Thursday, September 15, 2011

aku dan telefon bimbit

Aku tak tau aku ni jenis yang jakun dengan handfon ke apa.. Tapi aku dan telefon memang sukar untuk berenggang.. Ke mana saja aku usung dan sentiasa pegang.. Mungkin tak lama lagi aku akan bertukar menjadi Radioactive Girl sebab terlalu kerap terdedah kepada radiasi.. Who knows?

Bila aku tengok-tengok balik gambar lama, aku boleh terkenang/teringat balik handfon apa yang aku pakai, dengan siapa dan bila.. Perghhh hebat siot.. Ok, dah penat nak perah otak pikir ayat.. Sila jamu mata tengok gambar-gambar yang tak seberapa ini.. =)


your food c(=
sambil lepak-lepak kat bilik


sambil berkaroke


sambil berkenduri kawen


sambil jenjalan di tengah ibu kota


sambil bergambar kakak kawen


sambil menunggu makanan sampai


sambil berdiri kat tangga


sambil melantak sushi


sambil menunggu bas


sambil jenjalan carik baju raya


sambil berkenduri kawen part 2


sambil berbbq


sambil bersantai di tepi pantai


sambil melantak dinner


sambil beraya


sambil beraya part 2


sambil berjalan di atas red carpet


sambil menikmati pemandangan di Muzium Padi


Ok, sila kagum manusia sejagat. Berubah-ubah rupa dan bentuk? Itu memang sifat aku.. Jikalau chameleon boleh berubah warna mengikut keadaan, aku up sikit.. Berubah rupa siap.. Nama pun shapeshifter.. =)

Tapi yang herannya, walaupun aku selalu pegang fon, fon aku selalu tertinggal jugak.. Takat ni belum pernah hilangla.. Dan mintak-mintak takkan pernah hilang.. Kat restoran, kat tempat karoke, kat rumah.. Kesimpulannya, mana-mana tempat yang ada tempat duduk, mesti aku akan tertinggal.. Dalam kereta takyah cakap la.. Berapa kali dah terbakar kalori gara-gara patah balik pergi kat kereta yang parking nun jauh di sana dekat parking lot! Yang paling tak boleh blah, tertinggal fon kat bilik/rumah masa nak jalan jauh/merempat tempat orang.. Banyak kali dah kena bebel sebab tertinggal fon masa nak sleepover tempat kawan aku.. Nak text/call cakap dah sampai, carik-carik tak jumpa.. Last-last korek syiling dalam beg, menggagau carik public fon.. Puas menjawab jugakla.. Mungkin aku patut gantung kat leher pulak lepas ni? Hmmm.. Tak canggih langsung idea!


Ps: Setelah ditapis dan disaring, banyak ni je gambar yang lulus untuk diupload.. c(=

Pps: Patut la mak aku selalu bising.. Memang aku memanjang pegang fon =_=!

2 comments:

Anonymous said...

tgk gmbar2 ni..tringat memory ngan awak..hehe

ps:gmbar 1st tu so nice laa..ehehe..

Rayhanah said...

memory dengan saya? apakah?