Tuesday, March 20, 2012

tam ngan

Ok, I lied. Aku apply jugak jawatan Pustakawan S41 dekat MBPJ tu.. Atas desakan masyarakat setempat sebab tengok aku macam takde kehidupan yang sempurna, gaji pun tak seberapa, orang cuti aku kena kerja dari pagi sampai malam.. Sehingga tiada masa untuk berhibur dan bergembira.. Hidup aku cuma kerja kerja kerja.. Nak kata kumpul harta, tak nampak pun hasil depan mata.. *sigh* =____=! Ye, aku apply.. Tapi aku hantar borang tu by hand.. Aku ingatkan aku sorang yang buat macam tu.. Rupanya, last day ramai jugak yang buat.. Kesimpulan? Memang orang kita suka buat kerja last minute..


_____________________



Rasa macam nak maki Incek P pun ada.. Oleh kerana aku takde kenderaan nak pegi kerja, dia suruh aku berhenti saja.. Waaaahhh banyak cantik lu punya muka? Senang-senang je kau.. Takpun, kau bagi Forte kau kat aku then kau berhenti la kerja. Setel! Nak aku berhenti kerja je memanjang.. Baik kau sajes aku jadi suri rumah tangga sepenuh masa je macam tu..


Nak tak nak, terpaksa aku mencarik alternatif lain.. Tempat kerja memang dekat.. Tapi kalau naik tren, kena lajak ke Kolumpo dulu pastu patah balik.. Mana boleh tahan wooo.. Kalau kerja pagi, pukul berapa aku nak keluar rumah? Kalau balik malam, pukul berapa nak sampai rumah?



Haritu ada customer datang dan sajes aku apply kerja kat UMW KMC.. Tapi aku macam teragak-agak.. Bukan tak nak mencuba.. Cuma keyakinan diri aku tak berapa nak tinggi.. Nanti masa interview mulalah mengalami nervous breakdown.. Taknaaaaaaaaaaakkkk!! *ngigau*




Ps: Oh, April! Cepatlah datang. Good news for me and also for you, baby.. *excited* (^_____^)

Pps: Oh, Tuhan. Tolong jauhkan dia dariku. Aku semakin yakin dia bukanlah jodohku. Memang tiada siapa yang dapat meneka rencanamu tapi sesungguhnya perjalanan kami sungguh jauh dari pandangan mata dan penuh berliku. Tidak sanggup aku menyakiti dan disakiti lagi. Ku pohon padamu Ya Allah. *praying for the best for us*

No comments: