Monday, January 30, 2012

seven impossible days



Sunday Morning out of my mind
Feel like it's going to waste
25 years, Seven Impossible days

Monday morning I'll never find
someone with strength to betray
25 years, seven impossible days

People are walking, leaving behind
someone who wants them to stay
Everyone's talking out of their mind
See that thay gone, afraid that they coming to stay

Friday morning got thru the grind
Find me a woman who lays
my head to bed in seven impossible ways

People are walking, leaving behind
someone who wants them to stay
Everyone's talking out of their mind
See that thay gone, afraid that they coming to stay

Sunday Morning out of my mind
Feel like it's going to waste
25 years, Seven Impossible Days






Ps: Theme song for the whole year through. TT______TT


not one night | mr. big



"Loneliness may come knocking at my door
Where I'm comin' from that don't phase me anymore
Time has shed a little light on where I'm supposed to be
There ain't no used in thinking you'll come running back to me.."




Ps: Goodbye my lover, goodbye my friend.



Friday, January 27, 2012

ka-ching! =_____="

Duit masuk, duit keluar.. Tak sempat nak bermastautin pun duit dalam akaun bank, kejap je dah bertukar milik.. =_____=" Dengan pulak nak membina hidup baru.. Lagilah banyak pakai duit.. Tak sempat nak kelip mata pun, sedar-sedar penyata akaun menunjukkan jumlah yang boleh membuatkan orang cerai-berai, bunuh diri serta saling berbunuhan.. =____=!


Dah guna untuk:

1. Parking pass

2. Minyak + tol

3. Makan



Bakal guna untuk:

1. Contact lens

2. Servis kereta

3. Bayar bil

4. Makan

5. Beli battery fon + charger

6. External hd

7. Beli barang-barang rumah yang mencecah ribu riban

8. Bayar saman PTPTN



Ni baru kategori NEEDS, belum masuk kategori WANTS lagi.. Cuba kuatkan hati dan semangat serta saiko diri sendiri dengan mengatakan "Nafsu je semua tu!".. Arrgghhhh tertekan! Takleh nak berfoya-foya langsung la kalau gitu! Terpaksa serahkan kad ATM pada yang lebih arif berbelanja.. Oh, tidak! My precious.. Sumpah terasa sedih dan macam loser gila!


Dialog lazim:

"Awak, saya teringin nak Jco la.."

"Awak, saya macam teringin nak Ice Blended Peach dekat Coffee Bean tu.."

"Awak, makan nachos pun macam best kan?"


Jawapan menyakitkan hati:

"Ada duit sikit, semua pun nak kan? Kan? Kan?"



Hekeleh.. Kerek kau kan? Tah pape tah.. Ni baru mintak makanan.. Belum mintak yang merapu merepek tak masuk akal lagi.. Last-last kad ATM kena tarik.. Keji! Benci kau!! :< Sumpah jadi macam terencat sekejap. Urggghhhh..


Ps: Nak joli-joli la malam ni.. Biar padan muka kau. *protes!*




_________________________________




Kerja lama sudah berhenti, malah cabut lari.. Ni semua pengaruh rakan sebaya la ni.. Menghasut tanpa jemu.. Eff la korang ni! Hishhh.. Kau pun sama naik kan? Sukalah tu aku dah blah dari ofis.. Bolehlah kau pasang skandal banyak-banyak lepas ni kan? Bawak ah balik jumpa aku.. Mintak restu..

Minggu ni je tinggal untuk prepare semua benda.. *tarik nafas dalam-dalam* Semoga aku tabah menghadapinya.. Selamat tinggal dunia jimba! T____T


sudah sampai seru ?

Tiba-tiba aku teringin nak mintak pendapat masyarakat setempat berkenaan satu persoalan yang asek berlegar kat kepotak aku yang agak padat dan semak ni..

"What if I'm getting married?"


A: "Baguslah.. Dah sampai seru la tu, kalau tak kau takkan terpikir.."

B: "Okla tu.. Masa tunang nanti boleh kenal lebih rapat.."

C: "Dengan siapa? Kau biar betul?"


Terima kasih pada yang bagi pendapat yang membina serta respon yang memberangsangkan, walaupun ada segelintir yang tolak mentah-mentah serta membantah setelah tahu siapa calon aku.. Aku ni dahla cepat terpengaruh.. Nanti mula la aku nampak yang tak elok je pasal dia.. Hadoi.. =___=" Semoga Tuhan tetapkan hatiku jika benar dia jodohku..


Tapi yang aku peliknya, tiap kali solat istikharah dan mintak petunjuk, muka lain yang keluar.. Camno? Takkan nak ganggu gugat rumah tangga orang lain? Malas la nak terhegeh-hegeh dah.. Dorang dah gumbira-gumbira, buang masa aku je nak tunggu lama-lama.. Angkat kaki, challo! Lagipun, nanti hanya menambah modal untuk mereka mengeji aku saja.. Taknak ah pahala kering macam tu.. Sudah-sudahlah..



Ps: Saya cuma bagitau sebab awak pernah jumpa arwah..


Monday, January 16, 2012

choki-choki dah habes, bro

1. Hidup dengan penyakit yang memberi kesakitan yang amat dahsyat.

2. Proses penukaran kerja dengan pantas tapi hati berbelah bahagi.

3. Mencari-cari penempatan separa kekal agar tidak hidup nomad.

4. Tercari-cari kaedah paling mudah untuk bergerak ke sana ke mari.

5. Mencari teman hidup tinggal agar tidak keseorangan ketika dalam ketakutan.


Menyenaraikan segala perkara yang menambah kusut di kepala dengan harapan bebanan berkurangan.. Dah tak larat nak mengeluh.. Makanya, serahkan saja pada Yang Esa setelah lelah berusaha mencuba segala yang terdaya..


Ok, habes setakat itu. Taknak berbunyi-bunyi lagi dah.. Lagi banyak bunyi, lagi penat sebenarnya.. Maka, kesat-kesat air mata peluh, tarik nafas dalam-dalam, kuak rambut ke belakang, dongakkan kepala dan teruskan hidup.


Bertemu dengan yang baru tapi tak mampu nak genggam dengan kuat lagi.. Insecure masih wujud nun jauh di sudut hati.. Cuba bertatih walau tak mampu nak berlari.. 2011 sudah lama lepas, 2012 mula menitip pergi hari demi hari.. Berhenti berharap pada yang tak pasti, sila kentalkan hati..





_______________________________________




Hanging out with my close friends, check in sana sini, menghabeskan wang yang semaken melenyapkan diri tanpa jejak, menumpang kasih pada yang sudi memberi.. Waaaaaaahhh!! Permulaan tahun baru yang sangat sempurna! Walaupun tengah sesak-sesak, tapi bertambah bahagia dengan mereka-mereka yang sangat memahami.. Thanks guys! Love you lots!! :*

Plan untuk bercuti sana sini, serata Malaysia.. Sedar diri tak boleh nak keluar negara lagi.. Nak celebrate birthday kat Bali! Tsskkk.. T___T


Ps: Tahun ni memasang angan-angan untuk celebrate birthday secara besar-besaran untuk bayi-bayi Julai..

Pps: Sayang, sukalah tu dah jumpa kembar? Pffffttt..


Friday, January 13, 2012

sisa-sisa hidup

Eh? Dah 13 haribulan? Another Friday the 13th? Genting jom! *raising eyebrow* Nak bukak tv pun cuak-cuak ni takot banyak sangat cerita hantu.. Aku bukan gemar sangat cerita-cerita hantu ni.. *coverline*


Sakit gila kepala tidur petang-petang.. Bangun-bangun hujan pulak tu.. Ni yang bertambah liat nak bangkit dari pembaringan ni.. +____+ Sumpah aku malu gila kat ofis tadi.. Berlari-lari anak ke tandas buat beberapa kali untuk memuntahkan isi perut.. Sampai aku rasa, satu ofis dah tau aku sakit sampai muntah-muntah.. Sumpah malu! Macam mana nak tunjuk muka Isnin nanti? Iskkk.. Last-last aku half day je.. Balik tu Incek PBB hantar sampai KL Sentral sebab dia tengah rushing nak kena attend meeting.. Pastu ayah jemput kat sana.. Sorry, Incek! Susahkan awak je.. I won't do that again.. Sorry! :(

Kalau ikutkan hati, memang nak operate je.. Tapi dah parents aku tak galakkan dan tak bagi.. Korang masyarakat setempat cakap senanglah.. Yang menanggungnya nanti aku dan family aku.. Ok, enough said.


Nak berhenti kerja pun tak tau bila ni.. Nak start kerja baru pulak nanti.. Rumah tak carik lagi.. Transport pun macam agak sesak dan senak je.. Argghhhh tertekan! Nak kertas mahjong boleh? Bukan apa.. Setakat kertas A4 ni, mana lah cukup aku nak buat to-do-list aku.. =____="



Ps: I have to settle everything before settling down. *under pressure*

Thursday, January 5, 2012

let's paint the town red!

Woooohooooo!! Another year has passed without fail yet full of regrets, disappointments, heartaches, blablabla.. Pulang dari Janda Baik dengan hati gumbira, gigitan cinta dari nyamuk, perut penuh dengan durian dan makanan hasil panggangan, tulang yang hampir retak kesan dari kesejukan dan kepanasan yang melampau serta hati berbunga riang ibarat jatuh cinta kali pertama.. Echeeewaaahhh! c(=

Chalet yang kitorang duduk kat Janda Baik tu berkonsepkan open air.. So memang malam-malam aku gapai je tangan siapa-siapa yang terdekat untuk panaskan hidung aku.. Sebab dah beberapa malam aku mengalami kesukaran bernafas akibat hidung sejuk melampau! Rumah/bilik kat situ dikelilingi dengan pokok rambutan, pulasan, durian serta buah-buahan lain yang tak sempat aku nak kenal.. Yang seronoknya, bunyi je durian jatuh, masing-masing berlumba-lumba nak gi kutip.. Sumpah lawak dan sedap gila! Orang kata, durian susu memang terbaik.. Orang la kata.. Aku tak pastilah pulak sejauh mana kebenaran tu..

Balik dari Janda Baik, tidur melepek tak sedar diri sehari suntuk.. Bangun tidur, gosok gigi, carik makanan, takde makanan, tidur balik.. Ok, aku mengaku perangai aku memang tak senonoh. Petang-petang time orang balik kerja, dapat panggilan dari Incek PBB.. Itu jam, barulah aku betul-betul bangkit dari tidur dan start buat kerja.. Malam lepas tengok Supernatural baru start study.. Ok, memang sangat tak sedar diri. Alhamdulillah la.. Walaupun tak hebat tapi aku takdelah buntu sangat nak menjawab.. Pergi exam memang selekeh habes! Dengan lumpur di selipar yang tak tenyeh bersih-bersih, spek yang dah melurut kat hidung, rambut serabai macam orang homeless.. Adeh.. =___=" Ni ke gaya nak kawen? :D




Dah lepas azab semua, tiba-tiba Incek Bulan datang melawat.. Ok, tersangatlah seksa! T____T Tapi takpelah.. Tuhan sayang aku lagi lah tu.. Sebab tu dia bagi datang lepas azab semua dah hilang.. Terima kasih, Tuhan! Selain dari kunjungan Incek Bulan yang semestinya berwarna merah, serta iPod Nano merah yang sentiasa menjadi idaman aku tu, aku telah setkan warna tema untuk minggu ini merah! Bhahahaha~ *gelak shaitonnirrojim*



Saya sangat sukakan bau grape itu!~



Mak: "Nak bagitau semua orang yang awak tak boleh sembahyang ke?"

Aku: "Haah.. Kalau boleh nak semua orang tau yang saya belum menopause.."


Ok, aku mengaku aku ni kuat menjawab. Silap-silap sebut, boleh dichop derhaka woooo~ Risau pulak aku.. Mintak ampun, mak.. Ampunkan dosa dari saya kecik sampailah saya besar demok moncet.. =) Tapi kuku aku ni sempat cat sebelah tangan je.. Sebelah lagi tunggu esoklah kat ofis.. Mintak tolong Incek PBB catkan.. Dia memang sangat rajen!



Ps: To live with a total stranger for the rest of your life is not impossible. =)

Pps: Another escapade for this coming weekend, I suppose? c(=