Hola, July! I guess it's not too late to say hello to "July".. I'm wishing for great and awesome things to happen in this month.. If it's not, just swipe back your hair, chin up and smile.. Seriously, that is the best medicine. Ever.
Oleh kerana terlalu sibuk dengan kerja, aku sampai terlupa masa.. Bahkan hujung minggu aku berlalu begitu sahaja demi menyiapkan kerja.. Sedih ok? Sobb sobbbss.. T___T Sampai nak prepare wishlist pun tak terdaya.. Ok, ada sikit unsur penipuan kat situ.
Aku rasa aku dah jatuh cinta.. Untuk kali ke berapa? Jangan ditanya. Tapi kali ni bukan dengan manusia.. Mungkin sebab kecewa dengan sikap manusia suka ambil mudah serta sambil lewa setiap benda.. Makanya, aku seolah-olah dah putus asa.. Jiwa kacau sangat ayat kau ni.. Hempuk kepala baru tau..
Ada siapa-siapa yang baik hati nak belikan aku ni?
Nampak tak cubaan aku untuk jadi pustakawan yang sangat berdedikasi? Aku jumpa buku ni masa aku tengah hantar kereta pergi servis.. Tengah aku bosan-bosan dekat waiting lounge dorang tu, aku ternampak rak buku yang penuh dengan buku pelik-pelik.. Terus aku sambar.. Tapi tak lama.. 7-8 minit kemudian, dorang dah panggil kata kereta dah siap.. *keciwa* T___T Dengan tergopoh-gapah dan dengan pantas aku aplikasikan skil seorang pustakawan yang berjaya, terus aku snap ISBN dia.. Bhahahaha~ Korang akan terpikir macam aku tak kalau tengah kalut-kalut macam tu? Takde kan? Haaaaaaaaa.. *riak*
Memang ramai yang cakap aku pelik sebab mintak benda mengarut.. Tapi kalau dah ilmu yang boleh buat aku jadi lebih baik, apa salahnya.. Eleh, korang tu komen je lebih.. Hadiah aku yang korang asek postpone tu, ada korang bagi? Peyyggidahhh! *majok*
Ps: Sorry, awak.. I already have plans for myself.. Next time, maybe?

No comments:
Post a Comment