Saturday, December 24, 2011

aku | tersepit




Sorry. I can't lie to myself and to you. I just can't. Strolling down the memory lane, it is sure going to hurt but pretending to be something that I am not and the person that I cannot become are much worse. Thousand apologies. Hope we can stay friends.



Ps: iPod Nano merah hanya dijual via online. FU! T.T Siapa-siapa nak pergi oversea real soon sila PM saya. Nak kirim! :D

wild world




You gave me this song not long ago. Thanks. =)


Wednesday, December 21, 2011

hadiah tahun baru

Lagu Katy Perry - The One That Got Away ni memang tak nak berambus dari kepotak aku ke apa? Asek terngiang-ngiang je.. Iskkk..

"I'm no longer your muse."



By the way, harini MC lagi.. Semalam half day.. Bila nak baik ni? Karang tak memasal kena buang kerja.. =___=! Badan, tolong bertahan.. Jangan cepat sangat mengalah ok? Otak boleh, takkan kau tak boleh..

Saat-saat genting macam ni, perut mula la melaparkan makanan yang enak-enak.. Sabar ya, perut.. Berapa hari je lagi nak gaji.. Nanti kita makan puas-puas sampai pecah perut ok? :D *extremely excited!*




Ok, cukup sudah sesi luahan yang terbuku dan terpendam. Next! Wishlist untuk tahun baru aku adalah iPod Nano dan Skullcandy Hesh. :D Kenapa iPod Nano? Sebab jam aku banyak yang dah pecah, putus tali, etc, etc, etc.. Dan aku jugak sangat memerlukan mp3.. Yelah, takkan tiap-tiap pagi aku nak kena habeskan bateri Blekberak aku yang sememangnya kuat kedarah bateri ni? Petang nak balik kerja, dah susah.. Dahlah dekat call floor tak boleh bawak henfon.. Sampai bila aku nak curik-curik cas henfon dalam beg azimat keramat aku tu? Harga dia memang agak mahal dan agak tak berbaloi sikit.. Sebab ramai je kata, "Alang-alang dah RM450 tu, tambah sikit je lagi, angkat Touch.." Sikit tak sikit, still kena tambah.. Kang payah-payah sangat, aku angkat je Shuffle.. Setel! Murah pun murah..

Kenapa Skullcandy Hesh? Sebab aku tak mampu nak beli Beats Studio! *ngangesh* T.T Nak beli yang China Made punya boleh.. Tapi kualiti kureng ah.. Harga dah dekat sama dengan Original Skullcandy.. Baik amek yang ori.. Sah-sah kualiti terjamin.. Ye dak? Aku pun ada aim Skullcrusher.. Ada subwoofer siap! Tapi still kena pakai bateri bagai.. Beza Skullcrusher dengan Beats Studio adalah Skullcrusher perlukan bateri untuk on subwoofer.. Tapi Studio perlukan bateri untuk beroperasi.. Apakah? Baik hangkut speaker percuma kepsi kulu kilir!



iPod Nano Merah sangat cun!


Nak yang cenggini


Kalau takde, yang ni pun ok


Skullcrusher



Ini memang lambat lagi nak mampunya.. Mampus mungkin



Tuesday, December 20, 2011

full stop.




I know you keep stalking not because you care, Incek Epal. Maybe you just enjoy seeing me suffer and watch me ruining my own life. Never mind. I'll shut this thing down very soon. Please, do enjoy your last laugh.

Sunday, December 18, 2011

pengisytiharan.



Kembali melayan perasaan setelah sekian lama menyepi.. Layan la kepotak gila aku ni.. Padan muka follower semua! Bhahaha! :D


Aku akan delete semua post pasal kau bila tiba masanya nanti. Aku tau kau sangat tak suka aku cakap pasal kau. Mungkin aku patut berhenti mengganggu jiwa kau. Maafkan aku dan mintak halal semua ya, MHAM a.k.a Incek Epal.. :)


Ps: Semoga kau dan dia bahagia hingga ke akhir hayat.

aku berdosa!

Aku rasa sangat berdosa sebab aku rasa macam aku yang jadi punca budak Chris tu kena buang kerja atau ayat yang lebih mulia, disarankan berhenti.. Iskkk.. Tapi dia memang suka susahkan masyarakat setempat pun.. Jumaat lepas aku datang ofis lambat atas sebab-sebab yang tertentu.. Sampai-sampai je, aku tengok dia kena kuarantin tak boleh buat call.. Muka TL (Team Leader) aku dah menyinga.. Cuak la jugak takut kena maki di tengahari pagi Jumaat yang mulia.. Rupa-rupanya Si Chris tu dah buat sampai orang IT Department kena turun padang.. Kalau aku pun bengang asyik kena release sistem untuk dia je.. Dia je buat PC dia kena block 7-8 kali sehari.. Ini bukan cerita dongeng.. Memang itu exact amount berapa kali orang IT kena unlock PC dia tiap-tiap hari..

Last-last TL aku suruh dia buat keputusan nak terus kerja ke tak.. Akhirnya pada pukul 4.30, selesai la semua urusan surat menyurat secara elektronik dan Jumaat lepas adalah hari terakhir beliau bekerja di Allianz Life Malaysia Berhad.. Maka, tamatlah riwayat kesan degil.. Tiadalah sudah orang yang nak tiru apa saja yang aku buat! Alhamdulillah.. c(=

Sunday, December 11, 2011

aku | movie

Aku tak tau kenapa tapi bila tengok cerita yang comel-comel, mesti aku mengidolakan watak dalam cerita tu.. Ulang tayang wayang sampai boleh hafal dialog dorang.. Tak dapat jadi macam watak-watak tu, dapat plush toys dorang pun jadila.. :D


1. Tangled
Nak ada rambut macam Rapunzel dan ada pet macam Pascal..






2. Despicable Me
Sangat mengidolakan Agnes dan nak ada fluffy unicorn macam dia jugak!
"It's so fluffy I'm gonna die!!"




3. Kung Fu Panda 2
Po semasa bayi sangat comel! Nak ada plush toys yang demok bulat macam tu! :D



4. Happy Feet
Teringin nak ada Eric! :D



5. Puss in Boots
Nasib baik tak teringin nak bela kucing! Phewwww~ (=___=")




Ps: Tapi macam-macam mana pun, Toki tetap di hati! T.T


Sunday, December 4, 2011

jatuh motor cinta?

Walaupun masih demam terkejut akibat eksiden jatuh motor Jumaat lepas, aku gagahkan jugak diri untuk menaip kat blog ni.. Hehe.. Bajet-bajet nak pancing simpati ke hape? c(= Ok, sekarang biar aku kongsi kisah kehidupan sehari-harian aku dulu.. Dah lama tak pokpekpokpek panjang-panjang kat sini.. Selalu singkat dan padat je.. :D


Tiap-tiap hari tengok list nama orang, aku jadi sewel dan biol sikit.. Nama pelik-pelik pulak tu.. Ada yang berbelit lidah nak sebut.. Ada jugak nama tak masuk akal.. Sampai terpaksa tarik nafas tahan gelak.. Tapi payah gak.. Takut nanti terlampau tahan gelak sampai terkentut! Yela, mana taknya.. Mana lagi angin gelak terbahak aku nak keluar? Takkan telinga kot?


Kat ofis, aku duduk sebelah seorang perempuan yang semua orang syak dia hilang skru.. Mungkin dia jangkit dengan aku? :D Tak pulak aku pasti yang itu.. Nak dijadikan cerita, dia ni takde cermin.. Fyi, setiap orang kena ada cermin kat atas meja.. Sebab dia ni takde cermin, dia selalu la menumpang cermin aku.. Mula-mula aku tak kesah sangat.. Tapi lama-lama aku bengang la jugak.. Orang tengah stress kerja, tiba-tiba tarik cermin aku terus pakai.. Mula-mula dulu mintak losyen.. Sekarang dia dah beli losyen, takde la dia mintak dah.. Tapi masalahnya, sama dengan aku pulak tu.. Budak-budak lain mula la tuduh dia mengidolakan aku! Demyuh! Zilla dengan Mirul tak habes-habes cakap Chris tu buddy aku.. Aku bengang, aku kenenkan Chris tu dengan Mirul.. Setel! Tapi Chris ni pun satu.. Orang lain pakai bedak jugak.. Tapi takdela bedak Cuticura oren tu letak kat muka.. Kau nak feeling-feeling bayi ke apa? Kalau nak kulit sehalus bayi, pakai la Baby Johnson.. Ni pakai Cuticura.. Apakah? Aku pakai bedak tu kalau badan gatal-gatal je.. Sebab dia macam bedak berubat kan.. Mungkin muka dia gatal kot.. Siapa tau? Yang menambahkan lagi masalah, tiap kali dia berbedak kat sebelah aku pulak tu.. Habes aku dah kena flu! Semua pasal kau! Mana taknya, tiap kali dia bedak muka, berterbangan debu bedak masuk ke dalam lubang hidung aku yang sememangnya tak kecik ni.. Bertambah sakit jiwa aku..




Inilah bedaknya.. Tapi dia punya versi kecik la..



***************




Izinkan aku luahkan rasa hati sebentar di sini.. Kat ofis aku, ada dua-tiga orang yang tiba-tiba mengaku dah jatuh sayang kat aku.. Alasan mereka, sebab aku ni jenis tak leceh.. Aku kurang nak percaya sangat.. Yela, mungkin sebab aku budak baru.. Sebab tu korang senang-senang je boleh suka.. Dan boleh jadi jugak korang saja nak main-mainkan aku.. Aku pulak masih mengalami masalah hati.. Aku ada tersuka kat salah sorang dari mereka.. Mungkin sebab dia sangat-sangat ikhlas jaga aku.. Selalu ingatkan aku pasal solat, baca Quran.. Senang cerita bab agama ni la.. Dia tak paksa aku, tapi cara dia buat aku terbukak hati nak buat semua tu.. Yang jadi masalahnya, kejap je suka tu.. Seminggu lepas tu, terus hati aku tawar.. Lepas tu mula la aku tercarik-carik gambar Anem.. Lepas tengok, terus jadi sayu.. Nak senangkan benda rumit ni, aku cakap kat dorang, aku belum bersedia.. Aku tunggu ex aku.. Ok, sangat jujur dan ikhlas.


A: "Takpela.. Tak kesahla.. Kalau you rasa benda tu boleh buat you happy, tunggula.. Tapi I nak you tau yang I akan sentiasa ada untuk you dan akan terus cuba untuk bahagiakan you.." (Aku tak tipu.. Ni memang exactly ayat dia.. Takde edit.. Skema sial kau!)

B: "Sampai bila nak bazirkan hidup kau? Kau bukan makin muda.."

C: "Apa yang buat you tunggu dia? Mungkin sebab korang dah lama kot.."


Kenapa aku tunggu? Aku pun tak pasti.. Dan aku pun kurang mengerti mengapa tiap kali ada lelaki cuba mendekati, Tuhan akan palingkan hati.. Sampai bila aku nak macam ni? Tidak aku punya jawapan untuk itu.. Bukan aku tak nak cuba dengan orang lain.. Cuma aku tak nak bagi harapan palsu.. Sangat tak jujur dan ikhlas bila aku bercinta dengan orang lain tapi hati aku kat orang lain.. Ok, jangan gelak. This is the lame-o-me. So, what? Memang aku pilih untuk jadi macam ni.. Tak salahkan?




Ps: Hari-hari aku doa supaya Tuhan berikan aku petunjuk atau jawapan yang pasti.. Kau pun tau kan aku ni lampi.. Tapi, aku tak pasti kenapa tiap kali aku doa, tiap kali tu aku terbayangkan kau.. Memuja yang tak sudi? Tuhan nak bagi aku rasa apa yang kau rasa mungkin.. Hukum karma..

Wednesday, November 30, 2011

luahan hati sang penanti

Mencintai tak semestinya memiliki.. Cukup sekadar aku mampu buat kau bahagia, walaupun bahagia tu bukan ketika kita bersama.. Aku sayang kau lebih dari segalanya.. Tak ku harapkan balasan.. Cukup sekadar kau tau aku sentiasa ada di sini untuk kau luahkan perasaan..




Ps: Terima kasih kerana memahami. =)


Tuesday, November 29, 2011

suka > sayang > cinta




Lagu ni gabungan kisah bahagian kau dan kisah bahagian aku.
Kisah kita berdua.
Kisah kita bersama.