Aku rasa aku nak tukar profession la.. Kalau makan gaji buta, bila masa aku nak tunaikan impian aku yang satu dan jitu tu? Hmmm.. *wondering* Sedang menimbangkan cadangan untuk further study dalam bidang lain pulak.. Masih ada kaitan dengan bidang aku sekarang tapi lebih kepada kerja secara freelance la lepas grad..
Baru-baru ni kitorang (me and my friends) bergosip artis seperti biasa.. Nak gosip pasal masyarakat setempat, terasa sangat membuang masa.. We don't want them to be more popular than us, for sure! Bhahaha! Kitorang start kongsi link.. Cerita pasal kisah artis yang baru kawen baru-baru ni.. Yang lawaknya, kakak/saudara sang pengantin lelaki ni bukan main hebat membidas komen dari seorang rakan artis berkenaan majlis adik dia.. A few grammatical error is fine.. Tapi kalau sampai orang tak paham apa yang kau cuba sampaikan tu, baik tak payah kot.. Lagi bagus kalau kau cakap Bahasa Melayu je.. Kurang-kurang mesej sampai.. Ni tidak.. Sampai embassy dan ambassador pun tak dapat nak beza? Apakah? Janganlah begitu.. Malukan ahli keluarga dan kaum kerabat sahaja..
Khamis lepas rumah Ery ada buat tahlil dan makan-makan sikit.. Oleh kerana masing-masing kepenatan bekerja dan melayan tetamu, semua tidur terbongkang tak sedar diri.. Esok pagi, aku bangun, kejut mereka-mereka yang harus pergi kerja, lepas tu sambung tidur.. Yang takde kerja, ponteng kelas dan sebagainya, melepek tidur matahari dah tinggi baru bangkit.. Tu pun sebab aku bising-bising suruh bangun.. Hahaha~ Padan muka! Siapa suruh tidur lambat.. Nak dijadikan cerita, dorang ajak aku layan movie kat laptop.. Ada ke patut? Skrin cinonet tu nak kongsi tengok ramai-ramai.. Aku ni dahla rabun teruk.. Ingat nampak ke? Last-last naik atas, tengok dvd kat tv LCD 32 inci Ery.. Ok, dorang buli aku paksa tengok cerita hantu "SETAN FACEBOOK".. Cerita berkisar tentang seorang perempuan yang gila update status kat Facebook.. Satu hari dia telah buat onar dengan selamba guna laptop yang ditinggal sebentar oleh seorang perempuan lain yang dia tak kenal.. Dia buat status kontroversi yang menggugat jiwa dan raga perempuan tu sampai perempuan tu bunuh diri.. Perempuan tu jadi hantu yang menghuni Facebook.. Dari situ, bermulalah episod pembunuhan bersiri secara berleluasa melalui laman tu.. Lepas-lepas tengok cerita tu, makin takut nak senang-senang approve orang kat Facebook.. Elok jugak bagi budak-budak tengok cerita ni.. Nanti takde la dorang memandai je nak add-add orang.. Ye dak? c(=
Fat is a trend,
No need to boo,
No mutual friend,
Who the f* are you?
No comments:
Post a Comment