Wednesday, November 30, 2011

luahan hati sang penanti

Mencintai tak semestinya memiliki.. Cukup sekadar aku mampu buat kau bahagia, walaupun bahagia tu bukan ketika kita bersama.. Aku sayang kau lebih dari segalanya.. Tak ku harapkan balasan.. Cukup sekadar kau tau aku sentiasa ada di sini untuk kau luahkan perasaan..




Ps: Terima kasih kerana memahami. =)


Tuesday, November 29, 2011

suka > sayang > cinta




Lagu ni gabungan kisah bahagian kau dan kisah bahagian aku.
Kisah kita berdua.
Kisah kita bersama.


Wednesday, November 23, 2011

cubaan satu dua tiga

Suasana kat ofis baru, so far ok.. Biasalah.. Tempat mana-mana pun ada politik.. Sebelum aku beramah mesra dengan mereka-mereka semua, dorang semua ingat aku ni pemalu sebab asek tersengih je.. Padahal aku tahan gelak! Bhahaha~ Semua dah tertipu.. Dah lama sikit, baru tau perangai aku yang tak semenggah dan gila yang amat ni.. Baru nak kenal erti penyesalan kan? Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian perbelanjaan..

Kat ofis yang ni ramai sangat hadek-hadek la.. Sangat tak layak untuk dibuat cuci mata.. Tapi takpelah.. Dekat ofis sebelah dan ofis tingkat atas masih ramai jejaka jejaki yang kachak dan jelita.. Nak ngorat bagi ayat jiwa-jiwa pun tunggula cukup umur dulu, dik.. Ni bukan takat anak ikan emas, anak kura-kura pun belum tentu layak digelar.. Masih hijau bak kata orang.. Memang takkan la.. Semua orang aku layan macam penduduk asylum je.. Setel! =)


Cuba untuk menyibukkan diri dengan buat perkara yang kurang boleh dicerna akal.. OT memanjang.. Dengan harapan dapat lupakan awak.. Tapi apakan daya.. Tak berjaya.. Saya tak boleh alihkan perhatian dari terus kenangkan awak walau sesaat.. Mungkin betul saya kena jampi.. Bhahaha~ Tapi sumpah asek terbayang awak je.. Sampai saya dah tak tahan, saya letak gambar awak untuk profile picture BBM saya.. Maafkan saya..

Awak selalu pikir yang saya cuma teringat kat awak bila saya bosan, takde kerja atau perlukan bantuan awak.. Sebab awak selalu sangat cakap macam tu, saya pun sampai ragu-ragu dengan perasaan saya.. Tapi bila dalam keadaan macam ni, saya jadi sangat pasti dengan apa yang saya tengah rasa.. Ya, saya sayang awak.. Awak cinta hati saya.. Bukan sebab saya perlukan bantuan awak, dan bukan sebab saya bosan atau takde kerja nak buat.. Kadang-kadang saya jadi sayu.. Tiap kali naik tren, lalu dekat area yang kita pernah pergi, saya harap sangat dapat terserempak dengan awak.. Benda tu memang agak mustahil.. Tapi tak salah kan mengharap? Manalah tau satu hari nanti Tuhan kesiankan saya dan bagi saya terserempak dengan awak.. Macam kita terserempak kat Sungai Wang dulu la.. Kalau Tuhan dah nak bagi rezeki, ceruk mana pun kau akan dapat.. Betul kan?




Ps: Semoga awak dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Saya selalu doakan kebahagiaan awak.

Pps: I am being a workaholic plus trying to be committed to whatever I am doing right now. Thus, I don't have time to play tennis or any other games. Harap maklum, terima kasih.

Wednesday, November 16, 2011

unit trust

Tak, tak.. Bukan aku nak suruh kau melabur dalam amanah saham ke apa.. Tapi aku saje je konon-konon nak letak satu title yang catchy.. Maksud sebenar yang aku cuba sampai kan ialah, "You Need Trust".. Ok, I know it's lame. Sila abaikan..

Apa itu kepercayaan? Kalau korang ajukan soalan tu kat aku, aku akan bagi korang dua pilihan.. Korang nak versi serius atau versi kurang serius? The choice is yours~ Perlu ke kepercayaan ni? Kalau tak percaya, apa mungkin korang bahagia? Semuanya bergantung pada diri sendiri dan kepada siapa kita nak letak kepercayaan tu.. Curiga tu perlu, tapi terlalu lalu lalu lalu insecure? Hmmm.. You don't even trust yourself, why should I?


Jawapan versi serius:
Menurut Merriam-Webster selepas di Google Translate, trust atau kepercayaan adalah pergantungan yang memberi jaminan kepada watak, keupayaan, kekuatan atau kebenaran seseorang atau sesuatu..

Jawapan versi kurang/tak serius:
Adalah di mana dua orang kanibal yang melakukan aksi 69..



Ps: Tepuk kepala, tanya akal..

Monday, November 14, 2011

bayi orang

Walaupun ini dah masuk kali ke-3/ke-4 aku pergi rumah kawan aku yang sorang ni, tapi still aku sesat. =__=! Nak dijadikan cerita, aku dan GPS pulak sangat tak ngam.. Mungkin aku memang ditakdirkan untuk gunakan otak, bukannya mesin.. Hmmm.. Aku rasa aku sesat dalam kawasan rumah dia tu, dekat setengah jam jugak la.. Dengan hujan lebat tak nampak jalan dan kereta buat perangai nya.. *sigh*

Sampai rumah kawan aku, tengok anak dia, sejuk hati.. :D Comel budaknya.. Oh by the way, birthday dia sama dengan Sakinah, 25 Oktober.. Sorang lagi lahir bulan Oktober? Welcome to the world, honey.. Lebat pulak tu rambut dia.. Teruja aku!




Introducing Nur Eva Eryna





Ada ciri-ciri seorang ibu tak? c(=



Ok, cukup sekadar dua keping gambar yang tak berapa nak clear tu.. Yela, pakai blekberak cikai.. Mana nak dapat amek gambar cantik-cantik.. Tengok anak kawan, teringin nak ada anak sendiri.. Entah bila akan dapat pun aku tak pasti.. Tu pun kalau ada rezeki dan Tuhan kesian kat aku.. =) Eda nak anak dia panggil dia mummy.. Kalau aku, nak anak aku panggil aku ibu.. Macam comel je bila ada orang panggil ibu.. Heee~ :D


"Nanti anak kau panggil kau mummy la ek?" Soalan habes modal.

"Haah.. Anak aku panggil aku mummy.." Jawab Eda dengan penuh yakin dan kesilapan tatabahasa.

"Eh? Bukan sekarang la kan? Bukan dia boleh cakap pun lagi.." Soal aku dengan penuh bodoh-bodoh alang serta niat untuk berseloroh.

"Memang la.. Kalau tak, dah masuk tv anak aku!" Dengan muka serius.


Mula-mula macam agak takut sebenarnya nak pegang bayi yang masih lembut lagi ni.. Tapi bila dah dukung lama-lama, macam sayang pulak nak lepas.. Tapi sebab tangan dah lenguh dia nak susu, aku pas la kat mummy dia.. Kalau aku ada susu, selamba aku bagi! Hahaha~ Along Nihayah due dalam hujung bulan Januari/awal Februari.. *excited!* Mana taknya, first third generation dalam family aku..



Ps: Aku akan berhenti berharap apabila kau berhenti menghendap.

Saturday, November 12, 2011

proclamation


I will stop writing when you stop stalking.





Ps: Lu jangan potong jalan gua boleh tak bhai? Ingat orang tak tau kegiatan die? Book nombor lain ok? Thanks! =)


Friday, November 11, 2011

bertukar!

Izinkan aku menukarkan ini:









Kepada ini:










Teringin yang ini sebenarnya.. Tssskk.. TT.TT







Rimas rambut maken panjang.. Bila ikat ketat-ketat, sakit kepala.. Bila ikat longgar-longgar, asek terbukak.. Bila tak ikat langsung, habes masuk mulut bagai.. <-- tanda-tanda manusia tak bersyukur! +___+

perigi | timba

Perjalanan yang menyesakkan dada dan kepala.. Mengantuk betul harini.. Kenapa tah.. Hantar mak pergi kerja pagi tadi, lepas tu hantar dia kat Mydin Kotaraya, ni baru sampai rumah.. +__+ Penat! Dalam kereta tadi, tiba-tiba aku terpikir nak tanya mak satu soalan..

"Mak, ada ke orang perempuan pergi masuk meminang lelaki?" Dengan nada bodoh-bodoh alang.

"Ada, Siti Khadijah.. Tapi dia hantar orang la wakilkan dia.."

"Memang la hantar wakil.. Takkan tiba-tiba saya nak pergi sendiri pastu cakap 'Makcik, aku nak kawen dengan anak kau.'" Sambil buat gaya.

"Tapi tu la.. Nanti orang kata perigi carik timba pulak.." Mak bagi komen.

"Dah tu, kalau laki tu lambat sangat.. Takpun segan sangat nak masuk minang, selamba jela.." Aku cuba membidas.

"Tapi kan, kalau dah sayang sangat, ada je orang mampu buat camtu.." Kawan mak mencelah.


Boleh tak kalau nak setuju dengan pendapat kawan mak tu? Yela.. Kalau dah betul kau sayang sangat sangat sangat.. Masuk je minang.. Apa susah.. Siapa tau.. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.. Ye dak?



Ps: Birthday awak nanti saya masuk meminang awak ok? 5 bulan lagi.. Tunggu saya pls.. Thanks! =)

comel itu bukan aku

Kamek kacak? Iboh bulak.. Tipu dosa, mati seksa, masuk api neraka.. (sila baca dengan nada penuh irama macam masa kanak-kanak dulu) Mungkin aku tak cantik macam orang lain.. Tapi aku tak kesah sangat.. Sebab sekarang ni semua boleh buat.. Nak cantik macam-macam cara boleh buat.. Antara kau nak dengan tak nak je.. Nak kurus, silalah bersenam.. Nak cepat, pergi sedut lemak tepu kau tu.. Nak putih, rajin-rajinlah tonyoh tawas.. Nak muka berseri-seri? Makan kuih seri muka banyak-banyak.. Bukan takat muka berseri, malah badan pun berisi.. =) Lagipun, apa guna muka cantik tapi hati tak cantik kan? Mintak simpang pls..

Banyak je orang komen pasal muka aku dalam gambar nampak flawless tapi hakikatnya, tak pun.. Apa guna orang cipta kamera yang ada flash serta software canggih manggih? Dan apa guna aku ditauliahkan sebagai salah seorang Adobe Photoshop's Expert kalau tak aplikasikan? c(= Jujur aku katakan, jarang sangat-sangat aku edit gambar aku.. Tapi kadang-kadang tu la.. Kamera sayang aku mungkin? v(^_^)

Dan tolonglah wahai penduduk bumi sekalian.. Perkataan comel tu memang sangat tak sesuai kalau nak dipadankan dengan aku.. Gunalah perkataan lain seperti gagah perkasa ke, kachak bergaya ke, tak pun tampan dan macho.. Itu aku akan mengaku dengan pantas! Ingat aku ni bayi ke apa nak kata comel-comel? Ewwww~ So not me!




Ini baru orang panggil comel





Kalau yang ni, nak bajet-bajet comel pun tak jadi. +_+



Ps: I don't have the Miss Universe look, I don't have a model figure, I don't talk like ladies do, I don't even act like a lady should. So, why bother knowing me, make me fall in love and dump me after for someone better? Please stop wasting your time, and mine.

Thursday, November 10, 2011

semalam | hari ini | esok

SEMALAM

Kaunter KWSP sangat efisyen dan cekap! Tunggu nombor giliran tak sampai 5 minit. Urusan pun sangat-sangat kejap. Dari jejak kaki kat pintu utama, sampailah setel urusan, tak sampai 10 minit. Tak sempat nak isi borang evaluation tu walaupun hanya perlu tick je. Oh, dan Stesen Putra Sri Rampai dah beroperasi! Bayangkan berapa lama aku tak naik tren ni.. Hahaha~ Ok, tolong jangan gelakkan aku. Semua tempat sekitar KL, Kedah, Penang dan sebahagian dari kawasan Shah Alam penuh kenangan ok? Aku cuba elakkan.. Bukan apa, nanti tak memasal touching sekor-sekor diri.. Semalam pun kira aku kuatla sampai mampu pergi jalan Raja Laut tu sorang-sorang.. Dahla KWSP depan tu je pulak tu.. Aku cuba menahan supaya tak tengok.. Tapi otw balik tu, aku toleh jugak walaupun sekilas ke arah kaunter.. Nampak ada orang pandang balik.. Tapi macam bukan dia.. Tak dapat dipastikan sebab terlalu pantas benda tu jadi.. Biarlah.. Kalau dia sekalipun, bukan dia nak kejar aku macam dalam wayang gambar pun.. So, takde beza pun kan? Hahaha~ Beranganlah kau ada yang nak kejar kan?

Sampai kat Taman Melati, aku pergi kat kereta.. Tengok kat wiper, ada saman DBKL.. Ok, dari situ kisah nasib malang aku pun bermula.. Start enjin, pergi Batu Caves untuk hantar kereta repair.. Sampai-sampai, pakcik tu tanya..

"Kakak nak balik macam mana?"

"Kenapa?" Dengan penuh kehairanan.

"Rasanya water pump ni."

"Lama ke?" Sambil menahan silau dan panas.

"Lama la jugak."

"Hmm takpela.. Nanti mintak tolong siapa-siapa jemput.." Dengan penuh kecewa.


Cek kredit, ada 57 sen.. Cukup kot nak call.. Berbekalkan kredit yang bersisa, aku telefon Abangah, mintak tolong jemput.. Dia kata dalam sejam sampai.. Ok, apa aku nak buat sejam kat bengkel ni dan di tengah panas membahang ni.. Oh, sebelum tu. Anggapla yang aku kena tinggalkan kereta kat bengkel ni sebagai nasib malang yang kedua.. Dan sebelum aku telefon tadi, aku gagau handfon dalam beg.. Sekali Smart Tag terkeluar dari beg dan jatuh atas jalan.. Ok, itu nasib malang yang ketiga. Malang keempatnya, aku nak lintas jalan pergi kedai minum kat seberang, blekberak aku ni pulak jatuh atas jalan tar.. Jatuh terhempas skrin menghadap jalan.. Rupa luar macam, 'konfem crack skrin aku ni!' Tapi nasib baiklah skrin protector aku pakai yang privacy punya tu, so tebal lah sikit berbanding yang biasa punya.. Hasilnya, cuma skrin protector je nampak teruk, aku koyak selak tengok, ok je.. Takde calar.. Fuuuhh.. =_=" Lega sikit..



Dah macam lekuk skrin tu =_=!

Kamera tak clear.. Tepi tu nampak cam crack-crack sikit sebenarnya



Tengah minum, Abangah BBM.. Oh by the way, sebab sengkek gila malas topup, aku subscribe BIS yang RM1 sehari tu.. Lepas BBM jadila.. Berbalik pada cerita Abangah BBM aku.. Dia cakap tak tau jalan nak pergi bengkel tu.. Dan dia hantar dan tunggu Along check up.. Makanya, aku amek keputusan untuk balik sendiri.. Jalan kaki ke arah jalan besar untuk tunggu bas ke Kolumpo.. Ok, itu malang yang keenam dan ketujuh.. Drebar bas pulak bawak macam haram sebab sebok cakap tepon.. Sampai pintu pun tak tutup.. Makanya, mabuk + panas.. Dengan jalan jemnya sebab dah dekat pukul 1, time orang berpusu-pusu keluar untuk lunch kan..

Dalam bas aku cuba tenangkan hati dengan tengok persekitaran bandaraya yang pesat membangun dan banyak berubah.. Berbekalkan handfon yang battery nyawa-nyawa sotong.. Dah siap bangunan MARA yang baru? Cantik pulak tu.. Selama ni kan sebok memandu.. Mana sempat nak cuci-cuci mata tengok keliling.. Sampai Central Market, aku singgah kedai fon beli car charger.. Oh, lupa pulak.. Abangah suruh tunggu kat KL Sentral.. Aku tengok Central Market pun dah lain sangat-sangat luar dia.. Mekdi tempat melepak melantak melepas lelah sebelum balik masa sekolah dulu depan tu pun dah takde.. Ganti dengan restoran Indon.. Siap ada replika wau sepanjang jalan yang tempat orang jual kopok lekor dan air dulu tu..



Mekdi dah jadi 77 Es Teler


Siap ada bumbung, kipas bagai..



Kedai pun dah makin teratur dan cantik
*kedai nama POYO? Hmmm..



Yang tak berubah?


NOW (left) & BACK THEN (right)

*Ok, mungkinla ada berubah sikit.. Macam logo Pos Malaysia tu dan pokok pun dah besar! :D



Sampai KL Sentral, Abangah suruh aku drive, hantar dia pergi meeting dekat depan Zoo.. =_=! Ok, saya ni belum tidur lagi. Penat, mengantuk, lelah, lapar, panas.. Tapi ikutkan jela.. Hantar dia pergi meeting dan terus shoot balik rumah.. Sampai rumah, memang dah tak tunggu apa dah.. Terus tidur terbongkang tak sedar diri..

Pukul 9++, Abangah kejut suruh amek mak kat Alamanda.. Bangkit terkejut, kepala berdenyut.. :( Bila nak baik kepala ni? Tak larat nak telan ubat.. Siap ala kadar, berbekalkan handfon tiada kredit dan battery, terus pergi jemput.. *Tepuk dahi* Macam mana nak tau mak tunggu kat mana.. Dahla berpakaian kurang sopan ni.. Berhenti tepi jalan dekat lorong pokok buluh, aku BBM Abangah.. Tak reply.. Hmmm.. Ni nasib malang lagi ke apa ni? BBM Dewi pulak.. Setelah ping banyak-banyak kali, dia reply.. Aku suruh Abangah call mak tanya kat mana.. Tiba-tiba dengar bunyi fon dari dalam kereta.. Terasa nak tepuk dahi orang lain pulak boleh? Mak tertinggal fon dalam kereta.. Now what should I do?? *sigh* Keluar dari kereta, kunci, mula berjalan ke arah pintu masuk.. Sambil-sambil tu, kaver la apa yang patut di kaver.. Sumpah aku terasa macam insecure gila! Tak expect pun kena turun bagai.. Memang bangang la.. Carik-carik kat dalam Alamanda tu, tak jumpa.. Keluar balik.. Tunggu kejap dalam 5 minit depan pintu masuk, aku masuk balik.. Sampai depan Nose, ada orang panggil.. Ok, dah jumpa mak.. Singgah amek Sakinah balik tuisyen, terus balik rumah..

Ingat boleh la sambung lelap.. Dengar orang gaduh terjerit-jerit, meraung-raung, tengking-tengking.. =_=! Tolonglah bagi aku tenang walaupun sekejap untuk hari ni.. Aku ni dahla tak boleh dengar orang jerit-jerit.. Dengan aku-aku sekali sentap, walaupun bukan aku yang kena tengking.. Pasang cerita kuat-kuat, mata pun lelap.. Terjaga pukul 1 pagi macamtu, hidung leaking.. Kesat-kesat.. Eh, kenapa likat? Hmmm.. Kepala bertambah berdenyut.. Bersihkan darah, basahkan kepala.. Cuba tidur balik.. Tak dapat.. Online kejap.. Tak tahan sangat.. Bersiap ala kadar, pergi Hospital terdekat.. Tunggu punya tunggu.. Nurse tu bagi aku tisu sebab darah tak berhenti menjejeh dari hidung.. Dia ingat aku kena tumbuk ke kena dera ke apa.. Hahaha~ Ok, itu lawak. Bagi beg ais, aku tekap kat atas dahi.. Dorang nak tahan kat wad, tapi aku taknak.. Malas ah.. Banyak cerita pulak nanti.. Dalam pukul 5 macam tu, setel semua, aku pun dah agak normal sikit, balik rumah, makan ubat, sambung tidur..





HARI INI

Aku harap sangat hari ni Tuhan ada sedikit belas untuk aku.. Semalam sangat penat serta mencabar minda dan jiwa.. Bangun pagi hantar Sakinah pergi sekolah, dan sekarang menaip kat blog dengan harapan aku takkan mengantuk.. Bukan apa.. Aku kena adjust masa tidur aku dah.. Nanti susah bila nak masuk kerja nanti.. Penat manjang..

Nak tenangkan diri sikit.. Pergi tengok wayang ke, membeli belah barang makanan ke.. Takpun ganti skrin protector sebelum blekberak jatuh sujud bumi lagi ke.. Sembang macam banyak duit kan? Tengok la macam mana nanti ni..





ESOK

Esok 11/11/2011.. Seratus tahun sekali kan? Aku harap aku dapat buat sesuatu dengan Incek Epal yang boleh dikenang sepanjang hayat.. c(= Dapat lunch Subway/MFM pun jadi dah.. Benda yang kitorang pernah enjoy buat sama-sama.. Kan awak? =)



Ps: Maaf, bukan sengaja tak jawab panggilan, tapi coverage kat hospital tu bengong. Dan tak larat jugak.