Thursday, September 26, 2013

Fakta Bukan Auta

Aku suka membaca. Hari-hari aku membaca. Sampai surat khabar bungkus nasik lemak atau yang buat alas masa makan tu pun aku boleh bantai baca dengan penuh khusyuk dan tawaddu'.. Pulak tu, kalau orang letak pinggan atau tangan dekat tempat yang aku tengah baca, dengan selamba aku halau suruh alih.. Sampai bergaduh jugak la.. Ya, memang aku buruk laku.

Kalau baca Mastika, aku lagi suka baca yang bahagian fakta ringkas dekat belah bawah tu.. Cerita-cerita merepek yang lain aku skip je.. Sama jugak dengan Reader's Digest.. Cerita yang agak-agak buhsang, memang dengan pantas aku selak untuk ke helaian seterusnya. Inilah akibat bila kecik-kecik dah baca encyclopedia.. Ya, mata korang tak silap. Aku baca encyclopedia. Tapi aku akan pilih yang paling banyak gambar la.. Masa tu kat rumah aku ada encyclopedia je yang aku agak boleh baca walaupun tak berapa nak paham.. Yang lain semua kitab-kitab bapak aku.. Kalau agak-agak nak baca komik, aku ikut bapak aku pergi ofis.. Dapatla baca Kampung Boy dengan Asterix & Obelix..

Kalau tengok cerita pun, aku lagi suka cerita macam Night at the Museum, The Mummy, The Librarian (low budget movie tapi best, siap ada sequel hokeh?), The Da Vinci Code, Angels & Demons, Sherlock Holmes.. Sebab cerita dorang ada unsur-unsur fakta dan sejarah.. Cerita kartun tu takyah sebut la.. Dah sah-sah la aku gila kartun..

Tengah aku web crawling carik maklumat, aku terserempak dengan fakta-fakta yang buat aku tertarik.. Sumpah menarik! Bagi aku la.. Nah aku share sikit dengan korang..


Memang aku digelar "Ratu Repek" tapi kadang-kadang aku suka juga berkongsi ilmu dengan orang.. Cuma dengan orang yang tertentu saja la.. Kalau tak nanti orang tuduh aku poyo pulak.. Nak tunjuk pandai, katanya..

No comments: