Friday, November 1, 2013

My obsession

Dah lama betol tak cuci-cuci mata tengok gadget.. Bukan apa, karang teringin cenggane? Bapak aku tu bukan broker hartanah, bukan jugak pengasas syarikat MLM.. Kalau ikotkan hati, membuak-buak keinginan nak beli itu ini.. Kalau boleh, dengan Loyat-Loyat tu sekali aku beli.. Haritu selamba aku cakap dekat Sang AHM..

Aku: "Abang, nak Macbook.."
Sang AHM: "Berapa ringgit?"
Aku: "Ada la 4-5 ribu.."
Sang AHM: "Nanti kita kumpul duit sama-sama ek?"
Aku: "Taknak! Saya nak Abang belikan.."
Sang AHM: "Ok, nanti ada duit kita beli.."
Aku: "Ok, tapi saya nak tau.. Jangan lupa pulak.."
Sang AHM: "Ya.. Nanti kita beli.."

Hahahaha~ Ya, aku memang keji. Kak Aida dengan Along ada jugak bising-bising kata suruh simpan duit nak kawen.. Selamba aku bidas, bukan aku suruh beli sekarang.. Tunggu ada duit la.. Takde duit, hold je la.. Tu pun gara-gara sebab bengang dengan laptop Lenovo aku yang hampeh tu.. Walaupun aku tak plug in masa pakai, still battery aku cepat kong.. Stressss! Lepas tu nya, bila bateri dah nyawa-nyawa ketam, bising betol warning alarm dia..Annoying! Tu yang aku terus kol Sang AHM mintak Macbook tu.. Waaahhh.. Dah macam apa main mintak-mintak je kan? Eeehh, suka hati la! Jeles lettew..Haha.. Perasan orang nak jeles.. Padahal orang lain, mintak Macbook pagi tu, tengahari dah dapat dah.. Aku ni je yang kena catu macam-macam.. 


Gadget wishlist:

1. Macbook

Aku tak kesah la Macbook Air ke, Macbook Pro, lowest specs ke.. Janji Macbook.. Nak ganti Lenovo aku tu.. Sakit hati betol bila memanjang dapat masalah faulty hardware ni..

2. iMac

Suka hati la nak tamak pun.. Dah ada laptop, tak semestinya aku tak perlukan PC.. Aku memang lagi suka PC.. Tengok kartun-kartun aku tu pun lagi syok, besaaaaarrrr! Bolehla aku buat bisnes panggung pacak aku balik.. Hahaha~

3. Sony 3-in-1 Walkman WH Series
3-in-1 adalah MP3 yang datang dengan headphone, ada built in speaker supaya takyah lekap kat telinga pun takpe, boleh bluetooth dengan henfon kalau tak nak dengar lagu yang ada kat dalam MP3 tu..Cool kan? Kat China agak-agak ada ke? Esok bapak aku nak pergi, macam ada niat nak pow je.. Hehehe~


4. Mouse yang ada 2x click function button


Tak kesah la jenama apa pun janji ada function ni.. Jenuh jugak aku carik sejak adik aku buat jatuh dan pecah 2 tahun lepas.. Sekarang aku lilit dengan selotape je.. Tak best! Aku risik-risik dengan orang, brand AVF ada katanya.. Yang lama tu aku pakai A4 Tech.. Tapi macam dah obsolete je sebab aku tanya merata memang takde.. Siap kena gelak kot.. Nak kena rayau kat Loyat la nampak gayanya.. Haishhh.. Maken rambang la mata.. @__@ Orang kata aku malas, aku kata aku takot clicko.. Hahahaha~ Yela, dah terbiasa.. Terasa janggal dan kurang efisien buat kerja.. Hahahaha~ Adeh! =___=!


5. Asus Transformer Book Trio



Cun kan menatang tu? Tapi awek belah kiri tu pun cun jugak.. Hehehe.. Dia ada yang 2-in-1 functionnya device jugak macam model T100 dengan T300.. 2-in-1 sebab boleh jadi tablet dengan Notebook.. Yang aku nak ni ada 3-in-1 function..

1. Tablet
2. Notebook
3. Desktop PC (connect je dengan monitor, tadaaa!)



Hebak, hebak.. Ya, memang aku dah ada iPad Mini, aku dah ada PC dan aku dah ada laptop.. Tapi semua dah start buat perangai.. Lagipun kalau aku ada rumah sendiri nanti, aku akan pastikan supaya ada entertainment room a.k.a mini theater dengan small office a.k.a bilik study.. Baru cara.. Aku dah imagine dan usha-usha dah soundproof foam semua tu.. Tak salah pun kalau aku berangan siap-siap kan? Berangan itu percuma.. Tapi kos untuk nak pastikan angan tu jadi kenyataan yang perit tu.. Mintak derma kilat aci tak? Hohoho~


Ps: Nak kena pergi Loyat ke? Hmmm.. Malas betol! Weekend ni nak pergi utara.. Selasa ok kot na? Orang-orangan jangan nak bersesak-sesak kat sana ok? Sila balik kampung. *menghalau*

No comments: