setelah sekian lama tidak berjaya melelapkan mata, akhirnya, AKHIRNYA aku berjaya! tapi tak lama.. korang memang suka buat hidup aku merana kan? terjaga dengan bunyi panggilan dari entah siapa-siapa.. bukak mata sikit, jeling skrin handphone, tekan silent, tidur balik.. hahahahaha~ Like A Boss! kemudian telefon rumah berbunyi bertalu-talu.. "siot pemalas orang kat bawah tak angkat telefon", jerit batinku.. jangan haraplah aku nak berkejar ke bawah semata-mata nak angkat telefon! sekali lagi handphone aku berdering.. bunyinya sangat mengimbau nostalgia ketika zaman kanak-kanak dulu.. malah bingit juga.. perkara yang sama aku lakukan.. masuk kali keempat, aku dah fed up.. memang kena maki orang ni kang.. harini sabtu kot! aku angkat dengan suara penuh kemalasan+gedik-gedik manja baru bangun tidur+marah yang tertahan-tahan (korang bayangkanlah sendiri macam mana).. :P
owh.. orang dari TMNet yang telefon.. aduan pasal kerosakan modem.. tak memasal aku berlari turun pergi kat modem dan cek cable bagai.. sempat lagi terlintas dalam kepotak yang aku ni seolah-olah Jim Carrey dalam cerita The Cable Guy.. hahahaha takde kena mengena.. cuma aku terkial-kial dan tergapai-gapai sikitlah nak mengikut setiap arahan yang diberi sebab terlalu gopoh sampai tertinggal spek kat atas.. dem!
dengan tekun dan gigih orang tu memberi arahan dan menyebut nama aku.. "Cik Wan Rayhanah dah sambungkan kabel ye?".. "Cik Rayhanah isikan dekat ruang kosong kat atas tu".. tak jenuh ke duk panggil Cik Rayhanah, Cik Rayhanah.. panggil Cik Wan je pun boleh kot? ok lantak kau la since yang puasa tu kau.. bazir air liur tu pun kau.. cuma aku la yang jenuh mendengarnya.. =__=!
since aku terlupa password TMNet yang sememangnya bukan didaftarkan atas nama aku, dia tanya nama dan nombor IC pendaftar.. sumpah aku rasa macam menang cabutan bertuah ke, loteri ke, tak pun Who Wants To Be A Millionaire ke, sebab aku berjaya teka nombor IC ayah dengan betul! hahahahaha~ ok, aku mamai seminggu lebih tak tidur, otak tengah tak center, kepala denyut-denyut sebab bangkit terkejut, kemudian dapat meneka dengan tepat.. sangat perlu dibanggakan ok? hahahaha~ orang TMNet tu pun nada dia sangat, "ok, betul!~~" dan dia tergelak bila aku sebut pergghhh selepas nombor terakhir.. :D
ok, setel semua, adalah benda-benda mamat tu merepek tapi aku malas nak dengar sebab tilam yang empuk, selimut yang seronok dah tunggu kat atas.. aku ye kan je semua, dan aku terus letak telefon.. sampai kat atas, aku lalu depan PC sambil menjeling berlagak seraya di dalam hati berkata, "tak heranlah kat kau.. tidur lagi best!".. tapi tak lama.. aku pusing-pusing, kalih-kalih badan, tak dapat tidur.. mata dah terbeliak dan segar bugar.. PC aku ni berdaulat ke hape? kau sumpah aku, PC? sampai hati kau.. setelah apa yang aku korbankan untuk kau.. bla bla bla.. aku bangkit dan terus duduk menghadap PC.. "Yelah, yelah.. aku layan kau la ni.." terus online, bukak Torrent, download The Simpsons yang rosak tempoh hari dan menaip kat blog..
Ps: takdelah permai sangat pagi aku ni kan? demyuh!
No comments:
Post a Comment