Tiba-tiba gatal tangan nak bukak Myspace yang dah lama berhabuk berhantu tu.. Tapi tak ingat e-mail dan password pun.. Still boleh view komen.. Rindu awak, Incek Volatile.. =) Dulu awak selalu komplen yang saya suka tulis pasal boyfriend dan bestfriend saya tanpa awak sedari yang awak adalah kedua-duanya.. Dan tanpa awak sedari juga, ada je saya selit pasal awak.. Mungkin sebab cemburu mengaburi mata awak kot.. :D Entri kali ni, saya betul-betul tulis pasal awak.. Harap awak sedar dan perasan! c(=
Ingat tak macam mana kita boleh mula-mula kontek? Mesti awak dah lupa kan? Meh saya bagi awak ingat balik.. Kisah bermula masa kita masih budak-budak dulu.. Belum cukup matang lagi untuk pikir baik dan buruk.. Saya dah lama minat awak, selalu tengok awak kat library dengan kawan-kawan awak.. Tapi saya tak berani nak tegur sebab orang macam awak konfem dah berpunya.. Lagipun, takat saya ni, awak takkan pandang punya.. Saya cuba risik-risik nama awak dari kawan awak.. Owh, Volatile nama awak.. Sambil dalam hati memasang angan-angan untuk bersama.. Gedik sungguh! Biasalah.. Budak lagi masa tu.. Baru nak membesar..
Cuti semester, saya balik ke kampung halaman.. Suatu hari, saya ajak kawan saya berjalan-jalan kat Sungei Wang Plaza.. Kebetulan kawan saya tengah tanya pasal kehidupan saya masa tu.. Dia tau saya ada masalah yang minat orang sikit punya lama, tapi takde kekuatan untuk menyatakan isi hati.. Tengah tertawa bahagia cerita pasal awak sambil turun escalator, saya ternampak awak naik escalator.. Terus lidah kelu tidak berbahasa! Kita macam, "Eh?" Sambil berbalas menunjuk ke arah satu sama lain.. Sumpah awak sangat panjang umur! Terus saya capai telefon dan SMS kawan awak untuk mintak kepastian.. Owh, awak pun duduk satu negeri dengan saya.. Terus eksaited terlebih-lebih! Heeee~ :D
Balik rumah, saya terus online.. Saya dah lama nampak account Friendster awak.. Tapi belum ada kekuatan nak add.. Ok, zaman tu masih guna Friendster dan Myspace.. Oleh kerana kita dah terserempak siang tadi, tiba-tiba saya rasa macam kekuatan untuk add awak tu datang sendiri.. Lepas saya klik 'Add', macam menyesal pun ada.. Risau awak reject.. Tapi dengan pantas, awak approve.. Dan dengan pantas jugak, awak add saya kat YM! Tapi masa tu saya macam pelik dan hairan sikit sebab saya tak pernah bagi e-mail saya dekat orang yang saya tak kenal.. Saya macam, "Eh, siapa pulak ni?" Lepas tu saya terus pm awak tanya siapa..
"Siapa ni?"
"Orang yang kau baru add kat Friendster.."
"Volatile?"
"Haah.."
Saya sangat pasti yang saya senyum sampai telinga masa tu.. Saya tau tu awak, sebab masa tu orang yang saya baru add cuma awak sorang je.. Terus kita chat sampai pagi.. Entah apa yang kita merepek masa tu pun, saya tak tau.. Tapi masa tu awak macam ala-ala ego dan berlagak sikit.. Cuma saya je pura-pura cool dan buat tak tau.. Tapi kita tak pernah tukar nombor fon kan? Awak selalu keluar minum dengan kawan-kawan awak masa tu.. Tiap-tiap malam, saya akan tunggu depan PC, tunggu awak online.. Sebab tu je cara dan medium untuk saya kontek awak.. Dan tiap kali awak online, awak akan tegur saya.. Gembira tak terkata serta hati penuh bunga-bunga~ *blushing* :D
Sampailah satu masa.. Malam tu awak nak lepak ofis kawan awak.. Awak kata, mungkin awak tak balik dan tak boleh online.. Kecewa sungguh tak terkata.. Terus saya mintak nombor awak, dengan alasan "in case kalau ada apa-apa.." Start malam tu, kita mula texting dan calling.. Awak ingat tak first time saya ajak awak keluar? Sampai sesat-sesat saya carik rumah awak.. Padang mana awak tunggu tah.. Awak sangat fail bagi direction! Nasib baik saya tak malu nak tanya kakak yang tengah sidai baju tu.. =_=!
Oleh kerana malam tu kita tak tidur, pagi tu kita keluar dengan penuh lemau dan mengantuk.. Tapi tahankan jugak sebab nak keluar dengan awak punya pasal kan.. Awak konon-konon nak tidur dulu sementara saya drive sampai Putrajaya tapi awak takut gila sebab saya bawak laju, terus awak tak jadi tidur! Bhahaha~ Padan muka awak! Saya mintak tolong awak cucukkan air kotak untuk saya sebab saya tengah drive, tapi awak bagi saya straw dengan air kotak tu.. Terus kena marah.. Awak kata saya garang.. Oh, tu kali pertama saya bau perfume awak.. Terus saya suka! Sampai sekarang.. :D
Sampai rumah, saya mintak Along hantar kita pergi ERL.. Sebab senang nak naik tren pergi Kolumpo.. Tu first time awak naik ERL.. Awak siap tanya saya facts pasal ERL dan Putrajaya sampai saya terasa sangat tourist guide! Dahlah tengah mamai-mamai mengantuk masa tu.. Agak-agakla awak.. Oh, tengok awak, terus Along cakap awak handsome! Bangga la tu? Ingat tak masa mula-mula Sakinah jumpa awak? Dia layan awak tiptop punya.. Siap tolong buat air bagai.. Last-last saya cakap awak pondan dan tuduh awak pakai eye liner! Sakit hati saya sebab awak biar je diri awak diperlakukan begitu.. :(
Our first trip together.. Awak nak ke Langkawi dengan kawan-kawan awak: Abah, Tua dan Snei, untuk bercuti.. Saya tumpang sampai Perlis.. Sepanjang jalan berpura-pura macam takde pape depan mereka.. Tapi akhirnya kantoi jugak dengan Snei dan Tua.. Hahahaha~ Walaupun kita jauh, tapi terasa sangat dekat sebab kerap hantar MMS dan daily reports.. =)
Our second trip, pergi Penang.. Overnight dengan Sya dan Shifa.. Masa tu baru masuk semester baru.. Duit pun tengah banyak.. Lepak-lepak makan Nando's, tengok wayang apa tah tak berapa nak ingat.. Tapi masa tu Queensbay Mall baru bukak.. Lepak tidur kat Gurney Drive sementara tunggu langit cerah.. Breakfast kat Mekdi pastu tunggu turn nak naik cable car pergi Bukit Bendera.. Dengan muka tak mandi, masing-masing pura-pura konon-konon pelancong! Pak Arab dengan family dia tu jahat kan potong queue? Benci gila! Bergambar dengan sedara kesayangan awak.. Hahaha~ Takot gila monyet tu geget.. :S Oh, awak tukar baju sebab baju kesayangan awak kena taik burung! Saya ada lagi video tu.. Heee~ :P Keji kan saya pilih baju kaler peach untuk awak? Siapa suruh muka jambu sangat.. Eh, silap! Awak kan Epal.. =)
Our third trip together, but first trip for just you and me.. Masa tu awak tengah khusyuk dan tawadhu' study kat library dengan kawan awak.. Tiba-tiba saya terasa nak balik Kolumpo.. Niat asal nak singgah dekat awak jap je sebab library kat tengah-tengah antara pintu keluar dengan hostel.. Tapi dengan awak-awak sekali saya heret balik Kolumpo.. Awak ni memang cepat terpengaruh kan? Ingat tak konon-konon nak buat bahasa isyarat depan kawan awak sebab masa tu kita masih rahsiakan hubungan kita.. Bajet feeling-feeling kekasih gelapla sebab masa tu lagu tu tengah top.. End up kita tulis/chatting kat buku nota awak.. Kawan awak buat muka pelik sambil geleng-geleng kepala.. :D Siap overnight lepak kat bus stop plus train terminal(s) sebab awak tak sampai hati nak tinggalkan saya sorang-sorang.. Walaupun kita lepak area rumah awak, tapi last tren balik rumah saya dah lama lepas.. Makanya, kita merayap-rayap pastu lepak dengan kazen saya sambil minum-minum dan borak-borak.. Ingat tak, awak cuba takutkan saya masa kita lalu bawah pokok besar tempat makcik jual nasik lemak kangkung tu..
"Tau ke orang kata pokok besar selalunya ada ...." Cubaan menakutkan saya.
"Ha, cakaplah.. Kita kena lalu kat depan tu japgi.." Saya cuba membidas dan menyedapkan hati sendiri sambil berlagak cool..
Terus awak lari dan paut tangan saya! Hahaha~ Tulah.. Kalau nak takutkan orang, kena pastikan diri tu dah cukup berani dulu.. Nanti takdelah tiba-tiba paut tangan orang dengan kemas dan kejap! Dan awak takut anjing jugak.. Padahal anjing tu tak buat pape pun.. Cuma jalan-jalan carik makan bersama rakan-rakan je.. Sekali lagi awak paut tangan saya tak nak lepas.. Hish.. Terasa sangat hero saya masa tu! I can be your hero, baby~~ *sila nyanyi ikot irama lagu Hero by Enrique*
Oh, oh! Ingat tak kita terserempak dengan orang yang sama masa tu? Pak Arab yang potong queue kat Bukit Bendera tu, ada jugak kat situ.. Satu Malaysia diorang tour gamaknya.. Hmmm.. Mungkinla, mungkin.. Saya sangat obses dengan berkuku hitam masa tu dan awak pun terpengaruh! Hahaha~ Mungkin sebab masa tu Friday the 13th kot.. Dekat tv pun memanjang pasang cerita seram.. Dua-dua tak sanggup nak tengok tv sebab takot!
Trip seterusnya, hanya kita bertiga.. Awak, saya dan Sya.. Ke Penang sekali lagi untuk sambut birthday saya.. Kali ni kita makan Kenny Rogers pulak sebab awak lagi suka Kenny Rogers berbanding Nando's.. Kasi can la walaupun masa tu birthday saya, bukan birthday awak! Lepak kat Seagate sambil berBaskin Robbins satu pint.. Lepas tu shoot pegi Alor Star.. Siang tu jalan-jalan pergi naik Menara Alor Star dan Gunung Keriang melawat sedara-sedara awak lagi..
Ada sekali tu, saya merajuk dengan awak.. Awak tertidur dan lupa awak dah janji dengan saya nak pergi makan McFlurry Cornetto.. Saya call awak tak angkat.. Akhirnya awak angkat, lepas dah letak, terus senyap.. Saya tunggu awak depan library lama gila, lagipun kebetulan tengah study group masa tu.. Last-last awak datang kat saya bawak McFlurry Cornetto yang separa cair dan terus balik bilik sambung tidur.. Bila saya tanya awak pergi beli naik apa, awak jawab naik bas.. Terus saya nak menangis terharu.. Sebab jauh kot pekan dengan tempat kita.. Gigih awak kan?
Bila turn awak merajuk, saya pulak yang gigih buat kuih raya feveret awak.. Awak suka makan kuih cornflakes madu.. Kebetulan Shifa keluar dengan budak-budak kelas dia.. Saya kirim bahan-bahan nak buat menatang tu.. Masa tu Anis bawak multi-purpose cooker.. Saya cairkan butter dalam tu dan bermulalah episod buat kuih raya di tengah malam dekat Masria!! Lepas dah selamat susun dalam paper cup, saya takut benda tu lemau.. Nak bakar, takde oven.. Saya pun apa lagi, gunalah segala perkakas yang ada dengan harapan menjadilah.. Hair dryer menjadi pilihan.. Sampai lenguh-lenguh tangan pegang hair dryer malam tu.. Nasib baik la hair dryer saya ada level dan speed.. Tapi, saya tak rasa kaedah tu membantu pun.. :P Hamek kau! Setabung aku buat.. Mesti awak paksa diri awak untuk habeskan kan? Tapi awak sangat kedekut sebab tak bagi kawan awak rasa walaupun sebijik! Mesti sebab saya yang buatkan kan? Bhahaha~
Ingat tak masa mula-mula awak merajuk? Seminggu awak off fon.. Menggagau saya carik awak macam nak gila.. Siap telefon bilik awak, tanya budak bilik awak.. Tapi dia kata awak takde.. Mesti awak dah tak teringat yang setiap bilik kat hostel dulu ada payphone kan? Cool kan? Bukan macam kat Puncak.. Cucuk kabel belum tentu dapat Internet.. WiFi memang langsung tak boleh harap!
Cerita pasal merajuk awak, memang tak pernah sudah-sudah.. Manja dan mengada! Ada sekali tu masa nak balik raya.. Beli tiket tren.. Awak merajuk punya pasal, sanggup tak tegur saya langsung! Duduk sebelah dalam tren pun buat tak tau je.. Dah la perjalanan makan masa 10 jam.. Separuh dari masa tu awak berlagak gila dengan saya.. Oh, cerita pasal tren.. Ingat tak awak datang dari Kolumpo naik bas semata-mata nak jemput saya kat Kedah? Sangat sweet hokeh? Kita naik tren balik Kolumpo.. Kebetulan pakai baju warna sama.. Terasa sangat ada chemistry! Hahaha~
Benda/perkara/tempat yang buat saya teringat kat awak sangat-sangat:
1. Bullet for my Valentine
2. Gadgets+Lowyat
3. Genting Highland
4. Gunung Keriang
5. Bukit Bendera
6. Nokia 3220
7. Friday the 13th
Sepanjang-panjang saya dengan awak, banyak benda yang saya lalui, banyak perkara yang saya belajar, dan banyak jugak perasaan yang saya dapat rasa.. Saya bersyukur Tuhan pertemukan kita.. Mungkin tiada jodoh antara kita, tapi kurang-kurang saya sempat merasa bahagia dengan awak.. Terima kasih Tuhan, dan terima kasih jugak awak.. =)
awak kenalkan saya lagu ni..
VC dia super awesome plus super cool!
your caller ringtone
remember this one? :D
Ps: Iboh ngereco baca entri tok k? =)
Pps: Kalau nak ikutkan, panjang lagi kisah awak ni.. Nanti saya karang dan hantar satu soft copy kat awak k? c(=
4 comments:
aku pernah dgr cerita ini! haha.
dengar katne? hehe~
dari kau la.tu pun dah bertaun baru nak cerita.hampeh
ceritera cinta yang tak pasti? hahaha~
Post a Comment