Walaupun masih demam terkejut akibat eksiden jatuh motor Jumaat lepas, aku gagahkan jugak diri untuk menaip kat blog ni.. Hehe.. Bajet-bajet nak pancing simpati ke hape? c(= Ok, sekarang biar aku kongsi kisah kehidupan sehari-harian aku dulu.. Dah lama tak pokpekpokpek panjang-panjang kat sini.. Selalu singkat dan padat je.. :D
Tiap-tiap hari tengok list nama orang, aku jadi sewel dan biol sikit.. Nama pelik-pelik pulak tu.. Ada yang berbelit lidah nak sebut.. Ada jugak nama tak masuk akal.. Sampai terpaksa tarik nafas tahan gelak.. Tapi payah gak.. Takut nanti terlampau tahan gelak sampai terkentut! Yela, mana taknya.. Mana lagi angin gelak terbahak aku nak keluar? Takkan telinga kot?
Kat ofis, aku duduk sebelah seorang perempuan yang semua orang syak dia hilang skru.. Mungkin dia jangkit dengan aku? :D Tak pulak aku pasti yang itu.. Nak dijadikan cerita, dia ni takde cermin.. Fyi, setiap orang kena ada cermin kat atas meja.. Sebab dia ni takde cermin, dia selalu la menumpang cermin aku.. Mula-mula aku tak kesah sangat.. Tapi lama-lama aku bengang la jugak.. Orang tengah stress kerja, tiba-tiba tarik cermin aku terus pakai.. Mula-mula dulu mintak losyen.. Sekarang dia dah beli losyen, takde la dia mintak dah.. Tapi masalahnya, sama dengan aku pulak tu.. Budak-budak lain mula la tuduh dia mengidolakan aku! Demyuh! Zilla dengan Mirul tak habes-habes cakap Chris tu buddy aku.. Aku bengang, aku kenenkan Chris tu dengan Mirul.. Setel! Tapi Chris ni pun satu.. Orang lain pakai bedak jugak.. Tapi takdela bedak Cuticura oren tu letak kat muka.. Kau nak feeling-feeling bayi ke apa? Kalau nak kulit sehalus bayi, pakai la Baby Johnson.. Ni pakai Cuticura.. Apakah? Aku pakai bedak tu kalau badan gatal-gatal je.. Sebab dia macam bedak berubat kan.. Mungkin muka dia gatal kot.. Siapa tau? Yang menambahkan lagi masalah, tiap kali dia berbedak kat sebelah aku pulak tu.. Habes aku dah kena flu! Semua pasal kau! Mana taknya, tiap kali dia bedak muka, berterbangan debu bedak masuk ke dalam lubang hidung aku yang sememangnya tak kecik ni.. Bertambah sakit jiwa aku..
Inilah bedaknya.. Tapi dia punya versi kecik la..
***************
Izinkan aku luahkan rasa hati sebentar di sini.. Kat ofis aku, ada dua-tiga orang yang tiba-tiba mengaku dah jatuh sayang kat aku.. Alasan mereka, sebab aku ni jenis tak leceh.. Aku kurang nak percaya sangat.. Yela, mungkin sebab aku budak baru.. Sebab tu korang senang-senang je boleh suka.. Dan boleh jadi jugak korang saja nak main-mainkan aku.. Aku pulak masih mengalami masalah hati.. Aku ada tersuka kat salah sorang dari mereka.. Mungkin sebab dia sangat-sangat ikhlas jaga aku.. Selalu ingatkan aku pasal solat, baca Quran.. Senang cerita bab agama ni la.. Dia tak paksa aku, tapi cara dia buat aku terbukak hati nak buat semua tu.. Yang jadi masalahnya, kejap je suka tu.. Seminggu lepas tu, terus hati aku tawar.. Lepas tu mula la aku tercarik-carik gambar Anem.. Lepas tengok, terus jadi sayu.. Nak senangkan benda rumit ni, aku cakap kat dorang, aku belum bersedia.. Aku tunggu ex aku.. Ok, sangat jujur dan ikhlas.
A: "Takpela.. Tak kesahla.. Kalau you rasa benda tu boleh buat you happy, tunggula.. Tapi I nak you tau yang I akan sentiasa ada untuk you dan akan terus cuba untuk bahagiakan you.." (Aku tak tipu.. Ni memang exactly ayat dia.. Takde edit.. Skema sial kau!)
B: "Sampai bila nak bazirkan hidup kau? Kau bukan makin muda.."
C: "Apa yang buat you tunggu dia? Mungkin sebab korang dah lama kot.."
Kenapa aku tunggu? Aku pun tak pasti.. Dan aku pun kurang mengerti mengapa tiap kali ada lelaki cuba mendekati, Tuhan akan palingkan hati.. Sampai bila aku nak macam ni? Tidak aku punya jawapan untuk itu.. Bukan aku tak nak cuba dengan orang lain.. Cuma aku tak nak bagi harapan palsu.. Sangat tak jujur dan ikhlas bila aku bercinta dengan orang lain tapi hati aku kat orang lain.. Ok, jangan gelak. This is the lame-o-me. So, what? Memang aku pilih untuk jadi macam ni.. Tak salahkan?
Ps: Hari-hari aku doa supaya Tuhan berikan aku petunjuk atau jawapan yang pasti.. Kau pun tau kan aku ni lampi.. Tapi, aku tak pasti kenapa tiap kali aku doa, tiap kali tu aku terbayangkan kau.. Memuja yang tak sudi? Tuhan nak bagi aku rasa apa yang kau rasa mungkin.. Hukum karma..

3 comments:
sejak bile pandai bawak moto ni?next time ati2 ye..=))
hot stuff!!
sejak dua menjak nak jimat duit isi minyak kereta.. :D
hot ke? macam suam2 kuku je.. c(=
Post a Comment