End of first escapade for 2014. Kembali ke bentuk asal! *sila guna nada Card Captor Sakura* Urghhh.. Annoying! Kenapa? Sebab dah tak boleh nak suka hati mak bapak je bangun lewat, dah tak boleh nak suka-suka je sarung baju apa, dah tak boleh nak jenjalan seronok-seronok.. Urghhhhhh! Sumpah tak best! Tapi nak buat cenggane.. Kalau tak kerja, mana kakak nak korek duit untuk next escapade? "Takpe, gaji kita kan ada.." Hahahaha~ c(= How I wish I could hear that everyday.. *sigh*
Harini pergi kerja, jalan lengang.. Wilayah cuti lagi kan.. Best? Takde la best sangat.. Sebab mengantok.. Jet lag mungkin? *bajet!* Ramai yang masih bercuti, sampai aku tuduh dorang silap tengok kalendar.. Makanya, tinggal berapa kerat je yang datang kerja.. Nak lepak tangga pun takde geng.. *buhsang* Tapi harini aku TERbangun lewat.. Yelah, masa cuti haritu off semua alarm kan.. Sampai terlupa nak on balik.. Memang tak sedar diri la kawan tido.. Bersiap apa patut, keluar rumah pukul 8.35.. Bawak rilek-rilek pun sampai sebelum pukul 9.. Ok la tu.. Takde la istilah lambat untuk hari pertama di bulan baru..
Pasal vacay eh? Tak tau nak mula dari mana.. Gambar dari kamera sendiri memang nan hado la.. Tunggu orang hantar je.. Tu pun kalau dorang rajen.. Tempat-tempat yang aku sempat pergi? Selain dari Waterfront yang dah jadi tempat wajib kepada siapa-siapa yang pergi Kuching tu, aku pergi Jong's Crocodile Farm, mandi kat Ranchan, lepak tengok laut kat Santubong, jenjalan sambil cuci-cuci mata kat Sarikin.. Tu jela kot.. Apa yang aku bawak balik selain dari kek lapis dengan ikan terubuk masin? Nah, tengok sendiri.
Kasut kanvas Dunlop yang super selesa
Taring harimau hasil tawar menawar yang menakjubkan
Pandaman yang demok dan nampak pemalas anjing! *Reflection of myself? Deng!*
Ps: The song is for you, Nini. You've got to be kind to yourself, little sister. Jangan risau, Kakak will always be there for you. *hugs and kisses*
No comments:
Post a Comment