Tengah dalam keadaan macam ni, teringat cerita Angels &
Demons lakonan Tom Hanks.. Ada satu scene, dorang tutup-tutup letrik sebab nak
pastikan kat mana sebenarnya lokasi bom tu.. Kebetulan masa tu Robert Langdon
kat dalam National Archive.. Bilik tu dia hanya mengandungi kandungan oksigen
sekadar mencukupi untuk masa yang diberikan.. Sekali blackout.. Dahla oksigen
dah nak habes.. Lepas tu bilik tu fully automatic pulak tu.. Tak memasal
terkunci kat dalam bilik tu dan hampir mati lemas.. Terus dia berusaha pecahkan
dinding kaca tu guna rak buku.. Hamek kau!
Kalau ikutkan hati aku, nak je aku buat macam tu.. Tapi
nanti tak memasal kena saman dan buang kerja.. Kena buang kerja takpe lagi..
Kalau kena saman, mana kawan nak korek duit nak bayar? Timbang kati bulu? Kalau
laku..
Rasa sangat disayangi bila masyarakat sekeliling memberi aku
segala kebahagiaan.. Nak makan ketam, ada orang yang tolong masakkan, nak
berjalan kat pasar karat ada yang tolong kejutkan, nak pergi servis kereta ada
yang tolong temankan.. Dan bermacam-macam lagilah.. *bahagia~~~~~*
Oh, ada berita baik yang nak aku sampaikan sebelum terlupa..
Oleh kerana Sony dan Ericsson dah nak bercerai, makanya segala handphone yang
mempunyai logo dan jenama Sony Ericsson dijual pada harga murah.. Nak buat
stock clearance katanya.. Sebagai seorang kakak yang baik hati berpekerti mulia
malah cantik juga, aku belikanlah Sakinah handphone baru.. Yelah, dia dah nak
duduk jauh dari family.. Tepon yang ada pun macam tak berapa nak semenggah
sangat je.. Tapi aku belikan yang
biasa-biasa punya jelah.. Takde la nak bagi Android bagai.. Aku pun tak pakai
Android.. Txt Pro.. Oklah.. Touchscreen + qwerty keyboard.. Senyum sampai
punggung dia semalam.. Tapi masalahnya, lepas-lepas tu semua orang nak mengaku
aku kakak dia.. =____=! Maaf, masyarakat setempat. Saya hanya ada dua orang
adik.. Diulang, hanya dua orang. Sekian, terima kasih.
Die, sakitlah.. Serius sakit. TT____TT
Maaf, awak. Saya bahagia begini.
No comments:
Post a Comment