Amaran: Tiba-tiba datang rasa rindu.. Nak buat entri luahan perasaan sekali lagi.. Bagi mereka yang muak dan jelik, bolehlah berhenti membaca setakat ini.. =)
Dulu, kau dan aku selalu bersama.. Ke mana saja bersama.. Tiada masalah dan sengketa antara kita.. Duduk berdua meluang masa sehingga habes kuasa.. Kau menjadi penghibur aku tak kira masa.. Bergurau senda tatkala sang pendidik memberi penerangan yang otak tak boleh terima..
Bila bersedih, kau hiburkan aku dengan bait-bait cinta.. Bila aku marah, kau redakan dengan lagu gonjeng-gonjeng hantuk-hantuk kepala..
Sampai satu ketika, kau berhenti bernyawa.. Telah ku lakukan sehabis daya, tapi kau tetap pergi jua.. Tersedu aku, menahan sedih kehilangan mu.. Benarlah bagai apa yang dikata.. Jika sudah tiba masa, tiada siapa yang dapat menghalangnya..
Selepas kau pergi, banyak yang datang mengganti.. Tapi takkan pernah serupa.. Aku berani bersumpah, aku sangat rindu kau.. Ke mana kau pergi, tak lagi aku ketahui.. Kau tak pernah luput dari ingatan aku.. Tiap kali aku tatap gambar kita bersama, rasa rindu dan ingatan pada kau datang menjelma.. Aku harap kau bahagia di sana, di dalam almari dia..
TT.TT
alala.. main cak cak pulak dia..
atas feri pergi Penang~
jalan jalan makan makan amek gambar
Ps: Sorry.. Memang tak banyak gambar dengan kau yang tinggal.. Gambar dengan earfon banyak la.. Sebab dah ada orang tu delete kan..
3 comments:
lol..spastik sungguh@@
kanak kanak spastik? =)
ni bkn kanak2 dah..dah ala makcik2 dah..huahua..
Post a Comment