Tuhan nak aku jadi lebih kuat barangkali.. Semua dugaan datang bertubi-tubi.. Takpelah.. Yang dah jadi, biarkan terjadi.. Teruskan hidup tu lebih penting dari putus asa dan bunuh diri.. Mungkin kita berdua, masing-masing belum matang lagi.. Dan mungkin jugak kita ada masalah komunikasi yang tak dapat diatasi.. Tak dihirau, tak peduli.. Mungkin sudah takdir Ilahi.. Mungkin kau tak punya perasaan dan jugak hati.. Tak mengapa.. Semoga kau sentiasa dibawah lindunganNya dan diberkati..
Ps: Mungkin hati awak kurang air.. Tu yang kering je tu..
Selamat menjalani fasa hidup yang seterusnya.. Semoga kau bahagia hingga keakhirnya.. Aku semakin yakin tiada jodoh antara kita.. Tak mengapa.. Silap aku juga.. Dengan senang melepaskan sesuatu yang sangat berharga.. Yang belum mampu aku jumpa penggantinya.. Setiap perkara terjadi sentiasa ada hikmahnya,, Perjalanan hidup kita memang sangat berbeza.. Maafkan aku dan terima kasih atas segalanya..
April, at last! Phewwwww.. Alhamdulillah, everything goes almost according to the plan.. Glitches and flaws will sure have in everything or anything.. Just pretend that they are not there and you will be just fine.. =) Escapade 4.0, here I come! I'm going solo, solo, solooooo.. *out-of-tune singing*
Sambil-sambil memerah idea menghabeskan neuron dekat blog ni, aku order Domino's Pizza via online.. Dorang ada satu sistem ni nama dia GPS Tracker.. Tak, bukan Global Positioning System.. Tapi Great Pizza Service Tracker..
Kat sini korang boleh tengok apa yang telah terjadi kepada pizza yang korang dah order dan berapa minit masa yang dorang amek untuk satu-satu proses tu.. Cool wooooo~~ Excited pulak nengok.. :D
Ps: Sesuatu untuk orang malas macam aku.. Lepak depan PC, sedar-sedar makanan dah sedia depan mata.. Bhahahaha~
Misi seterusnya, pergi jenjalan makan sedap-sedap dan movie marathon juga!! Nak repeat tengok kat BeaniePlex.. Best wooooo~~ Tak kesah la kalau pergi tengok sorang pun.. Sebab harga pergi dua orang atau sorang sama je.. Memang tiket dia kena beli untuk dua orang..
Must see movies:
1. Hunger Games
2. Wrath of the Titans
3. Mirror Mirror
4. The Lorax
5. This Means War done at BeaniePlex!
6. The Avengers
7. Despicable Me 2 (2013.. Lambat!)
*in no specific order
Ps: When the time for you're-always-right and I'm-always-wrong has come, let me take my always-wrong way and you can take your always-right path.
*Atas sebab privasi lagu tema kali ni tak dapat di tempel. Sila klik link
Sangat cehelahakaha bila tengah sedih-sedih, pastu tertido, pastu termimpi pasal kau.. Sumpah semak! Aku pun tak pasti kenapa tapi tiap kali aku dah mula ralit dan kau semakin luput dari ingatan, mesti tiba-tiba ada jela apa-apa benda yang muncul dari entah mana yang membuatkan aku teringat kat kau.. Takkan la karma tak habes-habes lagi? Banyak betul dosa aku kat kau? Macam kau tak pernah silap sepanjang kita bersama pulak kan? Aku tau dunia ni kecik je.. Tapi bila time aku, tak pernah pulak aku terserempak dengan kau? Maknanya, dunia ni takde la sekecik yang disangkakan kan?
Ps: Kenapa awak selalu ada di mana-mana, Incek Epal? TT___TT
_____________________________________
Apa perasaan seorang lelaki kalau perempuan yang dia pernah puja tiba-tiba masuk meminang masa birthday dia, padahal waktu tu dia dah ada girlfriend? Kalau aku, aku akan kaji balik sejarah macam mana boleh putus dulu.. Dan kalau alasan untuk putus tu sangat kukuh, aku akan tolak mentah-mentah.. Tapi kalau Incek Epal, memang aku takkan pikir panjang la, takyah tunang bagai.. Nikah terus! v(^__^)v
Ps: It's been nearly five years since the first day you stepped into my life. Even though you are here no more and you've found somebody new, yet your steps never fade nor gone. (24607-4910)
Ok, I lied. Aku apply jugak jawatan Pustakawan S41 dekat MBPJ tu.. Atas desakan masyarakat setempat sebab tengok aku macam takde kehidupan yang sempurna, gaji pun tak seberapa, orang cuti aku kena kerja dari pagi sampai malam.. Sehingga tiada masa untuk berhibur dan bergembira.. Hidup aku cuma kerja kerja kerja.. Nak kata kumpul harta, tak nampak pun hasil depan mata.. *sigh* =____=! Ye, aku apply.. Tapi aku hantar borang tu by hand.. Aku ingatkan aku sorang yang buat macam tu.. Rupanya, last day ramai jugak yang buat.. Kesimpulan? Memang orang kita suka buat kerja last minute..
_____________________
Rasa macam nak maki Incek P pun ada.. Oleh kerana aku takde kenderaan nak pegi kerja, dia suruh aku berhenti saja.. Waaaahhh banyak cantik lu punya muka? Senang-senang je kau.. Takpun, kau bagi Forte kau kat aku then kau berhenti la kerja. Setel! Nak aku berhenti kerja je memanjang.. Baik kau sajes aku jadi suri rumah tangga sepenuh masa je macam tu..
Nak tak nak, terpaksa aku mencarik alternatif lain.. Tempat kerja memang dekat.. Tapi kalau naik tren, kena lajak ke Kolumpo dulu pastu patah balik.. Mana boleh tahan wooo.. Kalau kerja pagi, pukul berapa aku nak keluar rumah? Kalau balik malam, pukul berapa nak sampai rumah?
Haritu ada customer datang dan sajes aku apply kerja kat UMW KMC.. Tapi aku macam teragak-agak.. Bukan tak nak mencuba.. Cuma keyakinan diri aku tak berapa nak tinggi.. Nanti masa interview mulalah mengalami nervous breakdown.. Taknaaaaaaaaaaakkkk!! *ngigau*
Ps: Oh, April! Cepatlah datang. Good news for me and also for you, baby.. *excited* (^_____^)
Pps: Oh, Tuhan. Tolong jauhkan dia dariku. Aku semakin yakin dia bukanlah jodohku. Memang tiada siapa yang dapat meneka rencanamu tapi sesungguhnya perjalanan kami sungguh jauh dari pandangan mata dan penuh berliku. Tidak sanggup aku menyakiti dan disakiti lagi. Ku pohon padamu Ya Allah. *praying for the best for us*
Bhahahahaha~ Yup! Aku mengaku aku sangat keji.. Tapi aku sangat sayang anak monyet aku ni.. Tapi yang menjadi tanda tanya, kenapa setiap kali aku pulang ke rumah, mesti Sang Monyet tengah tido nyenyak.. Tak sempat nak bermanja dan beramah mesra.. Bila aku kacau dia, kena marah dengan masyarakat setempat.. *sigh* =____="
___________________________
Sedang aku meluaskan minda dan meluaskan skop pencarian kerja, aku terjumpa satu iklan pasal jawatan kosong untuk Pustakawan S41 dekat MBPJ.. Tapi tarikh tutup dia adalah esok.. Makanya, aku mengambil keputusan untuk tidak melakukan pekerjaan sia-sia dengan tergopoh-gapah mengisi borang dan melengkapkan segala yang dipinta.. Sebab kerja gomen ni payah sikit.. Kalau nak apply ni, walaupun kita terlupa nak isi maklumat peperiksaan UPSR yang entah berapa kurun yang lampau tu pun, akan direject tanpa belas kasihan.. Makanya, sekian terima kasih sahajalah.. Mungkin tiada rezeki di sana.. *another job hunting* *ngangesh* TT_____TT
Ps: Potong rambut 2 inci tapi demam sampai 2 minggu. Apakah?
Oleh kerana aku dah terkena jangkitan otak yang menyebabkan lagu tema yang sama terngiang-ngiang kat kepotak aku, aku nak heret korang sama! Bhahahaha! Oh by the way, kalau dulu sebelum tidur aku akan layan siri The Simpsons, tapi sekarang tambah satu lagi siri iaitu Adventure Time.. Maka, semaken rosak dan punahlah daya pemikiran secara logik aku dan maken mantaplah daya imaginasi aku.. Em, yang ni aku tak tau aku patut gembira atau sedih.. Hmmmm.. *garu-garu dagu*
"Adventure Time
C'mon grab your friends
We'll go to very distant lands
With Jake the dog
And Finn the human
The fun'll never end
Adventure Time!"
___________________________________
Ehem! Nak stalk pun agak-agak la ye.. Takde benda yang awak boleh jumpa kalau korek sampai ke dasar arkib blog ni pun.. Harap-harap awak berpuas hati dengan penemuan awak.. Hahahaha dah macam orang tu jumpa fosil ke apa dah..
Oh, oh! Cerita pasal fosil.. Aku nak sangat sangat sangat sangat pergi Johor Premium Outlet tu.. Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, harga kat sana memang sangat murah kalau nak dibandingkan dengan butik.. Dah nama pun outlet kan.. Tapi aku sangat teruja nak pergi sebab nak pergi Fossil punya kedai.. Kawan aku tu beli wallet Fossil RM90 je! Yang mana kat sini memang berganda-ganda mahalnya walaupun stok lama.. Jikalau korang ni peminat Fossil tegar, korang akan tau yang Fossil memang terlampau kedekut untuk buat sale malah hampir tak pernah ada pun.. Paling bangsat dia akan bagi adalah free shipping.. Kecewa kan? Aku lagilah terlampau kecewa.. Punya lah tunggu harga turun.. Memang sampai aku dah dapat cucu pun belum tentu..
Dah alang-alang sampai JB tu, nak gak aku panjangkan langkah ke sempadan sana.. Tapi apakan daya.. Bulan ni gaji cuma separuh sahaja.. Takpe, takpe.. Kau tunggulah bulan depan.. Aku bakal kaya! Ye ke? Macam sama je.. *kecewa*
Kali ni aku nak modify lagu Adventure Time.. Tolong nyanyi ikot nada yang betul ok? Dan tolong jangan lari tune.. Pitching lari sket-sket boleh dimaafkan..
Esok dah gaji.. Weeehooooo!~~ Mintak-mintak masuk cepat-cepat.. Dorang ni bukan boleh kira.. Kerja nak kerah keringat, tiba time gaji semua buat-buat tak ingat.. First thing first.. Gaji bulan lepas lesap illek tah ke mana pergi tak pasti.. Satu kelemahan diri yang patut diperbaiki.. Bila orang mintak, jangan senang-senang nak bagi.. Kena beringat nanti bila kita susah siapa yang nak ambil peduli?
Nak buat apa dengan gaji kali ni? ¾ kena simpan siap-siap untuk bekalan hari tua.. Tolong jangan sesiapa cuba menggoda! Selainnya nak buat bayar saman PTPTipu, nak beli kelengkapan diri yang sudah tidak berbaki.. Dan jugak nak buat pasport untuk kegunaan kemudian hari..
Dengarkan sebagai lagu tema kali ini.. v(^_____^)
Sambil dengar lagu, mari kita makan stoberi!! Weeeeee~~ :D
Ps: Last thing I heard, you were at your friend's house.. Hope everything's ok.. Sumpah risau macam hilang anak
Aku lagi suka lagi Be My Baby versi yang ni.. Sangat cohomelhel!
Layan lagu sebelum baca entri yang panjang seinci. =)
Oh, malam ku suram, siang ku kelam~ Banyaklah kau! Ok, semenjak dua menjak ni mimpi baik dan buruk datang bertalu-talu silih berganti.. Semuanya berkenaan insan yang serupa sama dan tiada beza.. =___=! Hadoi.. Penatlah.. Tapi orang kata, mimpi dan alam nyata selalunya berbeza.. Moga-moga.. Yang buruk aku mintak simpang, yang baik jemputlah datang.. Bhahahaha~
Ps: Incek Mimpi, tolong jangan main perasaan dan hati. (u______u) <--- mata bengkak tak cukup tido~~~~