Thursday, September 12, 2013

Segamat yang amat keramat | Puncak Perdana nun jauh di sana

Sekali lagi membawa Sang Bayi ke Segamat untuk lawatan sambil belajar.. Tapi tak banyak pun yang aku belajar sebab sampai-sampai sana, tunggu dorang daftar, panaskan punggung sekejap, Incek Supir sampai, hantar pergi hotel, esok petang Incek Supir amek kat hotel pastu hantar kat Proton, terus aku shoot balik Kolumpo.. Memang tak sempat borak apa pun.. Aku pun takde mood sangat nak bercakap dengan masyarakat setempat..

Bertambah takde mood bila bangun esok pagi tengok fon dah padam, padahal sebelum tidur aku dah godek-godek bagi cas masuk.. Super duper bengang bila cuba method lain seperti tukar cable, tukar plug, masih tak dapat cas.. Last-last, aku Wechat orang guna Minion berbekalkan WiFi hotel yang ibarat biskut Chipsmore.. Nasib baik Incek Supir ada tugasan luar, makanya dengan pantas dia terpacul depan pintu hotel.. 

Bertambah-tambah takde mood bila pusing keliling Segamat, takde kedai yang jual henfon model yang aku nak.. Tapi mood aku datang balik sedikit demi sedikit bila fon aku boleh dicas dalam kereta Incek Supir menggunakan cable dia SAHAJA.. Tak kesahlah tu, janji cas masuk.. Takde la aku menggagau drive balik Kolumpo sorang-sorang karang.. Sampai je Kolumpo, terus aku haruk Sang AHM teman pergi beli fon baru sebab fed up punya pasal.. End up? Nah!


 


Jangan nak komplen lebih-lebih.. Ni je yang aku mampu.. Kenapa aku tak beli Android atau Windows phone? Sebab aku tak minat.. Jiwa aku, jiwa Blackberry.. Kutuk la nak kutuk pun.. Tapi aku memang batak gila tak reti nak menaip kat device yang fully touch screen.. Taknak aku lempar natang tu, jangan la gatal-gatal nak belikan aku iPong ke, Note II ke.. Memang saja makan maki aku hari-hari.. Tak kesah la lagi mahal ke apa ke.. Pedulik! Kenapa merah? Tu Sang AHM yang pilih.. Ikutkan aku, hitam je.. Tapi sebab yang merah ni limited, dia suruh je aku amek yang ni.. Nasib baik orang lain pun cakap camtu, walaupun sebenarnya dorang akui yang hitam/putih yang paling cantik.. Merah ni nampak macam murah.. Aaaahhh! Diam ah! 

Selain dari warna dia, yang lain semua aku tersangat sangat sangat berpuas hati.. Tiptop! Internal memory 8gb, kamera pun boleh la: 5mp.. Aku bukan nak benda high end sangat pun.. Nak main game, dengar lagu, web crawling, aku ada Minion, .. For a handphone, I don't expect much.. Cukup sekadar function yang ada dekat Curve 3G aku dulu tu, ada kat fon ni.. Oh, lupa pulak. Plus another function yang boleh buat aku loncat-loncat keriangan: Personal Hotspot.. Bolehlah aku srot srot connection untuk Minion..  

Aku suka buat kerja on-the-go.. Tapi kalau nak angkut laptop kulu-kilir macam tak relevant dah je sekarang ni.. Bawak laptop nak kena carik plug point pulak.. Kalau fon, power bank kecik dah cukup dah.. Srot srot je.. Setel! Kalau Android, tak boleh baca dokumen dalam bentuk PowerPoint, Words, Excel.. So kalau aku dapat email yang ada attachment, sama ada aku menggagau bukak kat Blackberak aku yang nyawa-nyawa ketam tu ataupun aku tunggu je sampai rumah.. Kalau urgent, how? Nak tunggu jugak? Windows phone pulak, aku tuduh dia tak user friendly.. Aku tuduh je.. Korang nak bidas, bidas la.. Tak amek port.. Yang penting, aku TAK NAK FULLY TOUCH SCREEN..

Cina yang jual henfon kat aku tu macam bangang-bangang kentang je.. Bagi aku la, kalau tak tau cakap je tak tau.. Aku tak marah.. Sebab bukan ramai yang suka Blackberry.. Apatah lagi nak amek tau.. Ni bila tak tau tapi nak buat-buat tau, mulalah kebangangan dia terserlah.. Sang AHM belek-belek henfon tu.. Pastu nampak ada sticker beserta simbol kat belakang fon tu..

  

Sang AHM:  Ni maksud dia apa? Takleh letak laptop?
Cina: Haah.. Takleh letak laptop atas.. *ayat dia memang camni sebijik*
Sang AHM: Ooooo..

Puuuiii! Padahal simbol tu maksud dia "Penutup bateri tidak boleh dibuka".. Aku sepak jugak Cina ni karang.. Dah la kedekut nak mampos! Rebate RM200 tak nak bagi, memang bagi apa yang ada dalam kotak je.. Satu hape pun tak nak bagi free.. Waima sehelai screen protector sekalipun.. Tapi aku buat bodoh je sebab dah terdesak sangat plus penat drive all the way from Segamat..


Ps: Dah tak nak cerita banyak.. Nanti maken sakit hati aku.


_________________


How was my first class? So far not so good.. First day dah ngantok tahap boleh juling mata.. Mana taknya.. Penat woo tahan rasa mengantok yang tak tertahan-tahan! Tergeliat urat mata aku semata-mata untuk pastikan mata tak terpejam.. *huge sigh* Tapi takpelah.. Kelas sebulan sekali je pun.. Nak siapkan assignment tu yang aku kena stay focus tu.. Takleh nak berhuha-huha sangat dah.. Nanti ilmu terbang keluar.. Bahaya!

Kerja atas meja pun berlambak tak hengat.. 4 hari cuti kot.. What do you expect? Weekend ni dah la nak ke Jengka.. Tapi aku risau jugak sebab semalam ada eksiden lepas terowong karak tu.. Kalau divert lalu Perak aci tak? Takpun lalu ikut Negeri Sembilan/Johor.. *adik kakot* 

Dah, dah.. Aku nak start buat assignment ni.. *sementara ada mood + masih lagi rajin nak menaip dan nak mengGoogle* Kbai.

No comments: