Thursday, September 26, 2013

Fakta Bukan Auta

Aku suka membaca. Hari-hari aku membaca. Sampai surat khabar bungkus nasik lemak atau yang buat alas masa makan tu pun aku boleh bantai baca dengan penuh khusyuk dan tawaddu'.. Pulak tu, kalau orang letak pinggan atau tangan dekat tempat yang aku tengah baca, dengan selamba aku halau suruh alih.. Sampai bergaduh jugak la.. Ya, memang aku buruk laku.

Kalau baca Mastika, aku lagi suka baca yang bahagian fakta ringkas dekat belah bawah tu.. Cerita-cerita merepek yang lain aku skip je.. Sama jugak dengan Reader's Digest.. Cerita yang agak-agak buhsang, memang dengan pantas aku selak untuk ke helaian seterusnya. Inilah akibat bila kecik-kecik dah baca encyclopedia.. Ya, mata korang tak silap. Aku baca encyclopedia. Tapi aku akan pilih yang paling banyak gambar la.. Masa tu kat rumah aku ada encyclopedia je yang aku agak boleh baca walaupun tak berapa nak paham.. Yang lain semua kitab-kitab bapak aku.. Kalau agak-agak nak baca komik, aku ikut bapak aku pergi ofis.. Dapatla baca Kampung Boy dengan Asterix & Obelix..

Kalau tengok cerita pun, aku lagi suka cerita macam Night at the Museum, The Mummy, The Librarian (low budget movie tapi best, siap ada sequel hokeh?), The Da Vinci Code, Angels & Demons, Sherlock Holmes.. Sebab cerita dorang ada unsur-unsur fakta dan sejarah.. Cerita kartun tu takyah sebut la.. Dah sah-sah la aku gila kartun..

Tengah aku web crawling carik maklumat, aku terserempak dengan fakta-fakta yang buat aku tertarik.. Sumpah menarik! Bagi aku la.. Nah aku share sikit dengan korang..


Memang aku digelar "Ratu Repek" tapi kadang-kadang aku suka juga berkongsi ilmu dengan orang.. Cuma dengan orang yang tertentu saja la.. Kalau tak nanti orang tuduh aku poyo pulak.. Nak tunjuk pandai, katanya..

Wednesday, September 25, 2013

Pengaruh cerita kartun

Akibat banyak sangat tengok cerita kartun, sampai perangai pun dah terikut-ikut.. Hai lah Rayhanah.. Apalah nak jadi dengan kau ni.. *sambil geleng-geleng kapla* Oleh kerana harini aku dah masuk ofis, meh sini aku kongsi sikit pasal interview aku tempoh hari.. 

Ya, aku pergi interview dalam keadaan demam panas dan kapla ada sikit short. End up, memang aku merapu meraban sampai aku sendiri boleh tergelak bila proofread esei aku tu.. Sumpah melalut.. Selain daripada jawapan dengan tulisan tangan yang tah hape-hape, jawapan lisan aku pun sangat tak meyakinkan.. Punyalah teruk aku punya kapla weng, sampai nervous breakdown! Pastu mulalah melalut, swallow my own words, pastu pulak bagi jawapan yang tahap boleh buat orang kerut kepala la.. =__=!

Interviewer: What is your weakness?
Aku: I become very sleepy when I'm stressed? And I don't know why.. *chuckle*
Interviewer: You'll feel sleepy when you are on stress, and when you are super stress I'm afraid that you will faint. *laughing at me*
Aku: Haha.. Maybe? But so far, not yet happen. Alhamdulillah..


Interviewer 2: Are you a meticulous person?
Aku: *a 10 seconds pause* Nope? *dengan separa konfidennya* 
Interviewer 2: Why? Why your answer is no?
Interviewer 1: I think ... *cubaan berbisik dengan Interviewer 2*
Aku: *dengan pantas* I'm sorry but I don't think I know what meticulous really mean.. *another chuckle* I thought you said about something mathematical.. *burst into laughter*
Interviewer 1: I thought so..
Interviewer 2: Particular, professional.. *tak ingat sangat dia kata apa*
Aku: I am yes and no. Flexible..  


Apaaaa? Aku berlaku jujur ok? Aku main jawab apa yang terlintas kat kepotak aku dan-dan tu je.. Salah ke? Memang tak sempat nak pikir langsung kot.. Panjang lagi sebenarnya sesi interview tu, dekat sejam kot.. Tapi aku amek point-point yang boleh buat aku terasa macam nak hantuk kepala kat cermin kereta je.. Tapi apakan daya.. Aku sendiri pun ingat-ingat lupa.. Aku syak aku agak dehydrated jugak time tu sebab badan aku start gigil.. Dah lah pekak.. Telinga berdesing wooo sebab badan panas.. Gigih kan aku pergi jugak interview tu? InsyaAllah ada rezeki, ada la.. Kalau aku buat habes baik jawab tiptop tahap skema jawapan Lembaga Peperiksaan pun, kalau dah Allah kata rezeki aku bukan kat situ, takkan dapat jugak.. Ye idak?



Moral of the story: Aku rasa aku kena kurangkan tengok cerita kartun la lepas ni.. Takut maken menjadi-jadi perangai tak semenggah aku ni.. =___=!

Tuesday, September 24, 2013

jiwa kacau lagi

A successful marr1age r3quires falling in lov3 many 7imes, always with the same person.

Mignon McLaughlin





Ps: Terasa macam jiwa aku ni dodol la pulak asek dikacau.

Rezeki yang Tuhan beri untuk dikongsi

Hari-hari yang tak berapa nak bahagia. Balik dari interview semalam, suhu maken naik.. Sampai rumah, tukar baju, terus tido.. Kepala denyut, badan tak selesa.. Muntah siap.. Bangun pagi, kepala berat.. Sempat Whatsapp Kak Aida bagitau demam panas.. Wayar fon mak pinjam bawak pergi sekolah.. Henfon dua-dua nyawa-nyawa ikan.. Charger Minion tetinggal dalam kereta.. Ya, aku memang GENIUS habesss!

Patutlah orang kata kalau demam panas otak boleh short.. Aku yang demam suam-suam ni pun merapu meraban jawab esei.. *tak boleh nak pikir lurus* Aku syak panel interview mesti gelakkan aku merepek atas kertas.. Lantaklah.. Benda dah lepas..


_________________________


Cerita sedih satu

Haritu aku teman Wani jenjalan KLCC.. Sebelum balik tu kononnya isteri mithali, dia tapaukan roti untuk Ery.. Tengah kitorang pilih-pilih makanan, aku ternampak seorang budak lelaki.. Berseluar jeans bersih tapi agak lusuh, over-sized t-shirt warna putih yang juga bersih, di tangan menggendong laptop yang diletakkan di dalam plastik putih yang aku syak plastik Aeon Big.. Lama budak lelaki tu tilik barang, kemudian letak, tilik lagi, letak.. Sambil muka tersenyum seakan-akan keliuran melihat roti yang enak-enak di situ.. Dada aku dah mula sebak.. Aku pun sebab tak nak kesian sorang-sorang, aku tunjuk kat Wani.. Walaupun makan maki free tapi aku puas hati sebab kitorang berkongsi perasaan yang sama.

Nak pergi tanya, takut dituduh menghina.. Lama jugak kitorang stay dekat situ, dalam 20 minit semata-mata nak tunggu apa tindakan budak lelaki tu yang seterusnya.. Echeeehhh.. Macam detektif tak? Hahahaha~ Last-last, Wani pun dah standby kat kaunter nak bayar, aku beranikan diri.. Tak kesah ah kalau kena lempang pun..

Aku: Nak ke?
Budak: Em.. (sambil tersengih dan pegang seketul Swiss Roll kecik dan seketul bun)
Aku: Meh sini saya bayarkan.. 
Budak: *angguk*
Aku: Nak pape lagi tak?
Budak: Nak.. 
Aku: Ha, pergi amek..
Budak: *amek 2 jenis roti lagi dengan cookies*
Aku: Dah?
Budak: Em, dah.. *sambil sengih dan tunduk bawah*

Sampai dekat kaunter Wani tanya dia nak air ke tak, dia kata nak dan Wani suruh dia pergi pilih.. Total tak mahal pun dalam belas-belas ringgit je.. Kalau kitorang beli Starbucks, dapat air untuk sorang minum je.. Sebelum balik, ada aku bagi dia duit tambang sebab takut kalau-kalau takde duit..

Yang aku nak sampaikan dekat sini, bukan pasal perangai aku yang mulia macam angel tu.. Tapi aku nak cerita pasal yang betapa aku terasa susah hidup dengan gaji kecik, komitmen banyak, kena ikat perut, aku tak nampak dan tak sedar yang ada orang yang lebih susah dari aku.. Paling-paling pun kalau aku teringin nak makan pape, bapak aku mampu untuk adakan.. Belum tahap yang memang sadis habes lagi la.. Kalau time tak mewah pun, kurang-kurang still dapat makan nasik.. Sumpah masa on the way balik rumah tu, dada aku sebak sampai sesak nafas.. Nak nanges pun tak lepas.. Tengok muka dia, sah-sah OKU.. Kenapa aku tuduh dia OKU? 1. Sebab dia bercakap, mata tak fokus. *aku syak dia autism* 2. Mana ada orang normal buat muka selamba tak cakap pape langsung (even terima kasih) berlagak macam dia tu adik aku, lepas kitorang bayarkan terus blah.


Ps: Takkan jatuh miskin pun kalau kau sedekahkan sebahagian rezeki/harta kau pada mereka yang memerlukan.

Pps: Terima kasih Allah kerana sedarkan aku dari sifat tak bersyukur.



Cerita sedih dua

Aku rasa hormon aku tengah kacau la.. Semua benda buat aku jadi sedih.. Lepas kejadian "Cerita sedih satu" tempoh hari, tengok VC "Kalau Aku Kaya" by Altimet ft. Awi Rafael pun aku boleh sebak.. Hish laaa.. Kenapa tah.. Part yang orang naik motor tu lambung-lambung duit lepas tu pegi shopping, buat aku sebak.. Gila ke hape aku ni? Takkan la aku mulia sangat sampai macam tu sekali kesian kat orang.. Macam bohong je.. Sebab bila aku cerita kat orang, dorang gelakkan aku.. Macam tak percaya tu aku.. Entah, takde jawapan untuk itu.




Ni la VC dia.. Siot ah!

Ps: Tiada niat nak riak kerna tiada apa untuk dibanggakan. Sekadar ingatan buat teman sekalian dan mungkin juga pengajaran bagi mereka-mereka yang mula lupa daratan.

Thursday, September 12, 2013

Segamat yang amat keramat | Puncak Perdana nun jauh di sana

Sekali lagi membawa Sang Bayi ke Segamat untuk lawatan sambil belajar.. Tapi tak banyak pun yang aku belajar sebab sampai-sampai sana, tunggu dorang daftar, panaskan punggung sekejap, Incek Supir sampai, hantar pergi hotel, esok petang Incek Supir amek kat hotel pastu hantar kat Proton, terus aku shoot balik Kolumpo.. Memang tak sempat borak apa pun.. Aku pun takde mood sangat nak bercakap dengan masyarakat setempat..

Bertambah takde mood bila bangun esok pagi tengok fon dah padam, padahal sebelum tidur aku dah godek-godek bagi cas masuk.. Super duper bengang bila cuba method lain seperti tukar cable, tukar plug, masih tak dapat cas.. Last-last, aku Wechat orang guna Minion berbekalkan WiFi hotel yang ibarat biskut Chipsmore.. Nasib baik Incek Supir ada tugasan luar, makanya dengan pantas dia terpacul depan pintu hotel.. 

Bertambah-tambah takde mood bila pusing keliling Segamat, takde kedai yang jual henfon model yang aku nak.. Tapi mood aku datang balik sedikit demi sedikit bila fon aku boleh dicas dalam kereta Incek Supir menggunakan cable dia SAHAJA.. Tak kesahlah tu, janji cas masuk.. Takde la aku menggagau drive balik Kolumpo sorang-sorang karang.. Sampai je Kolumpo, terus aku haruk Sang AHM teman pergi beli fon baru sebab fed up punya pasal.. End up? Nah!


 


Jangan nak komplen lebih-lebih.. Ni je yang aku mampu.. Kenapa aku tak beli Android atau Windows phone? Sebab aku tak minat.. Jiwa aku, jiwa Blackberry.. Kutuk la nak kutuk pun.. Tapi aku memang batak gila tak reti nak menaip kat device yang fully touch screen.. Taknak aku lempar natang tu, jangan la gatal-gatal nak belikan aku iPong ke, Note II ke.. Memang saja makan maki aku hari-hari.. Tak kesah la lagi mahal ke apa ke.. Pedulik! Kenapa merah? Tu Sang AHM yang pilih.. Ikutkan aku, hitam je.. Tapi sebab yang merah ni limited, dia suruh je aku amek yang ni.. Nasib baik orang lain pun cakap camtu, walaupun sebenarnya dorang akui yang hitam/putih yang paling cantik.. Merah ni nampak macam murah.. Aaaahhh! Diam ah! 

Selain dari warna dia, yang lain semua aku tersangat sangat sangat berpuas hati.. Tiptop! Internal memory 8gb, kamera pun boleh la: 5mp.. Aku bukan nak benda high end sangat pun.. Nak main game, dengar lagu, web crawling, aku ada Minion, .. For a handphone, I don't expect much.. Cukup sekadar function yang ada dekat Curve 3G aku dulu tu, ada kat fon ni.. Oh, lupa pulak. Plus another function yang boleh buat aku loncat-loncat keriangan: Personal Hotspot.. Bolehlah aku srot srot connection untuk Minion..  

Aku suka buat kerja on-the-go.. Tapi kalau nak angkut laptop kulu-kilir macam tak relevant dah je sekarang ni.. Bawak laptop nak kena carik plug point pulak.. Kalau fon, power bank kecik dah cukup dah.. Srot srot je.. Setel! Kalau Android, tak boleh baca dokumen dalam bentuk PowerPoint, Words, Excel.. So kalau aku dapat email yang ada attachment, sama ada aku menggagau bukak kat Blackberak aku yang nyawa-nyawa ketam tu ataupun aku tunggu je sampai rumah.. Kalau urgent, how? Nak tunggu jugak? Windows phone pulak, aku tuduh dia tak user friendly.. Aku tuduh je.. Korang nak bidas, bidas la.. Tak amek port.. Yang penting, aku TAK NAK FULLY TOUCH SCREEN..

Cina yang jual henfon kat aku tu macam bangang-bangang kentang je.. Bagi aku la, kalau tak tau cakap je tak tau.. Aku tak marah.. Sebab bukan ramai yang suka Blackberry.. Apatah lagi nak amek tau.. Ni bila tak tau tapi nak buat-buat tau, mulalah kebangangan dia terserlah.. Sang AHM belek-belek henfon tu.. Pastu nampak ada sticker beserta simbol kat belakang fon tu..

  

Sang AHM:  Ni maksud dia apa? Takleh letak laptop?
Cina: Haah.. Takleh letak laptop atas.. *ayat dia memang camni sebijik*
Sang AHM: Ooooo..

Puuuiii! Padahal simbol tu maksud dia "Penutup bateri tidak boleh dibuka".. Aku sepak jugak Cina ni karang.. Dah la kedekut nak mampos! Rebate RM200 tak nak bagi, memang bagi apa yang ada dalam kotak je.. Satu hape pun tak nak bagi free.. Waima sehelai screen protector sekalipun.. Tapi aku buat bodoh je sebab dah terdesak sangat plus penat drive all the way from Segamat..


Ps: Dah tak nak cerita banyak.. Nanti maken sakit hati aku.


_________________


How was my first class? So far not so good.. First day dah ngantok tahap boleh juling mata.. Mana taknya.. Penat woo tahan rasa mengantok yang tak tertahan-tahan! Tergeliat urat mata aku semata-mata untuk pastikan mata tak terpejam.. *huge sigh* Tapi takpelah.. Kelas sebulan sekali je pun.. Nak siapkan assignment tu yang aku kena stay focus tu.. Takleh nak berhuha-huha sangat dah.. Nanti ilmu terbang keluar.. Bahaya!

Kerja atas meja pun berlambak tak hengat.. 4 hari cuti kot.. What do you expect? Weekend ni dah la nak ke Jengka.. Tapi aku risau jugak sebab semalam ada eksiden lepas terowong karak tu.. Kalau divert lalu Perak aci tak? Takpun lalu ikut Negeri Sembilan/Johor.. *adik kakot* 

Dah, dah.. Aku nak start buat assignment ni.. *sementara ada mood + masih lagi rajin nak menaip dan nak mengGoogle* Kbai.