Friday, October 21, 2011

21/10/2011

Alhamdulillah.. Syukur tak terhingga kepada Tuhan yang memberi rezeki dan melimpahkan rahmat.. I guess, it's too late for me to wish for a better life in October since there are +-10 days left before November comes.. And of course, there's a lot of things happened in this particular month.. Hey, Mr. October! I asked you to be nice to me, didn't I? But it's ok.. I can cope with all those nonsense.. Let's chin up, put a hideous grin on your face and start to laugh like a hyena! Bhahaha! :D


Entri kali ni aku nak cerita pasal apa yang jadi dekat aku harini, 21 Oktober 2011..


FIRST
I got another job with this one company, also somewhere around Petaling Jaya.. So, I guess that's it.. I'm going to call PJ, Petaling Jaya Bandaraya Periuk Nasik, after this! c(= Setelah aku selidik, mengkaji dan meneliti faktor, aspek serta ciri-ciri dari segala segi, aku dapat simpulkan bahawa, kerja ni lagi ok dari yang lepas.. Sebab kenderaan awam dekat.. So tak payah aku susah-susah nak habeskan duit gaji aku bayar duit minyak, tol serta saman parking dari MBPJ tu.. =_=!



SECOND
Kesan dari jumpa Opah haritu, I'm getting better now.. Alhamdulillah.. Elok sikit la dari dulu.. So, kenalah sambung buat tak putus sampai betul-betul sembuh kot.. =) Enough said on this matter.



THIRD
Dia datang, bawak perasaan yang bercampur baur, merajuk, memberontak tak menentu, aku keliru. Tapi, cukup membahagiakan aku untuk harini.. Thanks awak! Dah, pergi main jauh-jauh.. Kakak nak buat kerja ni.. Pergi TBK elok-elok.. Menggatal, menggatal jugak.. Lutut tu jaga..



FOURTH
Aku berjaya memuaskan nafsu serakah dengan memakan 1 foot long Subway's sandwich.. Yeay me!! Bhahaha~ Lepas tu jangan konon-konon nak heran kenapa seluar dah tak muat ok? >_<



FIFTH
Cuaca harini sangat sayang pada aku.. Tak terlalu terik, dan tidak hujan jugak sepanjang perjalanan aku tadi.. Sampai rumah, masuk bilik tukar baju, hujan mencurah-curah dengan lebatnya! Apa lagi, tarik selimut, sadaqallahal'azim la.. :D



SIXTH
Biarlah tak ikut sequence pun cerita aku ni.. Aku tak peduli! Hahahaha~ Em, harini agak rushing jugak sebenarnya.. Perancangan awal, Incek Ikan nak hantar kat KTM UKM sebab dia nak jumpa abang dia dan balik ofis lepas tu.. So, senanglah sekali jalan je terus.. Tapi tiba-tiba dia dapat panggilan yang abang dia dah lepak dekat D' Limau Nipis pun.. So, dia hanya perlu hantar aku kat KTM, then jumpa abang dia kat situ jelah.. Lagipun dekat sangat-sangat dengan ofis dia maka tidak perlulah dia nak tergesa-gesa.. Aku tak perasan sangat dia lalu ikut jalan mana.. Sedar-sedar dah sampai tol Bukit Kajang (kot).. Rupa-rupanya dia nak hantar aku dekat KTM Kajang.. Jimat satu stesen katanya.. Since aku pun tengah rushing.. Yelah, mana taknya.. Interview aku pukul 3 petang, tapi pukul 1.45 aku masih di Kajang.. Menggelabah ayam lah aku..

Aku tengok jadual perjalanan, tren seterusnya pukul 2.12 petang.. Hadoi.. Memang tak tau nak buat apa dah.. Tawakal je la yang aku mampu.. Incek BFF pulak bersusah payah cuba nak tenangkan aku.. Siap call aku banyak-banyak kali just to make sure that I'm ok.. Akhirnya, aku tak turun dekat KL Sentral pun.. Aku turun dekat Midvalley lepas tu naik teksi sampai PJ.. Takdelah mahal sangat.. RM7.. Oklah.. Below my budget.. Dan aku sampai tepat-tepat +-pukul 3.. So, takdelah istilah lewat ke apa.. :D

Yang lawaknya, aku terasa macam dalam rancangan Explorace! Incek BFF tak putus-putus tanya keadaan aku.. Dan tak henti-henti jugak tanya baki duit aku ada berapa, cukup ke tak nak naik teksi bagai.. Hahahaha~ Risau na! Aku kat Kolumpo je pun.. Susah-susah sangat, aku boleh telefon bapak aku untuk jemput aku dekat mana-mana.. Tapi sumpah kau comel! Lebiu lah BFF!! Bhahahahahaha~ Dan terima kasih jugak.. =)



SEVENTH
Masuk ni dah 5 orang cakap aku budak sekolah/baru lepas SPM.. (Harini je 3 orang lah yang cakap macam tu).. Dari segi rupa memang tak lah kan.. Dah masuk akhir remaja dah pun.. Tak payah nak bodek sangat la.. Takde apa dapat aku bagi sebagai pulangan.. Tapi aku syak, dorang tuduh aku macam tu sebab perangai aku.. Yang sangat gelabah/kalut bila nervous, gelak tiba-tiba tanpa sebab, keluar segala bunyi-bunyian/sound effects yang tak masuk dek akal dari mulut aku.. Hahahaha~ Buat apa nak tunjuk kat semua orang kau tengah ada masalah/bermuram durja/otak semak kusut? Orang zaman sekarang dah tak peduli dah semua tu.. Lagi kau tertekan, dorang lagi suka bagi tekanan.. So, pandailah kau setelkan sendiri.. Tak boleh setel jugak, biarkan je buat tak tau.. Dari kau mintak tolong pada yang tak patut.. Lagi menyusahkan hidup dan menyulitkan keadaan kau nanti adalah.. Ye dak?


Ps: 21/10/2011 - Hari yang sangat mengujakan! Terima kasih, Tuhan. =)

No comments: