Urghhhh stress! Bukan pasal kerja ke apa.. Tapi pasal dah maken kopau.. Paha dah macam paha burung unta ke ayam belanda tah.. *bukan ayam daging lagi dah* Nak cover perut pun dah tak boleh.. Dengan susah payah hokeh? T___T Ada je manusia-manusia sumbang yang menyumbangkan komen tak berapa nak bernas sangat..
A: Ada je orang yang lagi perut besar dari kau tapi selamba je tak kaver-kaver.. Pakai ketat siap..
B: Takde nampak gemuk pun.. Biasa je.. Sang AHM yang nampak maken gemok ada la..
Banyaklah korang.. Tu orang lain.. Dorang tak nak kaver, dorang punya pasal la.. Tapi perut tu maruah aku tu.. Bhahahahaha~ Adeh! =___=! Nak menyelimkan perut dan paha! Pipi sekali.. Sumpah kopau gila.. Asek tergigit pipi je.. Sakit woooo ulser.. Tapi nak buat cenggane.. Duduk saja-saja buat kerja kat ofis tu, ada je yang menghulur makanan... Kena pulak hari-hari ada mesyuarat, maknanya hari-hari lah ada makanan tanpa henti.. Betul lah bila ada yang kata, "Orang Malaysia ni bukan mati tak makan, tapi mati sebab terlampau banyak makan.." Urgghhhhhhh.. Nak kurus, nak kurus, nak kurus..
Pulak tu, lepas makan banyak-banyak mula la mata maken kuyu.. Ni yang aku malas nak keja gomen ni.. Dulu praktikal gomen pun badan naik, tapi tak lama lepastu kurus balik bila kerja tempat lain.. Ni kalau kata setahun dua lagi, ada yang tak muat baju ni.. Kena pulak dah kawen.. *double urghhhhh*
Tapi cenggane nak hentikan tabiat suka mengunyah ni? Nanti perut berkeriuk keriuk tak boleh nak buat kerja pulak.. Waaaaaa.. T____T *nanges air mata darah*
Ps: Komplen macam-macam tapi mulut tak henti kunyah dari tadi.. Omnomnomnom.. *sedapnya ais krim Magnum Almond ni* =___="
























