Tuesday, September 24, 2013

Rezeki yang Tuhan beri untuk dikongsi

Hari-hari yang tak berapa nak bahagia. Balik dari interview semalam, suhu maken naik.. Sampai rumah, tukar baju, terus tido.. Kepala denyut, badan tak selesa.. Muntah siap.. Bangun pagi, kepala berat.. Sempat Whatsapp Kak Aida bagitau demam panas.. Wayar fon mak pinjam bawak pergi sekolah.. Henfon dua-dua nyawa-nyawa ikan.. Charger Minion tetinggal dalam kereta.. Ya, aku memang GENIUS habesss!

Patutlah orang kata kalau demam panas otak boleh short.. Aku yang demam suam-suam ni pun merapu meraban jawab esei.. *tak boleh nak pikir lurus* Aku syak panel interview mesti gelakkan aku merepek atas kertas.. Lantaklah.. Benda dah lepas..


_________________________


Cerita sedih satu

Haritu aku teman Wani jenjalan KLCC.. Sebelum balik tu kononnya isteri mithali, dia tapaukan roti untuk Ery.. Tengah kitorang pilih-pilih makanan, aku ternampak seorang budak lelaki.. Berseluar jeans bersih tapi agak lusuh, over-sized t-shirt warna putih yang juga bersih, di tangan menggendong laptop yang diletakkan di dalam plastik putih yang aku syak plastik Aeon Big.. Lama budak lelaki tu tilik barang, kemudian letak, tilik lagi, letak.. Sambil muka tersenyum seakan-akan keliuran melihat roti yang enak-enak di situ.. Dada aku dah mula sebak.. Aku pun sebab tak nak kesian sorang-sorang, aku tunjuk kat Wani.. Walaupun makan maki free tapi aku puas hati sebab kitorang berkongsi perasaan yang sama.

Nak pergi tanya, takut dituduh menghina.. Lama jugak kitorang stay dekat situ, dalam 20 minit semata-mata nak tunggu apa tindakan budak lelaki tu yang seterusnya.. Echeeehhh.. Macam detektif tak? Hahahaha~ Last-last, Wani pun dah standby kat kaunter nak bayar, aku beranikan diri.. Tak kesah ah kalau kena lempang pun..

Aku: Nak ke?
Budak: Em.. (sambil tersengih dan pegang seketul Swiss Roll kecik dan seketul bun)
Aku: Meh sini saya bayarkan.. 
Budak: *angguk*
Aku: Nak pape lagi tak?
Budak: Nak.. 
Aku: Ha, pergi amek..
Budak: *amek 2 jenis roti lagi dengan cookies*
Aku: Dah?
Budak: Em, dah.. *sambil sengih dan tunduk bawah*

Sampai dekat kaunter Wani tanya dia nak air ke tak, dia kata nak dan Wani suruh dia pergi pilih.. Total tak mahal pun dalam belas-belas ringgit je.. Kalau kitorang beli Starbucks, dapat air untuk sorang minum je.. Sebelum balik, ada aku bagi dia duit tambang sebab takut kalau-kalau takde duit..

Yang aku nak sampaikan dekat sini, bukan pasal perangai aku yang mulia macam angel tu.. Tapi aku nak cerita pasal yang betapa aku terasa susah hidup dengan gaji kecik, komitmen banyak, kena ikat perut, aku tak nampak dan tak sedar yang ada orang yang lebih susah dari aku.. Paling-paling pun kalau aku teringin nak makan pape, bapak aku mampu untuk adakan.. Belum tahap yang memang sadis habes lagi la.. Kalau time tak mewah pun, kurang-kurang still dapat makan nasik.. Sumpah masa on the way balik rumah tu, dada aku sebak sampai sesak nafas.. Nak nanges pun tak lepas.. Tengok muka dia, sah-sah OKU.. Kenapa aku tuduh dia OKU? 1. Sebab dia bercakap, mata tak fokus. *aku syak dia autism* 2. Mana ada orang normal buat muka selamba tak cakap pape langsung (even terima kasih) berlagak macam dia tu adik aku, lepas kitorang bayarkan terus blah.


Ps: Takkan jatuh miskin pun kalau kau sedekahkan sebahagian rezeki/harta kau pada mereka yang memerlukan.

Pps: Terima kasih Allah kerana sedarkan aku dari sifat tak bersyukur.



Cerita sedih dua

Aku rasa hormon aku tengah kacau la.. Semua benda buat aku jadi sedih.. Lepas kejadian "Cerita sedih satu" tempoh hari, tengok VC "Kalau Aku Kaya" by Altimet ft. Awi Rafael pun aku boleh sebak.. Hish laaa.. Kenapa tah.. Part yang orang naik motor tu lambung-lambung duit lepas tu pegi shopping, buat aku sebak.. Gila ke hape aku ni? Takkan la aku mulia sangat sampai macam tu sekali kesian kat orang.. Macam bohong je.. Sebab bila aku cerita kat orang, dorang gelakkan aku.. Macam tak percaya tu aku.. Entah, takde jawapan untuk itu.




Ni la VC dia.. Siot ah!

Ps: Tiada niat nak riak kerna tiada apa untuk dibanggakan. Sekadar ingatan buat teman sekalian dan mungkin juga pengajaran bagi mereka-mereka yang mula lupa daratan.

No comments: