rajin kan aku menghapdet blog? biasalah.. isi masa lapang yang sebesar padang hoki ni.. korang pernah dengar tak pasal pantang larang orang tua-tua? kalau korang duduk Malaysia macam aku mesti pernah kan.. tak kira lah bangsa apa pun, dorang mesti ada pantang larang.. contoh macam jangan sapu rumah malam-malam nanti rezeki lari, jangan lalu bawah ampaian dan sebagainya..
cerita ni adalah dalam sehari dua selepas aku kecewa bercinta balik dari perjalanan yang sangat jauh haritu.. tak boleh tidur punya pasal, habes segala benda aku godek kat rumah.. tiba-tiba dapat text dari Ibu.. jangan tanya macam mana message tu boleh masuk.. sila paham sendiri..
"Adik kat mana? Datang rumah Abok petang ni ya? Ibu ada bawak barang sikit dari Kuala Kangsar."
bosan punya pasal, aku reply dengan pantas, "Ok.. Nanti mintak tolong Abang Shah jemput kat Stesen Bangsar ok? Tq!"
seperti tindakan refleks tatkala orang nak hadiahkan penyepak, dapat je delivery report aku terus capai tuala dan bergegas ke tandas untuk mandi.. siap ala kadar, aku berjalan dengan pantas ke perhentian bas berhampiran.. gigih jugak ni nak ke Kolumpo dengan naik bas segala.. takpelah.. janji aku ada benda nak buat dari tercongok kat rumah, kepala rambut otak pun kusut..
setelah bersesak-sesak dengan orang balik kerja plus dengan orang berlumba-lumba nak buka puasa, akhirnya aku sampai jugak destinasi aku, Stesen Bangsar.. turun bawah, baru nak capai telefon dalam beg, dah ternampak kelibat Pijot (Peugeot) kesayangan sepupu aku tu..
sampai je rumah pakcik aku tu, orang dah siap hidang makanan kat meja segala.. adeh! macam mana nak tunjuk bakat buat kerja rumah kalau camni.. hahahaha~ usai solat Maghrib, kami bersantai-santai sementara tunggu Isya'.. dengan pakai telekung, songkok serta kopiah, mereka-mereka ini dengan selamba berbual hal-hal dunia.. terasa sangat sekolah asrama! c(=
sudah solat Isya', aku bersiap-siap nak balik.. yang budak-budak sibuk lipat sejadah.. dengar kata solat tarawikh lambat sikit.. aku tak boleh tunggu dah.. sakit perut tiba-tiba datang menyerang.. risau pulak aku.. setelah berpakaian lengkap (solat tadi sarung kain batik Cik Mi), aku join dorang duduk kat depan sambil hirup teh panas.. aaaaaahhh nikmatnya~~ aku ni penggemar teh tegar! makanya, teh boleh menenangkan aku selain pelukan serta ciuman di dahi tidur..
ibu sibuk keluarkan hadiah dari paper bag, plastic bag, beg troli ala-ala AF tu, dan segala macam beg yang ada la.. aku dapat brooch.. bapak besar gila! dan nampak mahal jugak.. hadiah dari teman rapat buat cucu tersayang katanya.. hadoi.. aku terima dengan handbag yang terbuka sebab dah rosak dan tercabut kunci dia tu.. =__=" sempat lagi bual-bual dengan sedara mara sekalian.. datang pulak sepupu aku yang baru balik dari Frankfurt ajak borak.. sembang punya sembang, macam biasalah soalan lazim aku akan tanya..
"Mana Ibi nye souvenir?"
sambil gelak-gelak dan muka tak bersalah, "Nah, gelang emas saya hulurkan.." sambil sua gelang getah yang tersarung kat lengan dia tu..
ceit! tertipu aku.. takpelah.. terima kasih.. aku tak pakai barang kemas.. allergic! sepupu aku pun blah.. tapi tak lama.. 2-3 minit lepas tu datang balik sambil bawak payung percuma dari Maybank..
"Nah, Ibi.. Hadiah Hari Raya.."
aku sambut hadiah dia tu sambil gelak yang tertahan-tahan sekadar vibrate semata tanpa sebarang bunyi.. aku pun dengan pantas bukak payung tu.. besaaaaarrr siot!! hahahahaha.. bergelak suka ria.. tiba-tiba Ibu berbunyi..
"Isk.. Jangan bukak payung dalam rumah.. Nanti ular masuk.."
huh? terpinga-pinga aku kejap.. betul ke? kat mana logiknya ayat tadi tu? iskkk.. tapi apakan daya.. dengan dahi yang masih lagi berkerut, lidah kelu tak berbahasa, aku tutup payung Maybank tu dengan penuh tanda tanya.. sedang aku berkira-kira nak ajukan soalan, aku digamit seorang lagi sepupu aku..
"Nak balik dah? Tak nak tidur sini?"
"Oh, nak balik.. Jomlah.."
dalam perjalanan yang lebih kurang setengah jam hingga 40 minit tu, aku asyik terfikirkan apa kaitan bukak payung dan ular masuk rumah.. sedar tak sedar, dah sampai rumah pun.. hmmm.. akhirnya aku buat kesimpulan, kalau betul bukak payung dalam rumah ular akan masuk rumah, masa kawan aku hilang ular haritu patut buat macam tu la kan? nanti ular tu masuk lah dalam rumah balik..
ok, noted! nanti kalau ular dia hilang lagi, boleh la praktikkan cara ni.. bhahahaha~ awak, sila take note.. (^__^)
Ps: em, kenapa tah.. tiba-tiba macam rindu nak makan kepsi dengan awak.. :( *sigh*
No comments:
Post a Comment