Kau paham tak perasaan bila kau beli dua puzzle dan kau dah siap buat satu tapi keinginan untuk buat yang kedua tu meluap-luap tapi kau takut bila dua-dua dah siap, nanti esok lusa kau dah tak tau nak buat apa? Paham tak perasaan tu? Paling penting, kau paham ke ayat aku? Hahahaha~ =__=!
Cerita dia, aku beli dua set 3D jigsaw puzzle: Eiffel Tower dengan Tower of London.. Yang Eiffel Tower tu aku dah siap buat.. Tapi macam tak sabar nak bukak bungkusan kedua untuk buat Tower of London pulak.. Tapi kalau aku siapkan dua-dua harini, nanti esok-esok kalau bosan aku dah takde benda nak buat untuk buang masa.. Takkan nak beli lagi? Hmmmm.. Nak sedapkan hati punya pasal, aku layan movie online sampai tertidur.. Abang aku suggest suruh beli yang kereta punya 3D jigsaw puzzle.. Lama sikit nak buat, katanya.. Nantilah aku carik.. Tapi nanti kena beli acrylic box pulak untuk simpan.. Karang dah penat-penat buat, tersenggol sikit, tak memasal berkecai menyembah lantai..
Sebelum..
Selepas..
*Sila abaikan Hello Kitty dekat belakang tu*
Plastic wrapper dia pun aku tak bukak lagi.. Takot terbuat..
Petang-petang lepas balik kerja, singgah taman atas bukit depan Shangri La, jenjalan dengan harapan dapat la bakar lemak tepu-yang-degil-hamat ni.. Lepas mandi, sementara tunggu Isya' tu aku layan buku cerita atau komik dekat Minion dulu sepam dua.. Pastu baru siap-siap nak tidur.. Tapi takdelah aku tidur terus.. Layan movie sampai tahap yang kau takyah pergi panggung wayang la nak tengok cerita baru.. Tak kesah la yang kau dah tengok tu kualiti dia cenggane sekalipun.. Takpun layan lagu ke, main game ke.. Nampak tak betapa bosannya hidup aku? Tapi aku tak kesah pun, sebab memang aku yang malas nak keluar.. Orang dah ajak siap nak datang jemput pun dengan selamba aku tolak.. Malas. Sumpah, malas. Kalau takde nak kena beli pape, jangan haraplah aku nak keluar.. Macam mustahil kan? Tak nak percaya takpe, takde orang paksa.. Tapi tu jela kerja aku.. Weekend pun pun aku habeskan masa buat laundry, kemas apa patut.. Nampak tak ciri-ciri layak jadi isteri mithali? *as if*
Ps: Lepas ni tunggu mak aku hangkut semua barang dia pindah, aku nak main deco-deco dengan masak-masak pulak.. Hahahaha~ c(=



No comments:
Post a Comment