Friday, September 2, 2011

sakit jiwa raga bakul

Amaran: Cerita ini berkenaan dengan orang sakit jiwa.. Kepada mereka-mereka yang senang terpengaruh, dinasihatkan serta disarankan supaya tidak membaca entri ini kerana ia adalah satu penyakit berjangkit yang sangat merbahaya.. Harap maklum, terima kasih..


Kisah ini bermula dengan episod aku menjadi seorang single yang bertauliah.. Bhahaha~ Ajaib bukan? Semua hairan dan merasa takjub kerana aku tak pernah being single selama ini.. Selalunya kejap je dah jumpa pengganti.. Salahkan hati aku yang mudah rapuh ini.. Hehe.. Tak kesah la semua tu.. Sejak aku tak perlu pikir pasal orang lain, aku ada masa yang sangat sangat lebih untuk diri sendiri.. Untuk memperbaiki diri (chewah!), untuk merapatkan silaturrahim yang terputus di atas keegoan dan kepanas baranan aku.. (sila abaikan kosa kata yang merapu rapu itu)

Aku pegi jumpa saudara mara, bermaafan sempena Hari Raya, jumpa balik kawan-kawan lama, tapi macam menyesal pun ada.. Santek sangat ke aku ni sampai perlu dipuja sebegitu rupa? Atau kerana pekerti yang mulia? Oh hoho, jangan tertipu dengan pandangan mata.. Aku tidak semulia yang disangka walaupun sudah mula menutup kepala..

Cerita juga berkisar tentang lelaki gila yang cuba merompak hati aku.. Kalau curik tu, kurang jengkel sikit.. Ni sampai dah tahap main surat hitam, sangat melampau! Perompak hati yang menyemakkan! Tak perlu nak obses sebegitu rupa.. Bagi aku, obses pada manusia sangatlah takde guna.. Manusia, ada cacat celanya.. Seperti biasa, A meluahkan kata-kata yang tidak berapa nak masuk akal..

"Susah kalau orang dah obses dengan kita.."

Mungkin dia dah bosan bagi pendapat, buah fikiran dan nasihat dekat aku pasal benda-benda macam ni.. Obses ke? Obses tu apa? Obese aku mahir la.. Obses jadah? Aku ni lah orang terakhir yang patut dipuja.. Perangai tak semenggah, sensitif melampau, gila yang amat.. Banyak pihak yang suruh aku block dia.. Cuma aku pikir, kitorang kawan dah lama.. Aku tak sampai hati.. Tapi siap ugut nak bitau G pasal aku, aku rasa lawak.. Sebab takde siapa pun tau siapa G yang sebenarnya.. Empunya diri macam dah boleh agak.. Tapi oleh kerana datang extra blur dia, dia seakan-akan tak dapat mengagak siapa.. Aku sangat pandai berpura-pura.. Master of disguise~ v(^_^)

Kadang-kadang aku terasa sangat laku kerana dikejar lelaki.. Hahaha~ Mana taknye.. Hari-hari handfon asek berbunyi je.. Dah semacam hiburan bagi aku.. Lagu feveret aku pulak tu.. Sambil tu sempat lagi nyanyi-nyanyi beberapa verse.. c(= Ya, aku memang keji.. Setakat 10-15 misscall sehari tu, mainan la bagi aku.. Tapi sampai satu tahap, teringin je aku angkat fon dan cakap,

"Hello, Hospital Tampoi.. Boleh saya bantu?"

Bhahaha~ Tapi apakan daya.. Malas nak dengar hamburan serta rayuan yang tak berasas.. Adakala aku terasa macam aku yang sakit jiwa pun ada.. Sebab yang nak kat aku, semua macam tak betul.. Hehe.. Tuhan sangat adil.. Terima kasih, Tuhan! =)

Tapi lelaki yang sorang ni macam dah tahap naik hantu.. Kalau ikutkan hati aku, nak je aku jumpa, lepas tu azan kat telinga dia.. Biar mencicit lari semua syaitan dalam badan tu.. Takpun aku panggil ustaz ke, jemaah masjid ke baca ayat Al-Quran bagi tenang sikit roh dia tu.. Macam kena sampuk.. Risau aku.. Kang aku maki, kata berkira dengan kawan-kawan.. Tapi seronok jugak.. Kurang-kurang ada benda yang nak dibualkan dengan kawan-kawan aku.. Hehe.. c(=


Ps: Saya rindu awak.. Heeeee~ :D

No comments: