Oleh kerana aku dah terkena jangkitan otak yang menyebabkan lagu tema yang sama terngiang-ngiang kat kepotak aku, aku nak heret korang sama! Bhahahaha! Oh by the way, kalau dulu sebelum tidur aku akan layan siri The Simpsons, tapi sekarang tambah satu lagi siri iaitu Adventure Time.. Maka, semaken rosak dan punahlah daya pemikiran secara logik aku dan maken mantaplah daya imaginasi aku.. Em, yang ni aku tak tau aku patut gembira atau sedih.. Hmmmm.. *garu-garu dagu*
"Adventure Time
C'mon grab your friends
We'll go to very distant lands
With Jake the dog
And Finn the human
The fun'll never end
Adventure Time!"
___________________________________
Ehem! Nak stalk pun agak-agak la ye.. Takde benda yang awak boleh jumpa kalau korek sampai ke dasar arkib blog ni pun.. Harap-harap awak berpuas hati dengan penemuan awak.. Hahahaha dah macam orang tu jumpa fosil ke apa dah..
Oh, oh! Cerita pasal fosil.. Aku nak sangat sangat sangat sangat pergi Johor Premium Outlet tu.. Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, harga kat sana memang sangat murah kalau nak dibandingkan dengan butik.. Dah nama pun outlet kan.. Tapi aku sangat teruja nak pergi sebab nak pergi Fossil punya kedai.. Kawan aku tu beli wallet Fossil RM90 je! Yang mana kat sini memang berganda-ganda mahalnya walaupun stok lama.. Jikalau korang ni peminat Fossil tegar, korang akan tau yang Fossil memang terlampau kedekut untuk buat sale malah hampir tak pernah ada pun.. Paling bangsat dia akan bagi adalah free shipping.. Kecewa kan? Aku lagilah terlampau kecewa.. Punya lah tunggu harga turun.. Memang sampai aku dah dapat cucu pun belum tentu..
Dah alang-alang sampai JB tu, nak gak aku panjangkan langkah ke sempadan sana.. Tapi apakan daya.. Bulan ni gaji cuma separuh sahaja.. Takpe, takpe.. Kau tunggulah bulan depan.. Aku bakal kaya! Ye ke? Macam sama je.. *kecewa*
Kali ni aku nak modify lagu Adventure Time.. Tolong nyanyi ikot nada yang betul ok? Dan tolong jangan lari tune.. Pitching lari sket-sket boleh dimaafkan..
"Fossil Time
C'mon grab your friends
We'll go to very distant lands
With P the man
And me the woman
The fun'll never end
Fossil Time!"
Hahahahahahahahaha~~~ Damn lame!! Ok, bye.
2 comments:
fossil?? damn... i want to go to... jom buat trip g sne... deal?
aku amek cuti bulan 4.. dan aku pergi weekdays.. diulang, weekdays.. i think you couldn't make it babe.. hahahahahaha~
Post a Comment