Saturday, August 20, 2011

kemaluan berganda

hahahahahahahahahahahaha~ ok, sila gelak separuh nyawa dulu.. bhahaha~~~ episod pagi nan permai disambung dengan petang yang mendung kelabu hujan lebat.. sakit perut tiba-tiba datang tanpa diundang.. lantas aku bergegas selongkar tempat simpanan ubat aku serta segala beg yang ada.. sangat shittingan bila aku dapati habes sudah ubat gastrik aku.. pain killer pun memang dah habes sejak berkurun lamanya dan tak teringin nak pergi klinik untuk topup.. aku pun bersiaplah pakai apa yang patut, start enjin kereta meredah hujan untuk ke Guardian yang terdekat.. tengah hujan-hujan ni, tambah Sabtu pulak tu, banyak la pulak kereta parking.. tak puasa ke dorang ni? ok, itu satu pertuduhan yang sangat melulu kerana meskipun kawasan itu dikelilingi oleh kedai makan, namun ada jugak pasar, kedai runcit, kedai buku dan sebagainya..

pusing punya pusing, akhirnya dapat jugak carik parking.. sesudah masuk parking dengan cemerlangnya, dengan pantas aku berlari-lari anak.. sampai je depan Pustaka Rawang, macam agak sesak sikit sebab ada orang turun dari ofis kat atas tu.. aku pun kontrol-kontrol langkah, kontrol ayu, kontrol cun, dan segala-gala yang boleh dikontrol lah sebab selipar aku ni tapak dia dah haus.. tak cukup minum barangkali.. sambil-sambil tengok lantai, aku tengok jugak orang kat tepi-tepi takut terlanggar.. sekali terpandang, terpikat kejap.. pergghhhh mamat hensem siot! muka ala-ala Fahrin Ahmad.. ok, walaupun dia bukan lelaki idaman aku, tapi kalau dah ada lelaki gagah-perkasa-kacak-bergaya depan mata, takkan taknak cuci mata yang dah agak-agak berhabuk ni kan? tapi aku lebih mementingkan keselamatan diri berbanding lelaki gagah-perkasa-kacak-bergaya tadi..

aku teruskan langkah tapi apakan daya.. selipar aku ni macam dapat tau je niat buruk perangai hodoh aku tadi, dia tak bagi can serta kerjasama yang sepatutnya.. apa lagi, gelongsor ala-ala main slide kat Sunway Lagoon la aku.. dari depan Domino's sampai ke depan kedai mamak.. dem! aku benci kau selipar! dekat setahun aku simpan kau, ini balasan kau kat aku? memang rasa macam, 'siap kau! balik nanti aku gunting-gunting kau' la time tu..

tapi oleh kerana nak kaver malu yang tak terhingga, aku gelak dulu puas-puas sebelum angkat kepala.. hahahaha~ tiba-tiba lelaki gagah-perkasa-kacak-bergaya tadi hulur tangan seraya berkata, "Awak ok?".. oh, awak lulus dengan sangat cemerlang dan terbilang.. tapi aku buat dono je.. bangkit, kibas-kibas punggung, tengok muka dia, senyum tanda 'aku ok', lantas patah balik pergi kat kereta..


gambarajah susunan kedai supaya senang
nak bayangkan tempat kejadian



masuk-masuk kereta, terus gelak macam orang gila.. nampak kelibat orang lalu sebelah kereta, terus capai fon buat-buat macam tengah on the phone.. tapi last-last aku telefon orang jugak.. tak reti nak pura-pura cakap telefon.. =__=! aku dapat rasakan pihak dihujung talian pun tak paham apa yang aku cuba sampaikan.. tapi aku persetankan saja semua.. janji orang tak chop aku gila.. aku toleh kanan, dem! mamat tadi! dia sengih-sengih sambil buat bahasa isyarat tanya ok ke tak.. dia naik Kia Forte putih ok? tsskkk..

aku buat-buat tak nampak, terus hidupkan enjin, letak telefon, kuatkan radio.. sengal tulang punggung tak elok lagi tapi dengan pantas aku masuk gear dan blah dari situ.. lagi lama aku kat situ, lagi gila aku! batalkan niat nak pergi farmasi.. sakit perut pun tak hilang lagi, tambah lagi satu penyakit.. TT_TT

sampai rumah mak tanya, "dah beli ubat? eh, kenapa punggung awak basah?" "jatuh tadi," balas aku pendek.. gila.. kalau mak aku terasa tu, memang sah jadi anak derhaka aku ni.. tapi nak buat macam mana.. takkan aku nak layan cerita macam dekat kedai kopi dulu baru tukar baju segala.. masuk bilik, tukar persalinan, terus baring kat katil sambil tarik selimut yang seronok.. baik aku layan Harry Potter dari layan perasaan.. tak sempat nak berbunga pun hati walaupun lelaki gagah-perkasa-kacak-bergaya menghulurkan bantuan.. sebab jauh di sudut hati, aku tau dia pun gelakkan aku kaw-kaw punya.. lantaklah.. bukan jumpa lagi pun.. :D

pengajaran yang boleh diambil dari cerita ini, pertamanya tak payah la nak kontrol bagai.. nampak sangat muka desperate kau tu nanti.. dan yang kedua, kalau dah agak-agak selipar tu bakal mengkhianati tuannya, silalah cari pengganti dengan pantas!


Ps: aku takkan berpura-pura pengsan walau sekacak manapun orang tu.. belum sampai tahap sekeji itu.. ;)

No comments: