Perjalanan yang menyesakkan dada dan kepala.. Mengantuk betul harini.. Kenapa tah.. Hantar mak pergi kerja pagi tadi, lepas tu hantar dia kat Mydin Kotaraya, ni baru sampai rumah.. +__+ Penat! Dalam kereta tadi, tiba-tiba aku terpikir nak tanya mak satu soalan..
"Mak, ada ke orang perempuan pergi masuk meminang lelaki?" Dengan nada bodoh-bodoh alang.
"Ada, Siti Khadijah.. Tapi dia hantar orang la wakilkan dia.."
"Memang la hantar wakil.. Takkan tiba-tiba saya nak pergi sendiri pastu cakap 'Makcik, aku nak kawen dengan anak kau.'" Sambil buat gaya.
"Tapi tu la.. Nanti orang kata perigi carik timba pulak.." Mak bagi komen.
"Dah tu, kalau laki tu lambat sangat.. Takpun segan sangat nak masuk minang, selamba jela.." Aku cuba membidas.
"Tapi kan, kalau dah sayang sangat, ada je orang mampu buat camtu.." Kawan mak mencelah.
Boleh tak kalau nak setuju dengan pendapat kawan mak tu? Yela.. Kalau dah betul kau sayang sangat sangat sangat.. Masuk je minang.. Apa susah.. Siapa tau.. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.. Ye dak?
Ps: Birthday awak nanti saya masuk meminang awak ok? 5 bulan lagi.. Tunggu saya pls.. Thanks! =)
No comments:
Post a Comment