Hey, wake up baby.. You asked me to wake you up when September ends, remember? Dan hello Incek Oktober! Please be nice to me.. Thank you! Lama jugak tinggal blog.. Sawang dan habuk dah mula menebal.. Banyak jugak episod dan babak hidup yang terpendam..
A: "Hey, apsal kau gelak sorang-sorang tengok fon?"
B: "Kau ni, asal reply message je, mesti gelak sorang-sorang.. Takut aku tengok.. Dahla gelak pelik.."
Hahahaha~ Ok.. Bunyi pelik-pelik yang keluar dari mulut aku tu bukan bunyi aku gelak la.. Tu bunyi aku bernafas.. Hahahahahaha~ *blushing* Siot je sedar apa aku buat.. Hampeh betul korang ni.. Korang bercinta aku tak pernah kesah pun.. Time aku, ada je benda nak bahan.. Biadab!
Em, camane nak start cerita ni ek.. *garu-garu kepala* Benda ni baru je jadi.. Bermula dengan aku broadcast message dan hantar dekat G.. Dia reply dengan penuh cemerlang dan terbilang serta buat hati aku berbunga riang.. Mungkin perasaan aku je.. Tapi dia seolah-olah bagi hint yang dia boleh terima aku lepas kejadian tu.. Oh, lupa pulak nak cerita.. Aku dah bagitau G yang aku suka dia! Bhahaha~ Respon dia? Hmmmm..
"What to like? Saya tak rasa saya best pun?"
Hohoho~ Bajet humble la tu? Blah! Tak kesah la pasal tu.. Aku dah boleh terima keadaan dan takdir Tuhan.. Apakah? Ok, berbalik pada cerita tadi.. Start dari broadcast message tu la kitorang dah start berborak agak rancak.. Mungkin selama ni dia rasa agak awkward dan segan dengan aku sejak peristiwa yang memisahkan kami tu.. Echewaaahh! But I guess, things are getting better now.. Dan semalam, tengah rancak-rancak main message dengan dia, tiba-tiba aku seolah-olah kena rasuk..
"Can I say something?" kata aku kepada G..
"Go on.."
"I'm kinda miss you.." balas aku separa sedar..
"Tau.." balas G pendek..
"Eh? Camane awak tau?" sambil kerut-kerut kening..
"I'm just guessing.."
Kau pikir, kau mind reader? Jawapan agak tidak membina sangat la.. Tapi saya terima jawapan awak seadanya.. :D Dan terima kasih jugak sebab buat saya rasa sangat sangat sangat sangat sangat lega.. :*
Maka dengan ini, aku isytiharkan episod mendownload The Simpsons Season 23 bakal bermula.. Tak sabar nak kembali ke zaman itu.. c(= Otak sendat? Hati gundah? Tak dapat tidur? Perut lapar? Layanlah The Simpsons nescaya semua masalah anda akan selesai.. Percayalah.. Bukan apa, sampai tertidur-tidur melayan menda tu.. How I Met Your Mother pun sama.. :D
Oh, oh! Aku semakin ketagih nak main pool.. Sejak menang, bertambah-tambah ketagih jadinya.. Damn! Tertekan sebentar.. Bukan apa.. Ingat senang ke nak masukkan bola dengan kecacatan yang sedia ada ni? Tambah pulak dengan tangan yang tak bedung.. Package lengkap untuk kalah ok? Jadi bila menang tu, bangga agak berlagak dan riak la jugak kan.. Mungkin ini hanya beginner's luck semata.. Tapi aku pasti latihan demi latihan bakal buat aku lebih mahir dan hebat dalam bidang yang aku ceburi ni.. Bhahaha! Tapi aku benci korang gelakkan aku sebab main lama sangat.. Biasalah.. Perempuan.. Baru belajar main pulak tu.. Korang tu start dari sekolah kot.. Siap ponteng sekolah bagai.. Macam aku tak tau.. Huh! >:{
Ps: Sila abaikan segala bunyi-bunyian yang ada.. Semua tu sound effect semata.. Dan maafkan setiap kesalahan bahasa.. Aku hanya insan biasa.. Tak nak cakap aku kap-lam-ya-nga please.. Thanks..
No comments:
Post a Comment