Thursday, October 31, 2013

Hot setaf sangat!

"Ana tu dah nak kawen ke?"

Hishlaaa.. Bagi soalan macam orang tak sekolah! Tak paham betol aku dengan orang macam ni.. Benda takde apa pun nak digosipkan sangat.. Semua berpunca lepas aku keluar statement, "Kak Aida, saya dah boleh kawen.. Dah pergi kursus.. Hahahaha.." Lepas tu aku, Kak Aida dan Kak Marina seronok bersembang pasal HIV test la, pengalaman kursus la.. Apa nak heran kalau setakat pergi kursus kawen, takde expiry date kot.. Yang aku tak pahamnya, adik ipar dia pun sebok bergosip cerita merata kat orang kata aku nak kawen..

Aku jawab dekat Kak Aida dan Kak Marina, "Kak, saya dah tunang kot.. Takkan saya nak tunang je sampai mati? Logik la sikit soalan tu.." Respon dorang? Mengiyakan statement aku tu sambil buat jadi bahan lawak.. 

1. Aku bukan bini orang atau baru cerai
2. Aku bukan nak kawen dengan laki dia atau mana-mana laki orang, aku nak kawen dengan tunang aku
3. Aku dah tunang, bukannya nak kawen lari senyap-senyap kat Siam
4. Aku nak kawen dengan lelaki, bukannya perempuan
5. Aku dah 26, bukan baru 16

Apa yang nak diherankan sangat? Kalau nak dijadikan gosip pun, kenalah yang aneh-aneh sikit.. Barulah rare dan seronok nak gosip-gosip.. Ini benda yang biasa sangat.. Bukan benda yang diluar norma.. Jangan risau, kalau betol pun aku dah nak kawen, takkannya aku jemput korang.. *smirk*

Ps: Terasa macam retis sangat! Lepas ni, sila panggil aku Weewee Jendol.. Hahahahahaha~ Adeh! =__=!

Monday, October 28, 2013

Tak kenal, tapi banyak soal.

"Single lagi kan? Tu belum kawen lagi, dah tak cukup masa.."

Kau memang sengaja nak carik pasal dengan aku ke apa? Kau ada ke tiba-tiba kena bawak bapak kau pergi NSK pukul 2 pagi? Ada? Ada?? Kau ada ke kakak kau MC tak larat nak pergi kerja, kau kena lari jap dari ofis untuk beli makanan sebab dia lapar? Ada? Ada?? Kau ada ke kena amek hantar anak angkat bapak kau kat Shah Alam bila-bila masa dia nak? Ada? Ada?? Kau ada ke kena sacrifice waktu rehat dan hari cuti untuk jaga anak buah kau sebab abang ipar kau sibuk dan kakak kau malas? Ada? Ada?? Kau ada ke kena pergi jemput bapak kau kat IJN sebab kejap-kejap dia masuk wad kecemasan kat sana? Ada? Ada?? Kau ada kena amek hantar mak kau kat sekolah dia kat Kolumpo sedangkan kau duduk Putrajaya? Ada Ada?? Kau ada kena korbankan waktu tidur untuk jemput adik-adik kau yang malas nak berdikari? Ada Ada?? Kau ada ke tengah tungkus lumus buat esaimen tiba-tiba bapak kau suruh bawak kakak kau pergi urut sekarang jugak, kemudian anak buah kau mengangis kat kau mintak makanan? Ada? Ada?? Kau ada ke kena pikul tanggungjawab sebagai seorang anak, adik, kakak, supir, bibik dalam satu masa tanpa orang peduli kau sakit ke apa? Ada? Ada??

Mana aku nak tau kau yang kemas rumah cuci baju, bukannya suami kau? Mana aku nak tau kau yang mandikan-bagi makan-teman main-tidurkan anak kau, bukannya adik kau? Mana aku nak tau kau yang bawak kereta sendiri pergi kerja hari-hari, bukannya laki kau yang hantar? Mana aku nak tau yang kau masih lagi pikul tanggungjawab anak-kakak-adik, dan bukannya dorang sendiri yang berdikari? Ya, memang kau seorang isteri, seorang ibu, seorang anak, seorang menantu.

Jangan. Jangan cakap pasal komitmen dengan aku. Jangan persoalkan apa yang aku buat sampai tak cukup masa. Jangan. Because you barely know me and my family. Dengan tunang aku pun aku boleh bergaduh bila dia persoalkan bila aku kata, "Saya penat." Ni kan pulak orang luar..Ya, Sang AHM pernah persoalkan pasal ni, dia tak paham bila aku cerita benda-benda ni semua. Tapi bila dia sendiri terkena, padan muka! Tengah carik parking nak tengok wayang tiba-tiba bapak aku tepon suruh amek orang kat Puchong.. Jemput aku nak pergi makan kat luar tapi kakak aku sebok layan chatting dalam bilik dan Sang Amoknyet tak nak lepas aku, maka terpaksa basuh pinggan sebelum masak sebab sink rumah dia penuh.. Sekarang ni, dia dah lali.. Kalau dia pokpekpokpek lebih-lebih tapi aku diam je malas nak komen, terus dia senyap.. Yelah, dah kau pun merungut, takkan tak boleh pikir aku yang hari-hari kena hadap ni rasa apa? 

Ya, memang aku bengang. Mengungkit? Tak ikhlas? Lantak korang nak kata apa. Aku dah tak peduli tu semua, sebab apa yang korang buat takkan mengurangkan beban aku sikit pun. 


Ps: Never judge people until you've walked a mile in their shoes. Tak mintak banyak, sebatu je.. Belum beribu-ribu batu lagi..


Tuesday, October 22, 2013

Selasa tak dijamin selesa.

Baru nak baik demam haritu, jangkit pulak dengan Sang Amoknyet.. =__=" Tambah tak cukup tidur, stress and what not, cramp kepotak.. Dengan selamba buat kepala kat ofis.. Lantak la dorang nak mengata apa pun, aku dah tak heran.. Kebal, kononnya.. Dorang memang takkan pernah puas hati dengan aku pun.. Baik bab kerja, mahupun bab yang tak patut-patut.. Biasalah, retis.. Gosip liar tu memang dah biasa sangat.. Bhahaha!
 

Macam monyet? Muka bajet? Narcissist? Pedulik! 


Kulu kilir dengan bertepek Cool Fever kat dahi, aku setelkan kerja-kerja yang tertunda.. Bagi tenang sikit hati dan otak.. Bila la boleh nak pergi urut ni.. Tak tahan sangat sangat dah badan ni.. Tunggu masa je nak tersimpul mati urat, terburai isi perut segala.. *I really need a spa treatment, pretty please*


_______________



Ikutkan hati dan nafsu, macam-macam aku nak beli.. Macam seronok je pergi shopping.. Teringin jugak nak pergi cuci-cuci mata beli baju yang Muslimah compliance sikit.. Ada skirt tu cantik gila! RM 149.90.. Blouse pulak RM 139.90.. Tak ingat apa tah nama kedai kat Alamanda tu.. Tapi serius kain dia best! Lepas tu handbag kat C&K yang harga RM 200++ tu pun menarik gak.. Dah 3 bulan gaji aku kumpul, tapi tak cukup-cukup.. Banyak sangat benda yang nak dibayar.. ASB wajib dimasukkan setiap bulan, nak kawen la katakan..

Tapi apakan daya, ikutkan nafsu lesu, ikutkan rasa binasa, ikutkan aku memang takkan mampu. Tak, takde niat nak mengeluh.. Takde terlintas nak kufur nikmat.. Aku terpikir jugak nak buat side business.. Macam sekarang ni, aku dengan partner-in-crime aku tengah jalankan business cake perlahan-lahan.. Kurang-kurang bolehla carik duit poket sikit-sikit.. 

Setakat ni, aku tolong jual je.. Keluar modal dan masak, semua Wani.. Kalau aku yang masak, memang tak sanggup aku nak jual.. Takot mati pulak anak orang.. Aku tak sekejam tu.. Kitorang jual murah-murah je.. Contoh macam kek Chocolate Fudge dengan topping ganache, kitorang jual RM 45 je sekilo.. Untung tak banyak, tapi jadila.. Bukan kitorang nak pergi haji balik hari pun.. Lagipun freshly baked tanpa pengawet.. Kalau tengok kat Cold Storage memang dorang boleh jual RM 12.99 tapi tengok la berapa lama pulak dorang letak kat atas rak tu.. Siap letak Silica Gel kot takot tumbuh kulat.. No, no! *sambil goyang jari telunjuk ke kiri dan kanan* Biasanya kitorang buat bila ada orang tempah.. Senang.. Kalau tak, nanti tak fresh.. Tak sedap! Kalau nak tempah, bolehla mesej aku.. Sekian. 


Chocolate Fudge with chocolate ganache + almond/choc rice/choc chip topping (RM 15 each)


Ps: Tak memasal buat promotion kat sini. Hohoho!

Wednesday, October 16, 2013

Lupa, tapi tak boleh nak buat apa.

Aku sekarang tengah dalam mood malas dan bebai. Janganlah siapa-siapa cuba nak semakkan kepotak aku ni, memang makan maki la jawabnya.. Otak aku dah maken tak center, tolonglah berhenti doakan yang aku ni senget.. Tolong doa yang baik-baik je, please.. Penyakit lupa aku pulak dah makin menjadi-jadi.. Urghhh! *tarik-tarik rambut*

Cerita pasal lupa, Minion aku pecah.. Ya, pecah. Salah siapa? Salah diri sendiri.. Kalau orang lain yang buat, kau boleh salahkan dia sepanjang hayat walaupun dia dah ganti balik.. Tapi kalau salah sendiri kau nak buat apa? Memang tak boleh buat apa.. Macam aku, aku nangis. Ya, aku nangis. Sampai tersedu-sedu tahan nangis dan bengang.. Macam mana boleh jadi? Pada suatu pagi, aku yang cerdik lagi bestari ni tengah bersiap nak pergi kerja.. Oleh kerana aku keluar rumah pun agak lambat, aku pun cepat-cepatlah masukkan barang dalam kereta.. Lepas tu, aku patah balik masuk rumah amek tudung dan Minion.. Lebih genius bila aku letak Minion atas bumbung, kendian pakai tudung guna cermin tingkap kereta.. Dalam kepotak tu dah ingat dah nak amek Minion atas bumbung, tapi tak.. Aku tak amek pun.. Dah lepas dari Shell tu, tengah sedap layan konar, aku dengar ada bunyi benda atas bumbung.. "Ipad!!" Ya, aku jerit. Tapi dah terlambat.. Dah jatuh pun.. Aku tekan hazard light, aku reverse tapi slow-slow takut telenyek pulak.. Aku turun kereta, lari-lari lembu, kutip, masuk kereta, terkedu. Tepon Sang AHM, mengadu nasib sambil mohon ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki.. 

The art of crack.

Sekarang aku dah tak boleh nak main game lagi dah.. Memang tak efek LCD tapi kaca dia serpih kecik-kecik.. Risau nanti boleh menyebabkan kecederaan.. Nak ganti, lambat sikit la.. Sebab yang paling murah aku jumpa, RM450 warranty 3 bulan.. Kalau boleh bayar guna daun atau bulu, dari haritu lagi aku dah ganti.. 



Ps: Agak-agak kalau makan ginkgo biloba boleh kurangkan tahap kenyanyukan aku ni tak?