Sementara aku tengah takde kerja plus otak senget tak betul buat kerja bodoh lagi dan lagi, mari menghaplod gambar-gambar lama dengan harapan boleh celen wayang gambar yang tengah tayang kat panggung sekarang ni..
Tak paham mukadimah? Tak perlu paham.. Intro memang tak perlu nak didalami sangat.. Yang penting mesej utama sampai.. Bagi Episod 1 Wayang Gambar Lama ni, aku nak cerita pasal zaman sekolah dan PLKN aku.. Sengaja aku gabung sebab masa sekolah dulu, aku memang tak suka malah benci orang amek gambar aku.. Akibatnya, tiadalah gambar kenangan aku semasa kecik-kecik dulu.. Kalau aku boleh kembali ke masa lampau, nak je aku sekeh kepala aku yang di zaman tu.. Bodoh ke apa? Kenangan sepanjang zaman kot! Ok, merepek.
Cerita pasal sekolah, banyak je kerja gila aku dah buat.. Gara-gara budak-budak terencat ni semua ngajar aku yang naive ini.. Pengaruh rakan sebaya katanya.. Uhuk! Dulu-dulu bila orang tanya aku sekolah kat mana aku akan jawab, "Sekolah agama atas bukit." Sebab bila aku jawab, "Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur.", orang akan tanya aku balik, "Kolumpo ada sekolah agama ke?" Sengal! Yang aku jadi penduduk tetap kat hostel dia tu hamenda? Yang yuran PIBG mahal gila nak mamhamposhos tu hamenda? Yang aku kena gantung sekolah sebab fly tu hamenda? Haih.. Maaf, teremo sekejap.
Kenangan seronok masa sekolah? Banyak.. Kenangan pahit pun banyak.. Tapi kalau tak merasa, tak kenal dunia kan? Bhahaha~ Benda gila yang aku buat masa sekolah? Lagilah terlampau banyak.. Hampir setiap hari kitorang buat! :D Fly, ponteng kelas, ponteng prep, ponteng memonteng, bawak handfon sampai kena rampas sebab kawan kantoikan, tu semua perkara yang terlalu biasa.. Dah tak larat nak buat.. Bangun lambat, kena kutip sampah, pura-pura sakit supaya dapat tidur dengan aman kat dorm/bilik sakit, buat ayat dan muka kesian kat abang dining supaya dapat makanan lebih, pun perkara biasa.. Yang jarang-jarang/sekali sekala dibuat adalah berenang dengan suka ria dalam kolah, main mercun sampai kena bambu dengan abang dining, pinjam kereta warden gi beli makanan kat kedai siam.. :D Dorang siap tuduh aku bakal jadi bini nombor dua warden tu lagi.. Tapi takat ni, Alhamdulillah belum ada pape khabar lagi la.. c(= Sengal sangat dorang ni..
Sumbangan aku pada sekolah? Sebagai PRS yang berdedikasi, pergi seminar PROSTAR, wakil sekolah untuk hoki, wakil sekolah sebagai komander untuk pertandingan kawad kaki.. Tu je kot.. Aku memang tak bagi sumbangan yang memberangsangkan sangat pun kat sekolah tu.. Hampir-hampir kena buang sekolah jugak akibat ponteng memonteng yang melampau tapi telah diback up oleh Ustaz/Warden yang sama.. Tu yang lagi mengukuhkan kenyataan kawan-kawan aku.. Siot! Lagipun, dia siap offer rumah dia sebagai tempat kami menonton Akademi Fantasia sambil menjamu kami makanan kot.. Aku tak minat AF sangat.. Lagi berminat dengan tawaran untuk dijamu tu.. :D
Masa aku Form 4, aku pilih kelas akaun.. Untuk cukupkan 12 subjek, aku dan 4-5 orang lagi kawan aku pilih satu lagi subjek tambahan iaitu IT.. Makanya, makmal komputer tu dah macam kitorang punya dah.. Siap ada kuasa untuk halau orang lagi.. Bhahaha~ Cikgu IT kitorang yang merangkap cikgu kesayangan Ijat dan Uyun adalah Cikgu Ramli.. How to describe him? Emmmmm, he's cool. Oh, budak kelas aku masa aku Form 4 & 5 ada lah dalam 23 orang tak silap aku.. 19 perempuan dan 4 orang lelaki..
Aku still kontek-kontek lagi dengan Ijat.. Tapi dengan Qurratul Uyuni a.k.a Uyun, dah lama sangat lost contact.. Mana la dia pergi.. Lepas sekolah, aku ada jugak pernah dapat nombor dia sekali.. Sekali je.. Lepas tu dah hilang balik.. Aku tau la kau suka makan biskut.. Tak payah la dengan kau-kau sekali nak jadi biskut! =_=!
Ini Nur Izzati Baharin a.k.a Ijat
Hahahahahahahahaha~ =))
Uyun, Ainie, Ijat dan Kak Noni (pembantu makmal komputer)
Aku, Uyun, Ijat dan cikgu kesayangan mereka, Cikgu Ramli
..............................................................
Ok, PLKN pulak.. Lepas SPM, aku dikerah untuk pergi PLKN kalau tak nanti kena denda.. Dengan perasaan penuh terpaksa, aku pergi jugakla.. Dekat je dengan rumah aku.. Aku dapat dekat Kem Princess Haliza, Sepang..
Dengan budak-budak bilik dan jurulatih
Masa kitorang masuk, jalan tar semua ni baru je turap.. Kitorang yang hari-hari ratakan segala tanah yang ada tu dengan spike boots kitorang.. Tapi bila tengok gambar kem ni skarang, bukan main cantik lagi!

Gambar sekarang..
Tengok, manalah aku tak jeles!
Survival Class
Entah buah apa disuruhnya makan..
Sanggup kebulur di dalam hutan!
Rumah 4 musim, Bukit Cahaya Sri Alam
Kat muzium tentera.. Kot..
Suruh berhenti kat tengah-tengah jambatan semata-mata nak amek gambar..
Kena buli! Aku gayat! :S
Melawat markas tentera darat
Khidmat masyarakat/komuniti dekat Kem Bina Negara,
Tanjung Rhu, Sepang
Malam Persembahan Bakat a.k.a malam terakhir kat kem
Last breakfast with dorm mates
Ps: Ya, benar. Akulah sang demok dan sang hitam itu!
No comments:
Post a Comment