Friday, November 22, 2013

merapu sambil minum susu



Aku suka suara mamat ni.. Best dan unik! Taraf-taraf Nate Ruess, Adam Lavigne.. Aku pun tak pasti sama ada suara dorang betul-betul sedap ataupun jiwa aku sesuai dengan lagu dari genre macam ni.. Ulang dengar lapanploh kali sampai naik bernanah telinga, tapi aku suka! 


"Staring at the bottom of your glass
Hoping one day you'll make a dream last
But dreams come slow and they go so fast
You see her when you close your eyes
Maybe one day you'll understand why
Everything you touch surely dies"


Tapi genre lain pun aku suka jugak.. Mungkin sebab aku ni jenis lebih pentingkan lirik kot? Entah.. Sebab aku layan je lagu Afterlife (by A7x), The Last Fight, Gone Gone Gone, Wonderwall, You Don't Miss Your Water (Craig David), Hey There Delilah, Parachute, One Headlight, Try, Kehilangan, Little Talks, Bitter Heart, Battle Scars, Chasing Cars, Don't You Worry Child, If I Let You Go, Babak Pertama, Pemuja Rahasia, Diam-Diam Jatuh Cinta, Angels Don't Kill, Cold Winter Nights, Always Be My Baby (David Cook's version), Wild World, Bukan Bang Toyib, Everything (Chester See), Life After You, Bohemian Rhapsody, Close To You, Supermassive Black Hole, Pengembala Biri-biri dan Serigala (Upin Ipin).. Apa yang terlintas kat kepotak aku je ni, kalau nak listkan semua yang aku suka memang bertahun la baru abes.. Tu pun kalau dah takde lagu best yang baru keluar..  So, takdela istilah dengar lagu ikut genre kan? Yang ni namanya, ikut suka-hati-aku-la-nak-dengar-apa-pun.. 


Ps: Lagu Pengembala Biri-biri dan Serigala tu aku siap hafal okeh? Hahaha~


________________________



Pernah la aku sebut pasal nak ada semua jenis Apple's gadget.. Tapi takde la aku maksudkan pun.. Yang aku duk ngaruk dulu sebab nak beli iPod Nano, tu pun sebab nampak cool gila bila jadi jam.. Tapi tak pernah pulak aku mintak dekat orang sebab masa tu aku dah kerja.. Tengah sedap dengar lagu dekat Minion sambil berWhatsApp dekat iPong dan berBBM dekat Blekberak, abang aku masuk bilik dan tegur..

Angah: Tamak sial kau..
Aku: Kenapa pulak? *sambil kerut dahi*
Angah: iPhone lagi, iPad lagi.. Taknak bagi aku satu ke?
Aku: Taknak.. Nanti tak kaya la kalau tak kedekut..

Bila Abangah dah sebut camtu, baru aku terpikir.. Haritu pun aku baru mintak Macbook kat Sang AHM.. Serius ke aku nak kumpul barangan Apple ni? Macam tak caya je.. Tapi setakat ni, Alhamdulillah sebab Tuhan bagi Sang AHM rezeki lebih dan dia pulak tak lokek nak kongsi dengan aku.. Sumpah aku tak pernah mintak barang-barang Apple tu semua.. Macbook tu jela first time aku sebut.. Tu pun sekadar main cakap je, bukan mintak betul-betul pun..


1. iPad Mini a.k.a Minion

Dia yang memandai janji dengan aku nak bagi iPod Nano, padahal aku tak pernah mintak pun dengan dia.. Dapat je bonus, dia tanya aku nak tak iPod Nano tu.. Dia nak hadiahkan.. Aku tolak dengan alasan kaler merah takde jual kat kedai, kena beli online.. Pastu dia pancing aku  dengan iPad Mini.. Pun aku tolak dengan alasan takde stok.. Tapi dia lagi cerdik, pergi riki kat kedai depan tu dulu pastu cakap kat aku stok baru sampai pagi tadi.. Terus aku diam pikir.. Time tu aku dah 50-50 dah..

Aku: Tengok dulu la.. Boleh?
Sang AHM: Saya kalau pergi, memang beli terus.. Takde nak tengok-tengok lagi dah..
Aku: Alaaa.. Dah tu cane?
Sang AHM: Mana saya tau awak.. Decidela nak ke tak nak..

Last-last aku ikut jugak dia pergi iExperience tu sebab dia nak pasang screen protector iPong dia.. Aku ni memang susah sikit nak tepis dan tangkis godaan.. Dah puas membelek, aku amek keputusan tak nak beli sebab warna putih tu hodoh.. Sekali pekerja dia keluarkan hitam.. Sambil-sambil tu Sang AHM racun aku, iPod Nano tak best takleh main game la, takleh online la.. Dia mula compare iPod Nano dengan iPad Mini, yang mana memang sangat tak munasabah dan tak masuk akal.. Kesudahannya tak payah la aku cerita kan? Dah selamat pecah dah pun digitizer dia.. +___+


2. iPhone 4

Yang ni, aku taknak cerita panjang dan detail sangat.. Aku buat rumusan terus.. Lepas Sang AHM pakai iPhone 5S, niat dia nak racun aku untuk pakai iPhone maken menebal.. Kebetulan dapat rezeki terpijak (literally), dia bagi aku iPhone 4 ni.. Jadilah dari takde apa.. Tapi aku nak downgrade balik jadi iOS 6.1.3, iOS 7 tak best dan buat fon tu lembuuuu.. Tak larat nak melayan kelembuan dia dah..


Ps: Masheh na, Babang.. 



Nah, bukti aku tak tipu. (tajuk entri)

Wednesday, November 20, 2013

Kisah seram | Bebulu tegak

Aku rajen jugakla ikot kronologi cerita budak hilang dekat Villa Nabila, Johor Bahru tu.. Tapi end up, satu Malaysia kena troll.. Entah hape-hape.. Ramai pulak tu yang share.. Padahal, belum sahih pun berita tu.. Siap ada yang kata, dengar suara mintak tolong tapi carik tak jumpa la, jin mintak ayam golek la, jin mintak budak 7 orang tu datang balik dan mintak maaf sebelum matahari terbit la.. Too many hearsay.. Kak Aida pulak semangat nak selidik-selidik cerita hantu.. Selamba bercerita sementara nak tunggu balik kerja.. Dahla aku sorang-sorang kat rumah, selamba cerita-cerita macam tak takot apa-apa.. *ketar lutut*

Keluarlah cerita pasal Genting, Highland Tower, Mimaland, Kemayan City.. Kak Aida pun apa lagi, diGooglenya pasal benda-benda tu semua.. Mana-mana page yang ada sertakan gambar tu, cepat-cepat aku scroll.. Serrramm! Kalau rajen, korang Google la sendiri okeng? Jantung aku ni dah tak sanggup nak tahan debar, bila-bila masa boleh berhenti.. Heeheee~ v(^___^)


Ada satu cerita, memang based on my own experience.. Kecik-kecik dulu, kitorang selalu bertolak balik kampung tengah-tengah malam.. Aku pun tak pasti kenapa, tapi mungkin sebab bapak aku nak rehat cukup-cukup dulu kot.. Masa tu kitorang ada van Toyota Liteace.. Mak aku akan lipat kerusi belakang dan bentang lembek.. Kitorang pun apa lagi, bergelempangan la kat atas lantai van tu ramai-ramai.. Aku ni jenis pelik sikit, suka duduk kat bahagian bateri (belakang driver's seat).. Ada sekali tu, kitorang bertolak balik kampung macam biasa.. Masa tu terowong Karak ada satu je, tak macam sekarang.. Ada dua lorong; satu ke arah Timur, satu ke arah Barat.. Tengah syok-syok aku panaskan punggung duduk atas bateri van tu, kebetulan pulak bapak aku bawak slow sebab kereta tengah banyak, aku nampak ada satu kereta berhenti dekat dengan pintu masuk tapi arah bertentangan.. Takde orang dalam kereta tu tapi aku nampak ada kaki kat bawah lantai kereta tu dan kereta tu bergerak dengan kadar yang amat perlahan.. (Kaki tu tengah kayuh kereta macam dalam cerita Flinstone..) Tapi masalahnya, takde pulak aku nampak badan orang dekat belah dalam kereta.. Aku bagitau bapak aku, dia cakap abaikan je dan suruh aku tido.. Tak membantu langsung! =___="



Ps: Link kisah seram yang aku bagi tu, aku pun tak pasti sejauh mana kebenarannya. Macam aku cakap tadi: too many hearsay, but none was proven to be true.

reminiscence | gift | upcoming escapadesssss

Banyak assignment aku yang hilang akibat pendrive corrupted.. Makanya, aku pun install la recovering software.. Part yang paling cerdik, aku dengan konfidennya klik "Recover All" tanpa pilih-pilih lepas tu backup dekat desktop.. Ya, memang genius habessss! Akibatnya, laptop aku hang dan aku kena delete balik benda-benda yang tak patut dekat Desktop tu.. +___+ Pastu bermulalah babak flashback, throwback, back flip.. Hishhh.. Takkan la aku nak buat back flip pulak tiba-tiba kan? Korang pun tau aku.. Nak lari setempat pun malas, inikan pulak nak buat aksi-aksi acrobatic ni..

We were young, fool and soooo energetic back then.. Terlintas je benda merepek kat kepotak, dengan pantas helo partners in crime.. Setakat overnight dekat Penang tu, dah jadi aktiviti mingguan la.. Pantang ada duit lebih je, dengan pantas pergi sewa kereta.. Kalau boleh, segala pelosok tempatlah nak jelajah.. Macam-macam benda nak buat..

Jalan kaki tengah-tengah malam la, orang nak pergi Langkawi aku tumpang sampai Perlis la, tido dalam kereta tepi jalan tunggu matahari terbit la, dengan muka tak mandi singgah petrol pump untuk basuh muka gosok gigi pastu sambung berjalan la, drive dari Kolumpo ke Alor Setar pintu terkunci tak boleh bukak pastu masuk ikut bonet la, duduk 10 jam dalam keretapi dari Sungai Petani ke Kolumpo la, naik bas lompat dari Kedah ke Genting la..Tu belum kira part sehelai sepinggang pakai shorts dengan t-shirt mandi kat Tupah, pastu naik motor bawak laju-laju supaya baju cepat kering, singgah gerai depan rumah pekena cendol dengan goreng pisang dulu pastu baru balik rumah bilas badan.. Macam-macam perangai.. 

Bila pikir-pikir balik, kerja gila! Tapi dulu-dulu takde la bahaya macam sekarang.. Jenayah tetap ada, cuma orang tak berani nak buat secara terang-terangan.. Sekarang ni, selamba tetak-tetak orang depan khalayak.. 

Keji jugak aku ni rupanya, ajak anak orang buat benda tak patut-tak patut.. Patutlah aku tak kawen-kawen sampai sekarang.. Mereka-mereka yang menurut je perangai buruk aku kebanyakannya dah kawen dan dah ada keluarga sendiri.. *geleng-geleng kepala tak percaya*

Nak tunjuk tingkap tren tu sebenarnya..

"San toki toki ya.."

Tak sangka aku pernah sekecim dan sekachak ini.. c(=

Ps: Nostalgia betol, tambah pulak aku duk main lagu Everything by Chester See tu on repeat. Bhahaha!

_____________________


Akhirnya aku kalah jugak.. Terpaksa pakai iPong walaupun aku memang anti dengan henfon touchscreen.. Ni gara-gara Sang AHM bagi aku iPong 4 pastu beriya nak aku pakai tu untuk primary number.. Lagipun simkad Maxis aku tu belum potong.. Terpaksa la aku turutkan.. Menyumpah jugak aku asek typo, tu yang aku dah malas nak bersosial tu.. Orang mesej panjang-panjang, aku jawab seringkas mungkin.. Mana taknya, duk edit typo dah dekat 10 minit.. Fed up! 

Aku: Abangah, tolong buatkan aku leather pouch boleh?
Angah: Nak buat apa?
Aku: Aku sekarang kan orang kaya, dah ada 3 fon.. Tak tau nak bawak macam mana..
Angah: Nanti aku jahitkan, tengok dulu cukup ke tak kulit tu.. *buat muka jengkel*
Aku: Ok.. Biasalah, first world problem.. Hahaha~


Buat masa sekarang, aku pakai pouch Cath Kidston aku yang ni..


Ps: Anyway, thanks for the thoughts Babang! Biu~ :*

__________________


Tiba-tiba dengan sepantas kilat, aku berubah fikiran.. Aku nak Angah buatkan aku passport holder pulak.. Bukan apa, senang sikit bila aku travel nanti.. Cehhh bila masa nak travel entah, busy manjang dengan kerja.. Kelas lagi, assignment lagi.. Lagipun, aku been excluded from the China trip sebab ada kerja Disember nanti.. Bak kata bapak aku, kerja lagi penting.. Yelah, aku kan nak makan pun kena kais-kais.. So, kenala ikot cara yang ini.. Kalau aku ni kaya raya sampai tak payah kerja, lainlah cerita.. Tak kesah la bila-bila aku nak jenjalan pun.. Weekend trip pun jadi la kan..

Ceritanya pasal aku berubah fikiran ni, aku cuci-cuci matala tengok design DIYed leather pouch.. Sekali terjumpa benda best.. Hishlaaa Incek Gugel ni.. Keji betol! Saje je tau buat aku rambang mata dengan cara sertakan sekali benda-benda menarik walaupun takde kaitan langsung dengan keyword aku.. Mencik!


Simple and nice.. 


Waaahhh.. Suci sangat muka aku kan? Hahahaha~

Friday, November 8, 2013

Berjiwa la sangatttt



Aaahhh.. Biarlah aku nak berjiwa.. Dengki lettew~ By the way, aku penah ada gambar dengan mamat ni.. Tak, aku tak pernah obses dekat artis sampai kejar-kejar nak amek gambar. Sumpah tak pernah. Aku amek kali tu sebab nak bagi Sakinah jeles.. Nak dijadikan cerita, mamat ni perform dekat Taylor's dan Sang AHM pulak yang uruskan event ni, makanya dia adalah All Access pass bagai.. Kebetulan pulak Sakinah dekat Melaka masa tu dan tak boleh balik sebab exam, aku pun apa lagi.. Amek satu gambar, terus hantar kat dia.. Menjerit dia.. Hahahaha~ *puas hati aku* Tu pun mula-mula aku tak nak, tapi Sang AHM yang tanya-tanya banyak-banyak kali.. Jadi, dialah mastermindnya.. Bukan aku.. 


Malam Sabtu tanpa arah tuju.. Layan lagu sambil pakai speaker yang cinonet tapi amat kuat! Perghhh.. Cair taik telinga.. Semalam Ayah ada offer aku join trip pergi China Disember nanti.. Musim sejuk kot.. Pikir banyak kali nak join.. Nak keluar duit beli baju sejuk lagi.. Ingat murah? Kalau ada yang nak sponsor, takpe.. Tiba-tiba teringin nak makan puree.. NZ Garden pun enak ni.. Ok, aku nak pergi mandi. 




Ps: Oh, rindu rambut panjangggg!!! T___T 


Friday, November 1, 2013

My obsession

Dah lama betol tak cuci-cuci mata tengok gadget.. Bukan apa, karang teringin cenggane? Bapak aku tu bukan broker hartanah, bukan jugak pengasas syarikat MLM.. Kalau ikotkan hati, membuak-buak keinginan nak beli itu ini.. Kalau boleh, dengan Loyat-Loyat tu sekali aku beli.. Haritu selamba aku cakap dekat Sang AHM..

Aku: "Abang, nak Macbook.."
Sang AHM: "Berapa ringgit?"
Aku: "Ada la 4-5 ribu.."
Sang AHM: "Nanti kita kumpul duit sama-sama ek?"
Aku: "Taknak! Saya nak Abang belikan.."
Sang AHM: "Ok, nanti ada duit kita beli.."
Aku: "Ok, tapi saya nak tau.. Jangan lupa pulak.."
Sang AHM: "Ya.. Nanti kita beli.."

Hahahaha~ Ya, aku memang keji. Kak Aida dengan Along ada jugak bising-bising kata suruh simpan duit nak kawen.. Selamba aku bidas, bukan aku suruh beli sekarang.. Tunggu ada duit la.. Takde duit, hold je la.. Tu pun gara-gara sebab bengang dengan laptop Lenovo aku yang hampeh tu.. Walaupun aku tak plug in masa pakai, still battery aku cepat kong.. Stressss! Lepas tu nya, bila bateri dah nyawa-nyawa ketam, bising betol warning alarm dia..Annoying! Tu yang aku terus kol Sang AHM mintak Macbook tu.. Waaahhh.. Dah macam apa main mintak-mintak je kan? Eeehh, suka hati la! Jeles lettew..Haha.. Perasan orang nak jeles.. Padahal orang lain, mintak Macbook pagi tu, tengahari dah dapat dah.. Aku ni je yang kena catu macam-macam.. 


Gadget wishlist:

1. Macbook

Aku tak kesah la Macbook Air ke, Macbook Pro, lowest specs ke.. Janji Macbook.. Nak ganti Lenovo aku tu.. Sakit hati betol bila memanjang dapat masalah faulty hardware ni..

2. iMac

Suka hati la nak tamak pun.. Dah ada laptop, tak semestinya aku tak perlukan PC.. Aku memang lagi suka PC.. Tengok kartun-kartun aku tu pun lagi syok, besaaaaarrrr! Bolehla aku buat bisnes panggung pacak aku balik.. Hahaha~

3. Sony 3-in-1 Walkman WH Series
3-in-1 adalah MP3 yang datang dengan headphone, ada built in speaker supaya takyah lekap kat telinga pun takpe, boleh bluetooth dengan henfon kalau tak nak dengar lagu yang ada kat dalam MP3 tu..Cool kan? Kat China agak-agak ada ke? Esok bapak aku nak pergi, macam ada niat nak pow je.. Hehehe~


4. Mouse yang ada 2x click function button


Tak kesah la jenama apa pun janji ada function ni.. Jenuh jugak aku carik sejak adik aku buat jatuh dan pecah 2 tahun lepas.. Sekarang aku lilit dengan selotape je.. Tak best! Aku risik-risik dengan orang, brand AVF ada katanya.. Yang lama tu aku pakai A4 Tech.. Tapi macam dah obsolete je sebab aku tanya merata memang takde.. Siap kena gelak kot.. Nak kena rayau kat Loyat la nampak gayanya.. Haishhh.. Maken rambang la mata.. @__@ Orang kata aku malas, aku kata aku takot clicko.. Hahahaha~ Yela, dah terbiasa.. Terasa janggal dan kurang efisien buat kerja.. Hahahaha~ Adeh! =___=!


5. Asus Transformer Book Trio



Cun kan menatang tu? Tapi awek belah kiri tu pun cun jugak.. Hehehe.. Dia ada yang 2-in-1 functionnya device jugak macam model T100 dengan T300.. 2-in-1 sebab boleh jadi tablet dengan Notebook.. Yang aku nak ni ada 3-in-1 function..

1. Tablet
2. Notebook
3. Desktop PC (connect je dengan monitor, tadaaa!)



Hebak, hebak.. Ya, memang aku dah ada iPad Mini, aku dah ada PC dan aku dah ada laptop.. Tapi semua dah start buat perangai.. Lagipun kalau aku ada rumah sendiri nanti, aku akan pastikan supaya ada entertainment room a.k.a mini theater dengan small office a.k.a bilik study.. Baru cara.. Aku dah imagine dan usha-usha dah soundproof foam semua tu.. Tak salah pun kalau aku berangan siap-siap kan? Berangan itu percuma.. Tapi kos untuk nak pastikan angan tu jadi kenyataan yang perit tu.. Mintak derma kilat aci tak? Hohoho~


Ps: Nak kena pergi Loyat ke? Hmmm.. Malas betol! Weekend ni nak pergi utara.. Selasa ok kot na? Orang-orangan jangan nak bersesak-sesak kat sana ok? Sila balik kampung. *menghalau*