oleh kerana fikiran asyik tak tenang, hati asyik tak tenteram, aku mintak petunjuk dari Tuhan.. semoga ditunjukkan jalan yang paling baik untuk aku pilih.. sambil berdoa dan berkira-kira apa yang patut aku buat, aku terlelap.. bangkit dari tidur, benda pertama yang terlintas dalam kepotak aku, dia! mungkin sebab aku banyak buat dosa kat dia kot.. jadi adalah lebih baik kalau aku pergi mintak maaf.. mungkin aku akan lebih tenang lepas ni..
termenung aku kejap mengenang segala caci maki hamun di akhir pertemuan kami.. macam mana kalau dia tak nak jumpa aku? macam mana kalau dia halau aku? macam mana kalau dia buat apa-apa kat aku? dan bermacam-macam macam mana lagilah yang timbul.. sesungguhnya was-was itu kerja syaitan.. tapi dorang dah kena ikat.. ni siapa punya kerja pulak? hmmmm.. *wondering sambil gosok-gosok dagu*
dengan segala kudrat yang aku kumpul selama berhari-hari, akhirnya aku pergi jugak.. bukan apa.. kang terkucil depan tu, hilanglah kemachoan aku sebagai seorang perempuan yang pernah dipandang gah oleh dia.. perjalanan aku diiringi dengan otak yang kalut tak tau nak cakap macam mana, hujan yang mula merintik, dan hati yang sangat risau serta gundah gulana.. pelbagai persediaan telah aku buat..
tengah dalam perjalanan tu, sempat jugak aku telefon kawan aku dengan harapan dapat lah kata-kata semangat segumpal dua..
A: "Ready dah ke nak bawak emosi kau, perasaan kau kat dia? Niat memang la nak mintak maaf.. Aku konfem pasti akan berlaku babak sentimental punya.."
B: "Hey, ngucap!"
hahahahahaha.. B memang tak pernah menghampakan aku dalam bab bagi cadangan kurang bernas ni.. (=_=") tapi, lepas putuskan talian tu, aku betul-betul buat apa yang dia suruh! aku mengucap.. tak salah.. tapi macam agak pelik dan tak kena dengan situasi.. aku sangat setuju dan pegang kata-kata A.. aku tanya diri aku banyak kali, betul ke aku dah sedia? penat dah aku mengusung diri dan hati yang tak tenteram ni ke hulur ke hilir.. just an apology won't hurt, i guess? apa-apa hal pun, baik aku nangis siap-siap dalam kereta.. nanti dah sampai sana senang.. air mata pun dah kering.. hahahahaha~ pikir-pikir balik, apa punya idea la.. c(=
aku sampai sana dalam dekat pukul 10.. ngam-ngam orang balik tarawikh.. aku keluar kereta jap, tengok ada motor lalu nak masuk, aku patah balik.. hadoi.. dengan hujan pulak tu.. macam mood sentimental lebih je kejap lagi ni.. aku istighfar banyak-banyak, betulkan tudung yang dah mula senget benget dan terkeluar-keluar jambul ala-ala mak datin, aku baca Bismillah, aku pergi kat pintu rumah dia.. ketuk perlahan je, dengan bagi salam dua kali, dia keluar..
dia macam nampak tak nampak, tanya aku siapa.. "Aku lah mawar merah! Bhahahaha~" ok, aku tipu.. aku tak sebut nama pun.. dia nampak aku, dia masuk balik pakai baju.. aku dah tunggu depan rumah balik..
"Em, kat depan sana lah.. Japgi mak balik.."
aku pergi balik kat kereta.. tengah ujan ni.. kang tak memasal dua-dua dapat demam.. tukar-tukar posisi, aku tak tau nak buat macam mana dah.. last-last aku suggest dia duduk kat seat belakang, bukak pintu luas-luas, aku duduk kat driver seat sambil menyandar kat stereng.. bukan apa.. niat baik datang nak mintak maaf, satgi kena tangkap basah, haru.. dia duduk kenai kitchen towel dalam kereta tu.. ceis! bazir sungguh..
aku bagi mukadimah apa yang patut.. pastu hilang dah ayat-ayat yang aku duk hafal masa dalam perjalanan tadi.. adeh! hape ni? tadi kemain berjela-jela kalah ucapan Perdana Menteri.. *sigh* aku pun cakap sedas dua lagi dan cerita duduk keadaan sebenar.. dengan harapan dia akan cakap, "Ok, cukup.. Saya maafkan awak.." tapi hampa.. sesi soal jawab bermula.. tapi aku dapat rasakan yang dia maafkan aku bila tengok muka aku yang selebet dan kusut tu..
"Macam mana tau saya ada kat rumah?"
nak jadi stalker yang berjaya kena bijak, bang.. nak seribu daya.. hahahahaha~ ooooppsss.. :# ok, ok.. aku jawab dengan jujur ikhlas serta penerangan yang terperinci..
"Saya tengok kat YM awak.. Satu tu mobile punya, satu lagi rumah punya kan?"
apa guna amek minor system sampai bersem-sem yang tidak berkesudahan kalau benda bodoh enteng macam tu pun tak boleh nak agak atau pikir..
"Owh, haha.. Kantoi bodoh je!" dia tergelak comel ikhlas..
tujuan asal dah mula terpesong.. aku mula disoal selidik macam orang nak buat survey untuk thesis pelajar Master atau PhD.. aku dah agak dah.. bodoh punya Empangan Batu! malam-malam cenggini pun nak beroperasi.. kesudahannya aku amek kitchen towel dari dia, kesat hingus yang dah mula menjejeh.. iyekkk! :S sambil tu aku tergelak-gelak.. kaver lah sikit konon-konon flu.. hahahaha~ budak belum berkhatan pun dapat tekalah penipuan kau tu!
dia pun cerita lah serba sedikit pasal life dia sekarang, masalah dia serba sedikit.. aku bagilah nasihat apa yang patut.. aku ingat nak jumpa dalam 10 minit camtu je.. aku kerling jam tangan, tak nampak apa! *tepuk dahi* tekan punat lampu, 11:48?!! weih, dekat 2 jam dah rupanya.. aku dah patut gerak balik dah ni.. nyamuk pun dah mula nak berkampung dalam kereta ni.. jalan tar yang tadinya dibasahi hujan yang mencurah-curah, sudah mula menampakkan kesan air tersejat..
sebelum balik, sempat lagi aku tapau makanan di gerai berhampiran.. dia ikut.. :) "Takpe ke duduk depan?" soalan apa tu? *geleng kapla* aku drop dia balik depan rumah dia, aku shoot balik.. sebelum tu, aku sempat dapatkan confirmation yang dia dah maafkan ke tak, sempat la jugak aku mintak halal semua benda.. dia macam cool je, "Ok.."
awak, terima kasih banyak-banyak sebab sudi maafkan saya.. i wish all the best for you too.. perempuan memang macam tu.. dahagakan perhatian.. rasa insecure tu biasalah.. nama pun sayang.. hey, awak jangan sekali-kali guna ayat tu kat dia ok? kesian kat dia.. saya pernah dapat ayat tu dari Bf saya.. saya tau macam mana sakit peritnya bila dia cakap macam tu.. terguris hiris sembilu wa cakap lu.. bagilah ayat lain yang maksud dia seakan-akan.. boleh kan?
eh, betul la saya dah kurus! lebih kurang 7kg turun!! sampai rumah saya timbang, 44kg!!! terus saya naik atas, lahap sate macam orang bela saka.. risau saya.. nanti kalau mati kurus kering tak cukup zat macam mana? (*_*) tu lah, lama sangat bertapa kat gua tak jumpa manusia.. berubah jadi Gollum pun takde orang yang sedar dan perasan.. *sigh*
Ps: aku gembira bila mereka-mereka yang aku sayang gembira~ tak salah kan?
4 comments:
Islam?
getting your fingers crossed?
why? is it wrong? its not sum kinda religion thingy right?
yeah i know. Crossing your first two fingers is a good luck sign recognised around the world. but it is not common in Muslim cultures tho. suggesting that the symbol's origin is Christian. It's ok then if you think it's not some kind of religion thingy. I'm just asking btw. Nice Post :)
Really? Well, it's a question too btw.. :) Do correct me if I'm wrong.. Thank you :)
Post a Comment