Aku syak aku tengah mengalami ketakstabilan hormon.. Tapi lantaklah, malas nak layan. Tapi benda yang jadi semalam, memang bikin gua hangin. Semalam gua cicir bicir tahap boleh berlelas la bontot.. Bila kira-kira balik, lebih seploh kali jugaklah gua berulang toilet.. Sumpah penat! Kalau lemak-lemak dekat badan gua ni hilang bersama taik-taik yang diflush tu, takpelah jugak.. Sedap sikit hati gua.. Takyah susah-susah nak bersenam bagai.. Tapi, harapannnn.. Memang dehydrated gila lah semalam.
Lepas balik hospital melawat anak bos gua, gua pergi lepak Pelita KLCC dengan Kak Risma.. Sang AHM semua adalah, dah nama pun dorang satu geng kan.. Nak dijadikan cerita, henfon Kak Risma dah nak kehabesan bateri.. Dia nak pinjam kabel aku.. Tapi kabel aku tertinggal dalam kereta.. Kereta aku parking tak jauh pun.. Betul-betul depan pagar..
Aku: Abang, tolong amek kabel dalam kereta jap.. Saya tak larat la.. Cirit kot harini..
Sang AHM: Ala, saya penat la.. *sambil sebok main game kat henfon*
Aku: Tolong la kejap.. Bukan jauh pun, depan pagar tu je..
Sang AHM: Ingatkan kat luar, takat depan pagar, awak pergi jela.. Kalau kat luar, saya bolehlah tolong..
Malas nak bising-bising punya pasal, aku pergi amek sendiri.. Nak mintak tolong orang payah sangat kan..
Sang AHM: Eh, cepatnya pergi amek?
Aku: Amek kabel je pun, nak lama-lama buat apa.. Kereta depan pagar tu je pun..
Sang AHM: Apsal tak cakap, kalau setakat depan pagar je, boleh je nak tolong..
Masa tu aku tahan lagi sabar.. Dia pulak sebok main game.. Aku dah sengal otak tak tau nak borak apa dengan budak-budak lain.. Pompuan-pompuan biasalah, bajet hot setaf pastu gosip-gosip pasal orang itu orang ini.. Aku no komen je la sebab tak kenal.. Tiba-tiba, henfon Sang AHM berbunyi.. Ada budak pompuan ni tak tau jalan dan tanya direction.. Lepas bagi direction, dia siap bangun menuju arah pagar dan tunjuk budak pompuan tu jalan masuk.. Siap tunjuk mana nak parking lah.. Nak kata sakit atau cacat, takdelah pulak.. Hmmmm.. Pastu siap berhenti main game dan tukar tempat untuk senang borak..
Tak, aku bukan jeles. Langsung tak. Bukan sebab dia pompuan aku nak hangin, kalau dia buat untuk laki pun aku hangin gak.. Aku hangin sebab kau boleh buat untuk orang lain, tapi tak boleh nak tolong aku.. Benda-benda yang lain takyah la aku nak sebut kan? Aku dah cakap dengan kau sendiri haritu.. Kalau kau tak paham bahasa jugak, apa je yang aku boleh buat?
Buat apa aku stay kalau kau tak menyenangkan hidup aku? Kalau kau rasa dengan cara belanja aku itu ini dah cukup buat aku senang hati, kau silap. Setakat duit kau, sumpah aku tak kebulur. I can pay every penny that you have spent on me. Serious. Kalau aku ni memang jenis materialistik, buat apa aku kerja carik duit? Baik aku duduk ngangkang je kat rumah, tunggu laki balik kerja, lepas tu kikis cukup-cukup. Don't. Don't take things for granted. Kau takkan tau apa yang orang lain mampu buat.
Ps: Lovers are like chickens. If you eat them, they die.






