Monday, May 13, 2013

hidup segan mati belum ajal

Isnin yang buhsang.. Makan gaji buta wooo.. Datang ofis kelip-kelip depan PC, belek-belek Minion, korek laci carik makanan.. Lelah lenguh badan penangan memandu jarak jauh semalam belum pun habis.. Kepala dah mula pusing akibat kurang darah.. Balik Kolumpo, Sang AHM demam rindu la pulak.. Sian budak gemok.. Baru tinggal 3 hari tu.. Dah demam.. Kalau pergi haji tinggal sebulan apa jadi kat dia agaknya? Silap haribulan, balik Malaysia, jadi cekeding tinggal tulang je agaknya.. *macam perkara mustahil je* Hahahahahaha~

Tengah bosan-bosan tak tau nak buat apa dah, tepon Sang AHM tanya kabar.. Dah penat pokpekpokpek macam mak nenek, tanya pulak menu apa dia tingin nak makan.. Manusia normal kalau demam, tekak tengah tak sedap memang takde selera nak makan.. Aku sorang je yang lagi sakit, lagi banyak melantak.. Last-last aku decide nak masakkan dia moi sup.. Selak-selak pulak katalog Aeon Big berkira-kira nak beli barang dapur.. Tapi semua bahan dah ada kat rumah.. *blank kejap*

Malam karang Sang AHM ajak main badminton kat Puchong dengan schoolmates dia.. *tak padan dengan demam panas kepala pusing tak boleh nak pergi kerja* Aku turutkan je.. Bagi dia keluar peluh sikit.. Nanti cepat sikit kebah.. 



___________________________________



Tengok keadaan tepon yang dah nyawa-nyawa ikan ni, teringin nak beli Q10.. Tapi apakan daya, belum masuk Malaysia lagi.. Cakap la apa pun, memang aku jenis orang tua yang tak reti nak pakai touch screen.. Tak berapa nak gemar.. Lagi suka ada butang-butang.. Masa menaip tu, terasa dekat hujung jari jemari ni.. Baru confident! *Looooooser*