Tuesday, January 28, 2014

19 and still counting.

Kau ada seketul jam. Jam kau memang rare habes sebab custom made, seketul tu je ada dalam dunia. Orang yang buat jam tu pun dah mati ke apa kau pun tak pasti. Kau memang sayang gila nak mati dekat jam tu. Setelah 8 tahun kau hidup dengan jam tu. Nak dijadikan cerita, suatu hari jam kau tu hancur musnah dimamah lahar gunung berapi. Memang dah tak boleh nak simpan mahupun baiki. Sejak dari tu, kau teruskan hidup dengan perasaan bercampur baur. Sedih, rindu, tak berhenti salahkan diri sendiri, janggal, aneh. Kau pun tak pernah berhenti mencarik jam yang serupa, sebijik macam kau punya. Macam-macam usaha kau dah buat, berkorban harta jiwa raga, sampai terasa macam nak gila. Pernah je kau cuba pakai jam lain, tapi memang takkan pernah sama.  

10 tahun berlalu, kau mula berhenti berharap. Penat, lelah, putus asa. Terasa buat pekerjaan yang sangat sia-sia. But the moment you stop searching, you saw one of your friends wearing the same watch. Exactly the same. Sangat serupa, memang takde beza. Nak mintak tolak kat kau, kau tau memang takkan dapat. Nak bagi free apatah lagi. Cuma kadang-kadang tu, dia terasa sangat baik hati dan bagi kau pinjam. Memang kau terasa bahagia, sebab kau dah habeskan hampir separuh hayat kau carik jam yang sama. Tapi jauh kat sudut hati, kau tau bahagia tu hanya sementara. Bila-bila masa kawan kau boleh jadi kedekut dan berkira dengan kau. Dan kau pun sedar dan tau yang jam tu kawan kau punya, dan takkan jadi kau punya. Sampai bila-bila.


Ps: As we grow older and wiser, we begin to realize what we need and what we need to leave behind. Sometimes walking away is a step forward. *crossing fingers, wishing hard*

Pps: If killing is legal, I would kill my friend and steal the watch! Bhahahaha~

Tuesday, January 21, 2014

Workanescafe

Nak kata aku rajin gila nak mati tu takde la.. Tapi selalu-selalu aku memang balik kerja lewat sikit, siapkan apa patut.. Nanti takde la kepotak aku kena kerah tengah-tengah malam.. Orang lain dah seronok-seronok naik Starcruise dalam mimpi, aku duk terhegeh-hegeh menghabeskan neuron menaip depan PC sambil makan.. Badan pun dah start sakit-sakit ni.. Macam nak pergi massage je.. Eh, 23hb ni gomen dah gaji kan? Macam boleh pow pergi spa je.. Hehehehe~ *muka penuh muslihat* *angkat-angkat kening*


Mood bermalas-malasan dah start.. Malas nak buat pape.. Rasa macam nak rehat-rehat je.. Berjimba.. *sigh* Cepatlah masa berlalu.. Aku dah tak sabar nak tinggalkan semua benda untuk pergi bercuti ni.. Nak berhoyeah-hoyeah.. Hah iye! Lepas tu balik, garu kapla sebab kerja berlambak dan bertimbun kan.. +___+ Aaaahhh.. Suka hati aku la nak excited lebih-lebih pun.. First trip for 2014 yang aku plan sendiri.. And hoping for more escapades to come.. Escapade versi berapa pun aku dah tak tau.. Dah lost count!


Lagi 8 hari? *sigh*


Ps: I need to recharge my caffeine meter everyday. Kenapa tah.. Ketagih?

Tuesday, January 14, 2014

Guna | Pakai

Untuk entri yang ini, aku takde mood nak pokpekpokpek pasal kehidupan seharian aku.. Tapi aku sangat rajin nak kongsi tentang produk harian yang aku selalu gunakan.. Benda yang bagus harus dikongsi.. Tak gitu? Sesuai la untuk bakal pengantin, orang yang suka atau masih tercari-cari produk yang sesuai.. *gaya dah macam stokis/MLM punya orang*


Ok, let me start from top to toe.

1. Syampu
Setelah bertahun-tahun aku gunakan syampu Sunsilk pink tanpa jemu, akhirnya aku beralih kepada produk yang lain.. Bukan apa, sejak-sejak umur makin meningkat ni, tahap keguguran rambut aku pun makin meningkat jugak.. Adehhh! Tensen kawan nak kutip rambut hari-hari.. *botak* Syampu yang aku pakai sekarang adalah L'oreal Fall Repair 3X.. Bau dia sangat sangat sangat menyenangkan dan berkesan untuk rambut rontok, malah rambut jadi sangat sangat sangat lembut jugak.. *tak caya meh try pegang* Sunsilk pink pun best jugak efek dan bau dia.. Tapi tu la.. Sesuai untuk mereka-mereka yang takde masalah keguguran rambut..


L'oreal Fall Repair 3X



Sunsilk Smooth & Manageable 



2. Muka
Kulit muka aku ni jenis yang campur-campur a.k.a combination skin.. T-zone sangat berminyak tapi yang lain-lain cepat kering dan flaky.. Tak boleh silap produk sikit, terus menggelupas pastu bertampuk-tampuk muka macam kena panau.. Sejak aku pakai L'oreal Hydra Fresh ni, muka aku jadi ok.. Tak berminyak dan tak kering.. Tapi aku ni degil jugak kadang-kadang.. Pakai jugak Oxy Daily Scrub tu untuk buang blackheads dan white heads.. Habis kering gelupas-gelupas kulit aku.. Last-last, L'oreal Hydra Fresh Moisturiser jugak yang jadi penyelamat.. Bukan aku saja-saja nak degil, masalahnya sang kepala hitam dan kepala putih tu nak kena halau jugak.. Kalau tak habes berjerawat muka aku yang mulus ni.. *muntah darah*


 L'oreal Hydrafresh Cleanser, Toner and Moisturiser


Tapi sekarang, aku dah sedar diri sikit.. Aku dah tak pakai produk untuk remaja (Oxy).. Haritu aku Google la tengok review pasal Neutrogenanya shower gel.. Lepas tu terserempak pulak dengan review pasal pencuci muka dia.. So, aku pun nak cuba la.. Sepanjang aku pakai Cleanser dan Daily Scrub dia, aku terasa (atau mungkin aku je yang perasan) kulit aku makin licin.. Walaupun dia tulis Daily Scrub, tapi aku pakai seminggu 2-3 kali je.. Butir-butir dalam scrub dia sangat halus.. Makanya, muka anda tidak akan terasa pedih selepas menggunakannya.. Echeehhh! Neutrogena kena bagi aku komisyen sikit ni sebab buat promosi.. Same goes with the Cleanser.. Tak mengeringkan kulit dan buat kulit jadi lembut.. 

Neutrogena's Deep Clean Cleanser

Neutrogena's Deep Clean Daily Scrub


Seperti biasa, untuk dapatkan efek yang mantap, silalah pakai "the basic three": Cleanser, Toner and Moisturiser.. Barangsiapa yang mengatakan Moisturiser tak sesuai untuk kulit berminyak, meh sini aku nak sekeh.. Pelembab adalah sangat penting untuk semua jenis kulit terutamanya yang kering dan jugak berminyak.. Sekian.

Untuk krim jerawat, aku guna Moogoo Acne Cleanser.. Fungsi dia bukan saja boleh buat jerawat hilang, malah boleh melembapkan kulit jugak.. Tapi lepas tu kalau aku nak keluar, memang kena sapu bedak la sebab dia jenis krim kan.. Nanti tak memasal orang panggil aku Orang Minyak sebab berleming semacam je muka.. +___+



Moogoo's Acne Cleanser



3. Bedak padat dan BB Cream
Aku pakai bedak murah-murah je.. Yang ni, jenama Pixy.. Ia adalah 2 way cake foundation di mana bila anda basahkan span tu dan sapu pada muka, anda tak perlu lagi pakai sebarang bedak asas tambahan.. Jimat wang, jimat masa, jimat tenaga.. Tapi aku still pakai BB Cream jugak untuk menutup cela di muka.. Yela, muka aku kan tak flawless.. Untuk BB Cream, aku pakai Precious Mineral dari Etude House.. Takdela.. Mana ada aku minat K-pop.. Sakinah yang kata benda ni Shinee pakai.. Mana la aku tau pape pasal K-pop ni.. Yang penting, muka aku nampak mulus bila pakai benda ni.. Sudah memadai..



Pixy's 2 Way Cake Foundation


Etude house's Precious Mineral BB Cream



4. Penggaris mata
Aku pakai Maybelline Master Liner sebab dia memang sangat sangat sangat sangat mengurangkan kecomotan (smudge) yang selalu terjadi setelah memakai penggaris mata untuk jangka masa yang lama.. (Padahal tangan gatal genyeh-genyeh mata)

Maybelline's Master Liner



5. Maskara
Bila nak pergi kerja, aku malas sangat nak tenyeh eyeliner.. Bukan apa.. Pagi-pagi Subuh shafi'e nak kena bangun tenyeh-tenyeh.. Dah tu nya, tak best jugak siang-siang hari dah nampak muka ala-ala nak pergi dinner.. Tapi sebab sekarang ni aku bekerja sebagai secretary, makanya dua-dua aku kena pakai.. Setiap hari! =___=" Kalau ikutkan hati aku, nak bagi nampak muka berseri je.. Bukan nak jadi cover majalah pun.. Kalau setakat nak lepak-lepak, aku gantikan eyeliner dengan maskara.. Oleh kerana baru nak berjinak-jinak, aku belilah satu maskara dekat Daiso.. Ye, Daiso.. Kedai Jepun yang semua barang pun RM5 tu.. Tapi barang-barang dia berkualiti hokeh? Hasilnya, ada yang memuji mata aku cantik macam Spongebob.. Hahahaha~ Serius. Memang nampak lain sikit bila aku pakai maskara.. Nampak la sikit bulu mata kakak yang tak berapa nak panjang dan sikit ni.. Sekarang ni, dah tak musim orang nak make up over-over because less is more.. Tapi tak bermakna kena pakai baju tak cukup kain.. Ehemm!

Daiso's Mascaras



6. Pemerah pipi dan bibir
Benetint ni memang digunakan khas untuk orang yang nak nampak natural macam aku.. Boleh digunakan untuk muka dan jugak bibir.. (Nama penuh dia: Benefit's Lip and Face Tint) Produk dari Benefit ni memang dah lama glemer kat oversea.. Malaysia ni je baru nak masuk.. Harga dia boleh tahan la, tapi yang menarik pasal produk mahal ni, kau tak payah pakai banyak.. Kau pakai sikit-sikit pun efek dia dah nampak.. I love this one the most because it makes me look like I'm having rosy cheeks.. Hohoho~

Benefit's Benetint



7. Pemerah pipi
Menatang ni memang dah lama bertakhta dalam beg mekap aku.. Tapi, apakan daya.. Aku kan pemalas nak mampos.. Memang tak luak la.. Aku pakai untuk attend any special occasion SAHAJA. Tapi sekarang, hari-hari aku tenyeh.. Aku prefer yang ni sebab dia nampak natural dan sesuai untuk kulit sensitif.. Tapi sebab kulit serta semua benda yang ada kat badan aku ni jenis degil, memang takkan lekat, separuh masa pertama kat tempat kerja aku dah kena touch up balik.. Sumpah penat! Tak tipu.

Maybelline's Clear Smooth Minerals Blusher



8. Pelembap dan pewarna bibir
Pelembap bibir yang aku pakai sekarang ni jenama Moogoo.. Dapat free sebab beli set dia haritu.. Efek dia memang superb habes! Sangat tahan lama, tak rasa macam pakai lip balm pun sebab ringan yang amat.. Dan dia diperbuat dari bahan semulajadi sahaja.. Bau lemon, ada efek cooling mint sikit.. Memang seronok!


Moogoo's Lip Balm


Aku memang jarang pakai lipstick.. Kalau ada apa-apa occasion baru aku tenyeh.. Tu pun selalu-selalu pow orangnya je.. Tapi yang ada dalam beg mekap aku sekarang, yang ni la.. Elianto's Matte Berry.. Warna dia seseronok rasa dia.. Ada rasa coklat-coklat sikit..

Elianto's Matte Berry



9. Berus gigi
Bagi mereka-mereka yang dah hampir melangkaui usia belia, aku syorkan korang pakai Oral B Cross Action.. Terasa gigi sangat bersih sebab gigi geraham bongsu pun dia sampai.. Bagi sesetengah berus gigi, aku rasa tak seronok sangat kadang-kadang terasa gigi geraham bongsu aku tak diberi perhatian.. Nanti mulalah nak kena pergi scaling.. *malas* 

Oral-B CrossAction Pro-Health



10. Deodoran
Sejak dari sekolah lagi memang aku pakai rangkaian deodoran dari jenama ni je.. Sebab memang tak menghampakan.. Ketiak tak bau tengik bila berpeluh, ketiak tak hitam (akibat peluh dan cukur), ketiak baju pun tak keras mahupun kuning.. Kalau tak aku tengok, habes keras dan kuning ketiak baju tu.. Lagi-lagi baju sekolah atau baju putih.. Aku kan sekolah asrama.. Masa mandi cuci baju secara berjemaah tu, sempat jugakla jeling kiri kanan.. Kesimpulan yang aku dapat, Rexona memang mengandungi banyak bahan kimia..

Nivea Whitening Happy Shave



11. Cecair mandian
Kulit aku memang extra sensitif.. *bajet kulit orang kaya-kaya la tu* Tapi nak buat macam mana, memang hakikatnya macam tu.. Kalau pakai shower gel/cream yang salah pun boleh gelupas kering merekah, inikan pula bila pakai sabun buku.. Sakit pedih seksa! *ngangesh* Makanya, terpaksalah aku pakai mandian bayi ataupun yang mahal sikit.. Tapi jangan salah paham pulak.. Bukan semua yang mahal tu boleh diharapkan atau boleh buat geng dengan kulit aku..

Kalau mandian bayi, aku memang pakai Johnson's Baby Bath Peach je.. Kadang-kadang kalau gedik-gedik baru paka Johnson's Milk Bath.. Tapi bau dia aku tak berapa gemar sangat.. Kalau yang Dove's GoFresh ni pun ok jugak.. Memang feveret.. Bau dia best! Wangi gila nak mampos! Tapi tu la.. Tak sesuai untuk kulit aku yang mudah sangat tegang dan merekah.. Untuk orang lain, mungkin sesuai sebab dia melembapkan kulit.. Cuma kulit aku ni je yang mengada-ngada lebih.. =___=!

Johnson's Baby Bath Peach

Dove's GoFresh


Neutrogena's Rainbath Refreshing Shower & Bath Gel pun aku pernah pakai jugak.. Memang mahal.. +-RM58 untuk 32 FL OZ.. Tapi sekali mandi, aku pakai dua pump je (untuk dari batang leher hingga ke hujung jari kaki).. Sangat senang berbuih.. Tak pakai loofah pun takpe.. Memang super jimat! Bila nak bilas tu, senang gila.. Lantai pun tak licin.. *nanti takde la yang tergelincir dalam toilet lagi dah* Bau dia pun best.. (Bagi aku la.. Sebab aku ada terbaca jugak orang komplen bau dia tak best..) Dia ada 3 jenis sebenarnya..

1. Original
2. Grapefruit
3. Pear & Green tea

Tapi kat Malaysia ni masuk satu je.. Original.. Oh, nanti kalau ada yang terjumpa lagi dua jenis tu, silalah share ye.. Aku carik dengan susah payah kot.. Sebesar-besar Midvalley tu pun takde benda ni.. Yang aku jumpa dekat Guardian Presint 8, Putrajaya (depan rumah aku) ni je.. Baru-baru ni aku nampak baru ada dekat Guardian Alamanda.. Pun original jugak..

Neutrogena's Rainbath


Yang aku pakai sekarang? Johnson's PH 5.5 Body Wash with Almond Oil.. Dia ada 3 jenis, tapi aku prefer yang ni sebab bau dia lagi menyenangkan.. Tak menusuk hidung.. Kakak dah tak berapa nak kaya kan.. Ni jela mampu.. Hohoho~

Johnson's PH 5.5 Body Wash with Almond Oil


11. Losyen badan
Tak kesahla kalau orang nak tuduh aku bajet-bajet bayi pun.. Tapi produk Johnson's memang sesuai dengan kulit aku.. Nak kata superb tu, idak le.. Tapi mampu la buat aku rasa selesa.. Losyen Oxygen Fresh ni bau dia memang best.. Cuma texture dia macam geli-geli sikit la, sebab kacuk dengan gel kan.. Jenis cepat meresap dalam kulit, dan tak rasa pun macam pakai losyen.. Compare dengan losyen lain, lepas pakai terasa melekit tangan.. Pastu mula lah nak pergi basuh, kan.. Baik takyah pakai losyen kalau cenggitu.. Sebotol yang boleh pump tu, memang aku letak dalam kereta je.. Tapi sekarang, aku letak kat ofis.. Duduk dalam ekon kan.. Kering dan bersisik la kulit I nanti, terus tak jelita.. Ok, sila muntah ikut hidung sekarang. 

Johnson's Oxygen Fresh Gel Lotion


Ini pun ok jugak.. Bau ok, efek ok, cuma macam aku cakap tadi la.. Melekit sikit.. Orang lain mungkin tak kesah pun.. Tapi aku ni tak suka tangan aku terasa aneh-aneh.. Nanti mulalah rasa tak selesa.. Kalau dah asek basuh tangan, baik kau buat mandi je losyen ni.. Sah-sah nanti kau bilas jugak kan.. Membazir!

Johnson's 24 Hour Lasting Moisture Body Lotion



12. Pencukur
Kenapa aku pilih yang ni? Sebab pertama, dia pakai 4 blades.. Memang cukuran licin habesss.. Tak sempat la kau nak kutip bulu kau buat timbang kati beli barang.. Yang keduanya, aku dah jimat untuk beli shaving foam.. Shaver ni dia dilengkapi dengan pejadah-apa-aku-tak-tau-nama.. Fungsi dia sama dengan shaving foam, shaving gel, tak pun sabun yang kau guna semasa mencukur.. Sambil kau bersiram atau lepak bawah shower tu, kau boleh selamba badak je shave tanpa rasa sakit atau rasa bersalah.. Hasil dia memang superb!

Schick's Intuition


Ps: Tak, aku tak dibayar untuk tujuan promisi barang-barang ni semua. Kalau dapat bayaran, cara gak.. Kakak kaya!

Pps: Sesuai untuk aku, tak semestinya sesuai untuk korang. Tapi, tak cuba tak tau.

Hikayat Mereng Sentiasa.

Ada seekor Anak Panda yang telah ditinggalkan keluarganya kerana dia tersangatlah gemuk dan langkahnya terlalu perlahan, terlalu sukar untuk dia mengikut keluarganya berhijrah ke tempat yang lebih bagus. Sedang Anak Panda merayau di dalam hutan untuk mencari makanan, dia terserempak dengan keluarga Sang Ular. Oleh kerana kasihan melihat Anak Panda kepenatan dan kelaparan, Bapa Ular bersetuju untuk membantu Anak Panda. Semenjak itu, Anak Panda berkawan baik dengan Anak Ular.

Masa berlalu dan mereka meningkat dewasa. Anak Panda dan Anak Ular masih berkawan baik. Suatu hari, Anak Ular telah bertemu dengan Sang Buaya. Mereka bercinta dan berkahwin. Tinggallah Anak Panda sendiri. Oleh kerana dia ingin belajar berdikari, Anak Panda mengambil keputusan untuk berhijrah ke tengah hutan, tempat yang dipanggil lubuk duit tapi penuh dengan tipu daya. 

Sebelum Anak Panda berangkat, Anak Ular berpesan. "Di sana nanti, tolong berhati-hati. Jaga diri. Haiwan-haiwan di sana mungkin nampak baik di mata, tapi di hati belum pasti." Anak Panda mengangguk tanda faham dan dia pun mulakan perjalanan.

Tiba di tengah hutan, Anak Panda terpaksa bekerja untuk sesuap daun buluh dan tempat tidur. Setahun sudah berlalu, Anak Panda kini mampu untuk berdiri atas kaki sendiri. Walaupun tidaklah senang tapi mampu untuk biaya makanan dan tempat tinggal.

Suatu hari, Anak Panda bertemu dengan Sang Kucing. Melihat kesenangan Anak Panda, Sang Kucing mula mengambil kesempatan. Sang Kucing berkawan rapat dengan Anak Panda dan mula mengawal pergerakan Anak Panda. Pada mata Anak Panda, Sang Kucing sangat baik. Hinggalah suatu hari, Sang Kucing mula menunjukkan belang dan mula meminta-minta. Walaupun sudah agak terlambat, tapi Anak Panda akhirnya sedar dan cuba mengelakkan diri dari Sang Kucing. Walaupun sakit hati tapi mengenangkan nasihat Anak Ular, Anak Panda mulai pulih. Dia mula menjalani hidup seperti sedia kala. 

Tapi oleh kerana Anak Panda sangat gemuk dan otak agak lembab, akhirnya dia jatuh dalam perangkap haiwan lain pula. Setelah berkawan dengan Sang Lembu, Anak Panda mula lupa diri kembali. Dia terlupa segala pengalaman pahit dengan Sang Kucing dan juga pesanan Anak Ular. Sekali lagi dia terpedaya dengan kebaikan Sang Lembu. Mereka berkawan baik sehinggalah satu hari, Anak Panda mendapat tahu yang Sang Lembu telah menipu. Sedangkan dalam persahabatan seharusnya berlaku jujur dan ikhlas. Sang Panda berasa tersangat kecewa kerana segala kepercayaan telah diberikan kepada sahabatnya itu. Akhirnya, Anak Panda mengambil keputusan untuk hidup sendiri. Pedulikan haiwan-haiwan sekeliling asalkan perutnya penuh diisi dan hatinya tidak terus disakiti. 



Morale of the story: Trust is like a piece of paper, once it's crumpled it can't be perfect again.
Morale of the story II: Jangan jadi Anak Panda yang gemuk, nanti kena tinggal keluarga sebab jalan lembab sangat. Otak pun lembab.

Monday, January 13, 2014

katang natang

"Sometimes you feel soooo sick of something and you might wanna throw up but you just can't. Sebab kau takot orang yang makan muntah kau akan jadi lebih kuat dari kau."

Ps: Life is like a roller coaster and I'm about to throw up. *jelak jelik*


Saturday, January 11, 2014

Setakat sayang, tak kenyang.

Aku syak aku tengah mengalami ketakstabilan hormon.. Tapi lantaklah, malas nak layan. Tapi benda yang jadi semalam, memang bikin gua hangin. Semalam gua cicir bicir tahap boleh berlelas la bontot.. Bila kira-kira balik, lebih seploh kali jugaklah gua berulang toilet.. Sumpah penat! Kalau lemak-lemak dekat badan gua ni hilang bersama taik-taik yang diflush tu, takpelah jugak.. Sedap sikit hati gua.. Takyah susah-susah nak bersenam bagai.. Tapi, harapannnn.. Memang dehydrated gila lah semalam.

Lepas balik hospital melawat anak bos gua, gua pergi lepak Pelita KLCC dengan Kak Risma.. Sang AHM semua adalah, dah nama pun dorang satu geng kan.. Nak dijadikan cerita, henfon Kak Risma dah nak kehabesan bateri.. Dia nak pinjam kabel aku.. Tapi kabel aku tertinggal dalam kereta.. Kereta aku parking tak jauh pun.. Betul-betul depan pagar..

Aku: Abang, tolong amek kabel dalam kereta jap.. Saya tak larat la.. Cirit kot harini..
Sang AHM: Ala, saya penat la.. *sambil sebok main game kat henfon*
Aku: Tolong la kejap.. Bukan jauh pun, depan pagar tu je..
Sang AHM: Ingatkan kat luar, takat depan pagar, awak pergi jela.. Kalau kat luar, saya bolehlah tolong..

Malas nak bising-bising punya pasal, aku pergi amek sendiri.. Nak mintak tolong orang payah sangat kan..

Sang AHM: Eh, cepatnya pergi amek?
Aku: Amek kabel je pun, nak lama-lama buat apa.. Kereta depan pagar tu je pun..
Sang AHM: Apsal tak cakap, kalau setakat depan pagar je, boleh je nak tolong..

Masa tu aku tahan lagi sabar.. Dia pulak sebok main game.. Aku dah sengal otak tak tau nak borak apa dengan budak-budak lain.. Pompuan-pompuan biasalah, bajet hot setaf pastu gosip-gosip pasal orang itu orang ini.. Aku no komen je la sebab tak kenal.. Tiba-tiba, henfon Sang AHM berbunyi.. Ada budak pompuan ni tak tau jalan dan tanya direction.. Lepas bagi direction, dia siap bangun menuju arah pagar dan tunjuk budak pompuan tu jalan masuk.. Siap tunjuk mana nak parking lah.. Nak kata sakit atau cacat, takdelah pulak.. Hmmmm.. Pastu siap berhenti main game dan tukar tempat untuk senang borak..

Tak, aku bukan jeles. Langsung tak. Bukan sebab dia pompuan aku nak hangin, kalau dia buat untuk laki pun aku hangin gak.. Aku hangin sebab kau boleh buat untuk orang lain, tapi tak boleh nak tolong aku.. Benda-benda yang lain takyah la aku nak sebut kan? Aku dah cakap dengan kau sendiri haritu.. Kalau kau tak paham bahasa jugak, apa je yang aku boleh buat?

Buat apa aku stay kalau kau tak menyenangkan hidup aku? Kalau kau rasa dengan cara belanja aku itu ini dah cukup buat aku senang hati, kau silap. Setakat duit kau, sumpah aku tak kebulur. I can pay every penny that you have spent on me. Serious. Kalau aku ni memang jenis materialistik, buat apa aku kerja carik duit? Baik aku duduk ngangkang je kat rumah, tunggu laki balik kerja, lepas tu kikis cukup-cukup. Don't. Don't take things for granted. Kau takkan tau apa yang orang lain mampu buat. 


Ps: Lovers are like chickens. If you eat them, they die.

Sabtu | Cuti dicatu

Nak cuti punya pasal, aku kerja di hari Sabtu yang indah nan permai ni.. Dengan cuaca suam-suam kuku.. Perghhh.. Memang lagi elok kalau aku sambung tido la senang ceritanya.. Tapi sebab semangat nak bercuti melangkaui segalanya, gigih aku bangun pagi.. Semalam balik dari hospital, lepak jap makan-makan, balik rumah, terus tido.. Dengan tak tanggal topengnya.. Bangun pagi memang berminyak habes la muka, boleh la kalau takat nak buat masak burger.. Kena pulak jam loceng aku hilang tanpa dapat dikesan.. Lagilah kawan cuak.. Tapi cuak pun beragak la kan.. Takde la awak masuk kerja pukul 9 pagi, pukul 5.30 awak dah bangun kan.. Ni dah macam nak bangun tahajjud dah ni.. Azan Subuh pun belum berkumandang lagi time tu..


Masuk ofis, aku setel apa patut.. Sekali masuk pulak Asst. Manager Finance.. Dia ni aku berbulu sikit.. Tapi takleh nak kata apa sebab pompuan Cina tua kan.. Cakap lebih-lebih karang, sentap pulak.. Tapi takyah la layan aku macam orang ulu entah dari ceruk Myanmar mana sampai nak pakai mesin pencetak pun aku tak reti kan.. Semak pulak aku.. Dah aku tengah sebok print macam-macam untuk buat filing, sekali dia konon-konon nak mengajar aku la.. Aku dah letak satu rim kertas baru, dia boleh alih dan suruh aku guna tray lain.. Aku pun print lah lagi sekali.. Pun recycle paper gak.. Kawan mulalah nak hangin satu badan.. Kalau aku print 30 dokumen, kali dengan 3 kali salah print, tak bazir 90 helai keping kertas? Yang aku concern bukan lebih kepada pembaziran kertas.. Tapi mood aku nak buat kerja tengah ada dan jugak dah bazir masa aku separuh hari buat kerja yang sia-sia! Bullshit! Pastu lagi aku nak hangin, dia pulak ngajar aku cenggane nak make sure aku print atas fresh papers.. Hey, pompuan! Kau yang alih kertas aku mandai-mandai, jangan nak tunjuk pandai sangat la sial! Ya, memang aku tengah bengang gila nak mati. Banyak makan babi, perangai pun macam babi. Tenyeh kepala kat mesin Xerox tu baru tau.. Bangang tak boleh nak diajar.

Last-last aku lepak dengan designer plan apa patut untuk CNY.. Ringan sikit semak dekat kepotak sebab dorang otak sempoi kan.. Cek apa patut.. Nasib bos aku ok je.. Tapi taktau la nanti-nanti dapat report pasal aku mengular pulak ke kan.. Mampos ah! Aku malas nak pening-peningkan kepotak dengan benda remeh camtu.. Lagi enak kalau kakak balik makan makanan yang enak-enak di hari yang agak semak ni.. Hahahaha~


Ps: Entri pos aku kali ni berkisar tentang cuti aku dicatu untuk 3 bulan sebab aku baru masuk kerja.. Upon confirmation baru boleh start apply cuti berbayar, kalau tak unpaid leave jela.. Ataupun aku boleh kerja 2x Sabtu untuk dapat sehari cuti.. 

Friday, January 10, 2014

Teknik menghilangkan duit dengan pantas. *magic*

Jangan, jangan benci diri sendiri bila kau tengok banyak barang best-best yang murah masa online window shopping tapi kau tak mampu nak beli sebab kekangan wang. =__=" Tu la masalah aku.. Tiap kali tengok web online shopping, ada je benda yang nak dibeli.. Yela, mana taknya.. Murah sesssangattt.. Dapat beli kabel Minion dengan harga RM39/3pcs, handbag MNG RM130/2pcs, handbag organiser RM35/2pcs.. Sah-sah kalau kau pergi kedai kena keluarkan duit minyak, duit parking, duit tol (kalau ada).. Tak kira lagi part makan dan benda-benda rapu yang lain.. Bila online shopping, hidup rasa bahagia je.. Takyah susah-susah nak bersiap cantik-cantik, mintak izin mak bapak, hadap jem.. Lepak depan PC, makan nasik goreng ayam sambil bersila, main klik-klik je.. Dah setel-setel shopping, lenguh belakang kaki tangan leher? Takyah risau nak carik kerusi untuk parking bontot.. Jalan 3-4 langkah, parkinglah berapa lama kau nak pun.. Nak tarik selimut tidur terus pun takde hal.. Ok, jangan nak komplen dah kalau baju tak muat atau nak tuduh mesin penimbang dengki kat kau. 


Tapi tula.. Online shopping ni bahaya sikit.. Dapat yang ok, ok lah.. Kena yang menipu je kerja, habeslah burn duit.. Memang tak banyak pun duit yang burn tapi still rugi jugak kan? Bila dah namanya rugi, siapa yang suka.. Ye dak?

Based on my own experience, when it comes to dealing with people yang jual benda-benda kat blog atau forum kau kena study dorang ni lebih sikit.. Buat background check, sekali dengan sejarah hasil jualan.. Mana taknya, even dekat Online Shopping website yang besar macam Mydeal tu pun boleh menipu barang tak sampai.. Ini kan pulak beli atas orang.. Lepas-lepas tu, kau nak tuntut keadilan? Jangan haraplah ada yang nak layan. Telefon pun tak berangkat.. Silap-silap haribulan, kau pergi dekat syarikat tu, dengan selamba dorang boleh kata, "Promosi tu dah lama habis.. Dekat setahun.. Salah Mydeal la sebab masih iklankan.." Habis tu tanggungjawab kau sebagai syarikat pengeluar untuk inform Mydeal supaya tarik balik iklan tu kau letak kat mana? Tepi jamban? Bila flush, tanggungjawab kau hilang macam tu je? Puiii! Tapi ada je kes-kes terpencil yang dilayan.. Ikut atas nasib kau jugakla..


Buat masa ni aku pelanggan setia Groupon. Kenapa? Tak, sumpah dorang tak bayar aku royalti untuk tujuan pengiklanan. Tapi setakat ni yang sampai barang on time atau sampai awal, barang sampai dalam tip top condition, memang Groupon jela. Tapi tak tau lah kalau tiba-tiba lepas-lepas ni service quality dorang merosot pulak ke.. Tolong jangan blame aku.

Positive aura *sedut, sedut*

Bismillahi rahmani rahim.. Allahummabariklana fi ma razaqtana wa kina azabannar.. Amin. Eh, apsal? Salah ke aku baca doa tu? Tak, tak.. Aku bukan nak makan nasik sambil menaip.. Tapi tahun baru kan, doa untuk rezeki yang halal lagi berkat dan mampu untuk membawa ke jalan yang diredhai.. Ehem! 



I ran, I tripped, I fell
When giving your best wasn't enough
People come and go
Sharing love and joy
Leaving scars and pain
I shake, I break, I've changed
And now
I run, I jump, I fly
Sometimes, I do look back
Just to remember how it feels when
I ran, I tripped, and I fell.

____________________


Aku dah cemar passport aku dengan pergi ke Singapore November lepas.. Serius best! Tapi lenguh kaki.. Esoknya terus flat tak pergi kerja.. Perangai! Aku yang penakot gila nak mati ni pun naik jugakla roller coaster bagai sebab tak nak kena tinggal sorang-sorang kat luar kan.. Transformers sempat jugak la repeat untuk kali kedua.. Yang paling seram adalah Mummy.. Berderau darah aku sebab dia laju kan.. Tu belum naik roller coaster dekat Ferrari World, Abu Dhabi lagi tu.. Em, tapi memang lambat lagi la kan.. Tiket pun aku belum mampu nak beli.. Hahahahaha~ Adeh! +____+


____________________



Tahun baru, kerja baru.. Kontrak aku dengan KPM mati 31 Disember haritu.. *Innalillah* Dan dorang akan sambung balik bulan 2 nanti.. Tapi aku dah dilamar dengan company lain, dekat dengan South City Plaza tu.. Gaji dia pun not bad.. Perjalanan dia lah yang agak berliku-liku sikit.. Walaupun tak jauh, tapi dari Komuter ke South City tu memang sempat jugak la aku maki 20-30 bakul.. Makanya, aku cuba berjanji dengan diri sendiri supaya menjadi lebih penyabar.. Cuba je eh.. Nak berjanji memang belum mampu..

Cara yang aku buat untuk kurangkan stress setiap hari adalah menyalak dalam kereta setiap pagi on the way pergi kerja dan setiap petang nak balik kerja.. Ya, menyalak. Korang tak silap baca.. Sebab nak kata melalak, macam lagi hodoh je suara aku.. Menyanyi apa tah lagi.. Sebab bunyi dah ala-ala anjing menyalak kan.. Out of tune, pitching tak payah cerita la.. Memang out habesss! Tapi ada aku kesah? Janji aku tak stress.. Tapi aku syak, masyarakat sekeliling aku yang stress bila dengar suara aku especially time pagi-pagi tu.. Sebab selalu-selalunya aku bukak tingkap kan.. Lantakkan! Padan muka korang!! Hahahaha~


Ps: It is all about mind setting. Kalau kau pikir positif, benda-benda positif la yang kau akan dapat. *determined*

Thursday, January 9, 2014

Cerita dia | Cerita aku | Cerita kau | Cerita kita

First post of the new year? Biar betol.. Macam tak caya je.. Mana taknya.. Tahun baru, kerja baru, environment baru.. Nak adapt tu amek masa la sikit kan.. New Year’s resolution? Yillek!~ Malas nak pikir, malas nak plan, malas nak apa-apa pun.. Bukan apa.. Tahun tahun tahun tahun tahun lepas punya pun tah ke mana, ni kan pulak nak buat baru.. *kedekut neuron* Oh, oh! Ada satu! Aku nak pastikan all the escapades that I have planned for this year are accomplished. Kakak sanggupla ikat perut.. Hahahahahaha~ Adeh! =___=!

_______________________


Sejak dua menjak tiga menjak ni, asal aku balik kerja je hujan.. Kadang lebat, kadang renyai.. Aku pulak park kereta bawah langit, memang selamba je la redah kan.. Tapi, tiba-tiba kakak kena shy fever la pulak.. Memang aku buat bo layan je.. Tapi kau paham tak bila otak kau kata kau ok tapi sebenarnya badan kau dah tak tahan, it will break soon.. Penat, bai.. Sumpah penat. =___=”

Yang menambahkan sebal di hati bila aku pergi klinik panel, dia tutup awal.. Pergi dekat area Putrajaya, suruh aku datang balik lagi sejam.. Memang idak la jawabnya.. Baik-baik aku demam bodoh je, penyakit lain pulak yang datang karang.. Lagi bagus aku balik rumah tido. *bengang*

_______________________


Sekarang ni, aku tak pasti kenapa aku liat gila nak bangun pagi.. Memang payah sangat sangat sangat.. Set alarm kat tepon pun memang tak jalan langsung dah.. Sampai aku fitnah alarm kat henfon aku protes untuk menjalankan tugas harian dia sebab dia dah naik fed up dengan aku.. Suatu hari, aku dapat seketul jam loceng.. Jam loceng aku ni memang sangat berguna la walaupun selalu-selalu aku tido balik lepas dia berbunyi.. Tapi sekali kau dah bangun, takdela kau tido nyenyak sangat kan? Memang berkesan la.. Tapi suatu hari, jam loceng aku ni merajuk dengan aku.. Terus kawan terlajak, pukul 8.35 baru terjaga.. Kelam kabut kawan.. Ni bukan takat Subuh, dah boleh niat jamak dengan solat Dhuha sekali dah ni.. *ini kenyataan yang berunsur hiperbola, jangan sampai terpesong akidah* Puas jugak la aku pujuk, belai, bagi kasih sayang seguni dua.. Akhirnya, dia dah kembali menjalankan tugas seperti biasa tanpa jemu dan gagal. Memang lebiu lah jam loceng!

Ps: Aku tuduh aku kena pakai jam loceng yang macam Abang belikan aku dulu tu la.. Bunyi senapang.. Silap haribulan, tido tak bangun-bangun aku akibat heart attack.. c(=


_______________________


Kawan aku dah nak kawen.. Cerita pasal kawan kawan kawan kawan kawan aku yang nak kawen, dah kawen, dah bunting, dah beranak memang banyak.. Terlalu banyak. Sampai aku pun dah puas kenyang buncit makan nasik kenduri.. Nak tunggu aku punya turn, hmmmm.. Takyah tunggu la.. Aku nak jadi penutup majlis! Hahahahaha~ *ini serius*


Tapi cerita pasal kawan aku yang sorang ni.. Tak silap aku, haritu baru dia ngadu tak reti nak bukak mulut dekat bapak dia cenggane.. Alih-alih, ada wedding invitation dekat Fesbuk 1hb Februari ni.. Memang pantas dan tuntas, habes semua dicantas! Anyways, best of luck my dear friend! Walaupun aku tak dapat datang kenduri kau, doa aku tetap bersama dengan kau. Selamat lah ya? *hugs*