Dah masuk setengah tahun.. Maka bermulalah episod busy-tak-hengat.. Mana dengan kena jadi urusetia itulah, attend meeting inilah, design flow aktiviti lagi.. Tak menang tangan kaki kepala otak.. Selamat tinggal benda-benda lagha.. Selamat tinggal tidur malam yang panjang.. Dan selamat tinggal rambut yang tak berapa nak lebat.. T__T Tiap-tiap bulan, ada je benda yang nak didesign.. Aku ni dah la tak seni.. Setakat nak tolong buatkan tapi orang yang bagi idea bolehla.. Orang selalu kata yang orang kidal ni berseni.. Tapi tidak aku.. Seni lukis dan seni reka memang fail.. Tapi seni repek repek sambil makan kerepek memang aku mahir.. *terutama tang makan tu* Please.. Do call me Grand Master..
Jumaat lepas kurang sikit sibuknya.. Maka, bolehla aku menaga sekejap.. Isi borang mintak izin nak pergi Permodalan Nasional Berhad (PNB) bukak akaun ASNB.. Ok, dah tua baru nak menabung. Better late than never.. *defensive* Tak sampai sejam dah sampai ofis balik.. Lepas puas pikir dengan Kak Aida nak pergi makan mana, jalan-jalan Alamanda membeli sambil berjalan.. End up beli thermos Kepsi percuma snack plate.. Bungkus bawak balik ofis, melantak sampai habes lunch hour.. *burn waktu tido* Balik rumah, mandi siap-siap, tunggu Sang AHM, pegi tengok wayang Man of Steel yang haprak-haram-tak-best!
Harini tak pergi kerja sebab kena food poisoning dari semalam.. Bangun awal cuma perut pening kepala pusing.. Berulang toilet tak payah cerita.. Tapi still bukak emel, siapkan kerja dan emel kat bos.. Nampak tak dedikasi tak dedikasinya aku? *puke blood*
____________________________
Kak Ariza dah bersalin anak lelaki.. Entah bila nak melawat belum pasti lagi.. Mungkin hari minggu ni kalau ada rezeki.. Tengah pikir nak beli hadiah apa sebab belum gaji lagi.. Thanks babang tolong beli! Bhahaha~ *batting eyelashes*
A very meaningful song, indeed.
Ps: Still considering either Oslo or Amsterdam.. *timbang kati bulu boleh?*
No comments:
Post a Comment