpisah.. Keluarga kami miskin, dan mak kami terpaksa bagi dia dekat keluarga angkat sebab dia gemuk dan kuat makan.. Hahahaha~ Dan secara saintifiknya, pada waktu tu gelombang otak kami bergetar pada getaran yang sama.. Ok, kena carik fakta yang dapat mensahihkan kenyataan aku tu. =__=" Banyak lagi benda merepek-repek yang kami sangat sama tapi jawapan clichenya, KEBETULANNNN.. Entahla, bai.. Aku takde jawapan yang lebih bernas unuk itu.


Oh, aku kelihatan sangat kachak kat sini!