Baru nak baik demam haritu, jangkit pulak dengan Sang Amoknyet.. =__=" Tambah tak cukup tidur, stress and what not, cramp kepotak.. Dengan selamba buat kepala kat ofis.. Lantak la dorang nak mengata apa pun, aku dah tak heran.. Kebal, kononnya.. Dorang memang takkan pernah puas hati dengan aku pun.. Baik bab kerja, mahupun bab yang tak patut-patut.. Biasalah, retis.. Gosip liar tu memang dah biasa sangat.. Bhahaha!
Macam monyet? Muka bajet? Narcissist? Pedulik!
Kulu kilir dengan bertepek Cool Fever kat dahi, aku setelkan kerja-kerja yang tertunda.. Bagi tenang sikit hati dan otak.. Bila la boleh nak pergi urut ni.. Tak tahan sangat sangat dah badan ni.. Tunggu masa je nak tersimpul mati urat, terburai isi perut segala.. *I really need a spa treatment, pretty please*
_______________
Ikutkan hati dan nafsu, macam-macam aku nak beli.. Macam seronok je pergi shopping.. Teringin jugak nak pergi cuci-cuci mata beli baju yang Muslimah compliance sikit.. Ada skirt tu cantik gila! RM 149.90.. Blouse pulak RM 139.90.. Tak ingat apa tah nama kedai kat Alamanda tu.. Tapi serius kain dia best! Lepas tu handbag kat C&K yang harga RM 200++ tu pun menarik gak.. Dah 3 bulan gaji aku kumpul, tapi tak cukup-cukup.. Banyak sangat benda yang nak dibayar.. ASB wajib dimasukkan setiap bulan, nak kawen la katakan..
Tapi apakan daya, ikutkan nafsu lesu, ikutkan rasa binasa, ikutkan aku memang takkan mampu. Tak, takde niat nak mengeluh.. Takde terlintas nak kufur nikmat.. Aku terpikir jugak nak buat side business.. Macam sekarang ni, aku dengan partner-in-crime aku tengah jalankan business cake perlahan-lahan.. Kurang-kurang bolehla carik duit poket sikit-sikit..
Setakat ni, aku tolong jual je.. Keluar modal dan masak, semua Wani.. Kalau aku yang masak, memang tak sanggup aku nak jual.. Takot mati pulak anak orang.. Aku tak sekejam tu.. Kitorang jual murah-murah je.. Contoh macam kek Chocolate Fudge dengan topping ganache, kitorang jual RM 45 je sekilo.. Untung tak banyak, tapi jadila.. Bukan kitorang nak pergi haji balik hari pun.. Lagipun freshly baked tanpa pengawet.. Kalau tengok kat Cold Storage memang dorang boleh jual RM 12.99 tapi tengok la berapa lama pulak dorang letak kat atas rak tu.. Siap letak Silica Gel kot takot tumbuh kulat.. No, no! *sambil goyang jari telunjuk ke kiri dan kanan* Biasanya kitorang buat bila ada orang tempah.. Senang.. Kalau tak, nanti tak fresh.. Tak sedap! Kalau nak tempah, bolehla mesej aku.. Sekian.
Chocolate Fudge with chocolate ganache + almond/choc rice/choc chip topping (RM 15 each)
Ps: Tak memasal buat promotion kat sini. Hohoho!

No comments:
Post a Comment