Wednesday, August 28, 2013

Sang Bayi | Jin lampu Aladdin | Kawen

Sang Bayi buat perangai lagi.. Jual anak ni, pergi amek anak angkat aci tak? *super duper stress* Nak buat appointment dah la susah gila.. Asek full manjang.. Kalau bukan sebab warranty, takde makna aku nak hantar kat situ lagi.. Sang AHM, cepatla kaya.. Boleh beli Forte! Takpun CX 7 ke..


_______________



Boleh tak kalau aku nak rasa macam aku ni bertunang dengan jin lampu Aladdin? Baru je post pasal jam, tiba-tiba dah dapat.. Sumpah kali ni aku tak ngarok-ngarok.. Aku ada la cakap yang aku nak beli tapi takde la setiap 10 minit aku ulang benda tu macam nak iPod Nano..


Yang Metal Knit tu memang dia belikan.. Yang biru tu cabutan bertuah.. *bertuah la sangattt* Beli mana-mana jam di Swatch dengan harga biasa, kau layak untuk join cabutan bertuah tapi kena tambah RM80.. Jam yang kau bakal dapat price range antara RM190-RM1000.. Ya, memang takde istilah "nanti rugi". Tapi sama ada kau suka ke tak design tu je la.. Alhamdulillah, aku memang nak jam yang macam ni kan.. Warna dia pun aku suka gila nak mati.. Sang AHM keluarkan modal RM470 tapi aku dapat jam harga RM620 (for both).. Aku happy gila sampai perak dan ciwi selama beberapa minggu.. Hahaha~ *lame!*




Name: Late Again
Collection: 2004 Spring Summer
Family: Originals
Strap material: Leather
Case material: Plastic
Function: Alarm, Water resistance: 3 bar, Touch
Price: +-RM230

Nama sesuai dengan bunyi alarm dia.. Slow nak mampos macam bunyi kentut seorang perempuan yang kaver-kaver.. *kentut kepit* +___+ Memang kau takkan sedar alarm dia bunyi unless kalau kau duduk dekat tempat sunyi dan letak jam tu tepi telinga.. Sebagai balasan, kau mesti bangun lambat kalau kau harapkan pada dia semata.. Puuiii! Tapi aku suka cara nak set alarm dia.. Kau kena tap dekat muka jam untuk set the alarm time or if you want to set it on/off.. *super cool!*


Masa awal-awal beli jam, aku selalu pakai yang biru ni.. Lepas tu Sang AHM tegur..

Sang AHM: Apsal asek pakai yang ni je? Mana yang mahal tu?
Aku: Saya rasa macam hensem gila bila pakai yang ni..
Sang AHM: Habestu yang satu lagi tu?
Aku: Tu jam comel.. Bila nak nampak comel, pakai yang tu.. Nak nampak hensem, pakai yang ni..


Comel kan perangai aku? Bukan apa.. Aku kena berlaku adil pada kedua-duanya sekali.. Kalau aku pakai salah satu je, kesian yang satu lagi tu.. Memang layak untuk berpoligami kan? *uhuk!*


___________________



Kepam pos sampai nak dekat sebulan! Mood nak merepek belum sampai kononnya.. *pernah ke tak merepek?* Penat badan, campur dengan penat nak menahan dugaan.. Perghhh.. Ikutkan baran, nak je aku pergi pukul.. Orang macam tu cakap banyak tak guna.. Memang layak kena rejam sampai mati.. *bengang*


Minggu ni pulak busy sikit dengan preparation untuk majlis Sabtu ni.. Banyak lagi tak siap.. Hand bouquet, sireh junjung, makanan untuk Majlis Nikah, baju untuk majlis tak carik lagi.. Tak, bukan aku yang kawen. My childhood bestfriend, Wani, yang nak kawen.. Makanya, aku sekali la kena tempias pura-pura busy.. Tak menang tangan? Takdelah.. Bakal pengantin pun relaks je aku tengok, buat apa aku nak tolong gelabah untuk dianya.. Buang masa!

Aku kagum gila dengan bakal pengantin yang sorang ni.. Kenapa? Meh aku list down sebab-sebab dia..

1. Prepare last minute: lagi 3 minggu sebelum majlis baru plan nak buat itu ini
2. Bantai je makan semua benda: orang lain sibuk berdiet bila dah dekat nak majlis, dia sibuk melantak makanan yang enak-enak *sekali dengan aku-aku sekali terjebak!*
3. Buat majlis yang sangat simple dan ala kadar walaupun ada je yang sanggup nak sponsor: kalau orang lain, sampai sanggup berhutang semata-mata nak beli cincin harga 8k, takpun nak hantaran nampak gah..

Haaaa.. Hebat kan? I thought so.. Tapi, kalau aku pun tak peduli sangat kot pasal lemak berbondong-bondong ni.. Bukan apa.. Dah memang Sang AHM kenal aku yang berlemak.. Satgi dah kawen tengok takde lemak, mulalah dia tuduh aku buat lipo.. Takpun tengok badan montok sangat, karang dia tuduh aku suntik botox pulak.. Tak memasal timbul fitnah.. Dari dia fitnah, baik dia bunuh je aku..


Semalam konon-konon buat so called "Bachelorette Party" la untuk Sang Cikeren ni.. Masing-masing dah mula merancang tarikh nak langsung majlis dorang.. Perghhhh.. Terasa tua siot! Lagi terasa tua bila orang bukan jemput datang kenduri kawen, tapi kenduri cukur jambul anak yang kedua.. Aku bila lagi? Saya sekolah lagi.. *School of Information Management* Ya, aku bohong. UiTM tak pakai "school" tapi dorang pakai "faculty".. Pedulik ah! Jangan sampai aku ajukan soalan, "Korang bila nak mati?" Blergghhh~


Ps: Dengar cerita, kursus kawen dah naik harga ek?

Friday, July 26, 2013

Rayhan | Sa'ah

Sebelum aku beli wangi-wangian haritu, aku dah prepare macam-macam.. Tapi apakan daya.. Bila dah banyak sangat, terus jadi rambang hidung! Menyesal plak beli Britney Spears Fantasy Twist.. Terus aku bagi adik aku.. Sekarang ni macam teringin nak pakai Lady Million, Clinique Happy, D&G Light Blue dengan ada satu tu Dior.. Tapi tak ingat jenis yang mana.. Tapi aku suka jugak bau unisex yang macam CK Summer tu.. Boleh tak kalau nak beli roll on je semua tu.. Kenapa tak nak amek miniature? Sebab kes minyak wangi tumpah dalam beg tu la! Huh! *masih bengang* Buat masa ni aku tengah pakai 3 perfume..

1. DKNY Fresh Blossom
Yang ni hadiah hari lahir aku yang ke 25.. Sche yang bagi.. Bau dia memang sangat menyamankan, sesuai untuk semua majlis.. Sesuai dipakai untuk ke pejabat, majlis-majlis formal mahupun masa jenjalan cuci mata.. Senang cerita, boleh pakai hari-hari.. Kalau kau rasa kau memang busuk, sebelum mandi pun kau boleh sembur.. Aku tak suka sangat bau yang terlalu kuat dan pekat sampai menyesakkan hidung dan menusuk kepotak.. Sakit kepala woo.. Kalau agak-agak nak jenis yang macam tu, baik aku tenyeh minyak atar beli kat Masjid India je.. Murah pun murah.. Oleh kerana aku punya 50ml je, aku dah start kedekut nak pakai.. Sayang nak bagi habes.. Ada alasan aku nak beli perfume baru.. c(=



2. CK Sheer Beauty
Yang ni aku pakai miniature je.. Tapi bau dia serius best.. Dia ni la yang tumpah haritu.. Semak pulak aku.. Habes tag, cable, pendrive, gula-gula, duit syiling aku bau "cantekkk".. Ada jugak aku terpikir nak beli yang besar punya.. Tapi takut mengecewakan.. Sebab selalunya, miniature dengan yang normal size, bau dia ada lari sikit.. Mungkin sebab faktor ruang kot.. Yang ni pun sama.. Sesuai dipakai setiap hari, sesuai untuk semua majlis.. Tapi aku biasa pakai yang ni untuk pergi kerja atau majlis rasmi je.. Dia sesuai jugak untuk casual wear.. Tapi tau jela aku.. Mana selalu casual wear.. Selekeh wear ada la.. So, aku sembur je DKNY Be Delicious Fresh Blossom tu.. Setel! Tapi sebenarnya, jauh di sudut hati aku, aku sedar pemakaian yang sebegitu sangat sesuai dengan CK Summer.. Hahaha~



3. CK Euphoria
Yang ni pulak, aku beli masa sale hujung tahun lepas.. Aku belikan Sang AHM perfume untuk letak atas hantaran.. Dan dia pulak belanja aku yang ni sebab ada diskaun dan konon-konon jugak nak letak atas hantaran.. Sekali dia lupa.. *tahpape* Yang ni kadang-kadang aku suka, kadang-kadang aku kurang sikit.. *depends on my mood* Dia ni lebih kepada formal wear.. Selalu-selalu aku sembur masa nak pergi kerja atau kenduri kawen je pun.. Tapi bau dia memang sangat tahan lama.. Aku sembur untuk pergi kerja, kat 2 tempat nadi (pergelangan tangan dan leher), sembur kat baju barang sesembur dua, balik kerja, mandi, tidur.. Esok pagi bangun, ada lagi sisa-sisa bau dia.. Ok, la tu kan.. Kalau nak jimat, boleh la sembur 2 hari sekali je.. Hahahaha~ *tu bukan jimat tapi cheapskate!*


___________________




Aku dengan jam macam kerusi dengan punggung.. Saling melengkapi.. Sejak aku kenal dan tau fungsi jam, terus aku tak boleh nak berenggang dengan jam ni.. *sebenarnya lebih kepada terpengaruh cerita Power Rangers*

1. Casio Baby G Light Blue
Aku punya tali light blue, bukan putih..

First jam yang aku beli sendiri, jam Baby G Light Blue.. Aku beli ni masa sekolah rendah.. *kaya siot* Perghhh sekarang dah taraf vintage kot.. Dia ada 2 jenis: tali silicon/plastik dengan tali kain lilit-lilit beserta velcro.. Aku punya yang fully silicon , bila tekan lampu ada gambar dolphin kat belakang tu.. Masa tu memang paling top ah kategori jam digital.. Tapi, macam biasalah.. Budak-budak.. Jam tu tali dia pecah masa aku main hoki.. Gatal tak tanggal, kena libasan kayu hoki terbang.. Masa tu harga dia dalam RM150 tak silap aku.. 


2. Swatch Originals (tak ingat model)



Yang ni bapak aku belikan kat Mekah masa aku Form 1.. Kitorang 3 beradik dapat sorang satu.. Tapi selaku adik, aku dapat yang dorang tak nak.. Aku suka jam ni sebab belakang dia tu ada mirror effect.. Nombor dia separuh dekat cermin, separuh lagi dekat penutup muka jam tu..so, mirror effect tu buat nampak nombor dia jadi penuh.. Selalu jugak aku salah guna cermin tu, buat picit jerawat.. Masa muda remaja kan, hormon tengah tak stabil.. Berlambak jerawat naik.. Masak ranum! *haru* Bosan-bosan dalam kelas, aku bukak jam, stand kan dia tepi buku teks, pura-pura khusyuk tengok buku padahal tengah sebok anu jerawat.. Aku tak suka sangat tali dia, lepas tu aku tukar tali besi yang boleh main tarik-tarik je tu..Keburukan tali yang baru ni pulak, bila aku peluh je, dia sangkut-sangkut kat kulit.. Kadang tu sampai terkepit bulu roma.. Sakit wooo.. Lepas tu aku tambah guard sebab tak nak bagi calar.. Guard dia ni aku beli 2-3 keping gak.. Sebab warna warni kan.. Aku beli oren, ungu dengan putih clear.. Rajin gak main tukar-tukar.. *takde kerja* Dan rajin jugak dicilok oleh abang aku.. *demmm!* Jam ni berkhidmat untuk aku selama 5 tahun, sebab lepas tu mechanism dia rosak.. Tak berbaloi nak hantar kilang balik sebab warranty dah habes..


3. Swatch Snowpass: Scuba 200




Yang ni pulak aku beli sendiri guna duit elaun PLKN.. Harga dia RM220.. Aku suka sebab konsep dia macam stainless steel watch cuma material dia silicon.. Cantik pun cantik.. Tapi bila dah lama-lama pakai, putih dah start jadi kuning, tali pun mula reput dan pecah-pecah.. Aku ni pulak jenis pakai jam yang tak bukak-bukak.. Selalunya bukak untuk mandi, basuh kereta, berak, tapi lepas tu mesti aku pakai balik.. Tido pun aku pakai.. Makanya, aku membuat konklusi bahawa material sebegini rupa amat tidak sesuai untuk aku.. Sekian.


4. Elle

First jam yang memang khas untuk perempuan, baik dari segi bentuk mahupun saiz.. Aku beli Elle ni masa diploma.. Guna duit PTPTN, time sale.. Harga dia memang diskaun kaw-kaw.. RM99.. Aku  beli ni sekali dengan besfren aku, Sya.. Dia pun beli tapi bentuk lain.. Last time aku jumpa Sya awal tahun ni, Sya still lagi pakai jam dia tu.. So far, dia ni la yang paling lama bertakhta kat tangan aku, 6 tahun.. Aku stop pakai dia sebab skru dia dah start tercabut-tercabut.. Sebelum hilang, baik aku simpan leklok.. Seingat aku la, aku tak pernah tukar lagi bateri dia.. Tahan gila nak mampos kot.. *kagum*


5.  Jam takde jenama 

Cuba la baca kalau hebat..

  Nak tunjuk yang aku memang kelihatan macho dengan memakai jam ni..

Jam ni aku beli sebab interface dia sangat unik.. Ok, aku tipu. Aku beli tapi Anep yang bayarkan.. *thanks, man* Baru balik ofis, jenjalan kat Mines, masuk FOS, terserempak dengan jam unik, terus ngaruk mintak belikan.. Ya, memang aku buruk laku. Tapi harga dia tak mahal pun.. RM20.. Tak luak gaji pun kan.. Tapi aku pakai kejap je.. Seminggu dua je kot.. Sebab tali dia tercabut.. Mana taknya, bukan dia jahit pun tali tu.. Tepek pakai gam je.. Dalam seminggu dua yang dia berkhidmat untuk aku tu, beberapa kali jugakla kepotak aku pening-pening masa nak baca jam.. Tapi gigih jugak nak pakai! Kadang tu bila agak-agak putus asa, aku selamba slide henfon semata-mata nak tengok dah pukul berapa..


Short term target aku: Swatch Cotton Target dengan Swatch Metal Knit.. Tengah duk usya-usya je dari jauh.. Nak kata kumpul duit tu, takde la sangat.. Tapi lebih kepada tengah carik target nak ngepau.. Ngehngehngeh.. Ok, keji.


1. Swatch Metal Knit



Name: Metal Knit
Collection: Core Collection 2011 Spring Summer
Family: Skin
Strap material: Stainless Steel
Case material: Plastic
Function: Water resistance: 3 bar
Price: RM390


Siapa-siapa yang dah familiar sangat-sangat dengan Swatch ni mesti tau yang jenis-jenis jam dorang bergantung pada jenis Family jam tersebut.. Contohnya macam jam idaman aku ni, datang dari Skin's family.. Bermakna, dia ni jenis yang leper tu.. Kalau yang kat bawah ni, Irony, maknanya major parts/keseluruhan dia besi/stainless steel yang berat tu.. Serius, memang agak berat kalau nak dibandingkan dengan yang lain-lain.. Jam yang ni aku dah aim lama dah.. Sejak aku terpandang jam Dewi, terus jatuh chenta.. Dia punya CK, mahal sikit.. CK punya dengan muka jam tu sekali besi, compare dengan yang ni plastik.. Tapi takpelah.. Tak kaya, bajet pun takde.. Skin pun ok apa.. *sedapkan hati sendiri*



2. Swatch Cotton Target

Name: Cotton Target
Collection: Denim 2013 Spring Summer
Family: Irony
Strap material: Fabric/Leather
Case material: Stainless steel
Function: Day/Date, Water resistance: 3 bar
Price: Not sure


Yang ni pun aku nak gak.. Ok, memang aku tamak. Tapi takdela aku pakai setiap masa.. Sebab tali kain/kulit kan.. Senang berbau bila kena peluh/air.. Tapi memang santekkk! Ai loike~ Harga dia aku tak usya lagi.. Tapi Irony ni, RM500 tak lari.. Memang mahal sikit la..

Kenapa aku pilih Swatch dan bukan Fossil? Memang aku suka gila nak mampos Sang Fossil ni.. Baik jam dia, hinggalah ke passport holder-kecik-tapi-mahal-nak-mampos-sebab-genuine-leather dia tu.. Tapi apakan daya.. Harga dah sah-sah memang lagi mahal.. Dah tu tak pernahnya nak ada sale yang tahap clearance stok mahupun off season sale.. Takat RM20-30 je yang kurang, memang banyak ratus lagi la nak kena bayarnya.. Keduanya, design dia belum tentu ada yang betul-betul aku berkenan.. Warna dah ok, serabut sangat pulak design dia.. Design ok, warna ok, material dia shiny-shiny sangat la pulak.. Meghelip kata orang.. Uishhh.. Silau! Karang orang tertukar aku dengan M. Daud Kilau pulak karang.. So, skip! Nantilah mana tau ada rezeki orang nak belanja, bolehla aku pergi JPO pow beli apa patut..



Wednesday, July 10, 2013

Past.Present.Future.Impossible Tenses

Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat, bulat hati aku kerana tak bujur. Perghhhh.. Bukan senang nak buat keputusan yang melibatkan masa depan.. Terumbang ambing kejap.. Dan akhirnya aku beli jugak nombor pin BSN dan nekad nak sambung belajar.. Yang lain-lain, aku dah malas nak pikir.. Lantakkan semua benda! Lepas interview haritu, aku masih ternanti-nanti jawapan dari pihak universiti.. Tah pape tah.. Tak boleh ke bagi keputusan kurang dari seminggu? Macam la yang dorang nak buat keputusan tu antara hidup dengan mati.. Bukan nak kena tanda kertas ke, rujuk skema jawapan ke, paling tepat bukan result exam pun weihhhhh.. *tekanan* Karang orang dah plan cantik-cantik, dapat sambung pulak.. Bila takde plan, duduk melangut merenung jendela, permohonan diterima.. Echehh, ayat! Puii!


________________________



Manusia ni memang pelik-pelik.. Takut pada benda yang tak patut tak patut.. Terutamanya pada benda yang dia tak nampak, contohnya hantu.. Lepas tu pulak imaginasi hebat gila.. Macam-macam rupa hantu dia boleh bayangkan.. Kalau hantu je mesti rambut panjang, taring sampai ke lutut, mata merah.. Padahal, tengok pun tak pernah.. Tolak gigi taring panjang ke lutut, dah tu aku ni hantu la? Mata merah ngadap PC 24/7, rambut serabai.. *mungkin ada benarnya* =__="  Kadang-kadang aku terpikir jugak, hantu ni pun ada piawaian ISO jugak ke sebab kalau rupa dorang ni ada spesifikasi tertentu iaitu MENAKUTKAN..

Sama jugak dengan benda yang belum nampak, contohnya masa depan.. Tak sampai pun lagi, maka tak payah takut.. Yang pastinya, apa yang kita buat sekarang yang akan memberi kesan pada apa yang akan jadi kelak.. Tapi tu la.. Back up plan berlambak.. Dari A sampai Z, sampai habis abjad aku pakai untuk segala plan yang ada.. Tu belum kira plan A1, Z3 lagi.. Terasa putus asa bila tak kira kau buat macam mana pun, dah habis plan kau pakai, tapi outcome dia tetap sama.. *sigh* Memang kita merancang, tapi memang sesungguhnya Tuhan yang menentukan la jawabnya.. Sentiasalah berbaik sangka bahawa Tuhan ada perancangan yang lebih baik untuk kau.. *InsyaAllah*

_____________________


Harini hati ada sikit panas.. Balik dari badminton semalam, mandi, siap-siap barang apa semua, baru dapat tido.. Tu pun dalam pukul 2++.. Pukul 5 dah nak kena bangun sahur.. Masa terkejar-kejar prepare untuk meeting haritu, lutut aku dah buat pangai.. Rasa macam ketat sikit.. Semalam main badminton, langsung bengkak urat.. Pagi ni dengan tak cukup tido, kaki tencat, siap-siap pegi kerja.. On the way, singgah petrol pump isi minyak.. Masa nak tutup pintu kereta tu, tangan terkepit.. Bengkak serta merta.. Darah dah nak start mendidih dah.. Tahan lagi.. Sampai ofis baru ingat nak topup tido barang seminit dua (literally).. Sekali ada mulut-yang-memang-layak-kena-gelek-dengan-steamroll tegur, "Hey, Rayhanah..", dengan nada sinis.. Terus aku nak melenting.. "Diam ah kau.. Lantak ah.." Refleks. Aku tak pernah melawan kot selama ni.. Tapi pergi mampos.. Aku tak pernah bising bila hari-hari aku kena balik lambat setelkan kerja yang berlambak, tak claim OT, gaji ciput, kena jadi runner pergi sana sini, sedangkan korang lagi 5 minit nak sampai masa dah tercegat depan mesin punch card tu tunggu nak balik on time, so jangan bising bila aku tak cukup rehat/tido.. Selama ni korang buli dan tindas aku pun aku buat tak amek pusing je, jadi kali ni jangan nak carik pasal.. Bulan puasa ni memang kesabaran aku sangat nipis sebab takde shaiton-shaiton yang akan mengalihkan perhatian aku untuk berbuat dosa yang lebih besar.. 





 I got minion plushies!



Still waiting for my minion figurines to be delivered.. *gelojoh tak sabar*



Ps: I want these!!!! I want all.. Can I put it on my birthday wishlist?

Pps: No matter how tall your walls are, there's always someone who can break them down. *penat*

Wednesday, July 3, 2013

Esc

La Senza tengah sale.. Beli bra 3pcs dapat diskaun 50%.. Panties 8pcs RM119.. Campur 10% sebab ahli.. Tak ke murah nak mampos? Kena pulak bulan ni birthday aku.. Dia kasi up sikit jadi 50% + 20%.. Apa lagi.. Kasi borong ah itu kedai.. *rambang mata* Siap pilih-pilih nak kasi matching lagi.. Lepas ni memang kena tambah bra bag dengan bra laundry bag lah nampak gayanya.. Daiso je aci tak? =__="

 _____________________________


Setelah puas ditolak ke sana ke mari, dinoda dan diperkosa, akhirnya Sang Bayi telah sihat.. Sampai aku terpikir, nak kena hantar sejauh tu baru elok ke? Padahal kat sini, macam-macam tempat dah aku cuba.. Tapi semuanya menghampakan.. Diorang ingat kita ni beli barang pakai timbang kati bulu ke apa? Buat kerja tak ikhlas.. Tah tang mana yang dorang repair pun tak pasti, sebab lepas-lepas tu mesti masalah timbul balik.. Jenuh wooooo.. Sampai tahap dah tepon ejen nak tukar yang lain.. *geram* Orang lain pulak reti komplen je.. Tak pikir ke bebanan semua kat atas aku? Aku yang menanggung semua.. Memanglah time sakit demam tu ada jugak aku mengemis kat bapak aku untuk duit perubatan.. Tapi yang masa-masa lain, aku jugak yang kena bertanggungjawab ke atas segala benda.. Dah tu bagi orang pinjam, takde pulak nak jaga elok-elok.. Bila tengah marah, dah tak pikir dah harta benda aku.. Main hentam je sesuka hati.. Sumpah aku terasa macam dah malas nak bagi orang pinjam mahupun sentuh.. *sebal hati*

 _____________________________


Tired of the routines, with the same old thing.. Kepotak serabut gila, jiwa kacau bilau, akal tak berada di atas paksi.. Need to escape from all this.. Is it the time for Escapade 5.0 already? *sigh*  Aku memang cepat bosan dengan benda yang sama.. Jenis tak penyabar kot.. Atau tak tetap pendirian mungkin? Or am I trying to escape from the reality? Ok, tak payah pikir mendalam sangat. Nanti tah kemana-mana tah kepotak tu merewang.. Kali ni terasa macam nak pergi jauh sikit.. Tapi kalau tempat tak familiar susah sikit.. 'Cause I'm going solo, solo, solo.. (ikut nada Riding solo by Jason Derulo)

_____________________________


"Men are jerk"
Mel: When you keep telling this to people and to yourself, you will become one.. 'Cause deep down inside, I know you are not a jerk and definitely not heartless.




Ps: Idea belambak dalam kepotak cuma takde masa nak pokpekpokpek kat sini.. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kalau buat sang pembaca pening.. Malas nak censored-censored jugak.. Lantak korang nak pikir apa..

Monday, June 17, 2013

Inconsiderable June

Dah masuk setengah tahun.. Maka bermulalah episod busy-tak-hengat.. Mana dengan kena jadi urusetia itulah, attend meeting inilah, design flow aktiviti lagi.. Tak menang tangan kaki kepala otak.. Selamat tinggal benda-benda lagha.. Selamat tinggal tidur malam yang panjang.. Dan selamat tinggal rambut yang tak berapa nak lebat.. T__T Tiap-tiap bulan, ada je benda yang nak didesign.. Aku ni dah la tak seni.. Setakat nak tolong buatkan tapi orang yang bagi idea bolehla.. Orang selalu kata yang orang kidal ni berseni.. Tapi tidak aku.. Seni lukis dan seni reka memang fail.. Tapi seni repek repek sambil makan kerepek memang aku mahir.. *terutama tang makan tu* Please.. Do call me Grand Master..

Jumaat lepas kurang sikit sibuknya.. Maka, bolehla aku menaga sekejap.. Isi borang mintak izin nak pergi Permodalan Nasional Berhad (PNB) bukak akaun ASNB.. Ok, dah tua baru nak menabung. Better late than never.. *defensive* Tak sampai sejam dah sampai ofis balik.. Lepas puas pikir dengan Kak Aida nak pergi makan mana, jalan-jalan Alamanda membeli sambil berjalan.. End up beli thermos Kepsi percuma snack plate.. Bungkus bawak balik ofis, melantak sampai habes lunch hour.. *burn waktu tido* Balik rumah, mandi siap-siap, tunggu Sang AHM, pegi tengok wayang Man of Steel yang haprak-haram-tak-best!

Harini tak pergi kerja sebab kena food poisoning dari semalam.. Bangun awal cuma perut pening kepala pusing.. Berulang toilet tak payah cerita.. Tapi still bukak emel, siapkan kerja dan emel kat bos.. Nampak tak dedikasi tak dedikasinya aku? *puke blood*


____________________________



Kak Ariza dah bersalin anak lelaki.. Entah bila nak melawat belum pasti lagi.. Mungkin hari minggu ni kalau ada rezeki.. Tengah pikir nak beli hadiah apa sebab belum gaji lagi.. Thanks babang tolong beli! Bhahaha~ *batting eyelashes* 





A very meaningful song, indeed.



Ps: Still considering either Oslo or Amsterdam.. *timbang kati bulu boleh?*

Monday, May 13, 2013

hidup segan mati belum ajal

Isnin yang buhsang.. Makan gaji buta wooo.. Datang ofis kelip-kelip depan PC, belek-belek Minion, korek laci carik makanan.. Lelah lenguh badan penangan memandu jarak jauh semalam belum pun habis.. Kepala dah mula pusing akibat kurang darah.. Balik Kolumpo, Sang AHM demam rindu la pulak.. Sian budak gemok.. Baru tinggal 3 hari tu.. Dah demam.. Kalau pergi haji tinggal sebulan apa jadi kat dia agaknya? Silap haribulan, balik Malaysia, jadi cekeding tinggal tulang je agaknya.. *macam perkara mustahil je* Hahahahahaha~

Tengah bosan-bosan tak tau nak buat apa dah, tepon Sang AHM tanya kabar.. Dah penat pokpekpokpek macam mak nenek, tanya pulak menu apa dia tingin nak makan.. Manusia normal kalau demam, tekak tengah tak sedap memang takde selera nak makan.. Aku sorang je yang lagi sakit, lagi banyak melantak.. Last-last aku decide nak masakkan dia moi sup.. Selak-selak pulak katalog Aeon Big berkira-kira nak beli barang dapur.. Tapi semua bahan dah ada kat rumah.. *blank kejap*

Malam karang Sang AHM ajak main badminton kat Puchong dengan schoolmates dia.. *tak padan dengan demam panas kepala pusing tak boleh nak pergi kerja* Aku turutkan je.. Bagi dia keluar peluh sikit.. Nanti cepat sikit kebah.. 



___________________________________



Tengok keadaan tepon yang dah nyawa-nyawa ikan ni, teringin nak beli Q10.. Tapi apakan daya, belum masuk Malaysia lagi.. Cakap la apa pun, memang aku jenis orang tua yang tak reti nak pakai touch screen.. Tak berapa nak gemar.. Lagi suka ada butang-butang.. Masa menaip tu, terasa dekat hujung jari jemari ni.. Baru confident! *Looooooser*


Friday, April 26, 2013

Busuk perut jantung limpa.

Macam-macam jenis manusia dalam dunia ni.. Dah tak larat nak sedapkan hati sendiri.. =__=" Apakan daya.. Bila kawan-kawan best, bos pulak tak best.. Tapi bila dapat bos best, masyarakat sekeliling pulak sampah.. Mungkin ramai yang gila glemer, tapi tidak aku.. I don't like to be at the center of attention especially if it is on the negative side.. Kadang tu aku buat tak tau je.. Tapi makin lama, makin nipis telinga aku ni.. Tahap kesabaran, takyah cerita la.. Kalau dah sampai terhakis tu, harap maklum la.. Tak kira kau siapa, mau bertumbuk nanti.. (Tapi kena pastikan pakai buku lima dulu la..) c(=  *keji*
Tapi lagi bagus kalau kau dapat bos yang ok.. Apa-apa jadi dia boleh back up kau.. Dan lagi best bila dia tengok prestasi kerja semata tanpa mengambil pusing masalah peribadi kau.. Siap bagi naik pangkat lagi tu.. Memang superb ah! Itu macam kalu, memang bertambah lebiu lah kat bos.. Baru lah kau gembira dan senang hati je nak pergi kerja.. Ini tidak, hari-hari nak pergi kerja pun malas je sebab kenangkan gaji yang tak seberapa.. Dapat pulak colleague macam zirafah, panjang-panjang leher jenguk orang buat apa.. Haritu sebab dah tak tahan asyik dengar orang mengumpat, baru berkira-kira nak mintak tukar tempat.. Tiba-tiba harini bos panggil suruh tukar tempat.. Terima kasih, Tuhan.. Doa orang teraniaya memang termakbul..


Aku tak tau apa yang dorang ni busuk hati sangat dekat aku.. Nak kata gaji lebih, gaji aku ni tak sampai seribu pun.. Lepas la nak bayar duit kereta dan buat makan sikit-sikit.. Lainla macam dorang, siap boleh tukar hp canggih manggih lagi.. Hp aku ni dah terkopak-kopak dah getah dia.. Nak-nak pulak Sang Amna tu rajin kutis getah tepi-tepi tu.. Memang rompong la jawabnya.. Mungkin sebab aku ni terlalu comel kot.. Hohohoho~


Ps: Great people talk about ideas. Average people talk about things. Small people talk about other people.
Pps: Happy 27th belated birthday. 

Thursday, April 4, 2013

amalkan cara hidup yang sihat?

Pagi-pagi tengah siap-siap nak pergi kerja, mood lari kejap bila pergi mintak tolong orang bilik sebelah tolong zipkan baju setelah cubaan menggapai zip di belakang berkali-kali gagal..


Aku: Abangah, tolong zip jap..

Angah: Apsal? Dah gemok? *smirk*

Aku: Haah.. *hampa*



Siooooottt! Kalau memang tak sampai tangan nak zip kat belakang tu makna dah gemuk ke? Mungkinla.. Mungkin.. *in denial* Ahhhh penat ah nak pikir.. Selagi termampu, bantai je makan semua benda.. Karang dah tua, nak makan pun takde selera.. Lagi payah..*sedapkan hati sendiri*



___________________________________




Harini tekanan darah agak rendah.. Makanya, pergi Alamanda carik vitamin dan berries (bukan cerry berry).. Sekali tengok, sebekas +-RM30.. *gulp* Terus terkedu lidah membisu.. Gaji dah la tak masuk lagi.. Hadoiii.. Tekanan jiwa betul! Last-last, belila sejuring tembikai besar 3 jari berharga RM3++.. Mahal hokeh? Tapi nak buat gena.. Terpaksa.. 

Sepanjang hayat aku, aku perhatikan yang makanan sehat dan berkhasiat ni, memang lebih mahal dari makanan rapu.. Kalau camtu, orang yang kaya dan berduit jela yang sehat.. Masyarakat marhein dan golongan kurang mampu macam aku ni, sakit jela manjang? Tsskkk.. Sungguh tidak adil.. Kalau hasil tempatan pun letak harga mahal, apatah lagi yang import.. Meleleh air liur tengok jela.. I think I should stop talking about this right now 'cause I sounded like mothers..


Saturday, March 23, 2013

kuih pau tersangat sedap!

Urghhhh stress! Bukan pasal kerja ke apa.. Tapi pasal dah maken kopau.. Paha dah macam paha burung unta ke ayam belanda tah.. *bukan ayam daging lagi dah* Nak cover perut pun dah tak boleh.. Dengan susah payah hokeh? T___T Ada je manusia-manusia sumbang yang menyumbangkan komen tak berapa nak bernas sangat..


A: Ada je orang yang lagi perut besar dari kau tapi selamba je tak kaver-kaver.. Pakai ketat siap..

B: Takde nampak gemuk pun.. Biasa je.. Sang AHM yang nampak maken gemok ada la..


Banyaklah korang.. Tu orang lain.. Dorang tak nak kaver, dorang punya pasal la.. Tapi perut tu maruah aku tu.. Bhahahahaha~ Adeh! =___=! Nak menyelimkan perut dan paha! Pipi sekali.. Sumpah kopau gila.. Asek tergigit pipi je.. Sakit woooo ulser.. Tapi nak buat cenggane.. Duduk saja-saja buat kerja kat ofis tu, ada je yang menghulur makanan... Kena pulak hari-hari ada mesyuarat, maknanya hari-hari lah ada makanan tanpa henti.. Betul lah bila ada yang kata, "Orang Malaysia ni bukan mati tak makan, tapi mati sebab terlampau banyak makan.." Urgghhhhhhh.. Nak kurus, nak kurus, nak kurus..

Pulak tu, lepas makan banyak-banyak mula la mata maken kuyu.. Ni yang aku malas nak keja gomen ni.. Dulu praktikal gomen pun badan naik, tapi tak lama lepastu kurus balik bila kerja tempat lain.. Ni kalau kata setahun dua lagi, ada yang tak muat baju ni.. Kena pulak dah kawen.. *double urghhhhh*

Tapi cenggane nak hentikan tabiat suka mengunyah ni? Nanti perut berkeriuk keriuk tak boleh nak buat kerja pulak.. Waaaaaa.. T____T *nanges air mata darah*


Ps: Komplen macam-macam tapi mulut tak henti kunyah dari tadi.. Omnomnomnom.. *sedapnya ais krim Magnum Almond ni*  =___="

Tuesday, March 12, 2013

Jumaat Keliwon

Amaran: Dilarang baca bagi mereka-mereka yang mempunyai penyakit semput atau jantung.



Kau ni memang sangat malang bila kau pergi kedai cermin untuk tampal cermin yang retak di tengahari remang tapi kedai tu takde-tampal-tampal-kitorang-tukar-seketul-terus.. Lepas tu kau balik dari kedai cermin dengan hati yang kecewa, pergi makan, cek gaji, gaji dah masuk (walaupun lambat dan tak sampai seribu pun), pergi isi minyak full tank, parking kat basement ofis, orang naik cakap dengan kau tangki minyak kau bocor, turun bawah tengok minyak dah limpah-limpah sepah-sepah atas lantai, pergi Proton cek, memang hos bocor tapi diorang tak cover warranty dah kena tukar seketul terus.. Sabtu Ahad dah deal nak pergi kursus kawen tapi pagi tu kena hantar kereta pergi bengkel dulu, bangun pagi-pagi pergi hantar kereta sorang-sorang, balik tengahari terik matahari atas kening, tunang kau masih tidur, kejut bangun ajak pergi kursus, dia bangun mandi, cakap lapar nak makan, kursus kawen pukul 2, 12.30 kau kat Sungai Buloh lagi, dia kata nak kensel pergi hari lain.. Cuaca panas, hati panas, kepala panas, panas baran.. Lagi malang bila sumber kewangan kau berada di luar kawasan.. Ya, memang aku stress bila dugaan jatuh bertimpa-timpa.. *penyek kena himpap* 


Ps: Thank Allah for giving me you, the most annoying person yet the most understanding one. *tolong berhenti sogok saya dengan makanan*

Pps: Selamat membaca dengan enam nafas sahaja. Hahahahaha~