Wednesday, August 24, 2011

menaip . melepuh . memberontak


Aku pun tak tau angin apa datang menyerang aku sejak dua menjak ni, rajin sangat nak menaip dan mengupdate blog! Banyak sangat idea sampai tak terbendung kot.. =) Silap haribulan, kalau keyboard aku ni memberontak, mau terkeluar dari paksi huruf-huruf dia ni.. Haru nak carik yang lain nanti.. (=_=!)

Cerita pasal komputer, teringat masa kecik-kecik dulu.. Zaman aku baru kenal komputer dulu, mana pakai Windows lagi.. Pakai MS-DOS je.. Tapi hebat gila bab nak main game masa tu! Pakai coding untuk bukak application kot.. Masa tu ada berapa kerat je game yang kenal.. Tapi yang aku paling ingat, main Prince of Persia kat rumah sebelah la.. Satu komputer tu main gilir-gilir.. Hari minggu sanggup bangun seawal yang boleh semata-mata nak main game tu.. Yela, time tu mesti orang semua berebut nak tengok kartun kan.. So, aku sekor-sekor diri jela yang nak berebut main game pun..


ni lah rupa game tu.. yang arrow merah kat bawah tu nyawa dia..


Bila pikir-pikir balik, memanglah aku tersangat hebat masa kecik dulu boleh hafal coding yang tak berapa nak simple tu.. Mana taknya, zaman kolej dulu nak pecah kepala belajar Java, padahal nak kena hafal simple coding je pun.. *sigh*

Bila dah maju sikit, orang semua dah start pakai Windows 95 tak silap aku.. Aku mula berjinak-jinak dengan game lain pulak.. Nama dia Prehistoric.. Lebih kurang la.. Ingat-ingat lupa dah ni.. Game ni main dia macam game Mario la lebih kurang.. Ada seorang manusia zaman dahulu kala yang bawak batu pemukul macam baseball bat tu ke hulur hilir (kena dapatkan dulu pemukul ni) sambil mengumpul makanan, duit batu dan segala yang ada.. Dia ada tempat-tempat rahsia jugak.. Yang bila mana orang tadi ni ketuk pakai pemukul dia tu, akan keluar la segala macam makanan.. Burger, fries, air dalam bekas mekdi.. Aku pun agak tak paham mana dapat makanan-makanan seumpama itu masa zaman dahulu kala.. Tapi budak-budak kan, nak kira apa.. Yang penting ada game nak main..


Prehistoric (kepala dia goyang-goyang kalau kita tak gerak)


Cerita pasal PC ni pun buat aku teringat kat seorang ex aku.. Dia sangat gila komputer.. Masa nak ngorat dia dulu pun, aku bagi alasan nak carik barang PC kat Lowyat semata-mata nak ajak dia dating.. Hahahaha~ Ok, sangat keji! End up, beli dvd 10 keping untuk burn cerita then pegi tengok wayang cerita hantu Siam Alone kat Times Square.. Habes terbang popcorn time terkejut tu.. Bhahahaha~ Ok, dah terpesong.

Sambung cerita pasal PC, sebab dia ni la aku jadi reti la nak godek-godek PC ni.. Asalnya masa Diploma dulu aku pakai laptop.. Cuti sem bawak balik rumah, habes terbarai.. Mak tertumpahkan air la, motherboard rosak la.. Last-last aku seakan-akan putus asa nak beli laptop baru.. Nak buat assignment, pinjam je room mate aku punya.. Lagipun nak dekat hujung-hujung nak habes Diploma tu, aku kerap balik.. Boleh dikatakan hampir setiap minggu.. Setakat Sungai Petani - Kolumpo tu macam Putrajaya - Serdang dah.. Demi cinta sanggup ku bergadai nyawa.. Katanya.. (=_=")

Masuk Degree, aku dapat dekat sikit dengan rumah.. Dekat la berbanding Kedah nun.. Dapat subsidi PaMa, aku terus heret dia beli barang PC kat Lowyat.. Tapi aku beli asing-asing.. Monitor, motherboard, RAM, hard disk, DVD driver.. Power supply aku pakai yang lamanya.. Jimat sikit.. Casing aku pakai yang dia perturunkan kat aku.. Balik rumah tu gigih dan terkial-kial jugak la aku nak pasang, sampai tak nyempat-nyempat nak bukak tudung tukar baju segala.. Dah berpeluh-peluh kepanasan baru tersedar.. Handfon tak lekang dari sisi.. Siap ayah aku bunyi-bunyi lagi..

"Kalau beli laptop, dah boleh pakai dah.. Takyah susah-susah.."

Hish, tak supportive langsung ayah ni! Anak nak usaha gigih pun salah.. Minat punya pasal.. Tak salah kan? Bodoh boleh belajar.. Kalau yang tak masuk ajar tu yang susah..

Owh, masa dia pakai casing lama ni, kitorang tengah gila nak ada side panel yang transparent tu.. Letak LED, memang cantik la.. Sanggup pergi Pasar Pudu demi sekeping acrylic board, pastu beli angle grinder kat mana tah, Carrefour Alamanda tak silap aku.. Memang gigih la.. Bila dah siap, jadi ciwi (batak dengan benda baru) pulak.. Bawak balik hostel, ramai pulak yang mintak tolong buatkan.. Dengan bayaran la.. Pastu dia dah kaya sikit, dia beli casing baru.. Cooler Master Centurion tak salah aku.. Aku pun dah ingat-ingat lupa..

Hasil pembelajaran aku dahulu kala tu, sekarang aku boleh la setakat nak buat simple trouble shooting.. Tu pun terkial-kial lagi.. Mungkin aku tak berapa minat software kot.. Aku lagi suka hardware.. Bab pasang memasang, wayar longgar, ganti komponen, aku pantas dan tuntas la walaupun tak seberapa jika dibanding mereka.. Echeeewaahh! Hahahahaha~


Ps: Incek Friend-to-be, die dan Lowyat memang tak boleh dipisahkan kan? Apa barang bawak awek lepak Lowyat.. c(=

No comments: