Untuk entri yang ini, aku takde mood nak pokpekpokpek pasal kehidupan seharian aku.. Tapi aku sangat rajin nak kongsi tentang produk harian yang aku selalu gunakan.. Benda yang bagus harus dikongsi.. Tak gitu? Sesuai la untuk bakal pengantin, orang yang suka atau masih tercari-cari produk yang sesuai.. *gaya dah macam stokis/MLM punya orang*
Ok, let me start from top to toe.
1. Syampu
Setelah bertahun-tahun aku gunakan syampu Sunsilk pink tanpa jemu, akhirnya aku beralih kepada produk yang lain.. Bukan apa, sejak-sejak umur makin meningkat ni, tahap keguguran rambut aku pun makin meningkat jugak.. Adehhh! Tensen kawan nak kutip rambut hari-hari.. *botak* Syampu yang aku pakai sekarang adalah L'oreal Fall Repair 3X.. Bau dia sangat sangat sangat menyenangkan dan berkesan untuk rambut rontok, malah rambut jadi sangat sangat sangat lembut jugak.. *tak caya meh try pegang* Sunsilk pink pun best jugak efek dan bau dia.. Tapi tu la.. Sesuai untuk mereka-mereka yang takde masalah keguguran rambut..
L'oreal Fall Repair 3X
Sunsilk Smooth & Manageable
2. Muka
Kulit muka aku ni jenis yang campur-campur a.k.a combination skin.. T-zone sangat berminyak tapi yang lain-lain cepat kering dan flaky.. Tak boleh silap produk sikit, terus menggelupas pastu bertampuk-tampuk muka macam kena panau.. Sejak aku pakai L'oreal Hydra Fresh ni, muka aku jadi ok.. Tak berminyak dan tak kering.. Tapi aku ni degil jugak kadang-kadang.. Pakai jugak Oxy Daily Scrub tu untuk buang blackheads dan white heads.. Habis kering gelupas-gelupas kulit aku.. Last-last, L'oreal Hydra Fresh Moisturiser jugak yang jadi penyelamat.. Bukan aku saja-saja nak degil, masalahnya sang kepala hitam dan kepala putih tu nak kena halau jugak.. Kalau tak habes berjerawat muka aku yang mulus ni.. *muntah darah*
L'oreal Hydrafresh Cleanser, Toner and Moisturiser
Tapi sekarang, aku dah sedar diri sikit.. Aku dah tak pakai produk untuk remaja (Oxy).. Haritu aku Google la tengok review pasal Neutrogenanya shower gel.. Lepas tu terserempak pulak dengan review pasal pencuci muka dia.. So, aku pun nak cuba la.. Sepanjang aku pakai Cleanser dan Daily Scrub dia, aku terasa (atau mungkin aku je yang perasan) kulit aku makin licin.. Walaupun dia tulis Daily Scrub, tapi aku pakai seminggu 2-3 kali je.. Butir-butir dalam scrub dia sangat halus.. Makanya, muka anda tidak akan terasa pedih selepas menggunakannya.. Echeehhh! Neutrogena kena bagi aku komisyen sikit ni sebab buat promosi.. Same goes with the Cleanser.. Tak mengeringkan kulit dan buat kulit jadi lembut..
Neutrogena's Deep Clean Cleanser
Neutrogena's Deep Clean Daily Scrub
Seperti biasa, untuk dapatkan efek yang mantap, silalah pakai "the basic three": Cleanser, Toner and Moisturiser.. Barangsiapa yang mengatakan Moisturiser tak sesuai untuk kulit berminyak, meh sini aku nak sekeh.. Pelembab adalah sangat penting untuk semua jenis kulit terutamanya yang kering dan jugak berminyak.. Sekian.
Untuk krim jerawat, aku guna Moogoo Acne Cleanser.. Fungsi dia bukan saja boleh buat jerawat hilang, malah boleh melembapkan kulit jugak.. Tapi lepas tu kalau aku nak keluar, memang kena sapu bedak la sebab dia jenis krim kan.. Nanti tak memasal orang panggil aku Orang Minyak sebab berleming semacam je muka.. +___+
Moogoo's Acne Cleanser
3. Bedak padat dan BB Cream
Aku pakai bedak murah-murah je.. Yang ni, jenama Pixy.. Ia adalah 2 way cake foundation di mana bila anda basahkan span tu dan sapu pada muka, anda tak perlu lagi pakai sebarang bedak asas tambahan.. Jimat wang, jimat masa, jimat tenaga.. Tapi aku still pakai BB Cream jugak untuk menutup cela di muka.. Yela, muka aku kan tak flawless.. Untuk BB Cream, aku pakai Precious Mineral dari Etude House.. Takdela.. Mana ada aku minat K-pop.. Sakinah yang kata benda ni Shinee pakai.. Mana la aku tau pape pasal K-pop ni.. Yang penting, muka aku nampak mulus bila pakai benda ni.. Sudah memadai..
Pixy's 2 Way Cake Foundation
Etude house's Precious Mineral BB Cream
4. Penggaris mata
Aku pakai Maybelline Master Liner sebab dia memang sangat sangat sangat sangat mengurangkan kecomotan (smudge) yang selalu terjadi setelah memakai penggaris mata untuk jangka masa yang lama.. (Padahal tangan gatal genyeh-genyeh mata)
Maybelline's Master Liner
5. Maskara
Bila nak pergi kerja, aku malas sangat nak tenyeh eyeliner.. Bukan apa.. Pagi-pagi Subuh shafi'e nak kena bangun tenyeh-tenyeh.. Dah tu nya, tak best jugak siang-siang hari dah nampak muka ala-ala nak pergi dinner.. Tapi sebab sekarang ni aku bekerja sebagai secretary, makanya dua-dua aku kena pakai.. Setiap hari! =___=" Kalau ikutkan hati aku, nak bagi nampak muka berseri je.. Bukan nak jadi cover majalah pun.. Kalau setakat nak lepak-lepak, aku gantikan eyeliner dengan maskara.. Oleh kerana baru nak berjinak-jinak, aku belilah satu maskara dekat Daiso.. Ye, Daiso.. Kedai Jepun yang semua barang pun RM5 tu.. Tapi barang-barang dia berkualiti hokeh? Hasilnya, ada yang memuji mata aku cantik macam Spongebob.. Hahahaha~ Serius. Memang nampak lain sikit bila aku pakai maskara.. Nampak la sikit bulu mata kakak yang tak berapa nak panjang dan sikit ni.. Sekarang ni, dah tak musim orang nak make up over-over because less is more.. Tapi tak bermakna kena pakai baju tak cukup kain.. Ehemm!

Daiso's Mascaras
6. Pemerah pipi dan bibir
Benetint ni memang digunakan khas untuk orang yang nak nampak natural macam aku.. Boleh digunakan untuk muka dan jugak bibir.. (Nama penuh dia: Benefit's Lip and Face Tint) Produk dari Benefit ni memang dah lama glemer kat oversea.. Malaysia ni je baru nak masuk.. Harga dia boleh tahan la, tapi yang menarik pasal produk mahal ni, kau tak payah pakai banyak.. Kau pakai sikit-sikit pun efek dia dah nampak.. I love this one the most because it makes me look like I'm having rosy cheeks.. Hohoho~
Benefit's Benetint
7. Pemerah pipi
Menatang ni memang dah lama bertakhta dalam beg mekap aku.. Tapi, apakan daya.. Aku kan pemalas nak mampos.. Memang tak luak la.. Aku pakai untuk attend any special occasion SAHAJA. Tapi sekarang, hari-hari aku tenyeh.. Aku prefer yang ni sebab dia nampak natural dan sesuai untuk kulit sensitif.. Tapi sebab kulit serta semua benda yang ada kat badan aku ni jenis degil, memang takkan lekat, separuh masa pertama kat tempat kerja aku dah kena touch up balik.. Sumpah penat! Tak tipu.
Maybelline's Clear Smooth Minerals Blusher
8. Pelembap dan pewarna bibir
Pelembap bibir yang aku pakai sekarang ni jenama Moogoo.. Dapat free sebab beli set dia haritu.. Efek dia memang superb habes! Sangat tahan lama, tak rasa macam pakai lip balm pun sebab ringan yang amat.. Dan dia diperbuat dari bahan semulajadi sahaja.. Bau lemon, ada efek cooling mint sikit.. Memang seronok!
Moogoo's Lip Balm
Aku memang jarang pakai lipstick.. Kalau ada apa-apa occasion baru aku tenyeh.. Tu pun selalu-selalu pow orangnya je.. Tapi yang ada dalam beg mekap aku sekarang, yang ni la.. Elianto's Matte Berry.. Warna dia seseronok rasa dia.. Ada rasa coklat-coklat sikit..
Elianto's Matte Berry
9. Berus gigi
Bagi mereka-mereka yang dah hampir melangkaui usia belia, aku syorkan korang pakai Oral B Cross Action.. Terasa gigi sangat bersih sebab gigi geraham bongsu pun dia sampai.. Bagi sesetengah berus gigi, aku rasa tak seronok sangat kadang-kadang terasa gigi geraham bongsu aku tak diberi perhatian.. Nanti mulalah nak kena pergi scaling.. *malas*
Oral-B CrossAction Pro-Health
10. Deodoran
Sejak dari sekolah lagi memang aku pakai rangkaian deodoran dari jenama ni je.. Sebab memang tak menghampakan.. Ketiak tak bau tengik bila berpeluh, ketiak tak hitam (akibat peluh dan cukur), ketiak baju pun tak keras mahupun kuning.. Kalau tak aku tengok, habes keras dan kuning ketiak baju tu.. Lagi-lagi baju sekolah atau baju putih.. Aku kan sekolah asrama.. Masa mandi cuci baju secara berjemaah tu, sempat jugakla jeling kiri kanan.. Kesimpulan yang aku dapat, Rexona memang mengandungi banyak bahan kimia..
Nivea Whitening Happy Shave
11. Cecair mandian
Kulit aku memang extra sensitif.. *bajet kulit orang kaya-kaya la tu* Tapi nak buat macam mana, memang hakikatnya macam tu.. Kalau pakai shower gel/cream yang salah pun boleh gelupas kering merekah, inikan pula bila pakai sabun buku.. Sakit pedih seksa! *ngangesh* Makanya, terpaksalah aku pakai mandian bayi ataupun yang mahal sikit.. Tapi jangan salah paham pulak.. Bukan semua yang mahal tu boleh diharapkan atau boleh buat geng dengan kulit aku..
Kalau mandian bayi, aku memang pakai Johnson's Baby Bath Peach je.. Kadang-kadang kalau gedik-gedik baru paka Johnson's Milk Bath.. Tapi bau dia aku tak berapa gemar sangat.. Kalau yang Dove's GoFresh ni pun ok jugak.. Memang feveret.. Bau dia best! Wangi gila nak mampos! Tapi tu la.. Tak sesuai untuk kulit aku yang mudah sangat tegang dan merekah.. Untuk orang lain, mungkin sesuai sebab dia melembapkan kulit.. Cuma kulit aku ni je yang mengada-ngada lebih.. =___=!
Johnson's Baby Bath Peach
Dove's GoFresh
Neutrogena's Rainbath Refreshing Shower & Bath Gel pun aku pernah pakai jugak.. Memang mahal.. +-RM58 untuk 32 FL OZ.. Tapi sekali mandi, aku pakai dua pump je (untuk dari batang leher hingga ke hujung jari kaki).. Sangat senang berbuih.. Tak pakai loofah pun takpe.. Memang super jimat! Bila nak bilas tu, senang gila.. Lantai pun tak licin.. *nanti takde la yang tergelincir dalam toilet lagi dah* Bau dia pun best.. (Bagi aku la.. Sebab aku ada terbaca jugak orang komplen bau dia tak best..) Dia ada 3 jenis sebenarnya..
1. Original
2. Grapefruit
3. Pear & Green tea
Tapi kat Malaysia ni masuk satu je.. Original.. Oh, nanti kalau ada yang terjumpa lagi dua jenis tu, silalah share ye.. Aku carik dengan susah payah kot.. Sebesar-besar Midvalley tu pun takde benda ni.. Yang aku jumpa dekat Guardian Presint 8, Putrajaya (depan rumah aku) ni je.. Baru-baru ni aku nampak baru ada dekat Guardian Alamanda.. Pun original jugak..

Neutrogena's Rainbath
Yang aku pakai sekarang? Johnson's PH 5.5 Body Wash with Almond Oil.. Dia ada 3 jenis, tapi aku prefer yang ni sebab bau dia lagi menyenangkan.. Tak menusuk hidung.. Kakak dah tak berapa nak kaya kan.. Ni jela mampu.. Hohoho~
Johnson's PH 5.5 Body Wash with Almond Oil
11. Losyen badan
Tak kesahla kalau orang nak tuduh aku bajet-bajet bayi pun.. Tapi produk Johnson's memang sesuai dengan kulit aku.. Nak kata superb tu, idak le.. Tapi mampu la buat aku rasa selesa.. Losyen Oxygen Fresh ni bau dia memang best.. Cuma texture dia macam geli-geli sikit la, sebab kacuk dengan gel kan.. Jenis cepat meresap dalam kulit, dan tak rasa pun macam pakai losyen.. Compare dengan losyen lain, lepas pakai terasa melekit tangan.. Pastu mula lah nak pergi basuh, kan.. Baik takyah pakai losyen kalau cenggitu.. Sebotol yang boleh pump tu, memang aku letak dalam kereta je.. Tapi sekarang, aku letak kat ofis.. Duduk dalam ekon kan.. Kering dan bersisik la kulit I nanti, terus tak jelita.. Ok, sila muntah ikut hidung sekarang.
Johnson's Oxygen Fresh Gel Lotion
Ini pun ok jugak.. Bau ok, efek ok, cuma macam aku cakap tadi la.. Melekit sikit.. Orang lain mungkin tak kesah pun.. Tapi aku ni tak suka tangan aku terasa aneh-aneh.. Nanti mulalah rasa tak selesa.. Kalau dah asek basuh tangan, baik kau buat mandi je losyen ni.. Sah-sah nanti kau bilas jugak kan.. Membazir!
Johnson's 24 Hour Lasting Moisture Body Lotion
12. Pencukur
Kenapa aku pilih yang ni? Sebab pertama, dia pakai 4 blades.. Memang cukuran licin habesss.. Tak sempat la kau nak kutip bulu kau buat timbang kati beli barang.. Yang keduanya, aku dah jimat untuk beli shaving foam.. Shaver ni dia dilengkapi dengan pejadah-apa-aku-tak-tau-nama.. Fungsi dia sama dengan shaving foam, shaving gel, tak pun sabun yang kau guna semasa mencukur.. Sambil kau bersiram atau lepak bawah shower tu, kau boleh selamba badak je shave tanpa rasa sakit atau rasa bersalah.. Hasil dia memang superb!
Schick's Intuition
Ps: Tak, aku tak dibayar untuk tujuan promisi barang-barang ni semua. Kalau dapat bayaran, cara gak.. Kakak kaya!
Pps: Sesuai untuk aku, tak semestinya sesuai untuk korang. Tapi, tak cuba tak tau.