Monday, March 31, 2014

Kisah seram Ep. 3

Ada satu malam tu, aku mimpi.. Mimpi pasal sorang budak lelaki dan adik perempuan dia.. Dalam mimpi tu, aku ni godmother dorang.. Aku tak tau pun nama dorang, sampailah aku dah nak terjaga, aku dengar ada suara panggil budak laki tu.. Bila aku terjaga, aku pun buat bodoh je.. Anggap benda tu mainan tidur.. Tapi aku mula pelik bila benda tu ulang sampai 2-3 malam.. 

Sampailah suatu hari (beberapa minggu kendian), tengah borak-borak dengan kengkawan aku, masuk pulak topik nama anak..

Sang A: B, nanti kau ada anak lelaki, kau namakan anak kau Mikail.. Panggil dia..
Sang A & Aku: Mika.. *serentak* *gelak-gelak*
Sang B: Ok gak tu.. *sengih*

Nak kata dejavu, tak jugak.. Nak kata kebetulan, pun tak jugak.. Sebab dalam banyak-banyak nama, kenapa nama Mikail tu? Kenapa? Kau boleh baca otak aku ke apa? Sumpah aku dah seram nak mati.. 


Ps: Jinx, maybe.. 

Thursday, March 20, 2014

Love is not blind, indeed.

Love is not blind
It shuts your eyes from seeing suffers
It stops your mind from losing trust
It covers your ears from hearing lies
It shuts your heart from breaking apart
It seals your soul from feeling fears
Love is surely not blind
But it keeps you away from all the unbearable pain.


Ps: Only applicable for true love. *wink*

lost my brain somewhere.

Sejak-sejak aku disuakan oleh orang tentang khasiat epal, terus aku jadi ketagih.. Dah macam budak ketagih puting la jadinya.. Orang suggest sebijik je sehari.. Aku ni dah sampai boleh tahap kena kencing manis dah.. Tskkk.. Pekdahnya makan epal kepada kesihatan tubuh badan? Jap, aku listkan.

1. Get whiter, healthier teeth
2. Avoid Alzheimer
3. Protect against Parkinsons
4. Curb all sorts of cancers
5. Decrease the risk of diabetes
6. Reduce cholesterol
7. Get a healthier heart
8. Prevent gallstones
9. Beat diarrhoea and constipation
10. Neutralize irritable bowel syndrome
11. Avert haemorrhoids
12. Control your weight
13. Detoxify your liver
14. Boost immune system
15. Prevent cataracts

Source: Best Health Magazine by Reader's Digest


_________________________



Kalau nak diikutkan malas aku ni, memang tak jadi apa.. Semua kerja takkan jalan.. Makanya, aku amek pendekatan yang pernah berkesan satu ketika dulu iaitu buat kerja sambil tengok cerita.. Ok la.. Tapi otak aku cepat sangat menerawang.. Layan The Simpsons sampai 3 episod (satu episod +-21minit), baru siap taip 1 perenggan.. Hmmmm.. Ok la tu kan dari tak buat langsung.. Nampaklah sikit progressnya dari kosong je Word document aku tu.. *cubaan menyedapkan hati* Kena pulak dengan sekarang ni musim hujan.. Pergghhh.. Nasib takde blanket je.. Kalau tak, dah Bismikallahumma ahya wa amut dah..






Ps: Brain, please come back. We missed you. I missed you. T__T

Thursday, March 13, 2014

bangun pagi | pergi cuti

Asek bangun lewat pergi kerja.. Dah puas aku carik jam yang mampu buat aku jaga tepat pada masa, tapi nak buat macam mana.. Badan letih sangat mungkin.. Berusaha gigih setiap pagi untuk pastikan thumb print tak merah lagi.. Tapi apakan daya, nasib tak menyebelahi diri.. Dah merata aku pergi, dah macam-macam orang aku tanya, tapi tetap aku dapat jawapan yang menghampakan.. Woiii! Dah tua pun tak reti nak bangun sendiri? *speechless*

____________________ 


Booked a trip for May.. This time for sure, I'm going solo.. Tak kesah la orang nak marah ke apa, semak je nak deal dengan orang-orangan sekeliling.. Please, for once, give me my own sweet time to get rid of all the burdens that I've been carrying for quite some time now.. *rebeh bahu* Tu pun aku dah delay sampai bulan 5.. Ikutkan hati, memang sekarang jugak aku nak pergi.. Tapi dah orang pun kata, ikut hati mati.. 


Ps: Follow your heart, but bring your brain along.



Thursday, March 6, 2014

buang masa senggang.

Kau paham tak perasaan bila kau beli dua puzzle dan kau dah siap buat satu tapi keinginan untuk buat yang kedua tu meluap-luap tapi kau takut bila dua-dua dah siap, nanti esok lusa kau dah tak tau nak buat apa? Paham tak perasaan tu? Paling penting, kau paham ke ayat aku? Hahahaha~ =__=!

Cerita dia, aku beli dua set 3D jigsaw puzzle: Eiffel Tower dengan Tower of London.. Yang Eiffel Tower tu aku dah siap buat.. Tapi macam tak sabar nak bukak bungkusan kedua untuk buat Tower of London pulak.. Tapi kalau aku siapkan dua-dua harini, nanti esok-esok kalau bosan aku dah takde benda nak buat untuk buang masa.. Takkan nak beli lagi? Hmmmm.. Nak sedapkan hati punya pasal, aku layan movie online sampai tertidur.. Abang aku suggest suruh beli yang kereta punya 3D jigsaw puzzle.. Lama sikit nak buat, katanya.. Nantilah aku carik.. Tapi nanti kena beli acrylic box pulak untuk simpan.. Karang dah penat-penat buat, tersenggol sikit, tak memasal berkecai menyembah lantai.. 


 Sebelum..

Selepas.. 
*Sila abaikan Hello Kitty dekat belakang tu*

Plastic wrapper dia pun aku tak bukak lagi.. Takot terbuat..


Petang-petang lepas balik kerja, singgah taman atas bukit depan Shangri La, jenjalan dengan harapan dapat la bakar lemak tepu-yang-degil-hamat ni.. Lepas mandi, sementara tunggu Isya' tu aku layan buku cerita atau komik dekat Minion dulu sepam dua.. Pastu baru siap-siap nak tidur.. Tapi takdelah aku tidur terus.. Layan movie sampai tahap yang kau takyah pergi panggung wayang la nak tengok cerita baru.. Tak kesah la yang kau dah tengok tu kualiti dia cenggane sekalipun.. Takpun layan lagu ke, main game ke.. Nampak tak betapa bosannya hidup aku? Tapi aku tak kesah pun, sebab memang aku yang malas nak keluar.. Orang dah ajak siap nak datang jemput pun dengan selamba aku tolak.. Malas. Sumpah, malas. Kalau takde nak kena beli pape, jangan haraplah aku nak keluar.. Macam mustahil kan? Tak nak percaya takpe, takde orang paksa.. Tapi tu jela kerja aku.. Weekend pun pun aku habeskan masa buat laundry, kemas apa patut.. Nampak tak ciri-ciri layak jadi isteri mithali? *as if* 


Ps: Lepas ni tunggu mak aku hangkut semua barang dia pindah, aku nak main deco-deco dengan masak-masak pulak.. Hahahaha~ c(=