Friday, January 10, 2014

Positive aura *sedut, sedut*

Bismillahi rahmani rahim.. Allahummabariklana fi ma razaqtana wa kina azabannar.. Amin. Eh, apsal? Salah ke aku baca doa tu? Tak, tak.. Aku bukan nak makan nasik sambil menaip.. Tapi tahun baru kan, doa untuk rezeki yang halal lagi berkat dan mampu untuk membawa ke jalan yang diredhai.. Ehem! 



I ran, I tripped, I fell
When giving your best wasn't enough
People come and go
Sharing love and joy
Leaving scars and pain
I shake, I break, I've changed
And now
I run, I jump, I fly
Sometimes, I do look back
Just to remember how it feels when
I ran, I tripped, and I fell.

____________________


Aku dah cemar passport aku dengan pergi ke Singapore November lepas.. Serius best! Tapi lenguh kaki.. Esoknya terus flat tak pergi kerja.. Perangai! Aku yang penakot gila nak mati ni pun naik jugakla roller coaster bagai sebab tak nak kena tinggal sorang-sorang kat luar kan.. Transformers sempat jugak la repeat untuk kali kedua.. Yang paling seram adalah Mummy.. Berderau darah aku sebab dia laju kan.. Tu belum naik roller coaster dekat Ferrari World, Abu Dhabi lagi tu.. Em, tapi memang lambat lagi la kan.. Tiket pun aku belum mampu nak beli.. Hahahahaha~ Adeh! +____+


____________________



Tahun baru, kerja baru.. Kontrak aku dengan KPM mati 31 Disember haritu.. *Innalillah* Dan dorang akan sambung balik bulan 2 nanti.. Tapi aku dah dilamar dengan company lain, dekat dengan South City Plaza tu.. Gaji dia pun not bad.. Perjalanan dia lah yang agak berliku-liku sikit.. Walaupun tak jauh, tapi dari Komuter ke South City tu memang sempat jugak la aku maki 20-30 bakul.. Makanya, aku cuba berjanji dengan diri sendiri supaya menjadi lebih penyabar.. Cuba je eh.. Nak berjanji memang belum mampu..

Cara yang aku buat untuk kurangkan stress setiap hari adalah menyalak dalam kereta setiap pagi on the way pergi kerja dan setiap petang nak balik kerja.. Ya, menyalak. Korang tak silap baca.. Sebab nak kata melalak, macam lagi hodoh je suara aku.. Menyanyi apa tah lagi.. Sebab bunyi dah ala-ala anjing menyalak kan.. Out of tune, pitching tak payah cerita la.. Memang out habesss! Tapi ada aku kesah? Janji aku tak stress.. Tapi aku syak, masyarakat sekeliling aku yang stress bila dengar suara aku especially time pagi-pagi tu.. Sebab selalu-selalunya aku bukak tingkap kan.. Lantakkan! Padan muka korang!! Hahahaha~


Ps: It is all about mind setting. Kalau kau pikir positif, benda-benda positif la yang kau akan dapat. *determined*

No comments: