ok, even coin tossing couldn't help me on this.. :) tapi after all memang Tuhan nak tunjuk yang aku tak perlu pergi kan, so hujan selebat-lebatnya masa aku tengah berkira-kira tadi.. habes semua orang aku mintak pendapat.. thanks guys! takdelah semua orang pun, adalah dua tiga orang..
A: takyah pergi.. kalau betul dia nak, lain kali dia mesti datang carik kau punya.. v(^_^)
B: siapa suruh tipu.. =__="
C: pergi je.. lelaki handsome tu! c(=
macam tak berapa nak membantu je dorang ni.. last-last aku gayut dengan C sampai habes kredit.. hahahaha~ tengah borak-borak, hujan pulak tu.. hahahahaha~ terus aku tukar status Bebem ke "Sorry.. Couldn't make it" untuk mengelak dari reply Bebem mereka.. ok, aku ngaku aku sangat keji! tapi nak buat macam mana.. siapa suruh tipu kan..
ok, cerita dia bermula dari lelaki itu ajak aku keluar dan aku mengelak.. mula-mula aku kata, aku dah janji dengan kawan.. then dia nak ikut pulak! tak lama lepas tu aku kata, aku dah kensel dengan kawan aku.. aku ada iftar dengan family.. pastu dia pun macam, owh ok.. aku masuk je kereta, kawan aku Bebem,
"Weih, ko katne dah? Aku ajak member aku sorang lagi.. Takpe kan?"
aku reply sepanjang yang boleh, "Baiklah"
tengah kalut-kalut nak masukkan kunci, ada incoming call pulak.. haishhhh.. kejap, kejap.. owh, kau rupanya..
"Hello, weih aku on the way ni.. Kejaplah.."
"Owh, ok ok.. Tapi kau tau ke I** ajak lagi sorang kawan dia?"
"Tau.. Dia ada text aku tadi.."
"Tau.. Dia ada text aku tadi.."
"Aku rasa kau kenal la mamat tu.."
"Huh?" dengan nada dan muka terpinga-pinga.
"Sebab haritu kitorang ada buka sekali.. Dia bawak mamat tu.. Pastu dorang ada cerita yang kau dengan Bf kau dah takde pape.. Kalau tak kenal, kenapa dorang berborak pasal kau kan.. Lagipun laki tu yang tanya.."
"Huh?" dengan nada pelik pula. "Owh ye ke.. Em, ok ok.."
letak telefon, aku tak tau apa aku patut buat.. blur kejap.. aku habeskan dengar lagu 'Lelaki Seperti Aku' nyanyian Alif Satar.. capai balik telefon terus text I**..
"Kau ajak siapa weih? Siapa kawan kau tu?"
"Z****"
terus aku mencarut-carut dalam hati.. belum sampai tekeluar dari mulut aku lagi lah.. bukan apa.. aku cuba tahan diri dari mencarut.. kata nak berubah.. hahahahaha~ blur aku datang melawat sekali lagi.. apa patut aku buat? lelaki yang aku baru tipu tak sampai setengah jam tadi, akan join aku dengan kawan aku japgi? dem! sumpah aku jadi kalut gila nak mati.. hadeh.. betul la kata B tadi, "Siapa suruh tipu." *sigh*
dah penat mintak pendapat masyarakat setempat, last option aku ialah, toss a coin.. lambung punya lambung, tak membantu langsung! aku jadi Mail Lambung kang.. tu yang last-last aku gayut dengan C je tu..
habes kredit, hujan pulak tu, aku masuk dalam, naik atas, mengadap PC sambil berBebem.. C tanya kenapa tak pergi je.. duduk rumah tidur lagi bosan kot.. memang pun.. tapi aku belum sedia nak jumpa dengan Z****!! malu muka tak habes lagi.. kang mula la tergedik-gedik kontrol segala.. malas aku! awkward satu hal, cover malu dua hal, kontrol cun tiga hal.. =__=! dahlah aku ada pengalaman pahit kelat masam kepam dengan lelaki kacak semalam.. ni nak tambah lagi? oh, tak perlu, tak perlu.. rosakkan hujung minggu aku sahaja! bhahahaha~
akhirnya sambung berBebem dengan C sampai tertidur-tidur.. niat asal nak turun makan.. tapi sebab terlelap, terus terkubur niat.. TT.TT bangun tidur, ngadap PC balik, reply text C then turun bawah mandi.. pastu baru sedar perut dah kecut macam jeruk kelubi.. c(= ok, aku tipu.. aku taklah sekurus dan seramping tu.. :(
Pengajaran(?): berkatalah benar walaupun pahit.
Ps: handphone for sale.. baru pakai dua bulan.. anyone?
No comments:
Post a Comment