Di episod yang lepas,
wayang gambar lama -ep. 1, aku ada sentuh pasal hidup aku zaman sekolah dan PLKN.. Episod kali ni, aku nak cerita pasal kehidupan aku sepanjang aku diploma dekat Kedah dulu.. Hahahaha~ Bajet macam intro/starting cerita Supernatural sangat! c(=
Bagi mereka-mereka yang tak tau, terlupa atau memang tak pernah nak amek tau, aku buat diploma aku dekat UiTM Kampus Sungai Petani, Merbok, Kedah.. Masa mula-mula dapat surat tawaran dari UiTM dulu, aku tak pernah tau pun Sungai Petani tu kat mana.. Aku tau la Kedah tu kat mana.. Nak pergi Siam, memang lalu highway ke sana.. Tapi tak pernah terpikir nak singgah apatah lagi bermastautin kat situ.. Sedangkan nama Sungai Petani tu bisa membuat aku berkerut kening, Merbok apatah lagi! Beras Merbok aku pernah la dengar.. Tapi aku ingatkan tu hanya jenama semata macam Beras Jati Cap Kapal Layar tu.. Lepas aku dah sampai sana, barulah aku tau yang kampus aku tu dekat dengan Lubuk Tupah yang pernah jadi kontroversi sebagai tapak maksiat suatu ketika dulu.. Hal-hal isu semasa ni, aku kurang nak amek tau sikit.. Sejak amek kos ni, baru lah terbuka mata dan minda sikit.. Sikit jela.. Oh, lupa pulak.. Aku amek Diploma Pengurusan Maklumat atau lebih dikenali sebagai Diploma in Information Management atau IM.. Apa yang aku belajar, tak perlulah aku terangkan.. Sebab aku pun boleh agak yang korang tak nak baca dan tak nak tau.. Siapa-siapa yang curious, boleh tanya aku direct ok? :)
Masa mula-mula masuk dulu, aku duduk sebilik dengan seorang freshie seperti aku dan dua orang senior yang tua dua sem dari aku.. Masing-masing amek kos lain-lain.. Sorang amek Akaun, sorang amek Pentadbiran Awam, sorang lagi amek Pengajian Perniagaan.. Maka dengan itu, bertambah-tambahlah ilmu aku tentang perkara-perkara lain yang luar dari silibus aku.. Yang kekal berkawan baik sampai habes diploma hanya aku, Sya dan Shifa.. Kitorang siap ada friendship ring yang aku dan Sya pakai sampai sekarang.. "My precious.." Shifa aku tak tau dia pakai lagi ke tak.. Sebab dia nun di Langkawi sana.. Aku tak pernah jumpa lagi lepas aku balik Kolumpo terus ni.. Sya ada la aku jenguk dia sekali-sekali kat Seroja nun..
Banyak dan terlalu banyak yang kami kongsi bersama.. Keluarga masing-masing pun dah saling mengenali.. Kira kalau tiba-tiba aku ajak Sya kawen, memang terus on la.. Tak payah nak tunang-tunang bagai.. Nikah je terus.. Kalau.. Ku kata kalau.. Malangnya, kami sama-sama perempuan.. Tak nak aku cinta songsang.. Kena laknat Tuhan nanti..
Hujung-hujung diploma, budak-budak perempuan Semester 6 kena halau keluar hostel.. Kena duduk luar.. Boleh je nak rayu hostel.. Tapi aku malas.. Lalu, setelah sepakat membawa berkat bersama-sama dua orang lagi budak kelas Sya, kitorang duduk menyewa dekat Taman Lembah Merbok.. Depan sikit je dari Lubuk Tupah tu.. Aktiviti petang-petang kitorang adalah, pergi mandi sungai berbekalkan sehelai towel sorang.. Baju persalinan memang tak pernah bawak.. Bukan apa.. Naik motor.. On the way nak sampai rumah tu, sempat kering dah baju, rambut segala.. Tapi tak balik rumah terus pun.. Singgah gerai depan taman pekena cendol dan goreng pisang dulu seround.. Perghhh heaven gila wa cakap lu.. Dah kenyang buncit, balik rumah, mandi, tukar baju, tidur sampai malam.. Bangun hanya untuk sama ada makan malam atau siapkan assignment yang kena hantar esok.. Budak rumah aku yang lagi dua orang tu nama dia Ecah dengan Roy/Eda.. Oh, Eda ni dah kawen dan dah dapat anak dah pun.. Baru je bersalin bayi perempuan.. Ecah sekarang kerja kat Petaling Jaya.. Ok, enough said. Mari menjamu mata~

Dengan Ain dan Khairun dalam toilet DS
Khairun ni first bestfriend aku dekat sana.. Dia yang tolong aku setelkan pasal kelas apa semua masa aku pergi merantau sebelum kelas bermula dulu.. Balik-balik, semua dah setel! Oh, dia pun dah tunang.. Yang Ain ni aku tak tau pergi mana.. Rumah dia dekat Taman Koperasi Polis je.. Tapi tak jumpa-jumpa dah lepas habis diploma dulu..

Muka mereka sangat kanak-kanak kan? c(=
Tempat kejadian: food court tempat dating hari-hari.. Kat food court ni la tempat aku dan kawan-kawan aku selalu melepak untuk mendapatkan makanan dan minuman yang sedap dan murah! Dan kat sini jugakla aku kenal minuman yang pelik-pelik seperti milo cincau.. Selain daripada tempat untuk mengisi perut, food court ni jugak famous sebagai tempat orang dating.. Nak jumpa ke, berjanji apa-apa ke mesti dekat food court.. Bukan apa.. Untuk berlaku adil.. Food court ni memang dekat depan hostel perempuan (Mahsuri).. Tapi tak jauh jugak dengan hostel lelaki (Malinja).. Siapa-siapa duduk Masria yang agak ceruk ke belakang tu, takkan terasa jauh sangatla kalau nak menapak.. So, bila lalu depan food court ni, banyak la benda yang boleh jadi modal untuk bergosip.. Hahaha~
Abang food court yang buat air sedap
Aku pun tak pasti macam mana ada gambar abang ni dalam simpanan aku.. Mengikut ketidak jelasan gambar ni, macam snap pakai fon.. Hmmm.. Entahlah.. Dia ni aku selalu pow jugak..
"Bang, cincau lebih ek?"
"Bang, tabur milo tu lebih sikit.."
"Laici tu jangan la kedekut sangat.."
Gambar batch Disember 2005
Gambar budak-budak asal.. Total 80 orang tak silap aku.. Lepas tu ramai yang berhenti, tukar kos, kena buang bagai.. Makanya tinggal +-60 orang camtu je masa part 6..
Perempuan-perempuan ayu
Start gambar batch tu sampai gambar aku dengan Nizam, tu semua gambar masa dinner part 1.. Tema dia La Vista Informa Night.. Jangan tanya aku apa maksud dia.. Yang aku paham Informa yang mana singkatan bagi Information Management dengan Night tu jela.. La Vista aku tak pasti.. Tapi kalau Livin' La Vida Loca aku tau.. Hari-hari aku hidup macam tu.. v(^_^)

Bekas kawan-kawan baik aku: Nisa dan Dila.. :D
Batch Disember 2004
Masing-masing masih kurus murus dan muka jambu jugak.. Hahaha~ Bajet innocent habes la tu? Aku agak rapat dengan batch ni sebab aku baik dengan Nizam.. Jadi adik angkat dia pulak lepas tu.. Habes senior-senior kenal.. Tapi aku tak kenal pun senior.. Bukan sebab aku bajet aku ni glamour ke apa.. Tapi memang aku tak kenal.. Tiba-tiba je ada kakak ni tegur kat dining..
"Adik angkat Nizam kan?"
Macam mana dia tau, tak pulak aku nak amek tau.. Sebab yang kedua macam mana aku boleh rapat dengan batch ni, sebab Shifa pun batch yang sama cuma course lain.. Secara tak langsung, aku kenal jugak la sikit-sikit.. Dan sebab yang ketiga, aku berpacaran selama 3 tahun setengah dengan budak batch ni la jugak.. =_=" Tapi lepas aku couple dengan bestfriend dia, hubungan aku dengan Nizam mula renggang.. Kenapa? Aku pun tak tau..
Inilah dia Incek Shahrul Nizam merangkap abang angkat aku

Budak kelas masa Part 2
Gotong royong kat Perpustakaan Desa

Salam-salam nak balik
Dua gambar kat atas ni diamek masa pergi Perpustakaan Desa Felda Gunung Bongsu, Karangan, Kedah untuk subjek IMD151: Communication (tak ingat nama subjek).. Kitorang ditugaskan untuk mempromosikan perpustakaan desa tu.. Tu yang bertungkus lumus mesin rumput, korek longkang bagai tu.. Kurus kan aku ketika ini? Hehe~ :D
Duit tinggal sisa tapi masih ada niat nak berjimba~ =_="
Sya dan Ecah: SR's New York Cheese Cake for 21st birthday! *drooling*
Sya, Eda/Roy, Ecah: Melalak selepas itu..
Ps: Muka aku penuh muslihat kan? c(=

Bawak Along jenjalan sekitar SP..
Sangat obses berkuku hitam!
Merajuk tak dapat duduk kat pintu ketapi :(
Berempat berhoyeah-hoyeah di 'Kit Ben' (Bukit Bendera)
BerNandos bersama Shifa, Sya dan Incek Epal
Merempit di pagi buta ->
kena tahan polis sebab tak tampal sticker L kat motor ->
makan kepsi melayan kecewa
Dinner Part 5: Freestylo De La Cruzz

Dinner Part 6: Gempaknya Raya
Posing sebelum naik bas
Bbq-cum-farewell party
Berjalan-jalan meronda-ronda berembun buat kali terakhir
Kalau tanya aku mana aku lagi suka: Kedah atau Puncak Perdana, dengan yakin aku akan jawab Kedah! Kenangan kat sana terlalu lalu lalu lalu lah banyak.. Sumpah aku rindu kawan-kawan, tempat-tempat, makanan dan segala-galanya kat sana.. Sejak pindah Puncak, kebanyakan mereka-mereka yang aku kenal, berubah sangat-sangat.. Termasuklah aku.. Biasalah.. Aku kan orang kampung.. Culture shock seh! Dan dia jugak berubah sangat-sangat.. T.T
Ps: Rindu semua-semua pasal kau.. Gila talak? Jiwa kacau? Tak betul? Semua yang tersenarai mungkin.. =_=!