Sunday, December 18, 2011

aku berdosa!

Aku rasa sangat berdosa sebab aku rasa macam aku yang jadi punca budak Chris tu kena buang kerja atau ayat yang lebih mulia, disarankan berhenti.. Iskkk.. Tapi dia memang suka susahkan masyarakat setempat pun.. Jumaat lepas aku datang ofis lambat atas sebab-sebab yang tertentu.. Sampai-sampai je, aku tengok dia kena kuarantin tak boleh buat call.. Muka TL (Team Leader) aku dah menyinga.. Cuak la jugak takut kena maki di tengahari pagi Jumaat yang mulia.. Rupa-rupanya Si Chris tu dah buat sampai orang IT Department kena turun padang.. Kalau aku pun bengang asyik kena release sistem untuk dia je.. Dia je buat PC dia kena block 7-8 kali sehari.. Ini bukan cerita dongeng.. Memang itu exact amount berapa kali orang IT kena unlock PC dia tiap-tiap hari..

Last-last TL aku suruh dia buat keputusan nak terus kerja ke tak.. Akhirnya pada pukul 4.30, selesai la semua urusan surat menyurat secara elektronik dan Jumaat lepas adalah hari terakhir beliau bekerja di Allianz Life Malaysia Berhad.. Maka, tamatlah riwayat kesan degil.. Tiadalah sudah orang yang nak tiru apa saja yang aku buat! Alhamdulillah.. c(=

No comments: