Aku suka suara mamat ni.. Best dan unik! Taraf-taraf Nate Ruess, Adam Lavigne.. Aku pun tak pasti sama ada suara dorang betul-betul sedap ataupun jiwa aku sesuai dengan lagu dari genre macam ni.. Ulang dengar lapanploh kali sampai naik bernanah telinga, tapi aku suka!
"Staring at the bottom of your glass
Hoping one day you'll make a dream last
But dreams come slow and they go so fast
You see her when you close your eyes
Maybe one day you'll understand why
Everything you touch surely dies"
Tapi genre lain pun aku suka jugak.. Mungkin sebab aku ni jenis lebih pentingkan lirik kot? Entah.. Sebab aku layan je lagu Afterlife (by A7x), The Last Fight, Gone Gone Gone, Wonderwall, You Don't Miss Your Water (Craig David), Hey There Delilah, Parachute, One Headlight, Try, Kehilangan, Little Talks, Bitter Heart, Battle Scars, Chasing Cars, Don't You Worry Child, If I Let You Go, Babak Pertama, Pemuja Rahasia, Diam-Diam Jatuh Cinta, Angels Don't Kill, Cold Winter Nights, Always Be My Baby (David Cook's version), Wild World, Bukan Bang Toyib, Everything (Chester See), Life After You, Bohemian Rhapsody, Close To You, Supermassive Black Hole, Pengembala Biri-biri dan Serigala (Upin Ipin).. Apa yang terlintas kat kepotak aku je ni, kalau nak listkan semua yang aku suka memang bertahun la baru abes.. Tu pun kalau dah takde lagu best yang baru keluar.. So, takdela istilah dengar lagu ikut genre kan? Yang ni namanya, ikut suka-hati-aku-la-nak-dengar-apa-pun..
Ps: Lagu Pengembala Biri-biri dan Serigala tu aku siap hafal okeh? Hahaha~
________________________
Pernah la aku sebut pasal nak ada semua jenis Apple's gadget.. Tapi takde la aku maksudkan pun.. Yang aku duk ngaruk dulu sebab nak beli iPod Nano, tu pun sebab nampak cool gila bila jadi jam.. Tapi tak pernah pulak aku mintak dekat orang sebab masa tu aku dah kerja.. Tengah sedap dengar lagu dekat Minion sambil berWhatsApp dekat iPong dan berBBM dekat Blekberak, abang aku masuk bilik dan tegur..
Angah: Tamak sial kau..
Aku: Kenapa pulak? *sambil kerut dahi*
Angah: iPhone lagi, iPad lagi.. Taknak bagi aku satu ke?
Aku: Taknak.. Nanti tak kaya la kalau tak kedekut..
Bila Abangah dah sebut camtu, baru aku terpikir.. Haritu pun aku baru mintak Macbook kat Sang AHM.. Serius ke aku nak kumpul barangan Apple ni? Macam tak caya je.. Tapi setakat ni, Alhamdulillah sebab Tuhan bagi Sang AHM rezeki lebih dan dia pulak tak lokek nak kongsi dengan aku.. Sumpah aku tak pernah mintak barang-barang Apple tu semua.. Macbook tu jela first time aku sebut.. Tu pun sekadar main cakap je, bukan mintak betul-betul pun..
1. iPad Mini a.k.a Minion
Dia yang memandai janji dengan aku nak bagi iPod Nano, padahal aku tak pernah mintak pun dengan dia.. Dapat je bonus, dia tanya aku nak tak iPod Nano tu.. Dia nak hadiahkan.. Aku tolak dengan alasan kaler merah takde jual kat kedai, kena beli online.. Pastu dia pancing aku dengan iPad Mini.. Pun aku tolak dengan alasan takde stok.. Tapi dia lagi cerdik, pergi riki kat kedai depan tu dulu pastu cakap kat aku stok baru sampai pagi tadi.. Terus aku diam pikir.. Time tu aku dah 50-50 dah..
Aku: Tengok dulu la.. Boleh?
Sang AHM: Saya kalau pergi, memang beli terus.. Takde nak tengok-tengok lagi dah..
Aku: Alaaa.. Dah tu cane?
Sang AHM: Mana saya tau awak.. Decidela nak ke tak nak..
Last-last aku ikut jugak dia pergi iExperience tu sebab dia nak pasang screen protector iPong dia.. Aku ni memang susah sikit nak tepis dan tangkis godaan.. Dah puas membelek, aku amek keputusan tak nak beli sebab warna putih tu hodoh.. Sekali pekerja dia keluarkan hitam.. Sambil-sambil tu Sang AHM racun aku, iPod Nano tak best takleh main game la, takleh online la.. Dia mula compare iPod Nano dengan iPad Mini, yang mana memang sangat tak munasabah dan tak masuk akal.. Kesudahannya tak payah la aku cerita kan? Dah selamat pecah dah pun digitizer dia.. +___+
2. iPhone 4
Yang ni, aku taknak cerita panjang dan detail sangat.. Aku buat rumusan terus.. Lepas Sang AHM pakai iPhone 5S, niat dia nak racun aku untuk pakai iPhone maken menebal.. Kebetulan dapat rezeki terpijak (literally), dia bagi aku iPhone 4 ni.. Jadilah dari takde apa.. Tapi aku nak downgrade balik jadi iOS 6.1.3, iOS 7 tak best dan buat fon tu lembuuuu.. Tak larat nak melayan kelembuan dia dah..
Ps: Masheh na, Babang..
Nah, bukti aku tak tipu. (tajuk entri)

No comments:
Post a Comment